Posts

Showing posts from August, 2019

Borak Santai

A ssalamualaikum, Dah makan tengah hari ke? Kak Aya baru selesai cuci tangan cuci mulut. Alhamdulillah. Kak Aya belum jumpa template yang sesuai untuk blog ni, guna aja la apa yang ada. Nak tukar tukar tak pandai sangat, sebelum ni rajin upah designer utk design, kali ni biarla dulu. Sekarang ni dapat update kat ofis je, kat rumah PC dah rosak, Laptop pulak selalu suami bawak ofis, Malam baru dia bawak balik , kita pun dah sibuk dengan urusan lain. Cuba jugak guna Hp tapi asyik-asyik publish failed. Tak pandai nak godek. Kalau guna PC ofis, tak ada gambar la..sebabnya staff tak boleh nak transfer gambar sesuka hati. kalau nak juga perlu guna USB Company. Satu hal nak meminjam dengan bos hanya kerana nak transfer gambar peribadi. Beberapa hari ni memang baca post sendiri je, macam rindu sungguh rasanya..baca komen kawan kawan blogger. Paling sayu bila baca komen arwah Kak KasihRedha. Terasa sangat kehilangannya. Ramai jugak lagi yang masih maintain update blog ye.. Kak Aya t

Domain Baru

Image
Alhamdulillah, selepas setahun lebih membiarkan domain tak direnew, akhirnya Jumaat lepas, blog ini kembali bernafas. Tapi menggunakan domain baru. Domain lama Jendelahidup.com telah pun terkubur, itu la lambat sangat renew. tak apalah, biarkan la ianya pergi..kita berjodoh dengan hayaro.com pulak. moga kekal selamanya, maksudnya jangan cuba lupa untuk renew setahun dari sekarang! Gambar lama ni.cilok dari blog , ketika berat 80kg. Kak Aya renew semula walaupun asalnya nak lupakan terus blog ni sebab terasa sayang dengan post-post dan gambar yang ada kat sini. Melalui blog ini, ada persahabatan terjalin walaupun hanya sekadar secara maya. Persahabatan yang istimewa.  Ada kenangan-kenangan manis sepanjang tempoh berblog dulu. Kini, tampil semula sekadar untuk menjadikan blog ini sebagai platform untuk menyimpan kenangan. Mungkin saat ini, blog bukan sepopular dulu  tapi untuk mereka yang lebih low profile, blog ni masih relevan. Memang sekarang ni ramai blogger dah ber