Posts

Showing posts from August, 2011

Wordless Edisi Balik Kampung

Image
Driver agak keletihan selepas berbuka, rehat sebelum memulakan perjalanan BYE BYE

Gangguan Hidup

Image
Dah separuh hari untuk Ahad, pagi tadi terakhir bersahur di Selayang, InsyaAllah pagi esok bersahur di Kuala Terengganu pula. Belum siap lagi mengemas pakaian untuk balik kampung, kena tinggalkan sikit untuk kemas petang-petang karang, biar mood untuk balik makin terasa . Menjengah blog rakan-rakan semuanya dah balik kampung . Masing-masing dah tinggalkan entry hari raya. Tak apalah, kita jengah rumah kosong mereka je lah, lepas raya nanti mesti dah ada tuan rumah. *** Gambar petang raya tahun lepas di Rembau, Umar tertidur keletihan . Tadi sempat belek-belek Majalah MIDI, gambar cover Noraniza Idris, ada terbaca tentang rawatan alternatif untuk yang mengalami gangguan dan lain-lain penyakit. Salah satu tanda-tanda gangguan yang menarik perhatian saya adalah: TIDUR BERMIMPIKAN BAYI ATAU KANAK-KANAK KECIL. Saya ada menulis entry tentang mimpi saya di SINI  . Tak pasti pula tentang maksud gangguan tu, mungkin boleh rujuk pada mereka yang lebih arif. Kepada s

Masih setia di Selayang Mulia...

Image
Lambat terasa menunggu esok malam untuk bertolak pulang ke kampung, tambah-tambah anak dara sorang tu dah pun selamat berbuka dengan nenek. Seronok katanya berbuka di sana.. hmmm biasalah dia , kalau ada yang melayan dia dengan baik, pastinya dia akan betah tinggal di sana . Umar tidur awal malam ni , penat pagi tadi temankan mama habiskan duit tunggakan yang baru diterima, hmm tak adalah membeli apa pun sangat, beberapa keperluan yang belum sempat dibeli sebelum ni, soal kehendak di tolak tepi disaat -saat begini. Petang tadi Umar tolong mengemas rumah , bukan kemaskan apa pun, dia kemaskan semula semua kertas-kertas yang berterabur atas lantai hasil kerja dia sendiri jugak tu.  Tak ada si kakak, si adik pun malas nak tengok TV sangat, tidur lagi baik. Beg pakaian sorang satu dah tersedia berhampiran pintu, menandakan tuan punya tak sabar nak balik kampung, normal la tu, semua orang tak sabar nak balik beraya, tak kira la rumah sendiri atau rumah mentua. Malam ni plannya nak blog

Bergambar sebelum mula bercuti

Image
Ini lah wajah-wajah staff di jabatan saya, dalam gambar tak ada 3 bos wanita, 2 bos besar sedang bercuti di luar negara manakala lagi seorang tu masuk lambat sikit, dia masuk je orang dah selesai bergambar. Lelaki di belakang saya tu ( eh mesti tau kan yang mana satu 'saya' tu ) adalah salah seorang bakal bos baru di syarikat saya, datang seminggu untuk sesi suai kenal dan untuk membangunkan satu modul program baru untuk salah satu section di jabatan saya. Hari ni hari akhir beliau di jabatan saya. Kiranya acara bergambar ini adalah sebagai kenang-kenangan la, biasalah nak berpisah mesti ada acara fotosesi. Di kalangan mereka ini semua , nampaknya saya yang paling cukup makan gamaknya, orang lain macam melidi je semua  he he. Bukan main banyak ruang saya dah makan , kesian mereka ni. Tak nak ucapkan selamat hari raya di dalam entry ini kerana saya masih belum balik kampung untuk sehari dua ni. Bagi mereka yang akan memulakan perjalanan sekejap lagi, pandu dengan b

Kerana terdesak, ALONG dicarinya!

