Posts

Showing posts from February, 2012

Majalah MIDI 1 Mac 2012

Image
Seronok baca kisah 2 wanita yang begitu gigih mengusahakan tempat perlindungan bagi kanak-kanak HIV dan juga tempat perlindungan bagi remaja bermasalah. Tak semua orang diberi kekuatan dan ketabahan seperti 2 wanita mulia ini. p/s: ada kisah percutian MAMA ZHARFAN  dalam majalah ni tau.

Umar Faris bin Fahmee

Image
Ini lah budak yang buat saya marah , saya sedih pagi tadi.. Memang sungguh-sungguh kena pertingkatkan tahap kesabaran bila berhadapan dengan kerenah dia. Saya perlu cepat pagi tadi kerana ada kursus di sebelah pagi,dah janji sebelum tidur untuk bersiap awal-awal esoknya tetapi bila dah siap nak keluar, boleh pulak dia buat perangai..saya menangis kerana tak dapat nak menahan rasa marah. Jalan pulak seperti biasa lah..jem terus menerus, kalau bawak roti, mau kenyang sapu jem. Saya masuk bilik kursus ketika hampir-hampir kursus nak bermula. p/s:Umar datang sini ketika entry ni ditaip, dia  mintak saya tulis kat sini: Umar adalah hero!

Tudung Aidijuma New Design - Polkadot

Image
UPDATE TERKIN MAY 2014 - BOLEH BELI TUDUNG AIDIJUMA WHITE LABEL DARIPADA KAK AYA  - HUBUNGI 017-3416762 ekarang ni asyik belek FB AidiJuma je...tengok koleksi terbaru tudung yang dijual...tengok yang polkadot ni pun cantik jugak , harga pun lebih mahal berbanding yang jenis 2 tona warna sebelum ni. Yang polkadot ni harganya RM33. Menarik juga sebab macam belum ada design macam ni..hmmmm Untuk order, boleh  KLIK SINI

Lisa Surihani Cover Majalah Remaja 15 Feb

Image
Ni majalah yang lebih sesuai untuk remaja sesuai la dengan nama majalah tersebut, Remaja....saya tak pernah beli majalah ketika zaman remaja, belum ada duit sendiri untuk dihabiskan pada majalah. Sekarang majalah ni menjadi kegilaan adik bongsu saya yang saban bulan membelinya....tak pasti apa yang menarik di dalam majalah ni, mestilah tentang fesyen, tip yang sesuai untuk remaja .... Cover untuk 15 hb Feb adalah pelakon rterkenal  yang akan menamatkan zaman remajanya esok. Selamat Pengantin Baru untuk Lisa Surihani & Yusri, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

Majalah Anjung Seri Mac 2012

Image
Dah beli ke? Saya dah beli tadi, tak terniat nak beli tapi sebab nak pecahkan duit, beli la majalah ni...(.hmm alasan untuk membeli ke?)

Koleksi tudung bawal Aidijuma RM15 sehelai

Image
*** UPDATE TERKINI MAY 2014 - BOLEH BELI TUDUNG AIDIJUMA WHITE LABEL DARIPADA KAK AYA - HUBUNGI 017-3416762 BLOG:  TUDUNG AIDIJUMA FANPAGE:  AIDIJUMA LOVERS Cantik-cantik colour koleksi tudung Juma ni.....mungkin sebab pemakainya cantik jelita, automatik tudung pun nampaknya cantik..eh betul ke gitu?Harganya pun mampu milik cuma tak tau la kot-kot materialnya daripada kain yang nipis.

Majalah Impiana Mac 2012

Image
Beli terus bila nampak ada  45 Cara praktikal Bilik tidur selesa, Ekslusif dan menarik. 15 Ilham gayakan sudut sempit , Solusi atasi ruang terhad dan banyak lagi tip hias kediaman. Kemaruk nak deco belum berakhir.....mungkin kena listkan semula majalah apa yang perlu dibeli dan tak perlu mulai Mac...cuba untuk menyimpan kerana nak cepat bayar hutang dan cepat berhenti kerja .

Rasa tertekan

Sejak akhir-akhir, rasa berkecamuk di dalam jiwa...sebabnya: 1. setiap hari sampai ofis lewat..jalan jem daripada Batu Caves sampai la ke ofis. 2. Saya sudah terlalu lama tidak blogwalking, rasa bersalah kerana tidak dapat balas kunjungan tetapi apakan daya...PC satu, yang berebut nak guna adalah 3 orang, masih belum mampu memiliki laptop sendiri. 3. Paling terasa berkecamuk bila hari ni bos mengumumkan saya dan sahabat akan diletakkan dibawah bos "ORANG PUTIH"...ini perkara utama yang menggangu fikiran sejak tengah hari tadi hingga sekarang....saya tau ini adalah dugaan di dalam kerjaya..ntah la saya begitu teringin nak berhenti kerja saat ini.....mengikut emosi saat ini, itu la yang sedang saya rasakan. saya tau berhenti kerja bukan penyelesaian tetapi bila saya kenangkan stress setiap pagi meredah jem , sampai lewat, nak balik cepat, bos baru, peraturan baru, bahasa komunikasi....aahhh rasa sangat tertekan. 4. HUTANG BERTAMBAH. ...ini memang penamat ke

