Posts

Showing posts from 2013

Permata Hati Kak Aya

Image
Kejap je masa berlalu..anak-anak dah semakin besar...Nadhirah dah jadi anak dara..Umar sikit hari lagi jadi anak teruna...Zahra pun dah besar jugak, debab. Mama makin tua nampaknya...apa tak tuanya, dah 40 dah... Ada baby ni susah betul nak update blog..ni terkepit-kepit dengan Zahra sambil menaip. Nanti la kita sambung lagi.

Novel Dia...Isteri luar biasa

Image
Saya baru belek beberapa helaian novel ni...setakat beberapa helai ni, saya rasa seronok membacanya... nak review tak boleh dulu la , kena tunggu habis baca dulu. Cerita ni ada la terasa macam cerita rekaan sikit...tak adil sebanarnya untuk menilai begitu selagi tak habis bacaan cuma bila kita dah baca banyak novel, kita dah dapat agak jalan cerita yang agak real dan yang mana agak rekaan. Ada part-part kelakar jugak sebenarnya...itu yang membuatkan saya terus ingin membacanya. Ni saya copy paste sinopsis novel ni daripada web Penulisan2u. SINGLE is simple, double is trouble... Itu moto hidup Dewi Yusra. Katanya, dia boleh hidup tanpa lelaki, lagi mudah dan tidak serabut otak. Lelaki menyusahkan, suka ambil kesempatan! Perempuan tak kahwin pun boleh ada anaklah! Bukan spesies angkat-angkat ya, yang asli datang dari rahim Dewi Yusra. Kau gila ke Dewi, ingat nak buat anak tu semudah buat nasi ayam ke? Hesy... Mesti ada jalanlah… Dewi serius! Walau dengan apa

Zahra: Genap 6 bulan

Image
Diam tak diam, dah pun 6 bulan usia si cilik kesayangan semua ni..bisa kena toreh kat perut ni masih belum hilang sepenuhnya pun lagi...macamm eh cepatnya masa bergerak, hari tu baru lagi dalam pantang, baru lagi tengok dia kecikkkk je..sekarang ni ambik kau ...semua cakap budak tembam..Alhamdulillah sebab Zahra sihat-sihat saja walaupun sedikit tembam, baby kalau tembam kan comel, rasa nak cubit-cubit cuma orang tua macam saya ni je buruk kalau tembam.   Walaupun dah 6 bulan berlalu, pengalaman dalam bilik pembedahan masih terbayang di mata..susah nak lenyapkan daripada ingatan. Perit jerih seorang ibu untuk melahirkan seorang anak, kemudian nak besarkan anak, nak didik anak jadi orang berguna, anak yang soleh, solehah...Ya Allah rasa kerdil sangat diri ini bila fikirkan tentang tanggungjawab seorang ibu. Ya Allah berikan la hambaMu ini kesabaran yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab ini.Amiin!       Sejak akhir-akhir ni , saya kerap memerhatikan wajah anak-ana

3 minggu dah berpisah!

Image
Berpisah seketika adalah sesuatu yang baik untuk sesebuah perhubungan. Berpisah untuk entry ini adalah merujuk kepada perpisahan sementara kami dengan anak sulong kami, Nadhirah@kakak. Kakak bersama adik Nadhirah balik tinggal dengan mak saya @nenek di Terengganu sejak mula cuti sekolah hari tu. Tak ada sebarang perancangan pun untuk dia tinggal di sana sebabnya tahun ni makcik saya tak kerja, menunggukan rumah dia di Terengganu tu siap, makcik lanjutkan lagi tempoh tinggal di KL ni. Jadi, Zahra memang di bawah jagaan makcik sepanjang saya bekerja. Umar pun menumpang sekali sejak cuti sekolah ni. Plan asalnya, sepanjang cuti sekolah ni nak mintak makcik tinggal di rumah saya sepanjang hari saya bekerja, petangnya dia pulang semula ke rumah dia. Tapi bila Nadhirah buat keputusan untuk tinggal sementara di rumah nenek, plan untuk makcik tinggal di rumah saya tidak kesampaian, dia lebih selesa berada di rumah dia. Nanti bila Nadhirah dah pulang semula ke sini minggu depa

