Posts

Showing posts from July, 2012

Majalah Anjung Seri Ogos 2012

Image
Salah satu terapi buat saya adalah membeli majalah tetapi bukan majalah hiburan ye! MIDI, RAPI,SOLUSI,ANIS, IMPIANA, ANJUNG SERI, ASUH - wajib beli setiap keluaran. Beli tetapi kadangnya saya tak sempat baca pun. Tetapi setiap kali membeli hati terasa sangat seronok walaupun tak siapa yang tau keseronokan itu. Semalam turun ke kedai mamak kat tingkat bawah ofis, ternampak Majalah Anjung Seri keluaran Ogos, terus beli. Mungkin nak bershopping besar diluar kemampuan saya, membeli majalah je yang sesuai dengan kemampuan yang boleh dijadikan terapi. Anda pulak bagaimana? Ada cara tertentu yang memang memberikan kepuasan dan keseronokan?

Umar dan puasa

Ni entry ekspress, taip dengan kelajuan yang sama dengan kelajuan roket he he. Hari ni hari yang ke 5 puasa...nampaknya Umar dapat menjalani ibadah puasa macam orang lain jugak..Syukur dia dapat melaluinya walaupun mungkin kurang sempurna kerana dia sahur agak lewat sikit yakni dah habis waktu sahur baru dia makan sahur. Ketika di sekolah memang dia ceria dan segar bugar tetapi balik je rumah dia akan mula buat perangai..lapar dan dahaga di bibir mulut je...begitu la ragam dia setiap petang, macam-macam cara dia lakukan untuk menarik perhatian orang agar memberi dia minum dan makan, dah le duduk di tepi makanan je. Berbeza dengan si kakak, yang hanya banya terbaring atas sofa je kala menunggu waktu berbuka. Bila dah berbuka, Umar makan cukup banyak, dia la orang terakhir yang menghabiskan makanan. Waktu sahur pun dia akan makan banyak, kakak hanya makan sesuap dua je. Semoga hari ni Umar akan terus bertahan hingga ke waktu berbuka seperti hari-hari yang lepas. Selamat Bersa

Amalan Praktikal di Bulan Ramadhan

Dah 3 hari dah pun kita puasa, kan? Hari ni masuk hari ke 4..Alhamdulillah masih lagi kita berupaya untuk bersama-sama merebut pahala dan menambah takwa kepada Allah.   Hari ni jom kita refresh balik pengetahuan dan amalan kita, kot-kot masih ada yang boleh diperbaiki,   Untuk hari ni ,  meh kita semak semula apakah amalan praktikal di bulan Ramadhan.   Ni lebih kurang jadual yang boleh kita susun supaya amalan dan pengurusan waktu menjadi lebih teratur:   1. Berwuduk untuk tunaikan solat sunat 2 rakat Tahajjud.   2. Bersahur untuk menikmati makanan atau minuman walaupun sedikit secara berjemaah  dengan ahli keluarga, kerana ia merupakan amalan sunat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w.   3.Bersiap untuk menuju ke masjid atau surau, solat 2 rakaat Tahuyyatul Masjid dan sunat sebelum subuh serta niat untuk beriktikaf.   4.Solat Subuh berjemaah dan duduk seketika untuk berwirid zikir serta membaca Al-Quran.   5.Bersiap untuk ke pejabat dan sebagainya dengan membaca doa mema

Tip Didik Anak Belajar Berpuasa

Tahun ni kali pertama Umar berpuasa, sebelum masuk Ramadhan, nampaknya dia agak teruja untuk sama-sama mengerjakan ibadah puasa.   Pada hari pertama puasa semalam, Umar bersahur a.k.a bersarapan pagi jam 6.45 pagi , 15 minit sebelum kami berdua keluar ke pasar.   Balik dari pasar , seperti biasa singgah di rumah makcik sebab dia pun tumpang sekali ke pasar, Umar sekali lagi makan, kali ni makan nasi goreng, kiranya ni sahur ke dua la...tetapi jam 9 pagi dia dah stop makan dan teruskan puasa hingga ke petang. Agak tak sangka kerana Umar dapat bertahan ke petang, jam 6 petang kami ke kedai runcit, beli roti yang diinginkan oleh Umar sejak malam semalam lagi. Dapat je roti tu, dia terus masuk mulut dan kunyah, tetapi belim sempat ditelan, saya ternampak dan terus minta dia keluarkan roti daripada mulut. Agak kecewa nampaknya dia kerana tak sempat nak telan roti tu.  Untuk kali pertama ini, saya sangat bersyukur kerana Umar dapat berpuasa hingga ke waktu berbuka walaupun ianya tida

