Hari Nikah

Curi waktu untuk update , UV merosot teruk hari ni.

Pada lebih kurang jam 8.15 pagi tadi, adik ketiga saya, Rohafiz Azuan telah pun selamat bergelar suami orang dengan sekali  lafaz akad nikah.

Hari ni juga merupakan hari lahir dia yang ke 31.

Tahniah daripada kami sekeluarga.

Semoga hari ni permulaan kepada kehidupan yang lebih berkat dan bermakna.

Semoga hari ni permulaan kepada segala yang baik-baik.

Terharu melihat majlis pernikahan + persandingan tadi. Mood sayu masih mewarna hati....beberapa ahli keluarga saya menitiskan airmata siang tadi ...airmata kesyukuran dan kegembiraan. Terkenangkan ramai ahli keluarga saya telah meninggal dan sayu bila adik dah bersedia menerima tanggungjawab yang lebih besar.

Sebagai penutup cerita, semoga berlaku sedikit anjakan paradigma di dalam keluarga saya dengan ikatan murni ini.


**nota: Gambar belum ada kerana kamera saya langsung tidak dapat digunakan sepanjang majlis akad nikah dan bersanding...kena tunggu gambar daripada adik beradik saya nampaknya.

3 comments :

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

Alhamdulillah semua dah selamat...

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Puan Zai - iya...selesai mana yang wajib.

Anonymous said... [Reply to Comments]

www.jendelahidup.com is my top website, i like to read it
[url=http://www.facebook.com/pages/Best-top-10-games/183623295024386]top facebook games[/url]

Post a Comment