Dah ada yang baca novel ni?
Semalam sempat pulangkan beberapa buku yang dipinjam dari Perpustakaan Awam, dah pulangkan mesti la nak cari buku lain pulak untuk pinjam semula. Gitu la putarannya hehe, jenuh anak-anak menunggu saya pilih buku.
Terpandang je cover novel ni , hati terus terpaut. Nampak logo Iman Publications, hmm sure best ni sebab saya ni dropship buku-buku keluaran Iman Publications, memang buku-bukunya best.
Balik rumah terus baca beberapa episod.
Saya rekomenkan untuk sesiapa belum baca buku ni, silalah baca , Insyaallah tak menyesal!
Buku ni mengisahkan SKY atau Nur Syakirah ,gadis yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir, ada social anxious , rentetan itu membawa kepada overthinking dan low self esteem. Sudahnya dia hanya berminat dengan lukisan dan menyendiri di dalam bilik. Tapi dia sangat berbakat di dalam seni lukis.
Ok nak bagitau, baru la saya tau masalah yang saya alami selama ni ada persamaan dengan SKY ni, bukan la masalah pendengaran tapi tang SOCIAL ANXIOUS tu. Selama ni tak tau pun.
Saya rasa dah teruk apa yang saya alami selama ni tapi bila baca novel ni, masalah bertambah berat bila ada masalah pendengaran dicampur dengan social anxious. Kalau social anxious aja pun dah bawa kepada low self esteem macam saya ni apatah lagi SKY tu.
Secara ringkasnya kisah dalam novel ni:
1 - Kisah SKY - ada abang nama Jet. Ayah mereka ni dalam penjara, kerana memandu di dalam pengaruh dadah dan terjadinya accident yang menyebabkan kematian.
2. Kisah Qid - rakan serumah Jet, ayat Qid dan adik perempuan Qid meninggal kerana kemalangan jalanraya. Umi Qid kahwin semula selepas itu dan Qid ada adik tiri.
3, Kisah Umar - sahabat baik Qid, telah meninggal dunia, ada masalah kemurungan, Umar meninggalkan Jurnalnya kepada Qid.
Novel ni mengajarkan kita lebih cakna tentang orang kelainan upaya, orang yang ada masalah dalaman, hubungan akrab adik beradik, hubungan rapat persahabatan antara Jet dan Qid.
Apa pandangan kita bila melihat orang bermasalah seperti Umar, seperti SKY? Itu satu soalan yang perlu kita tanyakan pada diri kita, apa peranan kita untuk membantu orang seperti mereka? Kalau kita parents kepada anak yang bermasalah macam tu, apa patut kita buat?
Kalau cerita lebih-lebih nanti jadi spoiler pulak kan.
Tapi sejujurnya memang saya dapat faham sangat situasi social anxious yang SKY hadapi.
Contoh : Nak jumpa atau bercakap depan orang, gemuruh tu sampai memulas perut, tangan basah berpeluh, fikiran tak boleh fokus walaupun orang bertanya soalan mudah pun kita tak mampu nak jawab .
Haa bab memulas perut kerana terlalu berdebar tu boleh bawa kepada cirit, ye memang kelakar tapi ni satu kebenaran ye, terlalu berdebar tunggu turn mengaji sampai hampir tercirit dalam kelas Talaqi. Ini satu pengalaman yang mochik masih simpan sampai hari ni.
Pernah soalan mudah ditanyakan oleh bos tapi tak dapat jawab dengan baik kerana terlalu gelabah.
Kalau nak emel seseorang, ambil masa yang sangat lama untuk karang dan susun ayat, taip delete taip delete tu perkara biasa la.
Tak berminat nak menambah kawan baru . Tak berminat nak bergaul dalam majlis-majlis perjumpaan.
Senang cerita rasa tak selesa berada dikalangan orang lain kecuali keluarga terdekat dan sahabat rapat.
Gemar menyendiri, melakukan perkara yang boleh menenangkan hati, macam mochik minat membaca , baca la apa-apa yang bersesuaian. Selain tu suka mengemas rumah, ini pun buat kita rasa tenang dan macam satu terapi, terbaru suka tengok kehijauan pokok-pokok tanaman yang ada sekitar rumah (
Sebelum ni ingatkan ini adalah anti social, sendiri namakan macam tu, ooo rupanya masalah ni adalah social anxious.
Saya rasa kawan-kawan rapat pun tak faham apa yang saya alami , mereka faham yang saya ada masalah darah gemuruh tapi sebenarnya lebih dari itu, family sendiri pun tak dapat menyelami apa yang saya rasa.
Dek kerana rasa anxious tu ada beberapa peluang yang mochik lepaskan.
Tapi saya respek dengan SKY kerana dia tak lepaskan peluang yang ada, belajar hingga berjaya, Saya percaya ini adalah kerana sokongan padu dari abangnya , Jet dan juga sokongan Qid. Selain itu ada sahabat SKY yang memahami dan sentiasa memberi sokongan .
Jom baca/beli, buku macam ni sebenarnya ada ilmu walaupun nampak macam hanya sekadar cerita.
0 comments :
Post a Comment