Kisah kisah sejak buka sekolah

Sebenarnya kali ni pening sikit bila dah buka sekolah, bukan apa, benda-benda kecik je ..

1. Masa beli buku hari tu, ada dijual tudung sekolah berawning yang dah siap dijahit lencana sekolah.Nak senangkan kerja,saya terus beli 3 helai.

2. Bila hari pertama sekolah,Nadhirah dan rakan -rakan ditegur kerana memakai tudung berawning dan diberi masa hingga Jumaat je, Isnin minggu ni mesti pakai tudung biasa.

3. Agaknya tidak ada sebarang persetujuan antara guru dan yang menjual tudung di Kedai Buku sekolah.

4. Malas nak memanjangkan cerita, terpaksalah beli tudung baru.

Itu kisah di sekolah kebangsaan, di sekolah agama, lain pulak kisahnya.

Nadhirah dapat hadiah buku tulis 1 set ( 10 buah buku) dari pihak sekolah kerana dapat no 2 pada peperiksaan akhir tahun lepas...jadi tak perlu beli buku tulis lagi ( kata ustazah Nadhirah)...yang kami suami isteri ni pun satu hal jugak la sebab 10 buah buku tulis tu semuanya yang berkotak kecil di dalam tu, bukan bergaris, kami sangkakan mungkin akan guna buku tu untuk tahun ni..rupanya ustazah tersalah bagi dan dah tak boleh tukar dengan buku bergaris, mesti beli secepat mungkin.

Hari yang sama Nadhirah terpaksa menggunakan duit poket untuk membeli buku bergaris untuk kegunaan hari tersebut.

Kebetulan kat rumah, ada beberapa buah buku bergaris stok tahun lepas yang masih belum digunakan.

Rasanya tahun ni agak kelam kabut je...

Kata Nadhirah, guru BM selalu salah eja ketika mengajar ejaan.  contoh : Masalah = Masaalah.

Ishh macam-macam.....

Comments

  1. alahai..part guru bahasa melayu salah ejaan tu...haru haru :(

    kak aya, sila tabah :'D

    ReplyDelete
  2. macam2 masalah plak erk kak aya.. tapi sekolah saya pun menjual tudung awning siap sekali ngan lencana..takde masalah..sebab sekolah menggalakkan memakai tudung awning sebab kemas katanya.. kesian kat kat kak aya sebab dah beli 3 sekaligus.. takpe.. blh simpan nanti bg nadhirah pakai g jejalan..

    ReplyDelete
  3. hehe..memang pon..macam macam kesah...

    ReplyDelete
  4. betul2 lah kakaya... tak tau hal2 sekolah skrg makin kelam kelibut!

    masalah buku latihan xcukup di kedai buku sekolah pun amat2 memeningkan kepala... tiap2 tahun kata takde stok dan tak bole beli kat lua.

    masuk hari pertama kelas, cikgu soh beli kat luar... apa cer?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu