Novel Mentari Cerah Lagi|Fauziah Ashari
Kawan bagi novel ni semalam tapi belum belek langsung lagi...tak pasti besti atau tidak.. tengok pada sinopsis macam best je. Dianiaya oleh si ibu sendiri, Suha menjalani hidup yang serba kepayahan. Walaupun masih dibenarkan bersekolah tetapi hidup Suha tidak seperti gadis remaja yang lain. Suha tidak dibenarkan berkawan, dilarang terlibat di dalam aktiviti sekolah malah sekiranya Suha terlewat pulang seminit pun akan disoal bertubi-tubi oleh si ibu. Silap haribulan akan dipukul. Belas rasanya bila rambut Suha dipotong pendek seperti lelaki oleh ibunya gara-gara Suha dikatakan berhubungan dengan lelaki. Keputusan peperiksaan Suha yang agak baik juga tidak dapat menggembirakan hati ibunya. Saidah mencari helah untuk mengahwinkan Suha dengan Yem, pemuda yang terencat akal. Mujurlah Munir, cepat bertindak menyelamatkan Suha dengan menawarkan diri untuk mengahwini Suha. Derita hidup Suha tidak berakhir di situ. Munir pula dirasuk amarah dan cemburu pabila terjumpa foto Suha d