KL City Juara Piala Malaysia: Wilayah Cuti Jumaat 3 Dec 2021

 Hari ni cuti sebab KL City menang Piala Malaysia, orang lain tungkus lumus main bola, kita dapat cuti, syukur salah satu rezeki dari Allah.

Walaupun kena kerja tapi kerjanya dari rumah, tak ada la paksaan dari bos pun untuk kerja hari ni tapi Kak Aya ambil masa untuk kerja selama beberapa jam hari ni untuk siapkan Monthly Closing.

Sementara Zahra ke sekolah agama, Kak Aya siapkan kerja ofis jap lagi, ni belum start kerja pun lagi hi hi sebab tengah taip post ni le. 1 hari 1 post kan.

Oleh kerana yang dapat cuti orang yang kerja dalam Wilayah je, Zahra sekolah macam biasa, abahnya pun sama la masuk ofis macam biasa walaupun dia tak berapa sihat hari ni.

Nadhirah masih lagi honeymoon selagi tak sampai masa untuk pergi , tak banyak hari dah..minggu depan Khamis, baru la dia tau kesedihan berakhirnya waktu honeymoon dia tapi dia dah biasa berpisah kerana 5 tahun tinggal di asrama sebelum ni.

Sejak semalam Zahra sugul nak ke sekolah, sebabnya kawan baik dia demam jadi dia tak ada kawan, katanya.

Anak sorang tu begitu la, level mood dia untuk ke sekolah memang sentiasa bergantung dengan kehadiran kawan baik, rasanya ramai jugak anak orang lain berperangai gitu kan.

Budak yang sentiasa moody kalau nak ke sekolah, ni gambar 2 tahun lepas.

Ramai yang masih berselimut lagi ni, tadi masa keluar hantar Zahra ke sekolah, sunyi sepi aja kawasan taman perumahan Kak Aya, kereta semua kat tempat parkir depan rumah, maksudnya semua cuti la hari ni dan mungkin masih bermalasan semuanya.

Ok la , siap dah tanggungjawab 1 post 1 hari, sekarang ajooomm kita buat kerja ofis pulak.

Jumpa lagi.



Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu