Posts

Showing posts from December, 2021

Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu

Image
 Sesungguhnya mochik kan dah setahun lebih tak balik kampung,  Tipu la kalau cakap tak rindu. Kampung halaman kita kan. Tempat kita lahir dan dibesarkan. Banyak kenangan pahit manis suka duka dilalui. 25 tahun tinggalkan kampung dan balik beberapa kali setahun. Tapi rasa kasih sayang pada kampung halaman tu kuat dan padu dalam diri. TInggal di selayang ni bukan setahun dua, dah lebih 20 tahun. Tapi rasa tu tak sama. Memang di sini la tempat bina kehidupan, beranak pinak kata orang. Tapi rasa sayang pada Selayang Ku Sayang ni tak sama  Ntah la macam mana nak cakap hi hi macam complicated sangat la mochik ni. Anak mochik si Zahra ada balik baru-baru ni, tumpang Ucu. Sempat la dia pagi petang main air ombak. Selain main ombak, makan sotong celup tepung juga hari-hari, ini memang niat dia sejak PKP lagi, hari-hari sebut nak makan sotong celup tepung kat Pantai Telipot. Mama dia tumpang tengok gambar je la. Insyaallah ada masa boleh la balik jugak.

Kisah Buli di asrama

Image
Ada viral di media social tentang kes buli pelajar MRSM baru-baru ni, mochik tak sanggup nak tengok videonya. Sedih hati tengok kes macam ni, siapa-siapa pun pasti akan punya rasa yang sama apatah lagi kaum ibu. Mochik memang ada anak tinggal di asrama, anak perempuan dah pun tinggalkan asrama selepas 5 tahun belajar di KUSESS, kini Umar yang masih di SAMER. Mochik tak tau adakah salah sorang daripada mereka ni pernah dibuli atau pun pernah jadi pembuli. Kisah buli ni memang mereka tak pernah balik bercerita. Kalau kita tanya, memang si kakak akan menjawab tak ada apa yang berlaku di asrama perempuan.  Bagi si adik pulak pernah la dengar kena tolong siapkan homework abang senior ketika dia baru je masuk asrama dulu. Lepas tu tahun ke 2 Umar di SAMER hanya sekejap kerana datangnya Covid 19. Jadi masa yang betul-betul Umar di asrama adalah ketika Form 1. Memang tak ada cerita tentang buli walaupun hati mochik rasa mesti ada kes-kes buli ringan yang dia tak nak share. Macam mochik dulu du

Kisah Bermadu

Image
 Dulu masa tengah aktif berblog, mochik dgn seorang sahabat mochik pernah bergilir update blog ni, dia tampil dengan label KISAH BERMADU, boleh klik pada label itu di blog mochik ni kalau nak baca semua cerita bermadu beliau ye. Mochik tengok statistik yang view post dia memang ribu-ribu , nak banding dengan post mochik sendiri, sendu yang amat. Kisah dia memang kisah benar. Dan kisah tu memang kisah yang selalunya orang suka baca. Kak Hani sekarang dah tak kerja, duduk rumah menghitung hari menunggu kelahiran cucu pertama! Anak sulong Kak Hani dah kahwin ketika PKP hari tu, sekarang Kak Hani  tengah layan kerenah mak buyung la.  Anak menantu tinggal bersama Kak Hani untuk sementara waktu sehingga habis berpantang nanti, Insyaallah. Mochik sendiri pun dah lama gila tak jumpa Kak Hani tapi bertanya khabar adalah perkara wajib antara kami. Cuma kesibukan masing-masing tu membuat masa terbatas untuk kerap berhubung. Kak Hani masih lagi bermadu, mochik doakan segalanya berjalan lancar dan