Wohoo sapa tu yang sampai jumpa along tu? Ada la sorang tu, nak sangat beli baju raya, tunggu duit tunggakan gaji tak tau bila dapatnya.. Lantas ditemuinya ALONG yang sentiasa bersedia meminjamkan wang tanpa faedah tanpa bunga tanpa kontrak. Pagi-pagi sampai ofis tunjuk muka kejap, lepas tu isi form 1/2 day, keluar jalan kaki ke LRT, naik LRT hingga ke stesyen Bandaraya.  Kalau dah sampai situ, tau je la kemana langkah di hala. Beli baju kurung ready made 2 pasang. Ok lah puas hati sebab tercapai juga nak beli baju kurung sebelum pulang ke kampung halaman tercinta. Balik ofis dengan senyuman meleret-leret hingga ke telinga, mengalahkan anak kecil dapat mainan. Terima kasih ALONG kalau baca entry ni he he. p/s: kalau hati runsing, dapat membeli sepasang dua pakaian pun cukup legakan keseluruhan kerunsingan yang ada.

SENTUHAN KASIH NORHAYATI BERAHIM

Image
Sedang baca tapi terhenti-henti, mungkin lepas raya baru fokus semula pada pembacaan novel.

Bila nak dapat ni.....

Raya dah tak berapa hari je lagi ni...persiapan untuk diri sendiri belum ada lagi. Persiapan untuk anak-anak dan suami semua dah complete. Dengarnya ada duit tunggakan gaji, walaupun tak la banyak sangat tapi boleh lah cover perbelanjaan raya untuk diri sendiri. Masalahnya tak tau bila dapatnya, kemungkinan besar kata 'orang atas' dapat sebelum raya, maknanya esok la kot kan? Esok dah last kerja , lepas tu semua pakat cuti raya dah. Buatnya dapat sehari sebelum raya, berputih mato la den! Boss, bagi cepat sikit, saya ni nak raya, baju raya, kuih raya, duit raya semua belum ada ni uwaaa waaa.

Jatuh, tersepit dan menangis.

2 hari lepas, terjatuh sebab lantai licin..berdebuk jatuh dan kraak bunyi dalam lutut. Semalam, hampir terjatuh sebab licin di dalam bilik air, macam terpeleot kaki dan sekitar buku lali. Petang ni pulak, 2 jari tersepit di pintu kereta. Ouchhhhhhh bila sakit begini, air mata tua tak dapat di tahan, menangis jua diriku menahan kesakitan. Haaa itu la keadaan saya yang sentiasa kelam kabut ntah apa -apa. Mula tu fikir nak ke klinik jap lagi check jari ni, tapi bila tengok hujan dah mula lebat, rasanya ok kot dengan hanya menyapu minyak gamat. Selamat Berbuka.

PREMIUM BEAUTIFUL

Pagi ni dihabiskan dengan blogwalking ke blog-blog yang menjual Premium Beautiful ha ha bukan nak beli pun, memang buat masa ni tak ada kemampuan pun..bukan murah untuk orang yang bergaji macam saya ni. Saja la ushar ke blog-blog tersebut, nak baca tentang testimoni, tentang kebaikan PB apa semua tu. Biasalah kalau dah obesiti macam saya ni, memang bersimpang siur fikiran ni. Fikir itu, fikir ini, masih juga statik kat situ. Hmm entah la, nak bersiap pergi kerja dah ni. Selamat Berpuasa.

Gulai Kunyit Lengkuas je...

Haaa ni mesti KasihRedha tau macam mana rupa lauk ni....orang terengganu sebut gulai 'kunyit kuah' je. Petang semalam 100% beli daripada makanan hinggalah kepada minuman. Kali pertama ke Pasar Ramadhan Bandar Baru Selayang sepanjang 21 hari berpuasa. Beli nasi kerabu untuk saya dan Umar, nasi tomato untuk suami , tepung pelita, kepak ayak panggang, bubur pisang serta air apa ntah namanya..ada biji selasih serta pelbagai ramuan untuk lai ci kang. Air lai ci kang la kot. Itu sebab dan itu pasal la pagi ni masak gulai kunyit lengkuas ikan selayang dan goreng telur dadar. Alhamdulillah . Selamat Berpuasa.

