Kisah Bermadu

 Dulu masa tengah aktif berblog, mochik dgn seorang sahabat mochik pernah bergilir update blog ni, dia tampil dengan label KISAH BERMADU, boleh klik pada label itu di blog mochik ni kalau nak baca semua cerita bermadu beliau ye.

Mochik tengok statistik yang view post dia memang ribu-ribu , nak banding dengan post mochik sendiri, sendu yang amat.

Kisah dia memang kisah benar.

Dan kisah tu memang kisah yang selalunya orang suka baca.

Kak Hani sekarang dah tak kerja, duduk rumah menghitung hari menunggu kelahiran cucu pertama!

Anak sulong Kak Hani dah kahwin ketika PKP hari tu, sekarang Kak Hani  tengah layan kerenah mak buyung la. 

Anak menantu tinggal bersama Kak Hani untuk sementara waktu sehingga habis berpantang nanti, Insyaallah.

Mochik sendiri pun dah lama gila tak jumpa Kak Hani tapi bertanya khabar adalah perkara wajib antara kami. Cuma kesibukan masing-masing tu membuat masa terbatas untuk kerap berhubung.

Kak Hani masih lagi bermadu, mochik doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah segala urusan Kak Hani.

Kak Hani pun dalam fasa gembira, tenang dan damai sekarang disamping 2 anak dan 1 menantu, tak lama lagi bakal cucu akan muncul menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Mochik tumpang happy untuk Kak Hani.

Waktu-waktu lapang Kak Hani sekarang terisi dengan pelbagai aktiviti, dia pun dah jadi orang kuat surau taman perumahan dia. 

Alhamdulillah atas segalanya.

Mochik sentiasa doakan kebahagiaan Kak Hani dunia dan akhirat.


Nanti sesiapa nak baca kisah Kak Hani suatu masa dulu boleh klik Label Kisah Bermadu ye.


Ni mochik ye bersama Zahra, bukan Kak Hani tau!


Comments

Popular posts from this blog

Penangan Cili Padi

Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu