47 tahun sudah dan kini melangkah ke 48 tahun.
Duduk termenung sendiri , pusing ke masa yang telah pun dilalui untuk tempoh 47 tahun.
0-6 tahun - ni tempoh permulaan satu kehidupan, tak ada memori , lemah betul ingatan ye. Ada tak ada pun yang memang tak pernah lupus dari ingatan, yang masih terbayang di mata ketika demam, masa tu mungkin usia 4 tahun gamaknya. Mak pakaikan dress paras lutut, sikat-sikat rambut , lepas tu arwah ayah angkat dan dukung sehingga ke jalan besar untuk tunggu bas. Nak ke klinik di Batu 6.
Itu satu memang sentiasa terlintas difikiran dan mata. Takat tu je pun. Yang lain-lain tu macam kabur, sesekali datang dalam ingatan.
Time ni baru 2 beradik, Kak Aya dan Adi, mesra dengan panggilan ayohngoh dikalangan anak buah sekarang.
7 tahun - Ni waktu permulaan rasa hidup ni mencabar , darjah 1 dah tau ye hidup mencabar hi hi.
Sebabnya kita ni tak pernah pun ke tadika sebab belum wujud pun lagi tadika pada masa tu. Tadika mula ada pada tahun 1983, Kak Aya dah darjah 4 pun time tu.
Masa ni Ayohcik pulak lahir. Ni menambahkan lagi cabaran hidup hihi sebab masa ni mak dalam pantang dan kita pulak tak pandai nak bersiap sendiri untuk ke sekolah.
Untuk hari pertama lepas mak bersalinkan Ayohcik tu, arwah ayah yang pakaikan baju sekolah.
Sampai je di sekolah , ada kawan tegur, kenapa pakai baju terbalik? Skrit pinafore tu terbalik, baju putih kat dalam tu elok je.
Kelam kabut pergi tandas dan betulkan.
Tu mengenai persiapan nak ke sekolah. Belum campur dengan diri sendiri yang memang sentiasa menangis bila sampai sekolah. Menangis yang bergenang2 dan mengalir lemah airmata di pipi. Lepas tu lap, mengalir lagi lap lagi. Ni berterusan ntah berapa bulan .
Pergi dan balik sekolah dihantar dan dijemput. Kalau time arwah ayah beradi 'di darat' ayah la hantar jemput untuk 2 minggu tu, lagi 2 minggu time ayah 'di laut' Ucu la yang hantar dan jemput.
8 - 11 tahun - Ni masuk fasa seronok ke sekolah, dah tau belajar untuk apa, nak jadi pandai , boleh masuk U, boleh kerja esok-esok, boleh beli kereta ( sebab kami tak punya kereta ketika itu)
Start drj 2 naik basikal je ke sekolah, dalam 4 Km kot, Sek Ren Keb Batu Rakit. Rindu ketika itu , time rehat makan di bawah pokok atas rumput hijau, bawa bekal lepas tu pakat rasa bekalan kawan-kawan.
Masa tu boleh dikatakan setiap bawah pokok ada sekumpulan 2-4 pelajar sedang makan.
Tapi belajar time tu memang kat sekolah je pun, balik rumah setakat buat kerja sekolah jika ada, lain-lain masa kena tolong jaga adik sebab adik kian bertambah hihi.
Memang mencabar jugak la ada adik yang ramai ( ramai ke ada 4 adik ketika tu? semua lelaki adik-adiknya time tu)
Masa 11 tahun ada Peperiksaan Penilaian Darjah 5, tak ada la tuisyen ke apa pun, belajar macam biasa je la, kadang tu kalau ada kelas tambahan di sekolah pada hari Jumaat atau Sabtu, bawak sekali Ayohteh yang masa tu umur 4 tahun. Sampai di sekolah, kita letakkan dia dalam taman bunga sekolah, pakcik tukang kebun sekolah tu orang kampung kita je, baik dengan mak ayah. Ayohteh ni elok je duduk dalam taman tu sampai la tamat kelas tambahan.
Keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah 5, alhamdulillah dapat 2A 3B, biasa-biasa je hasilnya sebab belajar pun tak la bersungguh macam anak -anak Kak Aya.
12 tahun - Darjah 6, masa ni sekolah di kampung dah siap, tak perlu berkayuh basikal lagi macam sebelum ni.
Masa ni jugak dah pandai bina taman dalam hati, dah mula ternak rama-rama dalam perut.
13 - 16 tahun , mula masuk sekolah berasrama, Sekolah Ibrahim Fikri ( SIF)
Rasanya dalam tempoh ni banyak belajar berdikari sebab tinggal di asrama tau la macam mana kan, kita kena urus diri sendiri, belajar bersiplin.
Balik rumah sebulan sekali, Menangis sebab homesick tu perkara biasa, bukan takat masa Form 1 je tapi meleret smp ke awal tahun Form 5.
Akhir tahun 1989, masa tu baru nak masuk 16 sebenarnya, ayah terlibat dengan kemalangan jalanraya, ni la saat bermulanya detik sukar dalam hidup . Ayah pergi untuk selamanya pada 24/11/1989, ketika cuti akhir tahun Form 4.
17 tahun - time ni memang tahun kedukaan untuk Kak Aya secara peribadi. Memang susah nak gambarkan perasaan ketika ni.
Ambik keputusan tukar sekolah, nak duduk rumah bersama adik-adik tapi ini keputusan yang akhirnya Kak Aya sedar bukan keputusan yang tepat. Nasi dah jadi bubur. Bubur pun masih boleh dimakan , kena tambah perisa boleh abis licin semangkuk hihi.
18 tahun - Keputusan SPM tak ok! Ambik SPM lagi sekali walaupun tak sepenuh hati. Bukan mudah menjadi anak yatim ketika itu. Macam-macam yang dilalui.
19 tahun - Keputusan SPM kali ke 2, ok la , layak masuk Pra Diploma Uitm, tapi tolak tawaran tu.
20 tahun - banyak duduk sesaja je, ternak lemak, sambil-sambil jaga budak secara free hi hi. Kita memang sukakan budak-budak, ada la budak ni (sekarang dah jadi bapak orang dah) suka la sangat nak kita jaga dia hihi. Anak kawan mak sebenarnya, masa tu dia baru 3 tahun gamaknya, tengah sedap buat main ,kata orang.
21 -22 tahun - masa ni dah kerja tapi kerja sambilan je, di Jabatan Perangkaan Cawangan Negeri Terengganu, banyak jugak pengalaman dapat dikutip ketika bekerja sini walaupun sekejap je.
Dalam tempoh ni juga banyak sangat hadir interview SPA , Bank, tapi semua tak ada rezeki ketika itu.
23 tahun - detik permulaan penghijrahan ke Kuala Lumpur. Kerja pertama adalah sebaga data entry clerk di sebuah syarikat jualan langsung.
Tak sampai 6 bulan, Kak Aya dapat kerja di MAA Assurance dan kekal hingga sekarang, tahun ke 25 dah walaupun nama MAA Assurance dah tak wujud berganti dengan nama Zurich Life Insurance. Alhamdulillah atas rezeki daripada Allah.
29 tahun - Kahwin.
30 tahun - dapat anak pertama.
33 tahun - dapat anak kedua.
40 tahun - dapat anak ketiga.
Alhamdulillah hari ni semua pun baik-baik saja walaupun sepanjang perjalanan tu terpijak duri , paku, ada hamparan bunga, macam-macam la, itu lumrah kehidupan kan?
Syukur masih lagi Allah rezeki udara segar untuk terus berbakti atas muka bumi ni.
Semoga hari-hari mendatang lebih baik lagi, lebih banyak kenangan tercipta.
Letak gambar pergi cucuk vaksin la satu..rare sikit untuk dijadikan kenangan.
Banyak harapan untuk masa-masa mendatang , moga Allah makbulkan walaupun sebahagiannya saja.
Terima kasih kalau ada yang sudi baca.