Cuti Cuti Terengganu

Assalamualaikum,

Amboii tajuk bukan main noo.

Padahal nak balik kampung je pun, gaya macam nak pi bercuti hi hi.

Excited betul tunggu nak balik kampung kali ni sebab dah lama sangat tak balik.

Kalau tak ada aral Insyaallah minggu depan Kak Aya dan anak anak serta Ucu gerak balik Terengganu.

Menu makanan dah terbayang dalam fikiran.

IF memang dilupakan terus untuk 5 hari di Terengganu.

Selain nak jamu selera, nak jalan jalan jugak kali ni.

Moga belum start musim bah di Terengganu.

Anak anak pun dah sakan happy.

Nak balik jumpa nenek, nak bakar sampah , nak makan Ikan celup tepung, minum ABC.

Haish macam macam la kalau dah balik kampung tu.

Moga berat tak naik banyak kali ni.walaupun makan banyak ( dalam mimpi la kak aya oiii)

MINGGU KEDUA INTERMITTENT FASTING

Nampaknya untuk minggu kedua ni agak ke laut dalam. Dah masuk hari ke 4 untuk minggu kedua ni.

Tidakla gagal terus tapi sepertinya kurang menjadi.

Umar cuti minggu ni kerana pelajar Form 5 dan Calon Persendirian SPM menjalani peperiksaan di sekolahnya. Jadi pelajar bergilir gilir cuti.

Bila anak ada kat rumah, automatik selera susah sangat nak dikontrol.

Jadi agak goyah di situ.

Oleh kerana kegoyahan tu...malas la nak timbang dulu, rasa macam tak ada perubahan positif.

Berakhir minggu ke 4, Insyaallah Kak Aya timbang.

Tengok ada staff sini berat akhir Dec 2018 hari tu 80 kg, sekarang dah 59-58kg.

Caranya: Diet tanpa karbo untuk Isnin - Jumaat.. Sabtu Ahad makan macam biasa apa je terlintas depan mata.

Cantik ayunya dia sekarang..masih muda sebenarnya dia.

Kita ni dah kertu, tak semudah orang muda untuk turunkan berat badan tapi yang penting jangan cepat give up walaupun ko dah usaha 138 kali sepanjang usia hidup ko..aa gitu.


So siapa yang terbaca post Kak Aya ni dan telah berjaya kurus dengan IF, meh la share sini.