Posts

Showing posts from December, 2011

Cara Pasang Meta Tag

Tadi duduk termenung fikirkan tentang blog...lepas tu godek-godek kat Google tentang beberapa perkara untuk traffic blog. Dek kerana saya ni macam tenggelam timbul, kadang-kadang lemas di bawa arus, saya rasa kena giat mencari ilmu berblog ni..nak bergantung harap pada cerita personal je, macam tak ada yang menarik pun sangat untuk dikongsikan. Jumpa entry tentang META TAG di SINI ...saya pernah letak meta tag pada blog saya dulu..try nak tukar semula pada tag yang lain...dah berjaya pun tukar. Kalau ada yang nak pasang atau tukar meta tag pada blog, boleh la KLIK SINI..

Majalah Anjung Seri Januari 2012

Image
Dah terima tapi belum belek. *** tiap bulan tengok kecantikan rumah orang lain..rumah sendiri masih lagi begini huhu

SITI NURHALIZA as Minnie Mouse Madonna| Majalah GLAM Januari 2012

Image
Adik saya beli GLAM! hehe budak yang tak tau apa-apa erti keGLAMman tiba-tiba beli Majalah GLAM hanya kerana cover SITI NURHALIZA...boleh la pinjam baca hi hi

Mak di Selayang Mulia....

Dah 2 hari mak saya datang KL, ikut adik saya yang pulang bercuti sempena Krismas baru ni...Insyaallah Sabtu nanti dia akan pulang semula ke Terengganu bersama makcik dan juga Nadhirah. Semalam sehari suntuk mak hanya di rumah...hari ni saya bercuti bawak lah dia keluar jalan-jalan..tak ada ke ke mana pun sangat..cukuplah menghilangkan bosan dan bawak dia cuci mata.. Tadi ke pasar bersama, beli apa yang patut, balik masak sama-sama , seperti biasa la mulut mesti riuh, berdua je di dapur tapi macam beberapa orang riuhnya....he he cerita tak pernah habis....berbeza sangat dengan mak mertua saya yang cukup pendiam... Kata Nadhirah, kalau kita bersama dengan ahli keluarga abah mesti suasana senyap-senyap je, tapi kalau kita dengan ahli keluarga mama,hmmmmmm riuh rendah macam ada pakai speaker kat baju he he. Begitu la saya dan saya pasti orang lain pun macam tu jugak, pantang berjumpa dengan ahli keluarga mesti banyak cerita yang keluar.... Esok dan lusa, mak dan Nadhirah akan me

UNIFI di Selayang Mulia

Hari ni dah pasang UNIFI...memang laju betul bila nak mengadap blog...harap-harap bermanfaat untuk saya walaupun itu belum menjanjikan saya dapat luangkan masa yang lebih untuk blog. Oleh kerana baru je activate, ketua rumah sedang "cuci mata" dengan channel-channel  TV yang ada . Nak tengok Youtube pun boleh kat TV...selain tu nak berFB pun boleh..keduanya bukan favourite saya. Anak-anak masih berminat dengan ASTRO nampaknya..tak tau la lepas ni terminate ASTRO atau macam mana. Yang penting pada saya adalah dapat berblog lebih daripada biasa...he he itu yang saya pentingkan. **Dah angkut PC ni turun ke bawah, letak sebelah TV, jadi tak ada sapa yang dengki bila kala mama memijak tangga untuk ke atas..kadang-kadang baru je pijak sebelah kaki ke anak tangga dah ada yang menjerit tak bagi naik.

Akhirnya lengkap 4 cover Siti Nurhaliza untuk GLAM JAN 2012

Image
Kawan saya adalah pengumpul majalah GLAM sejak mula majalah ni keluar di pasaran..kebetulan pulak Siti Nurhaliza adalah artis yang paling diminati beliau...rasanya kali ni mau dia beli 4 GLAM kerana ada 4 cover Siti. Hmmm cantik cuma bila Siti dah bertudung, rasa macam tak sesuai pulak pakai-pakai rambut palsu tapi ye lah kita pun faham , tudung dia bukan sepenuhnya, mungkin kasi can lagi la untuk dia bergaya macam ni. Apa pun, GLAM seperti selalu, tampil hebat dan penuh kelainan.

Estee Lauder Perfume|Cashout Nuffnang

Image
Kali pertama saya terima cek daripada Nuffnang dan cek tu telah pun bertukar menjadi seperti gambar di bawah: Terima kasih kepada NUFFNANG yang bagi cek dan terimakasih kepada NORA CIBILZONIC kerana merealisasikan impian untuk membeli set di atas serta terimakasih kepada mereka yang menjadi penyumbang kepada tabung NUFFNANG saya.

SHOUTMIX - DAH DELETE ACCOUNT

Saya tak pasti sejak bila shoutmix saya ni expired , baru sekarang saya perasan...terus saya delete account dan remove je . Mula-mula log in ke shoutmix dashboad Pilih delete account Masukkan password Lepas tu terus account kita diremovekan.

PERKONGSIAN: HATI NAN TENANG

Sekadar perkongsian bersama...email yang diterima daripada seorang sahabat petang tadi...saya senang sekali membacanya.. Mengapa setelah berzikir, solat atau berdoa hati belum tenang? Sedangkan Allah telah menetapkan dalam Al Quran bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang? Khususnya ketika menghadapi ujian di dalam rumahtangga, mengapa hati kita masih resah, kacau dan galau walaupun sudah berbuih mulut meluahkan kalimah zikir?  Mengapa kita belum mendapat ketenangan sepertimana yang dimiliki oleh pasangan Sayidina Ali dan Siti Fatimah walaupun kita telah berzikir dengan kalimah 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar',sama seperti yang pernah diamalkan oleh mereka? Apa yang tidak kena dengan zikir kita? Bukankah kalimahnya sama? Bukankah jumlah atau bilangannya sama? Tidak syak lagi kita tidak dapat menghayati maksud tersirat daripada kalimah-kalimah zikir itu. Berzikir tanpa menghayati falsafah dan makna tersirat di sebalikny

PUDING KARAMEL

Image
Hari ni mencuba lagi untuk kali kedua,balik kerja, letak handbag terus menonong ke dapur....ala puding yang mana orang lain dah boleh masak dengan mata terpejam..kita baru nak cuba.Sebenarnya kali pertama minggu lepas kurang menjadi sikit sebab terlebih letak tepung jagung sikit, terlebih sikit je ...makcik cakap dah sedap tapi kawan cakap kureng sikit, jadi cuba lagi hari ni, nampaknya macam dah cukup menjadi he he biasalah masuk lif kena tekan butang sendiri kan? Tapi sayangnya PC saya masih lagi tak dapat lagi menerima pindahan gambar dari hp atau kamera...sob sob tak dapat la nak syok syok sendiri tayang gambar...jadi saya cedok gambar dari Myresipi.com . ( resipi di myresipi.com tak guna tepung punn..hmmmm) Ni bahan dan cara membuatnya , tak tau la sama tak dengan resipi orang lain . Bahan A 5 biji telur 2 sudu makan tepung jagung atau tepung kastard pun boleh 1 cawan air  2 sudu makan gula 1 tin susu cair 1 sudu teh esen vanilla Bahan B 5 sudu makan gula 2 sudu

MAJALAH GLAM JAN 2012 | SITI NURHALIZA ALA MADONNA

Image
Dah cari kat kedai buku tapi masih belum ada..hanya boleh tengok di Fanpage Glam . Ada 4 cover tapi hanya 2 yang telah diumumkan. Betul-betul Siti berjaya di transformkan menjadi sebegini rupa, jangan jadi transformer sudah la..

Novel USAI...AKU TERIMA NIKAHNYA

Image
Baru terima daripada sahabat..katanya boleh la tahan kisahnya......bila dia cakap boleh tahan tu kurang menyengat sangat la tu, jadi novel ni akan terperam lama sikit la dalam kabinet. Dah ada yang baca ke? Update 21/12/2011 - Agak ok la ceritanya...banyak dugaan di dalam hidup berumahtangga..akhirnya menemui jalan bahagia juga...hmmm anda pasti akan jatuh cinta dengan Khalif nanti..bacalahh ye Sinopsis: Puteri Nur Aina, tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar hafiz. Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya. Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumah tangga. Namun, episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak yang menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan. Lalu keputusan yang diambilnya secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka. Dalam masa yang sam

Pukul 4 pagi masak nasi lemak....

Caya la hari ni, bangun pukul 3.50 pagi semata-mata untuk masak nasi lemak..sebenarnya hari ni suami bercuti, jadi suami dan Nadhirah akan tinggal kat rumah..itu lah sebabnya bangun awal-awal hari ni. Masak nasi lemak , sambal bilis dan goreng kepak ayam je dan seteko teh panas...cukuplah untuk mereka berdua sepanjang hari ni andai kata ketua isi rumah malas nak keluar mencari makanan lain atau pun malas nak masak. Harap-harap rasa nasi lemak tu tak mengecewakan..kata orang, kalau ikhlas memasak, rasa akan jadi bertambah sedap dan enak he he.. Ketika entry ni di taip, hanya saya dan Umar yang dah bangun, lagi dua isi rumah masih enak dibuai mimpi. *** seronok kalau masih ada cuti, boleh lepak sama-sama...tapi cuti tahunan berbaki 0.

SITI NURHALIZA ala MADONNA | MAJALAH GLAM JAN 2012

Image
Wah wahhhh Datuk Siti kita....makin berani tampil dengan pelbagai gaya sekarang... ***Dah beli ke?

Masa untuk kembali bersatu

Malam ni,Insyaallah dapat lah berjumpa semula dengan anak dara kesayangan selepas hampir 3 minggu tidak berjumpa..kejap lagi bertolak ke Tampin. Blog pastinya tidak berupdate hingga Isnin kerana tuan blog bercuti hingga Isnin. Selamat berehat bersama keluarga kepada semua sahabat.

Novel My Love Playgirl|Tak best& Rugi beli

Image
Secara jujurnya, saya rasa sungguh rugi membeli novel ini. Maafkan saya kalau penulis novel ni tersinggung.

Novel Kelat-Kelat Sayang|Izul Izzati

Image
Novel ni pada saya biasa-biasa saja.. sekadar boleh di baca , tidak meninggalkan apa-apa kesan pada jiwa saya. Kisah Aizam dengan Salina, sejak sekolah tak ngam sebab Aizam ni suka ejek Salina ni sebagai itik..sebabnya ayah Salina ni banyak bela itik. Sebenarnya si Aizam ni dah lama jatuh hati dengan Salina...bila dah dewasa dan berkerjaya , Si Aizam ni masih lagi mengejar cinta Salina sedangkan Salina ni pernah jatuh hati pada orang lain tetapi orang tu tak sukakan Salina. Selepas beberapa kali Salina menolak lamaran Aizam, akhirnya beliau menerima jua ...banyak jugak la kisahnya selepas bertunang, macam-macam dugaan untuk sampai ke jinjang pelamin... Hmmm sama dengan novel lain, novel ni pun akan dijual juga

Novel Kasih Bersulam Cinta|Rozita Abd Wahab

Image
Ini novel yang selesai proses bacaannya petang tadi, dah lama baca sikit-sikit...tak begitu menarik pada saya tetapi boleh la .....mungkin orang lain berbeza pandangan..apa pun saya suka gambar cover novel ni. Mengisahkan Anis, ditangkap khalwat dengan Hakim selepas diperangkap oleh ibu tiri Anis sendiri...mereka berdua kahwin tanpa rasa cinta dan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di Universiti yang sama. Hakim seorang playboy, Anis seorang wanita yang kekampungan namun memiliki raut wajah yang cantik asli. Anis sebenarnya mewarisi harta kekayaan arwah ayahnya tapi tak ada sapa pun yang tau perkara tu. Berbalik kepada hubungan Anis dan Hakim tu, mereka hanya berbaik sebagai pasangan suami isteri setelah 2 tahun berkahwin. Novel ni akan dijual , kalau ada yang berminat boleh bagitau pada ruangan komen ye.