Novel S-K-Y by Fiy Suri

Image
  Dah ada yang baca novel ni? Semalam sempat pulangkan beberapa buku yang dipinjam dari Perpustakaan Awam, dah pulangkan mesti la nak cari buku lain pulak untuk pinjam semula. Gitu la putarannya hehe, jenuh anak-anak menunggu mochik pilih buku. Terpandang je cover novel ni , hati terus terpaut. Nampak logo Iman Publications, hmm sure best ni sebab mochik ni dropship buku-buku keluaran Iman Publications, memang buku-bukunya best. Balik rumah terus baca beberapa episod.  Mochik rekomenkan untuk sesiapa belum baca buku ni, silalah baca , Insyaallah tak menyesal! Buku ni mengisahkan SKY atau Nur Syakirah ,gadis yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir, ada social anxious , rentetan itu membawa kepada overthinking dan low self esteem. Sudahnya dia hanya berminat dengan lukisan dan menyendiri  di dalam bilik. Tapi dia sangat berbakat di dalam seni lukis. Ok mochik nak bagitau, baru la mochik tau masalah yang mochik alami selama ni ada persamaan dengan SKY ni, bukan la masalah pendengar

Perpisahan sentiasa memilukan

Image
 Tajuk bukan main lagi walhalnya nak cerita berpisah dengan anak yang sambung belajar je, masih di Malaysia bukan jauh nun di seberang laut. Semalam Nadhirah mendaftar masuk untuk Sem 2 di Pusat Asasi UIAM, sebelum ni utk Sem 1 hanya belajar secara online kat rumah. Masa belajar online hari tu memang kesian tengok sebab ye la kat rumah ni tak la selesa mana, kelengkapan pun ada yang ada je, tapi dia cakap ok je cuma bila ada masalah line internet tiba tiba tu dia cakap jugak la mencabar jugak belajar online ni. Tapi mencabar macam mana pun tetap seronok sebab lepas abis kelas, terus bergolek, nak makan pun senang, angkat tudung saji je dah ada makanan, tak perlu menapak ke Cafe ke apa, pakaian semua pun beres semua dicuci dilipat, duduk dengan mak kan? Malam sebelum pergi mendaftar tu dia tak lena tidur, faham sangat la mochik , kita nak berpisah dengan keluarga kan..pulak tu bukan dekat macam masa kat asrama dulu, Dulu 45 minit je dari rumah, sekarang hampir 3 jam memandu untuk sampai

Koleksi Buku Teme Abdullah

Image
 Ada tak yang suka baca buku tulisan Teme Abdullah? Kalau ada, maksudnya kita geng! Mochik baru je lagi tau pasal buku Teme ni, masa PKP tahun lepas sebelum Nadhirah ada bawak balik salah satu buku Teme, tapi mochik tak hirau pun. Tapi time PKP kan kita jadi rajin lain macam, suka mengemas, suka memasak,suka membaca , suka makan dan macam-macam lagi la, ada yang baik ada juga yang melaghokan. Salah satu perkara yang baik adalah mula membaca kembali dan mochik dah lama tinggalkan novel tau tapi tak la tinggal 100%. Takat ni buku Teme yang paling mochik suka adalah pelukis jalanan, memang sampai ke hati dan ada yang macam menampar pipi sendiri. Mochik syorkan buku-buku Teme ni kalau macam blur tak tau nak baca buku apa lagi dah..kalau dah baca, boleh la share apa rasa selepas baca buku buku Teme ni. Gambar ihsan Google. Teme yang memilih untuk tidak mendedahkan wajahnya . Apa ada dengan wajah kan, kalau tulisannya pun dah cukup bagi kesan pada pembaca. Koleksi buku Teme ni ada yang mochi

