UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 2016

Alhamdulillah, Nadhirah akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM untuk Tingkatan 1 2016 pada 15/12/2015 di MRSM Kuala Terengganu.

Ni Kak Aya ambik daripada Laman Web Mara.

Ada Ujian Lisan dan Ujian Bertulis secara objektif.


  1.  Matematik – (40 soalan )
  2.  Sains – (50 soalan)
  3. Keperibadian – (100 soalan )
Pakai pakaian sekolah ketika Darjah 6 , kalau Pengawas Sekolah, pakai baju pengawas.

Sila bawa bersama cetakan borang permohonan, salinan slip gaji ibubapa dan sijil-sijil Kokurikulum yang telah disahkan.

Kad pengenalan, Alat tulis , Minuman dan makanan perlu dibawa.

Alhamdulillah, pada tarikh itu memang Kak Aya dah apply cuti untuk balik kampung..MRSM Kuala Terengganu tu dalam 5Km je dari rumah mak.

Semoga Nadhirah dapat menjawab dengan baik dan ada rezeki untuk diterima belajar di MRSM. 

Debaran seorang ibu terhadap anak-anak tiada penghujung.

YAM TUNKU JALIL MANGKAT

Assalamualaikum

Alfatihah.

Terkejut jugak tadi,lepas solat Maghrib, terbaca berita kemangkatan YAM Tunku Jalil di IG..

Petang tadi Kak Aya lepak-lepak dengan Ucu, hari ni Ucu sangat tidak sihat..selepas pulang daripada dialysis memang dia betul-betul tak larat..sedih jugak la kak aya tengok keadaan Ucu..dia cakap mungkin kesan dialysis dan kesan ubat yang diambil sebab demam, batuk dan pening.

Kita orang borak-borak la pasal arwah Yus , arwah Mariani...lepas tu Ucu cakap, terasa kian dekat je masa untuk tinggalkan segalanya ( memang kak aya sebak dengar dia cakap macam tu)..Sorang demi sorang saudara dekat, saudara jauh pergi menemui Pencipta, kita yang sakit terlantar macam ni sangat terasa kematian kian mendekat..( ***sebak)

Lepas tu dia teringat la akan YAM Tunku Jalil yang sedang gering..katanya, YAM sangat baik, merendah diri..Ucu suka juga tengok FB Page Almarhum , time Ucu buat dialysis, tengok-tengok page Almarhum terasa la kuat sebab Almarhum  pun sakit tapi kelihatan sangat kuat dalamannya.

Ucu cakap, Insyaallah panjang umur kerana ramai yang doakan dia..

Balik dari rumah Ucu dah hampir maghrib...tu yang bila baca berita kemangkatan, Kak Aya terasa sebak dan macam terkejut...Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Perpisahan memang menyedihkan ...tapi sebenarnya kematian itu memberi pengajaran dan peringatan kepada kita yang masih hidup ...selalu kena ingatkan diri tentang bekalan.

Tiap petang Khamis, dengar rancangan Mau'izzati diradio IKIM memang banyak memberi kesedaran peri pentingnya kita yang hidup menyediakan bekalan untuk menuju ke rumah yang abadi.

Semoga roh Almarhum  dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh para Solihin.



Umar Faris dah genap 9 tahun!

Alhamdulillah hari ni genap 9 tahun usia anak bujang saya, Umar.



Alhamdulillah syukur, dah pun bersunat 2 minggu lepas....dah jadi anak bujang.

Ketika entry ni ditaip, jam 10.50 malam, Umar masih berharap abahnya pulang membawa sebiji kek coklat.

Walhalnya abahnya dah pesan, jangan tunggu sebab abah balik lambat malam ni kena siapkan report untuk management meeting.

Masih terkebil-kebil menunggu abah..kejap kejap diselaknya langsir, intai kot-kot abah dah balik.

Esok la kita celebrate, malam ni kita tidur awal, ye Umar.

Mama bersyukur kerana dikurniakan seorang anak yang sangat bertuah.!

Doa mama semoga Umar akan menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat,dipermudahkanNYA segala urusan.

p/s: nak tulis panjang lagi tapi dia sibuk je menempel kat tepi ni ha..


Selamat malam semua.


Serasi Bersama

Assalamualaikum

( jem sangat ketika taip entry ni ..guna hp)

Sorang underweight
Sorang obesity
Sorang hadapi masalah semua saiz baju ada la besar 
Sorang semua saiz baju adalah kecik..

Alhamdulillah.

Bahagia kami seadanya dengan kekurangan dan kelebihan yang kami miliki.


TIps untuk Kawal Darah gemuruh

Assalamualaikum

Malam ni agak awal mengadap blog...zahra masih belum sihat..tidur awal tapi tak begitu lena sangat tidurnya.


Sementara dia sedang terlena, cepat-cepat update blog.


Ni kisah kak aya, memang teruk darah gemuruh.


Ada tip atau apa-apa doa khas untuk hilangkan darah gemuruh tak?


Kak Aya join kelas talaqi kat ofis, dah lama tapi sampai hari ni masih lagi mengaji dengan suara mengigil bergetar getar...malu jugak la kan bila ada yang gelak.


Memang ketara bunyi getaran suara..tiap minggu macam tu...


Ada siapa boleh bagi tips tak?


Nak menaip panjang lagi tapi dah terjaga pulak dah anak dara sorang tu..ok nanti jumpa lag ye.

Ujian Kehidupan

Assalamualaikum

Jam 2.47 pagi sekarang ni.


2 minggu ni memang minggu minggu yang mengujikan.


Ujian sakit memang ujian berat kecuali bagi orang yang sabar


Macam ustajah pulak kak aya dinihari ni.


Betul kan? Diuji dengan kesakitan memang kita rasa kita la paling teruk diduga walhalnya diluar sana lagi ramai yang berat penanggungannya berbanding kita yang hanya diuji manja je oleh Allah.


Syukur Alhamdulilah.


Bermula dengan suami yang demam dan batuk. Sakit kepala pun boleh tahan jugak serangan hendapnya.

2 hari MC.

Ucu pulak ada appointment dengan pakar fistular di HUKM. Asalnya kak aya yang akan menemani Ucu tetapi kebetulan Umar tiba-tiba mendapat tarkh untuk bersunat lebih awal daripada yang kami cadangkan. Jadi kak aya mintak adik yang kat kampung (ayahde) tu datang temankan Ucu.


