Jerebu - Sekolah Tutup

Alkisahnya, petang Rabu tu ada pengumuman dalam group whatsapp Kelas Umar, meminta ibubapa menjemput anak-anak dari asrama untuk dibawa balik rumah kerana sekolah cuti 2 hari kerana bacaan IPU dah melebihi 200.

Malamnya group whatsapp Kelas Nadhirah pulak memberitahu perkara yang sama.

Ok kami suami isteri bercadang nak jemput lepas Isyak. Tak payah nak kalut-kalut.

Kadang kadang ada rasa gelihati dengan telatah parents, sebelum pihak sekolah mengesahkan para pelajar boleh pulang ke rumah, ada beberapa ibu terlebih dahulu memohon pengesahan , boleh bawak balik tak anak petang ni? PPD Gombak dah keluarkan kenyataan cuti 2 hari.

Ada yang forwardkan salinan kenyataan media PPD Gombak tu, dapat daripada kawan yang kerja dalam tu. Ada yang forward benda yang sama tetapi sumber daripada keluarga terdekat. Bertalu talu soalan adakah boleh ambik anak sekarang?

Kak Aya senyum je baca.

Terfikir jugak, pihak sekolah dah tentu la dapat jugak kenyataan media tu, cuma untuk arahan pulang bermalam bagi pelajar asrama tentulah ada arahan selanjutnya yang pihak sekolah sedang nantikan .

Bersabar la sikit kan..bila guru kelas memohon ibu bersabar, sekejapnya sabarnya, lepas tu tanya semula, boleh balik tak? Ambil malam pun tak apa..

Ada la yang bagitau anak asma ..yang ni pun bagitau anak asma, berderet bagitau anak tak sihat.

Makin nak gelak rasanya.

Akhirnya ada pengesahan daripada pihak sekolah, boleh ambil anak untuk pulang bermalam sehingga Ahad 22/9/19.

Kalut sungguh, yelah mungkin setiap orang ada masalah dan sebab sendiri kenapa nak ambik anak secepat mungkin.

Tapi sabar tu perlu bila pihak sekolah memohon bersabar, maksudnya mereka tentunya akan umumkan segera bila mereka ada keputusannya. Aduiii la.

Nadhirah tak dapat pulang kerana terlibat dengan satu pertandingan di UTM Skudai pada Isnin depan, Ahad tu mereka bertolak dari sekolah. Tak dapat balik sebab kena persiapkan diri dengan lebih mantap lagi untuk pertandingan tu. Apa lagi perempuan tu, banjir airmata la malam tu. Dah mamanya kesian, pergila melawat petang semalam.

Teruk jugak keadaan jerebu di Kuala Selangor. Macam meredah asap rasanya.

Moga keadaan kembali pulih seperti biasa lepas  ni. Mama nak Umar cepat pulang ke asrama sebab periksa akhir tak lama dah.. bukan tak suka anak ada kat rumah, suka sangat tapi Umar ni 24 jam main games, mama risau kalau berterusan macam ni...mama risau pelajaran Umar merudum teruk kalau sepanjang masa Umar fikirkan tentang Mobile Legends yang ntah apa apa tu. Sangat Lagho!

Nanti cuti akhir tahun , siapla mama gubal undang undang baru untuk Umar..tak nak dengar sangat cakap mama kan?



Jerebu 2019

Hari ni dah masuk minggu ke 3 Malaysia dilanda jerebu.

Kat rumah tu, Ucu dah hilang suara, Zahra batuk sikit, Mamanya sakit kepala. Kakak di asrama pun hilang suara. Kata kakak, kawan-kawan sekelas pakat duk gelakkan suara dia..

Pakai face mask , tapi kejap je sebab rasa macam sesak nafas pulak..aduiii Kak Aya ni..tapi memang betul rasa macam lemas gitu.

Dulu masa 1997, Malaysia teruk jugak dilanda jerebu..ingat tak ? ke ramai yang belum lahir time tu?

Kak Aya masa tu baru lagi kerja kat company ni tapi masuk tu ofis tu kat Jalan Ipoh. Tinggal di flat Jalan Perhentian, Sentul..

Macam mana nak bendung masalah ni ye? Penguatkuasaan kena ketat dan tegas kot..ntah la tak pandai sangat tentang pengurusan negara ni.

Selain cuaca jerebu, poket pun jerebu jugak..hari hari duduk tunggu gaji hi hi. Fikiran pun berjerebu bila tak ada duit.

Pendek kata serba serbi jerebu .

Hujung minggu ni ada jemputan majlis kahwin kat Shah Alam..kawasan yang teruk berjerebu tu. rumah sepupu kepada suami, jerebu pun Insyaallah kami akan sampai , kalau tak ada aral.

Ni risau kalau sekolah Umar di Rawang tu ditutup, dia balik rumah confirmlah 25 jam sehari mengadap HP. aduiii macam mana nak buat dengan budak ni sorang ye.

Moga jerebu  beransur pergi...kehidupan kembali cerah seperti sediakala.




UPSR 2018

Assalamualaikum,

Hari ni hari terahkhir peperiksaan UPSR 2019. Terkenang time ni tahun lepas, hari terakhir rasa lega sangat..sejak awal tahun ibubapa pun sama stress dengan anak-anak, tapi rasaya mak yang lebih stress kot.

Bermula hari pertama periksa tu, Kak Aya akan tunggu Umar sehingga dia masuk ke dewan peperiksaan.

Perasaan tiap pagi bersama dengan ibubapa lain adalah sangat bersemangat dalam debaran yang penuh di dalam dada.

Rasa sayu melihat anak anak berjalan masuk ke dewan , ibubapa hanya mampu terus berdoa dan doa.
Kalau dibenarkan masuk ke dewan mau semua pakat serbu masuk dewan hihi.

Begitu la bila jadi mak ayah ni, semua peristiwa melibatkan anak anak adalah penting .

Sampai bila bila jasa guru-guru Sek Kebangsaan Sungai Tua di dalam ingatan dan doa Kak Aya mereka semua di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selamanya.

Di sekolah itulah Nadhirah Yasmeen dan Umar Faris mula menjejak kaki ke alam persekolahan. Sekarang Zahra pulak sedang menunggu keputusan rayuan untuk memasukki Tahun I di sekolah yang sama, kalau rayuan gagal , Zahra akan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas.

Kak Aya pasti ada kawan blogger yang telah pun lega hari ni kerana anak dah pun tamat menduduki peperiksaan UPSR .

Kak Aya doakan semoga mereka semua berjaya dengan cemerlang.