07 December 2021

Marini si kucing kesayangan Zahra

 

Ni la dia kucing kesayangan Zahra. 

Kucing ntah sesapa mai rumah ni, langsung tak balik-balik, kami bagi makan minum je kat depan rumah, tak ada la bawa masuk dalam rumah.

Sekarang ni pagi-pagi kita buka je pintu dia dah tercatuk depan pintu, lepas dah makan dia akan lesap ntah ke mana, pendek kata bila lapar dia akan muncul dan kadang-kadang hilang, kadang-kadang berlengkar je tidur.

Marini manja dengan Zahra , tengok je budak tu balik dari sekolah mula la mengiau-giau.

Begitu la kan, bukan je manusia tau nak bermanja, binatang pun sama, dia kenal siapa yang suka memanjakan dia, bagi makan dia.

Tak tau la berapa lama Marini ni akan jadi penghibur keluarga kecil kami ni.


No comments:

Post a Comment