Kuasa Allah memang Hebat..adik datang dari Terengganu untuk menemani Ucu ,memang betul-betul menemani Ucu di HUKM untuk hari tu je sebab dia pulak demam teruk..sangat teruk demam tu sampai tahap meracau racau hampir dikebanyakkan masa. 


Ucu pulak beberapa hari sebelum tarikh appointment tu memang dah rasa nak demam.pening-pening...Sabtu lepas balik daripada dialysis, Ucu demam panas, menggigil-gigil kesejukan tetapi rasa panas.


Dalam masa yang sama, adik kak aya yang biasa dipanggil ayahcik pulak demam..selalunya ayahcik yang akan datang ke Selayang habiskan masa hujung minggu dengan Ucu, dia tinggal area Cheras je. Ucu ni dulu yang besarkan ayahcik, jadi hubungan mereka lebih akrab la , betul-betul macam mak dengan anak la.


Boleh bayangkan macam mana....suami demam, .2 adik demam, Ucu demam...ujian dilengkapi pulak dengan Zahra yang demam.


Memang situasi agak sukar.


Ada bisnes masuk tapi tak dapat nak COD sebab susah nak keluar dengan keadaan Zahra demam kuat...suami pulak demam dah ok, migrain tak hilang.


Siang tadi, kesihatan Ucu agak makin merosot..dia langsung tak ada selera makan.asyik muntah kahak je.


Ayahcik sambung MC lagi, doktor akan tengok semula sehari dua lagi dan mungkin ayahcik perlu melalui ujian Xray untuk tentukan samada Bronchitis atau Radang Paru Paru atau bukan keduanya...batuknya dah lama sebab tu kena Xray.


Ayahde pulak dah jalani ujian darah...dia demam panas bukan demam denggi. Alhamdulillah..setakat ni semua hasil ujian darah tiada yang membimbangkan.


Siang tadi , Kak Aya bawak Ucu pulak ke klinik sebab dia mengadu sakit dalam tekak langsung tak boleh nak menelan, masuk je makanan dalam mulut terasa sengal seluruh dalam mulut..doktor cakap suhu boleh dikatakan tinggi hampir 38.5, ada tonsil, kahak banyak.


Ucu tak dapat tidur....panas badan.


Tadi terjada dari tidur, teringatkan Ucu..nak call dia tapi takut terganggu tidur dia...hanya mampu doakan agar Ucu dapat tidur betul-betul lena malam ni.


Kak Aya terasa sebak pulak saat menaip ni..


Terkenangkan Ucu 


Doakan ye semoga kami semua diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik. 


P/S : JUALAN SEQY BEAUTY MASIH BERJALAN YE..BOLEH CONTACT KAK AYA KALAU NAK TAU APA YANG BEST TENTANG PRODUK DAN PROMOSI SEPANJANG DISEMBER NI.



Cemburu si Adik

Assalamualaikum,

Pukul 12 tengah malam ni, berakhir jualan combo Seqy Beauty ye!

Boleh roger kak aya kepada yang berminat tu, sebab memang murah kalau beli set combo.

Malam ni nak share kisah Umar...dia memang cepat jeles kalau kakak tu lebih hebat daripada dia.

Semalam, angkut semua anak-anak seawal pagi, tunggu depan pintu Giant, Batu Caves...nak belikan handphone untuk si kakak.

Memang dah janji dengan Nadhirah, kalau dapat 5A atau Mumtaz atau keduanya memang nak hadiahkan dia handphone.

Alhamdulillah dia dapat 5A dan Mumtaz, jadi confirm-confirmlah dia tuntut hadiah yang dijanjikan tu, sementelah dia tu tak pernah ada handphone selama hari ni.

Selalunya dia guna handphone kak aya je la, kadang-kadang kita ni pulak macam meminjam handphone dia..sebab hampir setiap masa handphone kita kat tangan dia.

Belikan dia Samsung V Plus RM299, dia pilih sendiri...dia cakap cukuplah yang tu , tak adalah macam kawan-kawan dia siap meminta hadiah Iphone...kedudukan kewangan ibubapa tak sama , jadi anak-anak tak boleh demand sama seperti kawan-kawan..kena tengok kepada kemampuan ibubapa kita sendiri.

Bila si kakak dapat handphone, secara automatiknya si adik akan menunjukkan riak cemburu.

"seronoklah kakak, dapat handphone"

"Umar ni apa pun tak dapat"

"dalam rumah kita ni, Umar je la yang tak ada handphone , Zahra tu budak kecik lagi"

"esok-esok kalau kakak masuk asrama, Umar nak chat dengan kakak mesti susah sebab Umar takde handphone sendiri"

" kalau umar ada handphone boleh la whatsapp mama kat ofis"

dan macam-macam kalau lagi keluar dari mulut Umar.

Hari ni dia cakap nak simpan duit belanja sekolah tahun depan selama 3bulan, confirm dapat beli handphone dan juga tab.

Hmm kak aya buat dengar tak dengar je anganan dia tu.

Exam akhir tahun baru ni , Umar kutip nombor bukan main banyak, nyaris-nyaris nak tergelincir ke kelas kedua.

Jadi tahun depan dia kena kerja keras sebab nak kejar balik kedudukan.

Dia cakap , " OK Umar boleh belajar rajin-rajin tapi belikan handphone dulu, esok boleh tak?

Memang angan-angan mat jenin la jawabnya.

Kita tengok tahun depan macam mana Umar berusaha.

DRAMA KAU AKU KITA

Assalamualaikum

Sejak Astro dah tak ada kat rumah ni, kak aya kembali ada masa untuk menonton drama..ye la kalau dulu mesti Umar yang pegang remote control Astro.

Dah lama gila tak ada cerita kegemaran sendiri.

Sekarang ni nak kata dah ada cerita kegemaran tu tak la jugak.

Sambil-sambil lipat kain tu ada la jugak jeling-jeling drama kat TV3 selepas Buletin Utama.

Setakat ni drama yang agak mengikat mata ni menonton sambil sibuk melipat kain baju adalah Drama Kau Kita Aku.

Ekceli tak ada la nengok betul-betul sangat pun.

