HAPPY BIRTHDAY!
Alhamdulillah hari ni dah pun 47 tahun 6 hari ! Tak sempat nak update pada tarikh sebenar kerana bergelumang dengan kerja hakiki. Biasalah closing bulanan. Moga terus diberikan kesihatan yang baik, tubuh badan minda fizikal mental. Kekayaan jiwa dan harta. Kelapangan segala urusan dan rezeki. Kebahagiaan dunia akhirat. Ya Allah moga bertambahnya usia ku seiring dengan bertambah la kematangan dan kelembutan hati di dalam melakukan ketaatan padaMU dan menggandakan lagi kebaikan dan amalan.Amiiin. Lagi satu, moga usaha Kak Aya untuk kali 99 juta kali ni membuahkan hasil. Amiiin Amiiin Amiiin. p/s : gambar tahun 2017.