Posts

Showing posts from 2020

HAPPY BIRTHDAY!

Image
 Alhamdulillah hari ni dah pun 47 tahun 6 hari !  Tak sempat nak update pada tarikh sebenar kerana bergelumang dengan kerja hakiki. Biasalah closing bulanan. Moga terus diberikan kesihatan yang baik, tubuh badan minda fizikal mental. Kekayaan jiwa dan harta. Kelapangan segala urusan dan rezeki. Kebahagiaan dunia akhirat. Ya Allah moga bertambahnya usia ku seiring dengan bertambah la kematangan dan kelembutan hati di dalam melakukan ketaatan padaMU dan menggandakan lagi kebaikan dan amalan.Amiiin. Lagi satu, moga usaha Kak Aya untuk kali 99 juta kali ni membuahkan hasil. Amiiin Amiiin Amiiin. p/s : gambar tahun 2017.

DRAMA CRASH LANDING ON YOU

Image
 Ni adalah K drama ke 2 yang Kak Aya tonton selepas Its OK To Not Be Ok, Kak Aya lebih sukakan Crash Landing On You. Tahun ni banyak duduk rumah berbanding masuk ofis, sebahagian besar masa siang ngadap kerja ofis, sebahagian besar malam pulak selain tidur adalah menjadi bibik. Bila dah siap semua kerja bibik baru la boleh lunjur kaki depan TV join anak-anak menonton. Tak ada nak review pun tentang drama ni.. cuma kerana sebelum ni Kak Aya tak pernah menonton K Drama, asal nak tengok K drama je mula la suami Kak Aya perli-peli. Mama ni sejak akhir akhir ni asyik layan cerita Koreaaaa jee.. mama ni bercakap pun dah slang Koreaaaa jeee. Padahal 2 drama je tapi mungkin sebab berepisod episod kelihatan seperit mengadap drama Korea je bini dia. Alahaiii.. Macam mana la agaknya reaksi dia kalau bini dia ni macam sesetengah bini orang lain yang dah kemaruk K drama.  Sudahnya takat ni 2 drama tu je la yang Kak Aya tonton. Mehla kita pakat tonton drama Gerak Khas je hi hi. Kak Aya suka gambar s

JOE BANGLA - DENDAM PERANTAU & KISAH SEORANG BANDUAN

Alkisahnya kan, Kak Aya ni dah masuk sebulan lebih gila membaca kisah-kisah dalam penjara. Kalau pergi ke perpustakaan memang bersungguh mencari buku atau novel tentang pengalaman hidup di dalam penjara. Ada 2,3 buku rasanya yang dah Kak Aya pinjam tentang kisah ni. Dah tak jumpa novel atau buku lagi dah, Kak Aya godek blog pulak.  Terjumpala blog KISAH SEORANG BANDUAN..tiap malam bagi sepenuh tumpuan pada catatan penulis.Dari blog tu , Kak Aya mencari pulak blog beliau yang lebih awal, tentang kehidupan beliau di Amerika. Ok ini ambik masa sikit la untuk dihabiskan..masih terlalu banyak untuk dibaca..Walaupun baru je baca beberapa kisah di Amerika, Kak Aya ada lompat lompatkan sikit pembacaan Kak Aya kepada blog terkini beliau. Tapi sedihnya blog terkini tu hanya setakat 2019 saja. Kalau lah Abang Tam@ Joe Bangla terbaca blog Kak Aya ni kan..kalau la..mana la tau..boleh la say hi sikit. Kak Aya rasa nak interview je tanya lagi banyak tentang perjalanan hidup beliau. Best sangat baca t

Memori PKP

Image
Ye itu la tajuk post hari ni. Blog yang dah lama tenggelam dan tak ada pengunjung. Hari ni tuan blog mimpi apa la ye, siap update 2 post lagi.😄. Ala saja la nak tinggalkan kenangan untuk masa depan cerita ceriti yang dilalui sejak 18/3/2020 hingga ke hari ni 9/9/20. Masa mula-mula kecoh tentang Covid 19 dulu sekitar Jan-Feb, suasana di tempat kerja masih macam biasa. Masih ada ustaz yang datang memberi tazkirah pada waktu lunch. Masih lagi boleh keluar lunch .Pendek kata masih tiada yang berubah. Anak anak pun  ke sekolah macam biasa. Masuk minggu pertama March, keadaan ada sikit berubah. Kami dah mula diminta memakai mask, penggunaan hand sanitizer. Dan mula kedengaran kerja akan dijadualkan secara bergilir-gilir di pejabat dan di rumah. Pada 17/3/20, hari yang agak sibuk. Bos dah mula kena kuarantin sejak 13 hari yang lepas. Dia ada datang untuk mesyuarat berkenaan Covid ni. Kak Aya pulak perlu ke Bank Negara Malaysia untuk menghantar dokumen penting Syarikat. Jadi minah despatch la

Ulangtahun Perkahwinan ke 18

Image
 Alhamdulillah. 12.20 tengah hari  tadi genap la 18 tahun  menjadi seorang isteri kepada seorang suami he he. 18 tahun tu bukan satu jangka yang pendek. Ada orang cakap macam baru semalam je kahwin , rupanya dah berbelas tahun. Tapi pada Kak Aya sendiri, 18 tahun tu agak panjang, macam -macam dilalui sepanjang tempoh tu. Syukur kerana 18 tahun ni ada macam macam warna bagaikan pelangi selepas hujan. Apatah lagi dengan anugerah istimewa 3 penyejuk hati dan peredup pandangan. Syukur! Tiada badai kuat melanda dan tidaklah juga tenang sentiasa , adatlah dalam rumahtangga tapi semua tu boleh dilalui dengan baik.  Moga untuk hari mendatang, Allah limpahkan kehidupan kami dengan bahagia jiwa tenang damai sentoasa penuh berkat dan redha Allah sehingga ke syurgaNYA. Universiti kehidupan yang paling tough adalah Universiti Rumahtangga. Tak semua orang dapat lulus dengan cemerlang, Syukurla kita masih lagi dapat meneruskan pendidikan ke peringkat seterusnya . Lulus ujian kecil dan tidak gagal den