Cantik & Segar Biarpun Berpuasa

Bulan puasa biasanya muka saya akan jadi kering dan kusam je...mungkin sebab utama kurang air ( ikut pengetahuan saya yang tak seberapa ni la , kan) Berikut ada beberapa tip untuk kekal cantik dan segar walaupun sedang berpuasa. 1. MINUM AIR DENGAN BANYAK Berpuasa sering menyebabkan tubuh sering kekurangan air. Justeru minum air putih sebanyak mungkin ketika bersahur dan berbuka kerana kesegaran kulit diperoleh daripada cecair yang masuk ke dalam tubuh. Elakkan mengambil minuman berkarbonat, kopi dan teh yang bersifat diuretic ( mendorong pengeluaran air kencing). Banyakkan juga makan buah-buahan segar ketika berbuka dan bersahur. 2. GUNAKAN KRIM PELEMBAP Krim pelembap wajah dan losen badan adalah sebahagian perawatan yang tidak kurang pentingnya dibulan puasa. Bagi mengekalkan kelembapan kulit anda, gunakan kosmetik atau krim kecantikan yang mengandungi pelembap dan kolagen. Pastikan anda sentiasa menyediakan losen dimeja kerja anda (terutama bagi anda yang berkerja dalam ruang ber

Tip Berjimat Di bulan Puasa

Ramai yang berazam nak berjimat bila tibanya bulan puasa tetapi ramai yang kalah dengan azam tersebut, mungkin kuat sangat panggilan Pasar Ramadhan kot. Jom kita berkongsi tip yang mungkin dapat membantu kita untuk berjimat. 1. Jangan terlalu ikut hawa nafsu  - biasanya niat asal nak beli sikit je tapi bila dah sampai di Pasar Ramadhan, lain jadinya...tergoda dengan pujukan nafsu akhirnya, membazir kerana tak habis dimakan.   2. Rancang perbelanjaan - rancang dan mesti ikut apa yang dirancang..kalau takat rancang cantik-cantik macam saya ni, sampai di Pasar Ramadhan tak ikut rancangan itu, memang hancuss jugak...yang penting rancang dan patuh pada rancangan yang telah dibuat.   3. Masak sendiri - tahun ni memang perancangan saya untuk memasak sendiri setiap hari untuk berbuka, kalau nak ke Pasar Ramadhan tu mungkin untuk mencari kuih je. Harapnya perancangan ini akan menjadi kenyataan. Insyaallah.   4. Berbuka di Masjid atau Surau - ini sesuai untuk mereka yang masih bujang. Lepas

Salam Ramadhan 2012

Esok semua Islam akan mula berpuasa. Saya mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua pembaca blog ini. Ampun dan maaf dipohon di atas kesilapan sepanjang saya menulis di blog ini yang mungkin tanpa disedari telah menyinggung perasaan pembaca blog ini. Saya doakan semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terbaik untuk kita semua. Bersama-samalah kita merebut ganjaran pahala yang dijanjikan Allah pada bulan Ramadhan ini. Semoga kita sentiasa cergas sepanjang Ramadhan ini.

KESILAPAN YANG DILAKUKAN KETIKA MENJALANI IBADAH PUASA

Kuliah zohor terakhir tengah hari semalam kerana akan dihentikan  sementara sehingga berakhirnya Ramadhan. Ini adalah kerana waktu rehat hanya setengah jam setiap hari sepanjang Ramadhan ini.  Berikut adalah beberapa kesilapan yang sering kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan sebelum ini dan mari la kita berdoa semoga kita dapat mengerjakan ibadah puasa tahun ini dengan lebih baik berbanding sebelum ini.   1.  Lafaz Niat Puasa Pada waktu sahur   Lafaz niat sepatutnya dilafazkan pada malam hari bukannya pada waktu sahur atau pun sebaik saja bersahur.   Setiap malam kena lafaz niat puasa.   2.  Makan dan minum dengan sengaja di depan orang yang berpuasa ketika haid atau pun apa jua alasan yang dibenarkan untuk berbuka.   Saya akui pernah makan dengan selamba ketika sahabat saya sedang berpuasa , maklumlah di dalam jabatan saya ni hanya kami berdua je yang beragama Islam, kedudukan beliau yang membelakangi saya memudahkan saya mengunyah roti dengan selamba je kala waktu rehat , sepatutuny