Review Novel Ya Maulana|Hana Ilhami

Image
Ada tak yang dah baca novel ni? Saya dah pun selamat habiskan bacaan novel ni minggu lepas. Secara ringkasnya, komen saya adalah cerita novel ini sangat BEST! Padat dengan panduan hidup, nasihat dan pengajaran terutama tentang asas kehidupan seorang muslim&muslimah. Mula-mula tengok pada tajuk tu macam cerita agama yang tak menarik ..tapi bila mula baca muka surat pertama dah boleh rasa tarikan dan keistimewaan novel ni. Tahniah la untuk penulis novel ni, Hana Ilhami. Saya suka dengan nama heroin novel ni, Adra Lyana...kalau jumpa nama ni sebelum bersalinkan Zahra, saya pilih nama ni untuk Zahra. Ada part-part dalam novel ni yang memberi pengajaran secara peribadi kepada saya . Ada panduan untuk kita membuat sesuatu keputusan, melalui istikaroh dan mesyuarat bukan membabi buta je. Kalau nak tau apa kisahnya di dalam novel ni, baik beli sekarang, nanti habis , sendiri yang menyesal. Sinopsis: Mengisahkan Pulau Sayak yang menjadi tumpuan utama di dalam novel ni

Buffered Earning ke 40 untuk tahun 2013

Image
Banyak jugak sebenarnya blog saya ni menerima BE dari pihak Nuffang untuk tahun 2013 ni tapi sayangnya saya tak mengambil peluang ni untuk up entry dan blogwalking. Jadinya, jumlah earning yang terkumpul untuk setiap BE cukup untuk bayar parking di Bandar Baru Selayang untuk sejam dua . Alhamdulillah. Ada blog tu sampai dapat RM70++ untuk satu BE, memang kagum betul saya..harapnya saya dapatlah peluang untuk mencapai tahap tu. Sekarang ni berblog hanya untuk suka -suka bila ada masa je, tak dapat lagi nak set target macam suatu masa dulu , mesti up 3-5 entry sehari. Apa nak buat, keperluan lain yang lebih penting ada menunggu. Saya mengucapkan terimakasih kepada Nuffnang kerana setia memilih blog untuk mengurniakan BE. Kali ni ke 40 ni, BE ada lah dari pihak Pungutan Zakat. Ni la rupa iklan tu di blog saya ni. Terima kasih Nuffnang!

Umar Faris dah 7 tahun!

Image
Dah handsome anak bujang sorang ni! ( biasalah mak kan, selalu nampak anak sendiri yang comel, yang handsome):)   Makin handsome ni makin penakut pulak dah.Naik rimas betul bila buat perangai penakut ni..dia sanggup tinggalkan Zahra sorang-sorang di ruang tamu manakala dia berhimpit-himpit kat dapur dengan saya. Sejak ada iklan cerita Banglo Section 2 di Astro, penakut dia tu jadi makin terlebih pulak.  Selera makan makin besar.Kalau makan nasi ayam, memang kena 2 pinggan, ayamnya boleh abis 4 ketul yang dipotong 16, ini sekali makan, karang makan lagi...seronok kan tengok anak suka makan badan tetap kerempeng je, mama dia je yang makin mengembang ngembang.  Dah pandai bersoal jawab, kalau kita larang satu-satu perkara, memang tak sah kalau tak keluar pertanyaan ni: ASAL? ( apasal)  Kalau kakaknya pulak mesti ada perkataan ni: KENAPA?  Kita tanya dia, bukannya dia nak jawab tapi dia tanya kita semula..ishh beza benar la dengan saya masa dulu-dulu. Ikut

40 tahun

Image
Alhamdulillah..Syukur.   besau muka tuan blog....gembira dan ceria sambut besday sendiri Siang tadi ketika di pejabat, terasa gatal-gatal kepala.   Masa kat surau, belek-belek rambut ni.   Oh rupanya ada uban.   Bukan sehelai dua tapi 4 helai yang saya nampak, yang tak nampak mungkin banyak helai lagi .   Uban menandakan usia menuju tua.   Memang ada yang ubat kerana penyakit, kerana rambut rosak.   Tapi pada saya ini uban peringatan.. yang membawa maksud saya perlu lebih menjadi baik daripada hari-hari sebelum.   40 tahun...bukan sehari dua..bukan sebulan dua.   Kalau nak dikira dosa, tak terhitung rasanya.   Tapi Allah itu Maha Pengampun.   Ampuni la dosa-dosaku Ya Allah.   Syukur dikurniakan kehidupan yang membahagiakan.   Kesihatan yang baik, suami dan anak-anak yang sihat .  Rezeki yang sentiasa melimpah ruah.   Semoga Allah sentiasa memberkati usia kami .   Kadang-kadang tak tersedar airmata meleleh menangis bila mengingatkan betapa lalainya saya sebelum ini.   40 tahun