Tengok fokus tak fokus je..asalnya sukakan watak Shamsul Ghau Ghau...lama-lama sukakan anak Shamsul Ghau Ghau pulak he he...tak adalah,gurau je...memang menunggu je Shamsul Ghau Ghau keluar dengan loghat Kelate dia..mesti Kak Aya gelak.

Baru je tengok beberapa episod, tak tau sangat apa kisah sebenarnya...nampak macam kisah kahwin terpaksa...tak kisah la janji watak Shamsul tu memang best!

Oleh kerana Kak Aya ni jenis tak begitu tinggi tahap sabar untuk mengetahui pengakhirannya macam mana, ada baiknya pergi cari novel KAU AKU KITA, tulisan Orkid Edyliyne.

Mesti berlari ke kedai Uncle di Pertama bila dapat gaji nanti.

Beli dan baca sorang-sorang.

Lepas tu jual semula novel kat Car Boot Sale.



Kisah Umar dan Nadhirah

Assalamualaikum

Dah tidur ye semua?

Rasa macam dah lama bebenor tak ngadap blog...sibuk, tak sihat, tak ada mood semua bersatu, yang jadi mangsa adalah blog ni ...

Minggu ni ada 2 peristiwa manis berlaku di dalam kehidupan kami sekeluarga.

Alhamdulillah Nadhirah mendapat 5A di dalam peperiksaan UPSR dan Mumtaz untuk peperiksaan UPSRA.

Semoga ini satu langkah pertama untuk langkah-langkah seterusnya yang lebih berliku.

Dulu kak aya tak mampu nak jejak kaki hingga ke peringkat tertinggi, kepada anak-anak la harapan kak aya letakkan...memang cerita pasal harapan dan anak-anak, satu malam menaip pun tak habis.

Di akhirnya, kita kena yakin Allah jua yang menentukan segalanya.. kita rasa dah elok merancang tapi perancangan Allah itu Maha Hebat. 

Berita gembira lain yang tak cukup penting di dalam kehidupan kami sekeluarga, Umar telah pun bersunat.

Eh jangan la cakap - bersunat pun berita gembira ke?

Memang la gembira...menandakan anak kita dah dewasa. Bakal jadi anak bujang.

Umar ni manja sikit...eh manja banyak la jugak boleh dikatakan.

Kak aya menunggu di luar bilik doktor je, memang tak sanggup nak masuk temankan Umar.

Abahnya yang menemankan Umar.

Perasaan sang ibu kat luar tu, jangan cerita la..macam nenek tunggu kelahiran cucu sulung je gayanya.

Tak senang duduk.

Berdiri pun tak senang sebab lenguh!

Dekat 45 minit jugak la proses semua tu.

Balik rumah kejap, kesan ubat bius dah hilang.

Hmmmm apa lagi, menangis la si Umar.

Bila abah dia ada, dia sekadar mengerang je...sekali nak dijadikan cerita, gas kat dapur abis .

Abah keluar beli gas, Umar mula la menangis-nangis...Mama dia tak tau nak buat apa.

"Umar, sabar la...sakit ni Allah nak bagi kita ingat semula bagaimana sakitnya mama nak lahirkan Umar dulu...sakit ni Allah nak jadikan Umar kuat, hebat, gagah...bla bla bla bla.."

Tetap jugak menangis.

Dah bagi ubat tahan sakit pun masih menangis...sakit....sakit....berdenyut...nyutttt....

Bunyi kereta depan rumah..Umar terus perlahankan rentak tangisan.

Abah masuk sambil angkat tong gas...Umar hanya bersuara perlahan je.

Nampak tak betapa takut dengan abah? 

Abah tanya, tak sakit kan?

Nak angguk macam tak betul, nak geleng macam tak tergeleng..

Last-last tertidur.

Lepas-lepas tu langsung tak sakit hingga saat kak aya menaip ni.

Alhamdulillah.

Tapi kuat makan melebihi waktu sihat.

Walaupun sekadar lauk ikan tenggiri panggang, dia asyik cakap sedap je.

Sedap berbanding biasa ni, Ma..

Ambik hati mama kot...tambah-tambah mama yang menyuap nasi ke mulut Umar.

Hmm anak anak.

OK la ..itu je nak share.

Syukur dengan segala pemberianMU YA ALLAH.



KEPUTUSAN PSRA & UPSR 2015

Assalamualaikum

Debaran ibu lebih hebat berbanding debaran anak yang menduduki peperiksaan.

Semoga keputusan yang bakal keluar esok dan lusa adalah permulaan terbaik untuk perjalanan yang lebih panjang.

Siapa lagi yang turut berdebar esok dan lusa? 



Wajah wajah orang yang akan terima keputusan esok dan lusa.


Misiku kurus - Nusaibah Dress by Yatt Hamzah

AWAS!! Ini bukan Kak Aya.




Bila la dapat pakai jubah ni..dah beli banyak bulan dah..ambik saiz paling besar dah...XXL..namun masih belum muat untuk memakainya..ohhh sedeyyyy sangat..






Yang ni baru la tuan blog ni..bersemangat ambik jubah paling besar saiznya...labuh meleret tapi badannya ketat bila kak aya sarung...dah hantar utk potong bahagian labuh jubah tu..still belum muat ..


Kak Aya harap dapat pakai pada hari jadi nanti..tapi memandangkan tarikh hari jadi dah dekat sangat dah, mustahil dapat pakai sebab mustahil dapat potong lemak yang bertempek tempek bertenggek dibadan ni

Terpaksalah simpan lagi jubah ni , tak tau untuk tempoh berapa lama.

Ya Allah, Kau berikan lah aku kekuatan untuk terus berusaha buang lemak di badan demi untuk kesihatan badan ku, agar dapat ku beribadat lebih banyak lagi pada MU dengan kesihatan yang KAU berikan..agar dapat ku manfaatkan kesihatan yang KAU kurniakan. AMIIN








Emosi pesakit buah pinggang

Assalamualaikum

Semua dah kenyang , Alhamdulillah anak-anak dah melayan mata....suami layan TV..ni la waktunya untuk mamanya melayan  blog.

Nasi 3 pot dah habis seperti hari-hari cuti selalunya....malam ni masak nasi lagi..baru best makan panas-panas.

Kejap lagi cadang nak goreng cekodok bilis..minum bersama Teh O panas...

