Posts

Showing posts from August, 2012

Keindahan flora di rumah mak saya

Image
Ni semua gambar yang di ambil oleh Nadhirah menggunakan hp saya. tak sangka cantik bunga-bunga di laman rumah mak saya, sungguhhhhh memang saya tak perasan pun. Di rumah mak ada yang minat pokok bunga, ada yang minat dengan bonzai. Adik lelaki saya memang tanam bonzai dan menjadi mata pencarian dia dengan menjual pokok bonzai.

Gambar Raya Cara Kami

Image
Tahun ni tak ada gambar sekeluarga. Umar asyik menolak untuk bergambar di pagi raya..bila dipujuk-pujuk dia setuju untuk bergambar tetapi mesti bersama dengan sepupu rapat dia. Jadi la gambar berasingan 4 orang. Tak ada warna tema , semua ikut kehendak masing-masing cuma jubah yang dipakai oleh tuan besar tu adalah pilihan saya, dia tak ikut, jadi kita beli ikut kesesuaian fikiran kita. Macam belangkas ..Umar dan Iwan Budak yang paling mudah di ajak bergambar Bergambar di garaj kereta di rumah Tampin, rumah omak mertuo den Gambar tak bersedia....susah betul nak bergambar elok-elok

Review Novel Sebenarnya Saya Isteri Dia

Image
Novel ni saya terima daripada adik perempuan saya..baik hati dia belikan untuk kakak dia yang kaki  novel tapi memanjang tak cukup fulus nak beli banyak-banyak. Kali pertama baca adalah pada malam raya baru ni. Saya berjaya khatamkan pada hari raya ke 2. ( nampak sangat saya banyak hilangkan diri ketika tetamu berkunjung ) Errr cerita pasal tetamu berkunjung ni,memang tak menang tangan nak melayan sebenarnya. Kami beraya di rumah nenek suami saya , kami panggil wan di Chengkau , Rembau , Negeri Sembilan. Rumah wan ni memang rumah untuk semua anak cucu berkumpul kala raya. Tetamu yang datang biasanya sanak saudara dari Kuala Lumpur dan Seremban. Mula datang selepas berakhirnya Solat Aidilfitri hingga la hampir waktu Maghrib. Saya sebagai cucu menantu , kerja-kerja saya hanya mencuci cawan gelas pinggan mangkuk je, kerja-kerja menghidang, membancuh ke apa ke semua di lakukan oleh anak-anak menantu wan. Mana yang bergelar cucu hanya bergilir berdiri di sinki je.  Aaa time-t

Umar bakal dapat adik??

Tengok tajuk tu sendiri yang terasa serammmm he he. Cerita sebenarnya macam ni, Umar ni tetiba buat perangai tak nak pergi tadika sejak balik daripada bercuti raya. Isnin tu dia menangis 2 kali, ketika dalam kelas dan ketika bersolat. Semalam menangis 3 kali.  Hari ni pulak pagi-pagi dah meraung. Cikgu tanya kenapa menangis?  Umar rindukan mama, jawab dia dengan lelehan airmata. Petang Isnin, ketika masuk kereta, Umar terus bercerita perasaan rindu dia terhadap saya, tersentuh jugak la di hati ini. Mungkin lama sangat bercuti raya dan seronok balik kampung Atuk dan Uwan , lepas tu balik pulak jumpa nenek di Terengganu. Siap main air ombak lagi kala di Terengganu. Pagi ni saya masuk lambat sikit ke pejabat ( lambat banyak sebenarnya sebab sekarang ni dah 9.15 saya masih kat rumah tengah update blog he he). Kebetulan pagi ni kena buat pengesahan untuk kemasukan Umar di Tahun 1 Sek Ren Sungai Tua tahun depan, itu yang sengaja lambatkan diri ke pejabat.