Novel Hati Kala Cinta|Hani Fazura

Image
Saya baru selesai membaca novel ini...ceritanya boleh tahanla cuma mengingatkan saya kepada novel SWEET SOUR tulisan NASZ keluaran Jemari Seni...bukan lah sama sepenuhnya cuma ada persamaannya. Mungkin satu kebetulan saja. Oleh kerana saya terlebih dahulu membaca novel Sweet Sour, saya jadi potong mood kala membaca novel Hati Kala Cinta namun begitu saya tetap habiskan bacaan dan pada saya ianya tetap seronok di baca , andainya saya belum membaca novel Sweet Sour, saya rasa extra seronok dan puas hati membaca novel ini. Kisah Lya kawan rapat dengan Zhafran sejak kecil hingga masuk U, mereka sebenarnya dah sampai tahap bercinta cuma mereka tidak menyedari. Zhafran memilih untuk berkahwin dengan Nurin, sepupu Lya menyebabkan Lya begitu kecewa sekali. Namun selepas berkahwin dengan Nurin,Zhafran mula menyedari cintanya pada Lya, sebenarnya dia dah sedar ketika beberapa ketika sebelum berkahwin dengan Nurin tetapi untuk Zhafran membatalkan perkahwinan itu adalah tidak mungkin

Jimmy Shanley dedah tabiat buruk isteri

Perbicaraan pada hari pertama di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam membabitkan pengacara Jimmy Shanley yang menuntut supaya isterinya kembali taat mendedahkan yang wanita itu didakwa masih ketagih judi dan rokok walaupun berjanji untuk meninggalkan tabiat itu selepas berkahwin pada 1 Oktober 2010. Selain itu, ketika disoal peguam Syarie yang mewakilinya, Mohd. Noor Aizan Md Idrus, Jimmy mendakwa, isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka. Katanya, ia diburukkan lagi dengan sikap Nursuhaila yang gemar melayan laman sosial Facebook (FB) dan khidmat pesanan ringkas BlackBerry (BBM) hingga wanita itu tidak mengendahkan permintaannya untuk bersama pada hari itu. “Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju

Petua petua petua

Petua untuk lembutkan rambut Sediakan dua sudu besar susu tepung ke dalam bekas. Tambahkan air suam dan perahkan air limau nipis. Kacau hingga sebati dan simpan ke dalam peti sejuk selama 6 jam Lumurkan pada rambut dan biarkan selama 1 jam Selepas tu boleh la dibilas seperti biasa. Petua meluruskan rambut kerinting Parut sebiji kelapa tua dan ambil santannya. Campurkan perahan air limau nipis dan simpan dalam peti sejuk. Sapukan pada rambut dan biarkan seketika Amalkan setiap hari selama seminggu. *** kalau tak menjadi juga, boleh terus ke salon utk rawatan rebonding. Petua melambatkan kedutan pada wajah 1 biji kuning telur, 1 sudu kecil minyak zaitun dan beberapa titis limau nipis. Gaul  hingga sebati dan terus sapukan ke bahagian wajah. Biarkan selama 20 minit. BIlas dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Petua bersihkan leher

Leher sapa yang berdaki, kehitaman atau masalah warna tidak sekata? Haa meh sini nak bagi petua: Ambil 3 sudu besar tepung gandum dan tiga sudu besar oat yang telah dikisar halus ,campurkan dengan setengah cawan tairu masam. Gaul hingga rata. Sapukan pada leher seperti masker selama 15 minit. Lepas 15 minit boleh la dibilias dengan air bersih. Amalkan setiap dua minggu.

TIP elak jemu dalam rumahtangga.

Ada tak sesekali anda rasa jemuuu je dengan rumahtangga ? saya tak nak tipu, kadang-kadang ada mai rasa macam tu....takmau takmau macam tu, tak elok tak baik..biar orang cakap , makin lama makin mewangi,makin mesra, makin romantik... Cuba kita tambahbaik lagi perkara-perkara ni kalau tak nak bagi jemu: Perbaiki lagi komunikasi – ini adalah perkara yang sangat penting dan perlu diambik kira dalam hubungan suami isteri. Peruntukan masa berdua – tengok wayang ke, makan-makan waktu lunch ke, ambik cuti bersama dan keluar jalan-jalan. Jangan minta lebih daripada pasangan – biar banyak memberi, meminta-minta lebih adalah jangan..mintak sikit-sikit tu boleh ..( berbelit-belit pulak ayat ni) Kreatif mencipta kasih sayang Jangan bandingkan pasangan dengan orang lain Sentiasa menerima teguran daripada pasangan demi kebahagiaan. Tip-tip di atas adalah untuk pasangan suami isteri, bukan untuk suami je atau isteri je...sama-sama kena lakukan penambahbaikkan dalam hubungan. O

