Posts

Showing posts from January, 2014

Syok Sendiri

Image
Assalamualaikum, Beria-ria berazam nak update blog sehari 1 entry tapi realititnya hanya bertahan sehari dua je azam tu terlaksana. Tiap hari saya tengok blog saya, tapi sekadar tengok melalui handphone je... pulak tu handphone ni takat boleh baca blog je, nak update blog sila on pc ye! Nak on pc tu la yang bercinta kalau ada Cik Zahra..dia memang rajin sangat.. rajin nak menyibuk tekan keyboard! Lagi satu dia sangat suka tarik mouse. Kalau on wifi, memang wajib saya tengok blog saya, kadang tu sampai berentry- entry saya baca..baca entry lama-lama, entry sendiri,itu la sebabnya tajuk entry ni Syok Sendiri! Baca tentang entry kehamilan...memang banyak dugaan ketika mengandung hari tu. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan selamat.  Hari pertama Zahra dilahirkan Hari terakhir Zahra di dalam perut. Ada suara-suara nakal yang bertanya : tak nak pregnant lagi ke untuk kali yang last? Ambooii untuk kali yang ke last tuuu.....umur sekarang dah 41. Ye memang a

Kangkung Murah! Meh kita Goreng Belacan .

Salam Maulidur Rasul untuk semua. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Rasulullah S.A.W Hari ni awal pagi lagi Zahra dah terjaga walhalnya malam tadi  tidur pukul hampir pukul 1 pagi. Zahra ni suka menguji keupayaan  mama dia untuk mencelikkan mata dalam tempoh melebihi  yang sepatutnya. Sejak dalam pantang sampai la sekarang ni berapa kali la agaknya  dia tidur awal. Memang tak kasi  can langsung mama dia nak  bersenang lenang ye! Pagi ni kami bersarapan dengan  karipap goreng dan mee goreng. Alhamdulillah. Konon hari ni nak mula diet bersempena dengan hari mulia,  hari Maulidur Rasul...nampaknya masih terbabas hu hu. Umar pulak macam biasa la dia..sentiasa bangun awal.  Hari ni Umar siapkan kerja Pendidikan Seni.. seperti biasa jugak mama kena la join sekali,  baru la mood untuk menyiapkannya bertambah up. Umar ni kan special sikit , kalau tak kena gaya habis terlingkup. Nadhirah tidur rumah Ucu...suka benar tidur sana sekarang,  sebab utam

Kisah Datin Norjuma juga yang popular!

Assalamualaikum, Nampaknya tak tercapai nak up 1 entry setiap hari! Macam mana la orang mampu up entry sampai 5-8 entry sehari. Tabik! Saya suka tengok jumlah view setiap entry saya di blog ini. Kalau kisah peribadi saya kurang 50 view pun. Cuba kalau kisah Datin Norjuma, sampai beribu-ribu view! Tau la saya ni tak sepopular Juma, tapi dia pernah gemuk macam saya jugak! Ada persamaan di situ! Setiap hari, carta catatan popular di blog ini diungguli oleh kisah Juma. Apa la yang mereka kalut nak tau sangat pasal dia neh? Cuba-cuba la sibuk nak tau hal orang lain jugak..hal jiran sebelah ke. Idea nak tulis entry betul-betul tersekat...ni saya baru je taip A, kang datang pulak tangan kecik taip huruf ,./,,,/,/';l ..sapa lagi kalau bukan Zahra. Ada beberapa buah novel yang beratur untuk direview. Ada juga yang menunggu untuk dibaca. Semuanya menunggu masa yang betul-betul lapang. Sekarang ni nak menunggu masa lapang memang susah betul Kalau

Review Novel Cinta Pencuri Mimpi|Lynn Dayana

Image
Assalamualaikum Saya cuba mencari masa daripada 24 jam yang ada untuk luangkan sedikit kepada hobi yang memang  berakar umbi sejak usia 10 tahun lagi. Membaca novel ..... ada masanya rasa macam  membuang masa je..tetapi selalunya rasa satu terapi. Terasa membuang masa bila novel tu tersangatlah "novel" maksudnya tidak begitau realistik , terlalu rekaan. Saya memang akui tak pandai nak menulis novel ,kalau tulis jugak mungkin jadi satu mimpi ngeri kot kepada pembaca. Tapi sebagai pembeli dan pembaca, kita ada hak untuk memberi sedikit komen baik pujian atau kritikan. Sekurangnya memberi peluang kepada penulis untuk memperbaiki lagi mutu tulisan mereka. Bermula 2014, saya tetapkan untuk membaca 1 novel seminggu, jadi ada la bahan untuk up entry review novel tiap minggu. Untuk minggu pertama 2014 ni, saya baru je selesai membaca  novel Cinta Pencuri Mimpi hasil tulisan Lynn Dayana. Saya tidak mempunyai kearifan untuk membuat review yan