Kembali di Selayang Mulia

Image
Jam 3.15 pagi tadi, kami sampai semula di Selayang Mulia....rumah masih berkecah...masih belum ada mood untuk berkemas. Masih dalam mood rindukan kampung halaman, biasalah balik sesekali , kena pulak balik time raya, kesyahduan yang dirasakan agak berlainan sedikit. Melihat lambaian mak dan adik membuatkan hati sedikit berair. Hari ni hari raya 6 , kalau di kampung saya, kemeriahan hari raya 6 sama dengan raya pertama minggu lepas. Ni ada sekeping gambar saya , suami dan anak-anak serta kakak ipar, anak buah sepupu sepapat di Rembau, ketika raya pertama baru ni.  saya adalah yang paling banyak makan ruang atas tangga tu  Ok, semoga semuanya bergembira di bulan Syawal yang mulia ini. Macam biasa, tak dapat nak taip panjang-panjang. Salam Aidilfitri.

Amalan Sunah Rasulullah s.a.w pada hari raya

1. Mandi sunat hari raya sebelum mengerjakan solat hari raya.   2. Memakai pakaian baru  - lakukan dengan penuh penghayatan bukan untuk menunjuk-nunjuk.   3. Makan sebelum pergi solat sunat hari raya.   4. Banyak bertakbir.    5. Saling bermaaf-maafan.   6. Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.   7. Memakai pakaian yang terbaik dimiliki pastinya yang menutup aurat dengan sempurna.(tidak semestinya mahal)   8. Berziarah dan merapatkan ukhwah sesama muslim   Kesilapan yang dilakukan ketika meraikan hari raya .   1. Berjabat tangan antara lelaki dan wanita bukan muhrim ketika beraya.   2. Ipar duai tidak menjaga aurat ketika berada di dalam satu rumah.   3. Wanita memakai wangian dan solekan yang keterlaluan ketika keluar  beraya.   4. Wanita memakai pakaian raya yang mendedahkan susuk tubuh dan tidak menutup aurat dengan sempurna   5. Meninggalkan solat kerana terlalu sibuk beraya.  

Mungkinkah akan berpisah?

Curi masa kejap untuk belek blog sebelum siapkan hidangan bersahur.  Blog ini mungkin akan ditamatkan selepas berakhirnya tempoh domain pada Mei 2013. Kenapa saya tulis begini? Pastinya kerana saya langsung tidak dapat lagi berblog seperti dulu. Lebih baik lupakan terus andainya begini keadaan yang tersurat, tiap tahun perlu bayar untuk domain. Sepanjang Ramadhan ini , hanya sekali dua je yang mampu menulis entry secara 'terus' selebihnya menggunakan auto publish.  Menggunakan khidmat auto publish sedikit sebanyak menghilangkan ghairah untuk berblog kerana ianya tidak sama dengan menulis secara terus. Tadi buka je gmail, mak aiii banyak emel-emel yang tak dibuka sepanjang Ramadhan, tak ada apa yang penting pun kecuali email dari pihak Nuffnang tentang perubahan pada web Nuffnang, agak jakun melihatnya pada kali pertama. Tentang sahabat-sahabat alam maya, memang saya akui langsung tak tau cerita sebab berbulan-bulan tidak melakukan blogwalking, rasa

Tip atasi gastrik di bulan puasa

Ramadhan dah pun melepasi 17 hari, baru teringat nak kasi tip ni he he ..jangan maree... Rendamkan 3 biji kurma ke dalam air susu suam selama 10 minit, sebelum waktu berbuka. Bila masuk waktu berbuka, makan kurma tersebut dan selepas itu minum lah susu itu.  

"Anak-anak Syurga" oleh Ibnu Ahmad Al Kurauwi

ANAK-ANAK syurga. Mereka bukanlah malaikat. Mereka manusia yang baru mengenal dunia. Belum sempurna agama. Maka tidak hairan, ada yang putih akhlaknya, tidak kurang yang hitam warna nakalnya. Ibu-ibu syurga mendidik anak-anak syurga yang hitam dengan sabar, menyambut yang putih dengan syukur. Anak syurga yang hitam bangun daripada liat subuh yang kelam, kini bertatih terkial-kial membersih diri. Kadang-kadang sempat tersengguk di gigi air. Bapa-bapa syurga tidak kalah memujuk anak-anak syurga; bahawa di sebalik kelam fajar, ada pahala yang besar. Balasannya syurga yang benar! Anak-anak syurga mahu dikelek ke rumah Tuhan. Melihat rumah Tuhan, laksana syurga yang indah lagi terbentang luas. Kata anak-anak syurga, “Bukankah telah difirmankan Tuhan bahawa syurga itu luasnya seluas langit dan bumi.” Maka tidak hairan, laman masjid, kerap menjadi trek lumba lari berganti-ganti. Mimbar kadang-kadang menjadi acara sembunyi-sembunyi. Mihrab kadang-kadang menjadi tempat mereka beraksi. Kata an

Bersin dan Menguap

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:   "Sesungguhnya, Allah menyukai perbuatan berisan dan benci akan perbuatan menguap" (Riwayat Al Bukhari)   Bersin yang disukai Allah   1. Ucapkan Alhamdulillah    Rasulullah s.a.w berpesan yang bermaksud:   "Apabila salah seorang antara kamu bersin, maka hendaklah ia mengucapkan "Alhamdulillah". (Riwayat Al Bukhari).   Kita perlu bersyukur kerana bersin adalah bermanfaat kepada kita, mengikut kajian ,bersin berfungsi mengeluarkan  banyak virus dan bakteria yang hendak memasuki dna merosakkan badan kita. Alhamdulillah!   2. Tutup mulut, perlahankan suara.   Seorang sahabat Rasulullah s.a.w menceritakan:   'Apabila Rasulullah s.a.w hendak bersin, baginda meletakkan tangannya atau kain baju ke mulutnya (untuk menutup mulut) sambil memperlahankan bunyi bersin.   3. Doakan saudara kita   Pesan Rasulullah s.a.w yang bermaksud:   "Apabila ada seseorang antara kamu yang bersin lalu dia mengucapkan "Alhamdul

Nadhirah Yasmeen sudah 9 tahun!

Image
Alhamdulillah....syukur kepadaMu kerana masih lagi memberi peluang kepada kami anak beranak menghirup kebahagiaan. Hari ni genaplah 9 tahun usia anak sulong saya, Nadhirah Yasmeen. Semoga Allah merahmati beliau...semoga usia dipanjangkan ini adalah usia yang memberi kebahagiaan buatmu, anak ku! Doa dari seorang ibu sentiasa inginkan anaknya hidup di dalam keberkatan dan rahmat Allah, semoga dirimu menjadi anak solehah yang sentiasa cintakan Islam. **Gambar lama - ini je yang sempat di cari , biasalah update mencuri masa Umar tidur!

SEJARAH PENURUNAN AL QURAN ( CATATAN SEMPENA NUZUL AL QURAN)

Bulan puasa tak boleh dipisahkan dengan cerita sejarah turunnya Al Quran. Jom kita baca serba sedikit tentang turunnya Al Quran.   Sebelum Al Quran diturunkan, Allah s.w.t telah menetapkannya di Lohmahfuz.   Sepertimana firman Allah yang bermaksud:   "Bahkan ialah AlQuran yang tertinggi kemuliaannya, (lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lohmahfuz". (Surah al-Buruh 85:21-22)   Al Quran diturunkan sebanyak 2 kali .   Kali pertama Allah s.w.t menurunkan al-Quran dari Lohmahfuz ke Baitul Ma'mur.   Baitul Ma'mur ialah tempat para malaikat bertawaf.   Di sana , Allah telah menurunkan sedikit demi sedikit kepada Rasulullah s.a.w mengikut tahap kemampuan Baginda yang mengambil masa selama 23 tahun untuk menghabiskan keseluruhan Al-Quran.   Penurunan AL_quran menggunakan dua lafaz.   1. Inzal - keseluruhannya   2. Tanzil. - sedikit demi sedikit   Peringkat pertama penurunan dari Lohmahfiz ke Baitul Ma'mur.   Firman Allah mafhumnya:   "Sesungguhnya Kami t

Cara pakai tudung Aidijuma 205

Image
Hanya sehelai tudung tanpa inner, boleh ikut cara di bawah ye bagi yang berminat nak pakai macam Datin ni..