Khasiat delima

Sebelum ni, saya cuma tau delima ni boleh kuruskan badan walaupun sampai laa ni saya tak kurus-kurus pun...rupanya banyak betul khasiat delima.. Kulit delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak. Delima turut mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, magnesium, vitamin A dan vitamin C Zat besi di dalam delima unsur penting dalam pembentukan darah merah. Delima mengandungi antioksidan yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung Delima dapat memusnahkan sel kanser kanser payu dara dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. Pengambilan delima dapat menghalang pembentukan plak daripada terkumpul dalam salur darah arteri, mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkatkan tahap kolestrol baik. Delima boleh menurunkan tahap sistolik hingga 5 peratus Delima dapat mencegah dan melambatkan nyanyuk. Delima dapat menghalang plak gigi, mencegah kemerosotan rawan

35 Simptom Menopause

Semua wanita tau apa itu menopause Cuma tahap pengetahuan tentang tanda-tanda atau simptom menopause itu adalah berbeza, ada yang tau banyak, ada yang tau sikit…mungkin ada yang langsung tidak tau. Apabila kita melengkapkan diri dengan pengetahuan yang secukupnya, kita akan menghadapi fasa itu dengan lebih terbuka dan positif. Ok , kita tengok apakah simptom-simptom sebelum menopause. Hot flushes iaitu perpeluhan waktu malam, disebabkan oleh tindak balas hypothalamus yang menolak pengeluaran estrogen oleh ovari. Berdebar-debar Mudah marah Sukar tidur Kedatangan haid – tempoh tidak sekata ( lebih pendek atau lebih panjang) Nafsu seks menurun Vagina menjadi kering Mudah letih Rasa penat dan sakit-sakit badan Perubahan mood secara tiba-tiba Murung. Sukar memberi tumpuan Daya ingatan terganggu Kurang kemampuan menahan kencing terutama ketika bersin atau ketawa Kulit kering dan gatal-gatal Sakit badan, sakit sendi , sakit otot Otot-otot menegang Payudara lembik S

M.A.L.U

Saya akui saya seorang yang pemalu…betul, memang saya seorang pemalu ( saja nak bagitau, walaupun tak ada sapa tanya hi hi).. Rasanya malu saya ni lebih didorong oleh rasa rendah diri..kadang-kadang kerana rasa malu yang tak bertempat ni, banyak peluang yang saya sia-siakan begitu saja. Kebetulan pulak Majalah MIDI keluaran terbaru ni membicarakan isu MALU ni… Dalam tu seolah menerangkan apa yang saya rasa. Malu bermula dengan perasaan tegang apabila bertemu orang lain. Bila mula rasa tegang, diri pun ragu-ragu ketika berbicara dan tidak mampu  menyamakan persepsi dengan orang lain. Tubuh agak gementar dan wajah menjadi merah, sedikit berpeluh. Time berpeluh, keyakinan diri betul-betul menurun. Di dalam Majalah MIDI, ada disyorkan beberapa cara untuk mengatasi masalah ini. Libatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan. Dengan ini kita pasti akan cuba menyesuaikan diri dan cuba bergaul dengan orang lain , luar dari lingkungan keluarga. Beriadah bersama-sama ah

Kisah banjir , nak terkucil dan tandas kotor

Semalam semua tau, hujan lebat di KL, banjir di Taman Wahyu, Jalan Kuching dan Depan Pusrawi. Kalau dah macam tu situasinya, pasti-pasti lah jalan sesak.Dari ofis ke Selayang, ambik masa hampir 2 jam. Nak jadikan cerita, baru je mula memandu dan masuk dalam kesesakan di depan Istana Lama, terasa nak terkucil yang amat sangat. 'Rasa' tu terpaksa ditahan kerana mana ada tempat untuk berhenti...hampir sejam lebih menahan, akhirnya jumpa juga dengan stesyen minyak Esso, Jalan Sentul. Sebelum tu dah cakap kat kawan yang tumpang balik sekali "akak risau kalau guna tandas kat mana-mana , takut terjumpa benda yang tak ingin dilihat kat dalam tandas " Rupanya memang nasib betul-betul menyebelahi kata-kata saya.....dengan rasa yang tidak dapat ditahan-tahan..masuk dalam tandas tu terus ternampak "sesuatu yang masih fresh yang tidak dipam" Inilah sikap manusia, kalau dah buang tu biar buang betul-betul....jangan bagi orang lain nampak apa yang kita buang...