Eh macam Firaun la, ma..

Image
Ada ke itu yang diucapkan oleh Umar bila dia tengok gambar ni, dia cakap macam tu sebab muka dalam gambar ni nampak garang, kalau garang mesti macam Firaun, katanya. Macam mana kesitu pulak perginya, punya la banyak persamaan lain yang boleh disamakan. Umar, Umar...

Umar update blog..

Image
Budak sorang ni memang pantang lepa, ada peluang je dapat guna pc mesti dia takkan biarkan peluang berlalu begitu je. Tadi saya tengah fikir tentang entry, tiba-tiba teringat nak ambik handphone kat bawah, berlalu turun dan Umar time tu memang dah ada kat atas . Tengok mama dia dah turun, laju je dia main taip-taip, dia cakap nak update blog macam kakak jugak. Kakak dia dah berzaman tak update blog.

Tidur di dapur takutkan Hantu Penanggal

Image
Sebelum tidur malam tadi, kami 3 beranak menonton cerita PENANGGAL lakonan Amy Mastura di Astro Ria, dah banyak kali sebenarnya ditayangkan di Astro cuma malam tadi kami betul-betul berpeluang menonton. Umar memang terlalu takut tengok cerita ni tapi masih juga nak menonton. Sudahnya malam tadi ketika tidur, dihimpitnya saya bagaikan nak masuk dalam perut semula je. Pagi ni ketika saya memasak untuk sahur, Umar terjaga dan menangis-nangis, kebetulan puting hilang, bertambahlah rasa tak selesa nak tidur tanpa mama. Umar ke dapur dan katanya nak teman mama masak. Bukan nak temankan mama tapi sendiri yang nak berteman. Cuak je muka, agaknya masih teringatkan drama PENANGGAL malam tadi kot. Akhir cerita, Umar tertidur di dapur dan saya biarkan hingga kami selesai makan sahur lepas tu angkat dia baringkan atas sofa.

Nasi goreng lagi dan lagi..

Image
Alhamdulillah, baru lepas bersahur...apa yang kami makan adalah seperti tertera di dalam gambar di atas he he. Kami makan atas lantai je beralaskan suratkhabar. Tidak dibenarkan merakam gambar ahli yang sedang bersahur kerana ada berwajah tak semenggah, ada yang  berpakaian menjolok mata ha ha. Selamat Berpusa.

Buffered Earning ke 3 sepanjang Ramadhan.

Image
Hmmm akhirnya selepas lama mendiamkan diri, ianya muncul lagi pagi ni. Rezeki semestinya kita menerima dengan tangan dan hati yang terbuka. Terima kasih untuk NUFFNANG dan PENGIKLAN .

Ikan Singgang Ikan Tongkol

Sedap tau kalau ikan singgang a.k.a ikan aye ni jika dibuat masak singgang. Tapi ramai juga yang tak suka ikan tongkol ni , dalam rumah ni pun ada yang tak suka. Pagi ni selain masak singgang ikan tongkol, goreng ikan kembung seekor dan sambal belacan. Ok la semua dah ready untuk bersahur jumpa lagi! Selamat Bersahur.

Beristighfar untuk hidup yang tenang.

Tulisan yang amat sesuai untuk diri sendiri kala dan tika ini. Ketika membelek-membelek naskah Harakah tadi, tertarik dengan tulisan TG Nik Aziz tentang istighfar. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Barang siapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya , Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat penyelesaian daripada sebarang kerunsingan" Sejuk hati membaca ayat di atas, saya sejujurnya mengakui kerap terlalai dan bila diingatkan dengan kata-kata tersebut, hati jadi sungguh sayu dan amat insaf. Sambungan daripada tulisan TG lagi.." Jika berikhtiar menghilangkan keruisngan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur secara melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru, ianya akan hilang gatal sejenak, adakalanya dengan menggaru boleh menyebabkan cadar berdarah lantas bertukar menjadi kudis" Sabda Rasulullah lagi yang berma

Nasi goreng lagi...