Review Novel Terbaru Norhayati Berahim 'Dari Milan ke Maran'

Image
Kredit gambar untuk blog NB Kara Saya suka novel-novel NB kerana pastinya banyak sekali pengajaran dan panduan yang kita perolehi secara tidak langsung diakhir cerita. Bermula dengan kisah kehidupan kala kecil membawa kepada hidup seorang dewasa, menempuh dugaan hidup ,bercinta, berkahwin...semuanya seperti satu realiti yang dilalui. NB tidak terlalu membuai perasan pembaca, tidak jugak membuat pembaca bosan ( pandangan peribadi saya) walaupun novel beliau memang tebal belaka. Setiap novelnya akan dikupas cerita itu sebaik mungkin...kajian tentang sesuatu watak begitu mendalam sekali, saya rasa sebab tu lah novelnya tebal. Kisah Dari Milan ke Maran ni adalah tentang kehidupan biasa...cabaran seorang ibu miskin membesarkan anak-anak ketika suami menjadi kaki ekor dan kaki judi...cabaran ibu yang kaya membesarkan anak-anak yang pelbagai sifat dan sikap,  suami sibuk dengan kerja sebagai wakil rakyat. Kisah kehidupan seorang pemimpin...kisah percintaan...semuanya

Tudung Bawal Norjuma (Aidijuma)

Image
***UPDATE TERKINI MAY 2014 - BOLEH BELI TUDUNG AIDIJUMA WHITE LABEL DARIPADA KAK AYA - HUBUNGI 017-3416762 BLOG: TUDUNG AIDIJUMA FANPAGE: AIDIJUMA LOVERS *** Cantik cover ni kan? Hitam putih..nampak klasik...tertarik melihat cover yang cantik, terus leburkan duit kat kedai mamak tadi...makin comel dan jelita Norjuma ni kan? Langsing je. Nampaknya Norjuma dah jadi tauke tudung pulak...dia menjual tudung bawal, banyak pilihan pada harga berpatutan, sesuai la dengan target Norjuma untuk para pelajar universiti.Tudung bercorak dan rekaan yang simple dan menarik. Saya memang memakai tudung bawal setiap hari kala ke pejabat...selesa memakai tudung bawak disaat rakan-rakan telah pun beralih arah kepada tudung Ariani...biasanya saya membeli di Pasar Kedai Payang je sesekali balik kampung, jengah la Pasar Payang. Kiosk yang menjual tudung bawal Aidijuma ni terdapat di The Curve,Pasar Seni ,UTeM, Bandar Tun Razak , Jengka. Untuk mengetahuicara order, boleh KL

NEELOFA COVER MAJALAH RAPI 15 FEB 2012

Image
Majalah Rapi dah menimbun....satu tip pun tak praktikkan...tak guna, tengok cover lawa beli..tengok tajuk best,beli.... Dah baca cara Neelofa maintain berat, cuba-cuba la praktikkan ye.

Tok Guru Nik Aziz tidur di ribaan isteri

Image
*** rahsia kebahagiaan tok guru...boleh la diamalkan oleh kita semua... Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja. “Saya juga berselawat ke atas nabi sebanyak 41 kali setiap hari dan isteri perlu bersabar serta diam setiap kali melihat suami marah. “Suami juga perlu menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga, selalu membaca al-Quran serta sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Suami Isteri dan Pelancaran Buku Panduan Keluarga Mawaddah, di sini, semalam. Pada majlis itu, Nik Abdul Aziz dan isterinya yang mempunyai li

Novel Akukah Juwita|Baru dapat!

Image
Dah baca ke? Sinopsis: Minah binti Temon. Kelakarnya nama tu! Klasik campur pelik. Namun, tuan empunya diri menjadi buruan ramai lelaki. Lelaki pertama - Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya 'Timun Kecut'. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya. Lelaki kedua - Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga - Rifki. Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala. Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail - budakjahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan tindakan dan kata-kata Ukail yang sememangnya mencabar kesabaran Minah. Persoalannya, d

Buffered Earning Pertama 2012

Image
Last saya dapat BE rasanya sekitar Nov lalu, berakhir 18 Nov hingga la hari ni baru timbul semula 1 BE. Terima Kasih pada Nuffnang  . p/s: sekarang ni betul-betul berblog sesuka hati tanpa terlalu mengharapkan duit iklan Nuffnang, dulu terlalu berharap, sudahnya jadi stress kalau tak ada idea untuk entry.