Dah sediakan semua , tunggu nak goreng je...goreng extra untuk dibawak ke rumah Ucu...rutin hari cuti..tak sampai hati nak biarkan Ucu keseorangan time-time cuti ni.

Pukul 11 jemput Ucu dari tempat dialysis. ..tadi masa dia keluar dari tempat dialysis nampak longlai , pucat je..

Masuk je kereta, dia bagitau tadi selepas 2.30 minit buat dialysis, dia diserang sesak nafas lagi.

Memang saya selalu rasa sedih tapi kita jangan sekali tunjukkan kesedihan kita kepada dia..sebab kalau kita lemah, dia akan jadi makin lemah.

Kak Aya ada cerita kan hari tu ada ke HUKM untuk follow up tapak fistular yang dibuat pada bulan 9 baru ni..doktor check tempat jahit tu, dia cakap belum matang lagi dan datang semula lagi sebulan iaitu pada tarikh 25/11/2015.

Kak aya tak dapat masuk sekali jumpa doktor hari tu sebab boleh masuk sorang je..bila Ucu keluar dari bilik doktor lemah benar tengok dia melangkah...

Muka Ucu macam orang hilang harapan.

Masuk dalam kereta baru la dia bercerita.

1. Doktor tu check tempat jahit tu agak sedikit kasar, sakit sangat pada tempat jahit tu.

2. Doktor cakap, urat terlalu halus, tapak fistular tu tak boleh digunakan pada tempat asal, kena "belah" bahagian bawah lengan, makcik akan menjalani pembedahan "besar" bukan seperti sebelum ni..makcik akan "ditidurkan" sepenuhnya atau pun mungkin separuh tidur sahaja.

3. Nanti pada 25/11/2015 kita tengok sekali lagi , kalau dah matang, kita akan bagi tarikh utk belah bahagian bawah lengan.

Kita selalu berharap doktor akan bercakap dengan bahasa atau ayat yang membuatkan kita rasa agak lega walaupun kita tau tahap kritikal sakit kita itu.

Macam Ucu, dah ramai doktor yang dia telah jumpa sejak 6 bulan disahkan sakit ni...katanya kadang-kadang bangsa lain lebih berhemah lemah lembut bila bercakap berbanding orang kita.

Ucu memang rasa takut bila dengar perkataan BELAH, DITIDURKAN SEPENUHNYA, PEMBEDAHAN BESAR...benda ni sebenarnya sudah Ucu jangka tapi cara penyampaian yang agak kurang lembut pada jiwa pesakit membuatkan emosi pesakit agak tertekan.

Malam selepas follow up tu, Ucu mengalami kesakitan yang amat sangat pada tempat jahit yang terkeluar sedkit daripada benang, akibat check up yang agak terkasar siangnya, Ucu cakap sakit tu sampai dia berguling, berdenyut yang membuatkan satu badan sakit.. dia telan ubat penahan sakit pun tak hilang rasa sakit, Ucu hanya mampu basahkan lidah dengan kalimah Allah untuk redakan kesakitan. Esoknya Ucu ambil ubat lain kat tempat dialysis.

Sekarang ni Ucu menghitung hari menunggu 25/11/2015, dia asyik terfikir macam mana la operation tu nanti...

Pesakit mana-mana pun memang kita tau akan mengalami tekanan emosi...cuma beza bagaimana pesakit tu sendiri kawal tekanan tu..macam Ucu, Alhamdulillah dia memang kuat semangat dan ujian ni memang mendekatkan diri dia kepada Allah dan memang nampak dia lagi cool berbanding dulu yang sememangnya dia jenis cool..

Hmm macam mana dengan keadaan kita hari hari esok..hari ni kita tengok orang lain menderita kesakitan...kepada Allah jua yang mampu kita tadahkan doa agar dipermudahkan perjalanan hidup kita dan minta diringankan ujian ke atas kita walaupun kita yakin janji Allah, setiap ujian diberikan mengikut kemampuan hambaNYA, kita tetap tak putus berdoa agar sentiasa dimudahkan laluan di dalam menempuh ujian sebuah kehidupan menuju akhirat ini.

Ok..nak goreng cekodok dulu le..malam ni nak COD barang ke Taman Melati.


Resipi Masak Lemak Ikan Masin

Assalamualaikum

Dah siap masak ke? Awalnya..

Kak Aya tengah goreng sayur tu...nasi dah masak, kalau hari cuti masak nasi 3 pot, makan untuk 5 beranak.

Menu hari ni:

Masak lemak ikan masin..ikan keras ekor ( ikan cencaru atau ikan jaket)..Ikan ni mak yang buat kering dan kirimkan kepada adik baru-adik baru ni.

( Sorry kalau nak tengok gambar, memang kak aya ni jenis keturunan malas nak snap gambar, tambah-tambah skrg ni guna handphone pinjam).

Orang Terengganu memang panggil ikan cencaru ni dengan panggilan ikan keras ekor...biasa mak beli ikan ni, siang belah belakang, letak garam ..perapkan dengan asam keping dalam bekas atau balang selama sehari dua..lepas tu basuh ikan tu dan jemur kering.

Kalau dah kering tu terpulang la nak goreng atau nak masak lemak..kalau kat rumah mak kat kampung tu memang suka goreng garing-garing, makan dengan nasi panas berlaukkan sayur lemak putih sawi , sambal belacan dan ulam timun.

Eh panjang pulak cerita mengenai ikan keras ekor..

Selain masak lemak ikan keras ekor, lauk lain hari ni cuma ikan kembung goreng dan kobis goreng campur udang kecik.

Cukuplah kan...itu pun dah syukur sangat sebab hari-hari biasa asyik makan lauk kedai je.

Hari ni nak share resipi ikan keras ekor masak lemak Kak Aya ni...haruslah diingat, lauk ini dimasak menggunakan bahan yang sedia ada dalam "pantry" kak aya je..

Bahan-bahan:

4 ekor ikan cencaru kering/masin 

Santan ( daripada sebiji kelapa)

4-5  biji Cili Merah ( sepatutnya cili api, tapi tak ada pulak cili api kat dapur tu)

Kunyit hidup - agak-agak la sendiri

Bawang Merah ( tak letak pun tak apa , mak mertua kak aya cakap kalau pure masak lemak cili api, tak ada bawang merah dalam resipi , tapi kak aya derhaka pada resipi orang nogori, kak aya letak bawang merah seulas dua..

1 biji kentang ( patutnya letak nenas, baru la ummpphhhhh)


Cara-cara:

Cili merah,kunyit , bawang merah di blend lumat.nak tumbuk pakai alu dan lesung batu, lagi la bagus .kak aya tak sempat nak tumbuk sebab berkejar nak ke Pusat Dialysis tadi, jemput Ucu...kesian Ucu sesak nafas lagi tadi...pucat lesi mukanya..

Santan dan bahan yang diblend tu campur bersama atas api yang sederhana .

Masukkan santan dan asam keping.

Kacau perlahan , jangan bagi pecah santan tu...fail yang amat kalau masak lemak , santan tu pecah melata..memang sangat jatuh standard dimata orang Nogori, tau tak?

Lepas dah hampir masak kuah gulai tu baru la masukkan ikan kering/masin tu.

Nak tambah garam gula atau apa-apa, itu terpulang la pada selera masing-masing.

Dah masak tu, tutuplah apinya dan hidangkan la untuk santapan sekeluarga.

Siap.

Sekian dari dapur Chef Ayaya .

Selamat Menjamu Selera Bersama Keluarga di Hari Cuti.




Tentang Ucu - Ujian Pesakit Buah Pinggang

Assalamualaikum

Lama Kak Aya tak share perkembangan Ucu...dah lebih 6 bulan Ucu disahkan mengalami kegagalan buah pinggang pada tahap terakhir.

Sekarang ni Ucu menjalani dialysis sebanyak 3 kali seminggu , setiap Selasa, Khamis dan Sabtu bermula 7 pagi hingga 11 pagi di Pusat Dialysis Islah, Batu Caves Centrepoint dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Zakat Selangor.

Ucu juga telah menerima pencet ilat setiap bulan bagi menampung kos ubat-ubatan beliau.

Alhamdulillah.

Sekarang Ucu masih menggunakan tiub pada leher untuk proses dialysis...tapak fistular pada lengan belum matang dan ketika sesi follow up baru-baru ni doktor ada menjelaskan yang Ucu perlu menjalani satu major operation pada bahagian bawah lengan kerana urat Ucu terlalu halus, tapak fistular yang sebelum ni bahagian atas lengan akan dipindahkan ke bahagian bawah. 

Tarikh untuk operation tu belum ditentukan

Percaya tak, jahitan luar pada bahagian leher Ucu tu selalu terputus...kat situ ada 2 jahitan, kalau satu terputus masih bertahan tapi kalau dah dua-dua terputus mesti kena jahit semula.

Malam tadi, Kak Aya bawak dia ke Hospital Selayang untuk jahit yang terputus tu..ni kali ke 4 jahit di Hospital Selayang. .2 kali jahit di klinik swasta.

Kesian Ucu malam tadi sebab doktor tak bius pun..jahit macam tu je, walaupun sekadar 2 jahitan, bayangkan sakit macam mana...Ucu cakap dia terjerit kuat jugakla sebab tak sangka jahit tanpa bius.

Pagi ni Ucu demam. Dia dah ke Pusat Dialysis lepas solat Subuh tadi.

Memang sedih bila kenangkan Ucu...teringat masa hari pembedahan tapak fistular sebulan lepas, Ucu begitu pucat ..dia takut , katanya. ..bibir dia berkumat kamit tanpa henti..Kak Aya tau dia sedang berzikir tanpa henti memohon kekuatan dari Allah.

Pada satu ketika yang lain pula, Ucu diserang sesak nafas ketika sedang dialysis..dia cakap saat itu memang dia hanya ingat MATI je..bantuan oksigen yang diberikan kepada Ucu tidak dapat membantu dan memang suasana agak cemas dan Alhamdulillah lepas tu keadaan kembali ok.

Ketika Kak Aya menjemput dia, memang terkejut tengok wajah dia yang pucat...memang pucat sangat-sangat. Ucu cakap dia macam tak percaya masih diberi peluang untuk hidup hari kerana sesak nafas tadi tu sakit tak tergambar....dia melorot jatuh ke bawah kerana kurang oksigen dan bantuan oksigen yang diberikan tidak dapat membantu..

Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui . Allah Maha Berkuasa.

Ucu cuba tunjukkan riak tenang, lawan perasaan di dalam dada...Dia bersandar di dalam kereta dengan wajah yang Kak Aya sendiri sukar nak tafsir apa yang ada di dalam hati dia.

Dia cakap - Bersyukur bila di uji....Alhamdulillah Alhamdulillah, aku yakin KAU  menguji aku sesuai dengan kemampuan aku.. Ampunilah dosa aku...aku tau aku pendosa.

Kak Aya yang memandu kat sebelah ni pulak yang mengalir airmata.

Berat badan Ucu kadang-kadang 43kg , kadang-kadang boleh merosot hingga 38-39 kg.

Ucu memang seorang yang kuat semangat...selagi boleh bangun siapkan makan minum sendiri, dia akan buat...setiap hari dia masih jaga Zahra...balik je daripada tempat dialysis dia akan terus memandu ke rumah pengasuh untuk menjemput Zahra.

Dia selalu cakap Ucu mesti kuat semangat sebab Ucu hanya ada Allah...suami dan anak-anak tiada..ibu bapa dah lama meninggal...adik beradik hanya tinggal sorang je, itu pun tidak begitu sihat.

Ini ayat yang selalu meruntun jiwa. Walaupun Kak Aya dan adik beradik adalah anak buah dia tapi kami menggangap dia sama seperti ibu sendiri iaitu kakak dia jugak....ketika dia sihat dulu, dia jaga makan minum kami melebihi daripada seorang ibu biasa buat untuk anak-anak mereka.

Ya Allah Kau panjangkan usia Ucu. Kau ringankan beban kesakitan Ucu. Kau ganjarkan lah setiap kesakitan  dengan pahala untuk Ucu.


Kuruskan Ucu..ni kat Hospital Selayang malam tadi



Nasi Goreng Ikan Masin Menu Buka Puasa

Assalamualaikum

Dah tidur ke semua ni? Awalnya dah tidur..Kak Aya keluar tadi , pergi COD barang..awal bulan ni biasalah ,rezeki lebih sikit...Alhamdulillah.

Handphone kak aya kat kedai sekarang ni..rosak apa ntah....sekarang ni pinjam adik ipor punya..Alhamdulillah rezeki jugak tu, ada orang sudi bagi pinjam..boleh tumpang update blog .

Nak cerita yang tadi buka puasa pakat makan nasi goreng ikan masin aje...Alhamdulillah rezeki sama dikongsi...sedap tak sedap belakang kira.

Nasi putih tu kak aya beli daripada gerai Kak Azie...tak payah tanya la Kak Azie mana sebab kalau bagitau pun memang tak kenal pun ..lain la kalau yang baca blog ni geng geng setaman dengan Kak Aya.

Beli RM2,banyak tau...cukup untuk cover 5 perut dalam rumah ni.

Ada tak yang nak tau macam mana cara nak buat nasi goreng ikan masin? 

Mak aiiiii ramainya yang berminat nak tau .....ok ok Kak Aya share ( kasi can la kak aya nak perasan mcm kak aya ni femes dan pandai masak, semua benda orang nak tau..padahallll...)

OK. Sila salin .


 Resipi Nasi Goreng Ikan Masin Ala Kak Aya Selayang Mulia

1. Nasi putih - anggaran dalam 4 mangkuk kecik

2.Ikan kurau masin jeruk

3. Bawang putih 

4. Cili api

5. Kailan

6. Isi Ayam

7. Telur  - Kak Aya goreng 4 biji telur mata kerbau.

8. Gula, Sos Tiram, Garam kalau perlu.

Itu je bahan-bahan yang kak aya guna, sebab itu je yang ada di dalam peti ais.

Cara -cara:

1. Panaskan minyak, goreng ikan masin tu...dah nampak macam garing terus hancur-hancurkan ikan tu..hancurkan dalam kuali tu terus.

2. Pukul bawang putih tu, campak ke dalam kuali tu jugak...karate cili api , humban dalam kuali

3. Gaul tang ting teng sampai sebati.

4. Masukkan gula sikit, sos tiram sikit, campakkan isi ayam, ada tulang ayam pun campak je.

5. Gaul rata hingga isi ayam masak.

6. Masukkan kailan.

7. Masukkan nasi.

8. Kacau je la sampai semua sebati...kak aya suka kalau nasi tu garing kering, tak suka nasi goreng yang lembap atau pun basah.

Angkat dan hidangkan bersama telur mata kerbau..

Makan panas-panas, hidang bersama Teh O panas.

Alhamdulillah kenyang.


Sharing is caring : Baca Surah Al Mulk , AL Kahfi , Yaasin malam ni untuk mengelakkan daripada siksaan kubur..jom!







Misi kurus - baju jadi hiasan

Assalamualaikum

Kak Aya perasan sejak extra obes ni, banyak pulak pakaian Kak Aya yang hanya layak digantung semata dan hanya 2 helai blouse yang selesa dipakai..

Percaya tak, kak aya gilir pakai blouse yang 2 helai tu sampai kusam...yg 2 tu je buat rasa selesa memakai..

Bila terlebih lebih lemak, bahagian lengan jadi menggeleber dan part tu la yg buat kak aya rasa tak selesa dgn blouse dan baju kurung yang ada...jadi tersepiitt gitu bahagian ketiak.

Bila buat baju tu besar - besar rasa macam tak selesa jugak...macam masuk dalam karung yang besar

Pendek kata macam serba tak kena, tak selesa..

Memang meyesal jugaklah tak jaga makan sedari awal.

Sekarang ni bila lemak dah degil macam ni, merasalah peritnya..

Rasa rendah diri mmg ssh nak kikis walaupun sedaya upaya kita mencuba menanganinya secara positive...rendah diri mmg tak bagus sb banyak membantutkan perkara yang tak sepatutnya kita rasa segan nak buat...

eh faham ke apa yang kak aya nak sampai kan ni? tak faham pun takpe.

Ehhh byk pulak kak aya meluahkan dipetang yang sejuk ni...takkan sebab merajuk dengan gurauan Abah zahra kot hi hi

Oklaaa nk berangan buka makan apa mlm ni..

P/S  : Lunch hour td kak aya masuk tidur dlm filing room...mimpi lunch kat hotel..hidangan buffet...punya la lama memilih sb semua nampak sedap, tk dpt makan apa pun hingga tersedar dari tidur..hmm tetiba masa celik tu rasa ralat..

Kandil Di Kaki Gunung-Roza Roslan

Assalamualaikum,

Sekarang pukul 3.04 pagi tau....dah tidur sebenarnya tapi terjaga sebab susukan Zahra, lepas tu terkebil-kebil..bangun on pc , check & reply email customer dan packing untuk pos pagi nanti. Pukul 8 pagi nanti Kak Aya ada di UIA Gombak tau...untuk COD barang...

Nak cerita, Kak Aya dan anak-anak jumpa hobi baru..hobi meminjam buku di Perpustakaan Awam MPS...teruk tak bila tinggal di Selayang ni dah berbelas tahun, baru tau ada Perpustakaan Awam...rugi sangat rasanya sebab baru tau..tapi takpe, biar lambat tau daripada sampai sudah tak tau-tau ):

Perpustakaan ni tak jauh daripada Masjid Firdaus, berdekatan dengan pejabat Majlis Daerah Gombak, Majlis Peperiksaan Malaysia, Kolej Komuniti Selayang..nanti la kak aya buat entry khas tentang perpustakaan ni.

Rabu lepas kali ke 2 , Kak Aya dan anak-anak ke sana..mula-mula pulangkan buku yang dipinjam 2 minggu lepas, kali ni pinjam lagi 20 buah buku....banyak kan? Bila balik rumah semua mengadap buku... Alhamdulillah tak ada la nak mengadap TV je.

Kali ni nak share salah satu buku yang Kak Aya pinjam - Kandil Di kaki gunung hasil tulisan Puan Roza Roslan.

Kak Aya memang sukakan tulisan beliau dan tulisan suaminya, Prof Dr Muhamad Kamil .


Buku ni sangat best! Cerita-cerita biasa tapi sangat menyentuh hati membuka mata hati. Kisah Roza sedari kecil hingga Roza mengikuti suami ke UK untuk kali ke 2.

Serius, buku ni sangat memberi inspirasi.

Saya sangat terkesan dengan kebiasaan Roza yang melazimi berdoa dalam apa jua situasi dan keinginan.