Berjuang Urus Emosi

Image
 Alhamdulillah buku Ustazah Fatimah Syarha ni mochik jumpa di Perpustakaan Awam Gombak 2 minggu lepas, baru je diletakkan di rak buku perpustakaan, terus la mochik sambar. Balik rumah belek beberapa helai, mochik rasa buku ini sangat menarik, terus order dari kedai buku di Shopee dan buku yang mochik pinjam ni terus mochik pulangkan beberapa hari kemudian. Macam tu la peelnya bila jumpa buku yang sangat menarik, mochik akan cuba beli. Isinya menarik cover pun comel je, nampak soft sangat. Pandang cover pun dah rasa tenang. Buku ni hasil pengalaman peribadi ustazah dan juga berdasarkan AlQuran dan Sunnah. Macam mana nak urus emosi, bagaimana bila ada satu satu masalah atau perasaan negatif. Walaupun baru belek beberapa helai, mochik dapat dan dah mula praktikkan satu ilmu mudah daripada Ustazah iaitu sentiasa membaca : Kalau ada perasaan negatif, rasa tak senang je dalam hati, amalkan baca ni.Banyak lagi ilmu yang ada dalam buku ni, sebab tu la mochik terus order. Walaupun masih ada beb

Marini si kucing kesayangan Zahra

Image
  Ni la dia kucing kesayangan Zahra.  Kucing ntah sesapa mai rumah ni, langsung tak balik-balik, kami bagi makan minum je kat depan rumah, tak ada la bawa masuk dalam rumah. Sekarang ni pagi-pagi kita buka je pintu dia dah tercatuk depan pintu, lepas dah makan dia akan lesap ntah ke mana, pendek kata bila lapar dia akan muncul dan kadang-kadang hilang, kadang-kadang berlengkar je tidur. Marini manja dengan Zahra , tengok je budak tu balik dari sekolah mula la mengiau-giau. Begitu la kan, bukan je manusia tau nak bermanja, binatang pun sama, dia kenal siapa yang suka memanjakan dia, bagi makan dia. Tak tau la berapa lama Marini ni akan jadi penghibur keluarga kecil kami ni.

Happy Birthday Umar! 15 tahun kini

Image
 Alhamdulillah hari ni birthday Umar yang ke 15. Semalam dalam pukul 4 baru perasan ada 5 missed call dari no yang kita tau itu no public phone asrama Umar. HP saya tu memang dah nazak, selalunya jadi auto silent, tak dengar le jawabnya, Dah jenuh cuba call mama baru dia call abahnya..rupanya petang semalam dia dah ready untuk dijemput pulang ke rumah sebab last belajar bersemuka, untuk seminggu terakhir minggu depan giliran dia belajar PDPR. Allahu mamanya terlepas info ni , itu la banyak sangat benda dalam kepala, terjadi la salah faham duk ingatkan Umar balik minggu depan. Apa pun Alhamdulillah, sekolah Umar tak la jauh mana dari rumah, sempat la terbang jemput dia hehe tak ada la, abah dia drive macam biasa je tak ada la pecut pun, dia pun masih kat surau untuk solat Asar ketika kami sampai. Lepas tu dalam kereta dia cakap, ingatkan kali ni dapat la celebrate birthday dengan kawan-kawan di asrama rupanya minggu depan dah PDPR, jadi kena balik, dia pun duk ingat dia berada di asrama

Musim Orang Bercuti

Image
 Dah masuk akhir tahun, semua pun dah boleh rentas negeri, rentas negara, kalau tengok di media social ramai yang update pergi bercuti sana sini. Kak Aya tumpang gembira tengok orang bercuti je la, tumpang cuci mata sama. Buat masa ni kelaurga kecil kami tak keman-mana hatta balik ke Terengganu pun belum ada plan kerana ada yang sedang tak sihat. Last balik Terengganu pada akhir Nov 2020, dah setahun la maknanya Kak Aya tak jejak kampung halaman. Insyaallah sampai masa kita balik juga nanti. Last bercuti selain balik kampung pulak rasanya macam yang pergi Pulau Redang tu, hi hi tahun 2018 lepas tu tak ke mana la kita . Bak kata Nadhirah, hidup kita ni biasa-biasa sangat kan, ma? Hmm faham perasaan dia di sebalik pertanyaan tu, lagi pun dengan usia dia sekarang ni memang la ada keinginan untuk bercuti macam kawan-kawan dia yang lain. Tapi dengan usia dia sekarang jugak dia tau macam mana nak handle rasa tu. Kak Aya yakin dia sangat faham kehidupan setiap orang tu berbeza dan yang paling

