Posts

Showing posts from August, 2010

Tip untuk banyakkan air susu badan

Bukan senang tau nak maintain pengeluaran susu badan tau! Susah sekali beb......ada yang bagai nak tercabut sumber susu dipam, diperah tp tak ada jugak nak keluarnya..mungkin susu dah makin kurang. Kalau kita memang ikhlas nak susukan bayi kita secara sepenuhnya , insyaallah susu tu akan sentiasa ada, pengalaman saya menyusukan dua anak saya sehingga 2 tahun mengajar saya betapa pentingnya niat dalam hati kita...kalau awal2 lagi rasa mcm susah je nak bagi susu sepenuh nya pd bayi mmg lah akan merajuk la susu tu.. ehh susu pun tau merajuk jugak ke? keh keh..lebih krg mcm tu la, ala ala merajuk Jadi, kalau nak susu sentiasa byk, jgn lupa minum susu, makan makanan berkhasiat dan mesti tiap hari makan taugeh ( ini petua mak saya)....lebih elok kalau makan taugeh mentah sebagai ulam-ulaman. Ulam kan bagus untuk awet muda?? Itu pun mesti fikir panjang ke? Cuba jangan tak cuba.....

Tip untuk elak sembelit ketika hamil

Boleh anda bayangkan dengan keadaan perut yang memboyot, anda pulak ada masalah sembelit...adoiiii hanya orang yang pernah melaluinya je yang tau mcm mana keadaannya.. Petua saya, amalkan memakan kangkung, tak kiralah makan sbg ulam, nak goreng, atau nak masak macam mana cara pun tp mesti makan setiap kali waktu makan...Insyaallah dengan izin Allah, penyakit sembelit itu memang tidak berani dekat dgn anda he he... Jangan takut untuk mencuba...........

Tip untuk haluskan dan hitamkan rambut

Ini mungkin tip yang dah biasa kita dengar dan baca sebelum ni...ni petua yang selalu arwah nenek saya buat amalkan..rambut dia cuma beruban sedikit je pada usia 70++, hitam dan halus serta berkilat.......sapu minyak kelapa buatan sendiri pada rambut, balut dengan tuala selama setengah jam dan syampoo seperti biasa, lakukan setiap hari sekali...insyaallah rambut akan jadi lembut dan halus serta hitam berkilau....tak percaya? cuba la dulu baru tau...... Nak buat minyak sendiri, cuma ambik pati santan kelapa dan masakkan hingga keluar minyak ..itu je....memanglah baunya kurang menyenangkan bagi sesetengah orang tapi kesannya mmg bagus. Tapi kalu kita dah bersyampoo, tak adalah bau minyak tu lagi dah... Cuba ye...

Tip untuk mencantikkan kulit bayi

Ni ada lagi satu petua, kalau kita nak kulit bayi kita cantik, tak perlu guna bedak tp guna tepung ubi..kenal tak tepung ubi? tak kan tak kenal kot..... Ayak tepung ubi tu dan jemur hingga kering .Boleh sapu badan badan bayi setiap pagi dan petang. Selain mencantikkan kulit ianya jugak mencegah terjadinya ruam pada badan bayi dan ruam lampin.

Tip untuk memudahkan proses bersalin

Ni tip yang diamalkan oleh mak saya dulu2 dan saya turut mengamalkan ketika mengandung.....bila usia kandungan dah cukup 6 bulan anda boleh mengamalkan memakan ulam pucuk manis sekali pada waktu makan tengahari a.k.a lunch dan sekali pada waktu makan mlm a.k.a dinner,ok? Selamat mencuba!

Tips untuk mencantikkan gigi bayi anda

Hmm mesti ada yang belum tau yang kita pun boleh cantikkan gigi bayi kita tau...sebelum gigi dia betul2 tumbuh, kita ambik seulas bawang putih, gosokkan pada gusi dia....nanti gigi yang tumbuh tu mesti cantik dan kekal lebih lama.... Ok, selamat mencuba....

Petua untuk maniskan susu badan

Saya tak tau susu ibu tu rasa mcm mana...tp mengikut petua mak saya kalau nak maniskan susu ibu, amalkan memakan ubi sengkuang setiap hari...boleh juga membantu menambahkan susu badan.. Ada ke yang tak kenal ubi sengkung? kalau tak kenal boleh tanya aja orang kat Pasar..biasanya ubi sengkuang dapat kita jumpa dengan mudah kalau kita beli Rojak Buah, mesti ada ubi sengkuang. Ok, selamat mencuba ye bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi.....bagus tau menyusukan bayi dengan susu badan, nanti anak sihat dan ingat selalu dgn kita....tak percaya? cuba la susukan hingga usia bayi anda 2 tahun, anda mesti dapat melihat kesan dan kebaikannya...

Picnic di Tasik Titiwangsa

Bukannya picnic dalam minggu puasa ni tapi dlm 2 bln lps kot, anak-anak dan suami yang happy2 di Tasik Titiwangsa, sedang saya berada di pejabat...apa nak buat, cuti dah makin kurang..itu pun dah kena warning dgn bos , "make sure no negative leave balance for this year"...susah nak janji la sb kalau kita yang ada anak2 kecik ni, kdg2 sakit demam dia org tak terjangka. Berbalik pd picnic tadi, pada mulanya ingatkan pergi jalan-jalan je, rupanya siap bawak tikar dan makanan lagi( beli nasi lemak, air dan kuih kat kedai)...lepas tu naik kuda dan jalan2 keliling taman..lepas tu balik .... Walaupun singkat je masa untuk aktiviti tersebut, anak-anak cukup riang dan gembira, tidaklah mereka ni rasa macam terkurung je kat nursery, sekolah dan rumah. Insyaallah lepas raya nanti, nak kerap2 sikit bawak anak keluar jalan-jalan. *** tak dpt pulak nak upload gambar...esok cuba upload lagi...