Satu perkara yang saya tau tapi kurang sedar tentang kelebihan berdoa.

Mulai saat ini , saya memang tanamkan dalam hati nak lazimi berdoa.

Banyak yang tersirat di sebalik perkongsian Roza ini.

Tentang bagaimana keinginan lumrah seorang wanita terhadap pakaian berjenama, hiasan rumah dan macam-macam keinginan biasa seorang wanita.

Sangat menampar hati saya bila membaca satu episod ke episod seterusnya.

Mesej peribadi yang saya terima hasil pembacaan - Sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah ,setiap yang berlaku adalah aturan terbaik dariNYA,apa bekalan untuk ke akhirat dan Doa memang senjata orang mukmin.

Pendek kata, lepas baca buku ni terus muhasabah diri.

Terima kasih sangat untuk Roza!


Saya dah pun order online buku ni, sekarang ada less 50%, tengok di PTS online ye! Rugi tak beli.

p/s: harap dapat bersua dengan penulis yang saya sentiasa ikuti perkembangannya sejak beliau sekeluarga tinggal di Madinah dan kini telah pulang di Malaysia.

SUSU IBU ADALAH TERBAIK

Assalamualaikum,

Kak Aya tak pernah share tentang penyusuan anak-anak Kak Aya..dah ada 3 anak baru hari ni nak share...teruk nauu ye..

Masa mengandungkan Nadhirah , memang dah set awal-awal nak susukan bakal baby tu sehingga usianya 2 tahun. ..biasalah anak pertama , sentiasa inginkan yang terbaik segalanya..Alhamdulillah berjaya menyusukan Nadhirah hingga usianya melebihi 2 tahun..stop menyusu bila mula mengandungkan Umar..memang sedih time nak ceraikan susu tu tapi kenangkan diri dah mula mengandung dan usia Nadhirah pun dah selayaknya untuk dia diceraikan daripada menyusu badan.

Ketika usia Nadhirah 6 bulan, Kak Aya mula ajar dia minum susu formula ketika ditinggalkan di rumah pengasuh.  Bila usianya 1 tahun, dia mula enggan minum susu formula, jenuh la kita ni pujuk dia....tukar susu jenama lain pun dia tak nak minum jugak.. Ketika itu kak aya tak begitu pandai nak pam..susu tak begitu keluar, jadi Nadhirah hanya menyusu bila kak aya dah balik kerja.

Memang kena banyak bersabar bila kita menyusu badan..satu sebabnya adalah masa yang kita untukkan kepada anak menyusu sepuasnya agak lama...kalau dia minum susu ketika siangnya, masa untuk menyusu selepas balik dari kerja tak la lama..situasi Nadhirah ni dia tak nak susu formula, jadi waktu malam memang berjam jam dia menyusu.

Badan kita jadi sangat letih, tipula kalau tak rasa stress.... tapi kepuasan melihat dia puas menyusu tu tak tergambar dengan kata-kata.

Nadhirah jarang sakit hingga sekarang ni , usia 12 tahun..Alhamdulillah.

Ketika menyusu badan, memang kak aya menjaga pemakanan , sentiasa fikirkan untuk bagi susu pekat dan banyak. Kak Aya sentiasa minum susu dan banyak makan sayur terutamanya taugeh, kobis dan bayam.

Sepanjang usia Nadhirah 12 tahun ni, hanya sekali je dia masuk wad kerana demam panas. Demam-demam biasa tu adat la kan untuk anak-anak yang sedang membesar.

Itu kisah Nadhirah, lain pula dengan kisah Umar...ketika mula mengandungkan Umar, kak aya ni cakap pada diri sendiri, nak bagi susu formula la untuk anak ke 2 ni sebab rasa terlalu banyak masa dihabiskan untuk menyusu setiap hari.( berdasarkan pengalaman menyusukan Nadhirah dulu)

Niat yang sungguh tidak murni...sebenarnya sokongan orang terdekat amat perlu dan penting bila kita memilih untuk menyusukan anak kita secara sepenuh masa..macam situasi kak aya ni, suami sentiasa sibuk di pejabat, balik dah pukul 8,9 malam, sedangkan waktu antara Maghrib dan Isyak tu adalah sangat sibuk bagi setiap ibu..nak sediakan makan malam, nak bersiap untuk bersolat Maghrib,kalau tanpa bantuan dari orang terdekat, kita akan cepat terasa stress nak handle semua tu sendirian...kerana sebab tu la kak aya berniat nak susukan Anak kedua dengan susu formula.. Niat yang kak aya kesalkan sampai bila-bila.

Bila Umar lahir memang dia tak nak menyusu badan..jenuh kita pujuk dia..sempatlah dia menyusu sepenuhnya dalam masa seminggu je..lepas tu dah mula campur..belum pun usianya 3 bulan susu badan betul-betul kering. Mulai hari tu, memang bagi susu formula je...kesal jangan ditanya, sangat-sangat kesal. Ilmu tentang penyusuan pun tak banyak ketika itu.

Umar memang kerap selsema, batuk dan keluar masuk wad kerana bronchitis, hingga sekarang pun masih belum pulih daripada bronchitis. 

7 tahun usia Umar, baru la hadir Zahra..yang ni memang berniat awal-awal nak susukan Zahra sepenuhnya.



Zahra punya cerita lebih kurang sama dengan cerita Nadhirah. Bezanya, masa mengandung lagi dah beli Pam (kirim pada seorang blogger yang sedang belajar di UK ketika itu), belikan siap-siap ice pack, cooler bag .

Ketika berpantangkan Zahra, Kak Aya dah mula mengepam susu untuk dibuat stok. Kak Aya ambik supplement Shaklee untuk Set Penyusuan. Kiranya untuk anak ke 3, persediaan dan usaha sangat tip top la. Hasilnya sampai sekarang Zahra masih menyusu badan.

Setakat ni, Alhamdulillah Zahra sihat membesar seperti kanak-kanak yang lain ..kalau dulu memang debab badannya , kini agak susut kerana dah mula melasak.



Itu je la sedikit perkongsian tentang penyusuan anak-anak kak aya ni.

Ringkasnya susu ibu baik untuk perkembangan anak kita, menguatkan sstem pertahanan badan si anak..untuk ibu pulak membantu membakar lebih banyak kalori dan mengurangkan risiko barah payudara.