KL City Juara Piala Malaysia: Wilayah Cuti Jumaat 3 Dec 2021

Image
 Hari ni cuti sebab KL City menang Piala Malaysia, orang lain tungkus lumus main bola, kita dapat cuti, syukur salah satu rezeki dari Allah. Walaupun kena kerja tapi kerjanya dari rumah, tak ada la paksaan dari bos pun untuk kerja hari ni tapi Kak Aya ambil masa untuk kerja selama beberapa jam hari ni untuk siapkan Monthly Closing. Sementara Zahra ke sekolah agama, Kak Aya siapkan kerja ofis jap lagi, ni belum start kerja pun lagi hi hi sebab tengah taip post ni le. 1 hari 1 post kan. Oleh kerana yang dapat cuti orang yang kerja dalam Wilayah je, Zahra sekolah macam biasa, abahnya pun sama la masuk ofis macam biasa walaupun dia tak berapa sihat hari ni. Nadhirah masih lagi honeymoon selagi tak sampai masa untuk pergi , tak banyak hari dah..minggu depan Khamis, baru la dia tau kesedihan berakhirnya waktu honeymoon dia tapi dia dah biasa berpisah kerana 5 tahun tinggal di asrama sebelum ni. Sejak semalam Zahra sugul nak ke sekolah, sebabnya kawan baik dia demam jadi dia tak ada kawan, ka

20 Formula Hidup Luar Biasa

Image
  Alhamdulillah, ke perpustakaan minggu lepas terjumpa buku ni, terus pinjam. Dan dah mulakan pembacaan , baru beberapa mukasurat, sebab minggu ni sibuk dengan kerja hakiki, biasalah bermula je hari baru setiap bulan, kesibukannya mengalahkan Perdana Menteri. Baru baca beberapa helai tapi dah dapat rasa aura positif isi buku ni, sebenarnya semua tu kita dah tau secara asas, belajar di sekolah, belajar di surau ofis tapi di dalam buku ni digabungkan kesemuanya dan ada sesetengah babnya dikupas lebih mendalam. Kak Aya belek-belek sepintas lalu ke semua 20 Formula tu, nampaknya semua kita dah biasa dengar formula tu tapi dari segi amalannya memang ke laut. Salah satu azam Kak Aya bila dah masuk umur baru nak menuju senja dah ni, nak baca banyak buku buku yang lebih bermanfaat, lebih bermotivasi dan boleh bagi sokongan untuk berubah kepada lebih positif. Bukan main noo. Yelah kalau dulu memang banyak baca novel walaupun Kak Aya hanya baca novel-novel dari penulis tertentu je tapi sekarang

Alhamdulillah untuk 47 tahun

Image
  47 tahun sudah dan kini melangkah ke 48 tahun. Duduk termenung sendiri , pusing ke masa yang telah pun dilalui untuk tempoh 47 tahun. 0-6 tahun - ni tempoh permulaan satu kehidupan, tak ada memori , lemah betul ingatan ye. Ada tak ada pun yang memang tak pernah lupus dari ingatan, yang masih terbayang di mata ketika demam, masa tu mungkin usia 4 tahun gamaknya. Mak pakaikan dress paras lutut, sikat-sikat rambut , lepas tu arwah ayah angkat dan dukung sehingga ke jalan besar untuk tunggu bas. Nak ke klinik di Batu 6. Itu satu memang sentiasa terlintas difikiran dan mata. Takat tu je pun. Yang lain-lain tu macam kabur, sesekali datang dalam ingatan.  Time ni baru 2 beradik, Kak Aya dan Adi, mesra dengan panggilan ayohngoh dikalangan anak buah sekarang. 7 tahun - Ni waktu permulaan rasa hidup ni mencabar , darjah 1 dah tau ye hidup mencabar hi hi. Sebabnya kita ni tak pernah pun ke tadika sebab belum wujud pun lagi tadika pada masa tu. Tadika mula ada pada tahun 1983, Kak Aya dah darjah