Cuti-Cuti Terengganu
Assalamualaikum, Ini sebenarnya entry mengenai balik kampung hari tu.. bukannya seperti yang anda fikirkan.. bukan entry percutian. Balik kampung sempena Tahun Baru Cina. Dah kampung saya di Terengganu dan time tu memang saya sedang bercuti.. Jadi kena la kan dengan tajuk Cuti-cuti Terengganu. Balik hari tu adalah balik kampung yang paling singkat.. 3 hari je sebab sekolah Nadhirah dan Umar cuti pada hari Jumaat je.. Isnin depannya tu dah pun sekolah. Rasa agak tergesa-gesa tetapi ini la cuti balik kampung yang paling best. Biasa kalau balik kampung mesti memerap je. Tapi tidak untuk kali ini. Adik sekeluarga pun balik jugak, makcik ikut sekali. Itu yang menambah perisa keseronokan tu. Bertolak Khamis malam Jumaat , jam 10 malam. Sampai di Terengganu pukul 3 kot..eh lupa la. Lebih kurang la kot.. Jumaat lepas solat Zohor, kami pakat lepak di tepi laut. Pantai Telipot..ala dah selalu pun up gambar pantai ni .. Tak jauh mana pun dari rumah. Bawak bekalan b