Image
KREDIT GAMBAR UNTUK BISNISKULINER.COM Untuk ke sekian kalinya sepanjang Ramadhan ini , kami sekeluarga memilih untuk berbuka puasa dengan nasi goreng. Panaskan lauk semalam, kari daging dan goreng ikan kerisi seekor serta keropok keping Terengganu. Teh o Ais. Cukuplah untuk kami hari ni. Alhamdulillah. Selamat Berbuka. p/s: maaf tiada gambar nasi goreng sendiri

1 jam cuma...

Image
Iya, betul ...cuma 1 jam je... Saya tidur hanya 1 jam , mungkin sekitar 3 pagi baru dapat melelapkan mata, pukul 4 pagi dah kena bangun untuk siapkan hidangan sahur. Dan dapat saya bayangkan bagaimana keadaaannya untuk sepanjang hari ni. Pastinya mata cukup segan dan tak lalu untuk celik. Bersedialah untuk menahan kantuk sehingga petang di pejabat. p/s: Umar yang sentiasa tidur ternganga he he.

Episod Keras Mata

Image
Keras mata tu pada maksud ayat percakapan mak saya adalah mata tak nak lena. Itulah yang terjadi pada saya malam ni. Kalau bukan bulan Ramadhan, pukul 11 malam boleh la dikatakan awal sebab time-time gini la peluang untuk saya mengadap blog .  Tapi kalau bulan Ramadhan , pukul 10 dah mula lena. Mungkin hari ni bercuti, badan cukup rehat, mata jadi segar. Anak-anak dan suami dah lama pun lelap. Biasanya suami yang lewat tidurnya, malam ni sebaliknya pula yang berlaku. Bila sunyi-sunyi begini, terasa rindu dengan ibu di kampung tambahan pula bila bulan puasa begini. Sayu hati rasanya. Balik jarang-jarang sekali, hanya telefon menjadi penghubung. Baru lagi mak telefon bagitau, tekanan darah naik sehari dua ni. Biasa la bila banyak berfikir, tidur kurang berkualiti , itulah jadinya. Masalah mak adalah risaukan 2 anak yang tinggal bersama beliau di kampung..anak keluar, dia risau..balik lewat , dia risau...tidur lama, dia risau..semuanya membimbangkan hati seorang ibu.  Selain terk

Nadhirah, Exam, TV, Tidur

Image
Hari ni bercuti bersama 2 buah hati pengarang jantung . Duduk rumah golek-golek atas toto depan TV. Kejap tidur, kejap jaga. Keluar untuk ke pasar je sekejap paginya, selebihnya menghabiskan masa atas toto je hingga petang. Saya dan Umar sempat la terlena mula pukul 3 hingga pukul 4.45 petang. Nadhirah pula marathon TV.Dia memang tak reti nak tidur siang, puasa tak puasa sama je. Sebenarnya , Nadhirah ada exam sekolah agama sepanjang minggu ni, patutnya hari ni habiskan masa dengan menghafal beberapa surah yang telah ustazah tetapkan untuk exam pagi esok. Tapi tak ada dihiraukannya.Kalau kita nasihat elok-elok, dia cakap kita ni kuat membebel. Malam ni, selepas berbuka, terus kelam kabut nak menghafal. Oleh kerana saya bising-bising tak menghafal siang tadi, dia lari naik ke atas, mintak abah dia temankan untuk sesi menghafal. Ketika entry ni ditaip, dia masih lagi menghafal. Itulah dia, siangnya betul-betul pulun tengok TVdan baca novel kanak-kanak, langsung tak rasa meng

Sambal Udang di hari ke 17

Image
Hari ni dah pun masuk hari ke 17 ye...Ramadhan hampir meninggalkan kita dah...hari ni juga hari Nuzul Quran, saya bercuti hari ni sebab tadika dan transit tutup hari ni. Semalam beli rendang ayam, dah habis masa berbuka lagi. Seperti biasa waktu sahur kena sediakan hidangan ringkas. Pagi ni saya masak sambal udang untuk hidangan sahur kami. Credit gambar untuk  WANAZAINI Umar memang pantang nampak udang, semua dia punya, katanya. Kakak tak kisah sangat, kalau ada, dia makan, tak ada, tak apa. Selamat Bersahur .