Perkara yang sangat penting adalah ilmu tentang penyusuan perlu ada.

Cerita sahabat maya kak aya ni pulak macam mana?







Masa untukku

Assalamualaikum,

Dah pukul 2 pagi sekarang ni. 

Baru selesai mengemas rumah, mop lantai, lipat baju.

Biasalah tu semua , tak ada yang pelik pun.

Yela kalau tak tulis semua tu, tak ada idea langsung nak tulis pulak.

Sebenarnya aktiviti macam ni dah terlalu biasa untuk kak aya.

Tunggu semua orang tidur, kita pun mula la gerak gempur.

Dah siap semua, lega .

Dan time dah siap semua, baru la ada masa untuk diri sendiri.

Masa ni la boleh nak buat apa je untuk diri sendiri.

Nak tengok blog, FB, IG, bisnes, apa je untuk diri sendiri...time ni la.

Dulu kalau tak dapat tidur berjam-jam , mesti rasa macam tak puas semacam je.

Sekarang ni sesekali tidur sejam dua, dah tak rasa apa ...bukan la tiap2 mlm.

Seminggu ada sekali...paling kerap pun 2 kali..itu pun memang hujung minggu la.

Bisnes slow sikit kalau time macam ni, dah nak ke pertengahan bulan.

Nanti mula 25hb kembali sibuk dengan customer. 

Alhamdulillah.

Kak Aya sedang fikir-fikirkan untuk tambah lagi barangan untuk bisnes online kak aya ni.

Maksudnya , tak nak lah bergantung kepada produk Seqy Beauty je.

Cuma masalah utama adalah modal dan masa.

Nadhirah dah pun selesai periksa UPSR dan PSRA..lega banyak la perasaan ni.

Umar pulak ada exam akhir tahun..belum betul betul lega lagi sebenarnya.

Ada janji nak bawak family bercuti sehari dua , tapi belum tau ke mana.

Baki cuti betul-betul dah nyawa- nyawa ikan.

Ok la , dah awal pagi dah ni....

nak reply email customer dulu, lepas tu boleh la tidur.

Selamat tidur.




CINTAKU LURUH DI OXFORD - NOOR SURAYA & IMAEN

Assalamualaikum,

Kak Aya ni dah jarang baca novel..rasanya bermula akhir 2012, Kak Aya mula rasa jemu dengan novel..bila mula mengandungkan Zahra, perasaan jemu tu meluap luap , tak boleh nak tengok novel....rasa nak muntah.

Lepas habis pantang, ada cuba jugak baca sebuah dua..itu pun baca novel daripada novelis yang Kak Aya betul-betul suka je.

Tahun 2014 macam tak baca apa-apa novel...tahun ni dah hampir penghujung dah , baru sebuah yang betul-betul Kak Aya baca dari mula hingga ke noktah terakhir.

Cantikkan cover novel ni? Tenang je rasa di hati.

Ni novel pertama Noor Suraya dan Imaen yang Kak Aya baca ...tak pernah baca sebelum ni..ntah la kenapa, tak perasan kot .

Terpandangkan je cover novel ni yang dipegang oleh seseorang yang tidak dikenali ketika di dalam LRT, menyebabkan hati ni menggebu untuk mendapatkannya.

Cuba bertanyakan pada adik Kak Aya, dia ada beli tak novel ni...dia cakap ada. ..hari tu jugak pergi rumah Ucu, ambik novel ni.

Novel cinta tapi bukan kisah cinta klise yang selalu kak aya baca..

Ok sebab apa Kak Aya suka novel ni:

1. Kisah pelajar di UK , lebih tepat di Universiti Oxford (LHM) - kak aya ni memang dah lama berangan nak jelajah UK ha ha jangan la gelakkan kak aya tau...salah satu angan-angan , tak pasti akan jadi kenyataan atau kekalkan angan-angan. Teringin nak lalui suasana 4 musim..hmmmmm dah dah la kak aya..


2. Jurusan yang diambil oleh Zuha - English & Literature menjadi salah satu jurusan yang pernah Kak Aya impikan...tapi ini memang kekal tersimpan di dalam hati je...tak ada harapan untuk dipenuhi .

3. Kisah di Bukit Dussex sangat indah...terasa seperti berada di kampung Kak Aya walaupun kampung Kak Aya tidak sama seperti yang digambarkan di dalam novel tersebut...suasana yang digambarkan tu terasa begitu dekat di hati.

4. Sifat pemalu pasangan sejoli  ( Falah & Zuha) tu seperti sama je dengan Kak Aya hik hik....perasantan.

5. Kak Aya suka nilai-nilai murni persahabatan, kekeluargaan yang ditonjol di dalam novel ni.

Secara ringkasnya novel ni mengisahkan kisah percintaan antara Falah dan Zuha, mereka ni jatuh cinta pandang pertama sebenarnya.

Mereka berdua ni suka main teka je..itu pasal la kisah cinta mereka ni lama sangat nak berakhir ...kak aya rasa sakit perut dengan mereka berdua ni.

Mereka simpan rasa suka di dalam hati. Perkenalan mereka di daerah Oxford tu sekejap je sebenarya...dalam satu penggal je, kalau tak silap Kak Aya..

Ketika masih di Oxford, mereka tak luahkan pun rasa cinta tu...Falah rapat dengan Damina, Zuha sangkakan mereka berdua tu adalah "couple".. Falah pulak sangkakan Zuha ni gadis "tak baik" dan gadis yang bakal berkahwin hanya kerana beliau terpandangkan Zuha beberapa kali "berdating" dengan Encik Wassim.

Lepas habis sepenggal perkenalanan tu, Falah dah tamat belajar, manakala Zuha pulak terpaksa tamatkan pelajaran di sana kerana masalah keluarga.

Lepas 4 tahun, Falah dan Zuha ni ditugaskan di daerah yang sama..Zuha jadi guru pelatih di Bukit Dussex, Falah jadi pengurus estet di situ.


Zuha akhirnya kahwin dengan Encik Wassim..uwaaaa frustnya ......Falah merana sampai masuk wad...


Hmm kak aya rasa kalau nak tau lebih lanjut, baik baca sendiri novel ni...

Lepas ni kak aya nak cari novel-novel lain hasil tulisan Noor Suraya .