Posts

Showing posts from October, 2020

JOE BANGLA - DENDAM PERANTAU & KISAH SEORANG BANDUAN

Alkisahnya kan, Kak Aya ni dah masuk sebulan lebih gila membaca kisah-kisah dalam penjara. Kalau pergi ke perpustakaan memang bersungguh mencari buku atau novel tentang pengalaman hidup di dalam penjara. Ada 2,3 buku rasanya yang dah Kak Aya pinjam tentang kisah ni. Dah tak jumpa novel atau buku lagi dah, Kak Aya godek blog pulak.  Terjumpala blog KISAH SEORANG BANDUAN..tiap malam bagi sepenuh tumpuan pada catatan penulis.Dari blog tu , Kak Aya mencari pulak blog beliau yang lebih awal, tentang kehidupan beliau di Amerika. Ok ini ambik masa sikit la untuk dihabiskan..masih terlalu banyak untuk dibaca..Walaupun baru je baca beberapa kisah di Amerika, Kak Aya ada lompat lompatkan sikit pembacaan Kak Aya kepada blog terkini beliau. Tapi sedihnya blog terkini tu hanya setakat 2019 saja. Kalau lah Abang Tam@ Joe Bangla terbaca blog Kak Aya ni kan..kalau la..mana la tau..boleh la say hi sikit. Kak Aya rasa nak interview je tanya lagi banyak tentang perjalanan hidup beliau. Best sangat baca t