Kari Ikan Kembung je

Sama macam blog, masakan pun tak ada idea. Lepas update blog tadi, saya terus off pc, turun ke dapur. Semalam beli nasi goreng je sorang satu, jadi wajibla pagi ni masak untuk sahur. Kari ikan kembung, goreng ikan tongkol, kailan goreng menjadi hidangan kami. Selamat Bersahur!

Tiada keyword, Tiada SEO, Tiada apa-apa

Image
Saya buntu, sebuntu-buntunya untuk buat entry sehari dua ni. Ntah la, mengadap PC bukan main lama tapi untuk hasilkan satu entry pun terasa sangatlah sukar. Ada waktunya memang tak boleh dipaksa-paksa untuk dapatkan idea. Kadang-kadang bersangkut paut dengan mood tuan punya badan. Kebelakangan ini memang tuan blog betul-betul berserabut dalam dunia sendiri. Jadinya, baik kita duduk diam-diam kat tempat sendiri. Seronok kan jadi kanak-kanak, polos tanpa masalah, tidur lena selenanya.

Buah hati Pengarang Jantung

Image

Tafsir Mimpi

Saja je la nak share cerita, sepanjang hampir 2 minggu berpuasa ni kan, saya dah 2 kali di datangi mimpi yang hampir sama. Seseorang telah datang memberikan baby lelaki kepada saya sekeluarga.  Sampai saat ini saya masih lagi terbayangkan rupa baby tersebut. Sepanjang masa baby tu bersama dengan saya walaupun seluruh isi keluarga sayaada di dalam rumah ( termasuk makcik, mak dan adik beradik saya) Saya ada tanya pada baby tersebut , " ni siapa"? saya bertanyakan pada baby tu siapa saya. Dia jawab"mama". Dengan kehadiran baby tu, semua orang hampir lupakan Umar. Hmmm kata orang, mimpi mainan tidur, kan?

Sotong goreng kunyit

Malam tadi kami berempat semua tidur awal. Terjaga pukul 11 lebih,TV masih terpasang.Mungkin kepenatan bershopping di Jalan TAR semalam. Pagi ni terjaga pukul 3 pagi...buat apa yang patut dan ke dapur untuk siapkan hidangan sahur. Lauk untuk buka masih ada sikit, cuma pagi ni saya tambahkan sotong goreng kunyit sikit bagi tambah selera anak dan suami. Selamat Bersahur!

Beli sikit=Habis banyak= Letih berganda-ganda

Fuhhh hari ni sungguh-sungguh terasa bergoyang kepala lutut la weiii...Bangun 4.10 pagi , siapkan hidangan sahur.  Pukul 5.30 start mengemas dan mengemop serta mengubah susun atur perabut ( ini satu kerja yang saya tak pernah jemu saban minggu.. saban minggu tu!) Pukul 7.15 keluar ke pasar seperti biasa bersama makcik dan Umar. Pukul 8.30dah sampai semua di rumah, bersiap untuk ke Jalan TAR.  Sampai sana beberapa minit menghampiri pukul 10, kedai-kedai sedang dibuka. Tetapi orang dah berpusu-pusu ketika menuju ke Wisma Yakin, Jalan Masjid India. Mula-mula masuk ke BAK, tak ada saiz untuk Nadhirah walaupun ada untuk Umar dan si Abah. Harga untuk sepasang dewasa rm250, meneguk liur nampaknya..terus tak jadi beli. Keluar dari situ, masuk kedai Omar Ali, belek terus ada yang sesuai dari segi warna dan budget cuma untuk Nadhirah tetap juga tak ada. Beli je untuk Umar dan si Abah..kurang rm200 untuk 2 pasang. Lepas tu , beli baju kurung moden untuk Nadhirah di Hari-Hari, RM

Hari ni Meriah makanan

Hari ni nak cover balik yang semalam serba tak kena. Lihatlah senarai makanan kat rumah kami. 1. Nasi lemak 2 bungkus 2. Nasi goreng kampung sebungkus 3. Kuey Teow goreng sebungkus 4. Bihun goreng Singapore  2 orang makan. 5,. Kangkunjg goreng belacan. 6. Goreng dan sotong masak pedas 7.Ayam Masak Halia 8. Kuih Tepung Pelita 9.Karipap 10. Teh o Panas. **Kita tengok apa jadi dengan makanan tu semua. Selamat Berbuka.