Kabinet Dapur dan Wardrobe

Sekarang ni saya suami isteri ke sana ke sini, mendapatkan quotation untuk kabinet baju dan kabinet dapur. Banyak yang menarik tetapi bajet ciput. Tak ada yang murah di zaman sekarang ni....asal berkenan je, mesti mahal. Nampaknya Sabtu depan , kami nak menjelajah sekitar Sri Gombak, pergi kedai Kabinet lagi... Minggu lepas dah pun menjelajah beberapa tempat, hampir sama je harga yang ditawarkan tetapi masih lagi tak  kena dengan bajet kami. Tak apa, boleh survey lagi sampai kami sama-sama fed up. p/s: ada cadangan tak tempat yang menawarkan harga berpatutan?

Anjung Seri Feb 2012 | Dah beli?

Image
Pergi kedai sebab nak beli susu pekat manis...suami saya memang sungguh-sungguh ketagi teh sekarang ni....satu tin tak sampai 3 hari pun.. Ambil susu dan terpandangkan Majalah Anjung Seri Feb dah tergantung kat tempat suratkhabar dan majalah...apa lagi, sambar terus. Saya rasa lepas ni kena jadi peminjam tetap dengan along dah kot he he sebab asyik membeli majalah je... Balik rumah simpan dulu kejap kerana macam rasa bersalah pulak sebab majalah Glam Deko hari tu belum pun  dibelek lagi.. Ok ok lepas ni dah pastikan hanya majalah yang betul-betul saya perlukan je yang akan saya beli...( ada orang kisah ke dengan janji tu?) hi hi

Review Novel Mentari Cerah Lagi-----------Membosankan

Image
Saya dah pun selesai baca novel ni ketika 2 hari bercuti di Tampin ....hmmm terlalu bosan kalau nak dibandingkan dengan novel Ombak Rindu dan lain-lain novel Fauziah Ashari. Tak tau kenapa novel ni seolah-olah 'bukan' karya Fauziah...mungkin ada waktunya penulis menghadapi masalah kekeringan idea. Tapi mungkin juga pada orang lain, novel ni seronok dibaca dan memuaskan hati. Saya rasa seolah-olah sangat meleret-leret...akhirnya saya baca tidak sepenuh hati. Sinopsis novel ni saya dah masukkan dalam entry terdahulu. Novel ni bukanlah novel terbaru tetapi  mungkin sekarang diulang cetak ( saya tak begitu pasti) ...novel ni seolah-seolah terpinggir pulak.. Apa pun selamat maju jaya untuk Fauziah Ashari, semoga idea lebih best selepas ni!

Beli majalah lagi....MIDI 1 Feb 2012

Image
Tadi seperti biasa ke pasar...dan seperti biasa jugak la mesti beli majalah...membaca menambah pengetahuan kan?  Komen suami..memanglah membaca itu bagus tapi kalau tak sempat baca keluaran ni dah beli keluaran baru lagi, tak ke membazir tu? Tak apa bang, bahan bacaan bermaklumat macam ni tak basi dek masa. Selamat Membaca! p/s: Petang ni pulang bercuti ke Tampin.

GLAM DEKO FEB 2012

Image
Beli majalah, dapat satu apron cantik Saya tak dapat menahan diri sekarang ni daripada membeli majalah deko...ishh tak tau la kenapa jadi kemaruk macam ni...kalau orang tak tau mesti fikirkan rumah saya cantik hiasannya tapi sebenarnya rumah ada barang asas je. Rasa suka dan tenang hati melihat gambar rumah yang di hias cantik-cantik...ada waktunya saya teringat-ingat tentang hiasan sesebuah rumah yang betul-betul kena dengan citarasa saya. Nampaknya ni kali pertama saya beli majalah Glam Deko, sebelum ni pernah la belek-belek, rasanya ini sesuai untuk rumah yang besar dan pastinya sesuai untuk pemilik rumah yang mempunyai bajet yang cukup besar.. Semoga majalah-majalah ni memberi idea kepada saya satu hari nanti, sekarang ni belum ada modal nak cantik cantikkan rumah.

Novel Cinta Perisa Dia|Lynn Dayana

Image
Best tak cerita ni? Kalau sesiapa dah baca , boleh lah tinggalkan komen....

Review Novel Akan Ku Kejar Cintamu | Fauziah Ashari

Image
Akhirnya habis jugak baca novel ni... Rasanya tak la terlalu best tapi masih best berbanding sesetengah novel. Novel ni banyak adegan manja-manja antara suami isteri, saya rasa itu dah biasa bagi novel tulisan Fauziah Ashari, salah satu tarikan untuk pembaca. Watak Raiyan tidak terlalu menonjol pada saya. Watak Alma lebih melekat di hati berbanding lain-lain watak. Nenek Raiyan pulak pada saya macam watak orang dulu-dulu je. Cerita agak meleret-leret, ada waktunya rasa membosankan. Apa pun , saya terhibur membaca novel ni .