Shawl Cantik dan Berkualiti dengan potongan 15%

Image
Kebelakangan ini saya tengok ramai remaja dan wanita yang suka menggayakan shawl. Saya ni belum pandai nak belit-belit Shawl ni, selalunya Nadhirah yang suka gila mencuba pelbagai gaya bertudung menggunakan Shawl. Tadi jengah ke blog Tudung2u  , Ya Allah rasa macam gelap mata kejap sebab banyak pilihan Shawl, Tudung Bawal , Tudung Lycra, Tudung Layer, Anak Tudung, kerongsang pun ada jugak.  Nadhirah dah terkinja mintak orderkan Shawl ni untuk dia. Yang ni pun cantik. Ini baru 2 yang saya tunjukkan, kalau nak tengok leeebiih lagi, boleh ke KLIK SINI Selain Shawl, Tudung bawal pun ada, saya cukup suka tudung bawal, kalau ke pejabat memang bertudung bawal la saya tiap hari,( kecuali hari tertentu yang mana saya terlambat untuk menggosok)...memang leceh sikit la nak kena gosok tapi selesa untuk dipakai. Kadang-kadang yang tak bestnya mengenai tudung bawal ni adalah susah nak kena masa pakai tang bahagian depan tu, jadi kena pilih kain yang betul-betul elok..kalau lembut s

1 tarikh 2 peristiwa| 24 November

Setiap tahun sejak 24 tahun lampau, 24 November akan mengingatkan saya kepada 2 insan. 1 insan yang telah pun pergi sejak 24 tahun lalu. 1 insan lagi yang sekarang ni telah pun menjengah usia 32 tahun. Tarikh ni sangat sinonim dengan perasaan kehilangan kerana yang pergi itu adalah insan yang sangat bererti kepada kami semua. Ayah...cepatnya masa berlalu, ketika 24 tahun lampau kami 6 beradik masih lagi bergelar kanak-kanak. 24 tahun bukannya masa yang singkat sebenarnya..terlalu panjang sebetulnya. Ayah dah ada 4 cucu dah pun sekarang ni..menandakan masa begitu pantas berlalu. Suka duka kami 6 beradik selepas detik 24/11/1989 begitu banyak tak terhitung..airmata banyak menemani kami. Kini kami meneruskan kehidupan sekali derita kehilangan masih lagi terasa. Syukur Alhamdulillah kami semua membesar menjadi manusia yang tidak berterusan menyusahkan orang lain. Terima kasih kepada arwah tok dan arwah tok ayah yang banyak memikul tanggungjawab setela

ZAHRA: 4 bulan 13 hari

Image
Nama kita Ameerah Zahra, semua orang di sekeliling panggil Zahra je...hari ni genap umur kita  4 bulan 13 hari, semalam kita kena cucuk 3 serangkai, boleh tahan jugak sakitnya kena cucuk ni ye! Menangis-nangis kita dibuatnya..alahai kenapa jadi budak kecik kena cucuk tiap bulan? Kita ni biasanya diam je kalau pergi klinik tapi semalam kita tak sengaja ternangis dengan kuatnya. Masa tengah syok tidur semalam time tu jugakla kena timbang, terus kita terjaga.terperanjat kita ingatkan untuk apa kena baring kat situ, rupanya nak tau berat kita berapa...timbangan menunjukkan berat kita sekarang dah pun 6.98kg...berat ke kita ni sekarang , eh ramai orang komen peha kita yang macam drumstick tu Harap kita  tidak la jadi obes macam mama kita tu......kita saaaaaaaayang mama! Panjang kita dah 59cm, masa lahir panjang saya 55cm..kita harap dapat tinggi macam model....hiks hiks..berangan betul kita ni kan? Mama kita tak cukup tinggi, kesian dia asyik kena pakai kasut tinggi  5 inci untuk na

Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan di Pusrawi 2013

Image
Melampau kan dah bersalin 4 bulan lepas, sekarang baru nak update pengalaman bersalin! Bukan tak  nak update cuma tak ada masa yang sesuai. Sekarang dah ada masa, boleh la kita update. DIsebabkan 4 bulan telah berlalu, mesti ada part-part yang  terlupa, tertinggal..jadi apa yang ada terpapar di skrin ni adalah yang masih melekat di dinding memori. Sejujurnya saya tidak menjangkakan saya akan bersalin secara pembedahan sekalipun kedudukan bayi  yang terbelit tali pusat diketahui ketika usia kandungan 32 minggu. Saya positif mengatakan akan bersalin secara normal. Oleh kerana saya tak tau nak buat entry ni sebaiknya, saya hanya mampu meringkaskan seboleh  mungkin seperti ini je ye! Sila la jemput baca pada mereka yang berminat hi hi. 1/6/2013 – saya di datangi sakit yang palsu dan saya terpedaya hingga menyebabkan saya terbaring di  atas katil di dalam bilik bersalin di Pusrawi. Oleh kerana sebelum ni saya bersalin di Hospital Selayang,  kami laki bini kagum gila tengok