Selepas 11 hari...

Puasa tahun ni saya diselubungi dengan rasa mengantuk hampir sepanjang masa di pejabat . Hinggakan hingga ke hari ke 11, iaitu semalam, keadaan adalah sama malahan lebih teruk kot.  Pagi semalam sampai ofis paling awal berbanding 10 hari yang lepas. Lampu ofis pun belum on lagi. Saya on lampu dan terus tidur di meja setengah jam. Siap mimpi ntah apa-apa lagi. Lunch hour pula , tidur lagi. Memandangkan semua officemate keluar makan kat luar, boleh pulak saya terbabas tidur sampai satu jam, rehat di bulan puasa ni setengah jam je kecuali untuk hari Jumaat, 1 jam setengah. Ketika entry ni di taip saya sudah pun bersiap untuk ke ofis, dah dapat agak senario yang sama akan berlaku.  Tahun lepas tak adalah seteruk ni penyakit tidur ni melanda.  Semoga saya dapat melawan rasa mengantuk tu apatahah lagi akan datang '10 malam yang terakhir' Selamat Berpuasa.

Daging goreng lada hitam

Image
** Gambar ni ulangtayang gambar yang hari Sabtu lepas... Nadhirah suka menu ni, pagi semalam Dhirah hampir merajuk sebab saya yang beria-ria berjanji nak greng daging ni untuk sahur semalam tapi bila sahur, saya masak sambal ikan kerisi. Jadi hari ni untuk tunaikan janji, saya masaklah untuk anak dara kesayangan ni. Kebetulan memang terjaga awal sejak 1.30 pagi lagi, jadi banyak masa untuk saya siapkan macam-macam perkara termasuk blogwalking dan masak hidangan ini. Selamat Bersahur! ** petang ni Nadhirah buka puasa di Hotel Vistana, ikut Ucu dan Su Na.

Cerita Campur-Campur

Tersenyum sendiri baca tajuk entry..boleh la tu. Tak tau nak letak tajuk yang spesifik, kepala pun macam ting tong je, mengantuk tak sudah-sudah. Cerita 1 Lauk buka beli je macam hari-hari kerja yang sebelum ni. Beli di foodcourt ofis je.Lebih murah. Potongan kuih pun lebih besar.Balik rumah panaskan lauk, masak nasi, masak air dan juga goreng ayam beberapa ketul. Untuk sahur plan nak goreng daging lada hitam atas permintaan anak dara saya. Cerita 2 Pelik si Umar ni, semenjak start puasa hingga ke hari  ni,dia asyik menangis tak cukup tidur je bila di kejutkan ke tadika. Hari-hari bikin darah mama dia naik meluap-luap, sebab kita terkejar masa, masuk ofis awal sebab nak balik awal. Nak kata letih puasa, tak puasa..nak kata letih tak cukup tidur sebab bangun sahur, tak bangun sahur pun Nadhirah pulak bangun sahur pukul 5 terus tak tidur ,lepas makan terus mandi dan bersiap walaupun orang lain belum mandi pun lagi..dia dah siap berpakaian rileks je atas sofa. Macam-macam

