Kembali Berpaling
Assalamualaikum Bersua semula di blog terpencil ini..apa daaaa kak aya ni kan...tak boleh pakai janjinya, mula tu kata nak tutup blog, lepas tu create blog baru ,lepas tu muncul semula di sini...terima la seadanya kakak mu ini yang tak berapa stabil emosinya.. Oktober dah nak pergi nampaknya...1435 Tahun Hijrah pulak nak melabuhkan tirainya. Selamat Datang 1436 Hijrah. Mengambil keberkatan Tahun Baru 1436 Hijrah ni ..saya nak mulakan semula apa yang telah lama ditinggalkan..ahhh berjanji lagi nampaknya...apakan daya..manusia dan janji tu ibaratkan paku dan lantai..hi hi relevankah perumpamaan ini? Ok abaikan je. Senang cerita, ada saya update, maknanya ada la tu janji ditunaikan. Tak ada update, memang penipu besar la tu..eh teruk sangat kalau penipu besar....pengelat je la . Sebenarnya, saya paling tak rajin nak snap gambar...sesetengah pembaca blog suka tengok gambar berbanding baca entry..itu yang menjadi faktor malas nak update sebab tuan blog tak ada gam