Persiapan Raya - masih sifar

Tadi masa di pejabat, sementara menunggu signal untuk balik, sempatlah belek-belek file budget yang sememangnya sentiasa ada di dalam file Excel kat pejabat tu. Sebelum raya ni dengarnya akan dapat bonus tapi hutang sedia ada dah siap sedia menunggu - belum tentu bilanya akan dapat bonus tu. Plan nak tukar langsir tahun ni sebab sejak pindah sini 5 tahun lalu, tak pernah berganti walhalnya ada beberap tingkap je - tak tau la dapat dilaksanakan atau tidak plan yang ni. Plan juga nak beli handphone baru satu. Terlalu ketinggalan rasanya kalau dibandingkan dengan teman-teman maupun ahli keluarga yang lain - impian ni mesti dilaksanakan! Pakaian raya, kuih raya, duit raya, minyak dan tol untuk raya - semuanya perlu dikirakan . Nampaknya kena betul-betul buat list yang sebaik mungkin untuk padankan dengan modal yang ada. Sahabat semua dah lengkap ke persiapan raya tahun ni? Ada orang suka siapkan awal-awal sebelum puasa, bila bulan puasa rileks je, ada yang suka last minut

Hari ke 9 paling sederhana makannya

Mesti tengah tunggu waktu berbuka ni , kan? Saya lari kejap untuk update entry. Walaupun tanpa gambar, itu bukan bermakna tak boleh update blog.  Petang ni paling simple, beli nasi goreng sorang satu. Ketua - Nasi goreng kampung Penolong ketua - Nasi goreng cili padi Ahli-ahli - nasi goreng kampung jugak. Sampingannya adalah sup dan goreng kailan. Itu je. Air masih lagi sama hingga ke hari ke 9.  Selamat berbuka untuk semua. Jumpa lagi malam nanti bila free.

Awalnya lagu raya berkumandang

Pagi-pagi on the way ke ofis, dalam kereta memang dengar radio Suria FM kebelakangan ini. Pagi semalam, on je radio terus terdengar lagu raya..* dah lupa tajuk apa. Dengar tapi ' tak ada rasa apa-apa pun' dalam jiwa. Awal sangat kan? belum pun 2 minggu puasa, mood raya belum mai lagi le...kelengkapan raya pun belum ada hu hu. Kalau awal sangat di dedahkan dengan lagu-lagu raya , agak terganggu fokus pada ibadah puasa.. * alasan orang lemah macam saya kot! Saya rasa kalau dah masuk minggu ke 3 tu ok la dengar lagu raya, mood nak balik kampung sudah mari time tu.Wajah-wajah keluarga di kampung dah pun terbayang di mata.  Hmm bercakap tentang lagu raya, agaknya lagu raya apa yang anda mesti kena dengar tiap-tiap kali nak raya? Banyak lagu yang saya suka, paling suka lagu Dari Jauh Ku mohon Maaf,dendangan Allahyarham Sudirman. Lagu lain adalah Dendang Perantau dan banyak lagi la, tak ingat tajuk. Nak nyanyi pun tau sekerat-sekerat aja.

Tepung Kapur dan Rendang Ayam

Hari ni beli je lauk untuk berbuka. Rendang ayam dan ikan keli. Beli di foodcourt ofis saya. Balik rumah masak kuih tepung kapur. Plan nak masak laksa, memang tinggal plan je lah, sampai rumah dah lewat. Gambar tak ada - tak payah tanya mana gambar! Kamera ni memang suka buat orang hilang sabar dan handphone saya memang jenis cap ayam - tak ada kamera. Sila bayang-bayangkan sendiri la rupa rendang ayam dan tepung kapur. Jumpa lagi lewat tengah malam nanti untuk sesi blogwalking!

Makcik Hajjah Sitt AlWuzara

Image
Pagi-pagi ni menjengah blog DENAIHATI  , ada entry terbaru mengenai makcik hajjah yang suka benar hina Islam dalam FB, Twitter dan blog..macam-macam gambar yang dilakukan untuk tujuan menghina Islam. Sapa-sapa je yang baca tulisan beliau ni memang rasa cukup terbakar dan macam nak bakar je . Akhirnya , pihak  GaySec dapat membongkar siapakah orangnnya. Kalau nak tau lebih lanjut tentang entry ini, boleh klik HAJJAH SITT ALWUZARA CREDIT UNTUK DENAIHATI