Keputusan Ujian Mamogram

Hari ni saya bercuti sebenarnya...sekian lama saya berperang dengan perasaan sendiri tentang apa yang saya rasa...berdenyut, sengal, senak semua ada rasa , senang cerita. Mengenangkan usia dah pun menginjak 40 tahun, berat badan berlebihan dah pun 6 tahun, saya nekad untuk melakukan ujian mamogram hari ni. Mesti buat kalau tidak saya akan dihantui oleh 1001 perkara negatif. Dah la nak puasa dah minggu depan, kalau fikiran asyik fikirkan tentang perkara yang entahkan betul entahkan tidak, ibadah puasa pun boleh terganggu jadinya. Memang berdebar gila kala menunggu nama dipanggil untuk melakukan ujian tersebut..oh ya saya lakukan ujian di Twin Towers Medical Centre, KLCC. Sebelum ni pernah dengar cerita betapa sakitnya ketika ujian tu dilakukan, ketika menunggu tadi tu, memang saya tak dapat nak bayangkan macam mana rupa bentuk ujian tu bakal dilakukan. Masuk ke bilik mamogram, ketika menukar pakaian, saya dah boleh bayangkan sikit-sikit mengikut imaginasi saya cara ujian di la

Syhhh ! Kurangkan bercakap

Firman ALLAH SWT:   “Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada disisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatatnya).”   (Surah Qaf ayat 18) Ulasan  Ayat :   1.        Ayat ini telah mengingatkan kita bahawa ALLAH itu ada pekerja-pekerjanNYA yang tidak pernah lalai daripada melakukan tugasnya, dan sesungguhnya setiap perlakuan kita sentiasa dicatat sekalipun satu patah perkataan. Maka kita hendaklah menjaga lisan kita daripada perkara-perkara yang merosakkan pahala kita atau dianjurkan kepada kita untuk berdiam daripada bercakap pada perkara yang sia-sia.   2.        Mengutamakan diam dan sedikit berbicara   merupakan satu tanda kesempurnaan akal.  Sebaliknya banyak berbicara terutamanya dalam perkara-perkara yang tidak berguna menjadi bukti ketidaksempurnaan dan kelemahan akal.   3.        Kebanyakkannya dari kaum perempuan dan kanak-kanak termasuk banyak dikalangan golongan yang paling suka berbicara. Ini kerana orang yang memiliki pertimbangan dan akal yang sempur

Review Novel Terlerai Kasih

Image
Novel ni sebenarnya dah 2 minggu habis dibaca tapi malas nak update pada blog. Ok, saya cadangkan anda baca novel ini kerana tidak klise seperti novel lain dan tidak membosankan.

Review Novel Teduhan Kasih

Image
Sedang baca....nak habiskan proses bacaan novel sebelum tibanya Ramadhan....lepas tu lupakan kejap novel-novel ni.. Setakat separuh bacaan novel ni, boleh la dikatakan ada kelainan dan mempunyai jalan cerita tersendiri. Tahniah Marissa!

Review Novel Mampu Menyintaimu

Image
Novel ni baru je dihabiskan bacaannya...sekarang ni memang tak sempat nak review panjang-panjang, lagi elok kot kalau tersalah komen, kena smash balik hu hu. Ok, novel ni best, boleh la dibaca dan ada kelainannya...dicadangkan untuk anda baca kalau anda tak tau nak baca novel apa.

Review Novel Kahwin Ganti

Image
Baca separuh jalan je...ntah la bukan tak sedap , mungkin tak begitu kena dengan selera saya. Apa pendapat kawan-kawan yang dah baca novel ni?

TEKA TEKI IMAM AL GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? Murid 1 = " Orang tua " Murid 2 = " Guru " Murid 3 = " Teman " Murid 4 = " Kaum kerabat " Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" Murid 1 = " Negeri Cina " Murid 2 = " Bulan " Murid 3 = " Matahari " Murid 4 = " Bintang-bintang " Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang s

Kuliah Zohor - Catatan untuk blog

Oleh kerana kekangan waktu yang amat meruncing, sekarang ni setiap kali lepas Kuliah Zohor di pejabat , saya curi masa kala free sikit-sikit untuk menaip semula apa yang ditulis di dalam buku nota ketika kuliah zohor berlangsung, sekurangnya mendapat manfaat bersama.   Taip dan email kepada gmail saya, lepas tu copy paste pada blog, kelam kabut balik rumah sebelum jemput anak-anak dari sekolah dan tadika untuk buat kerja-kerja copy paste entry...ini  yang mampu saya lakukan agar dapat mengelakkan blog ini bersawang dan dalam masa yang sama dapat la saya panjangkan ilmu yang saya perolehi setiap hari ketika Kuliah Zohor, kebanyakkannya semua dah tahu tetapi tak salah untuk saling mengingati antara satu sama lain.   5 Perkara Yang Diinginkan   Perasan tak ada 5 perkara yang sentiasa kita inginkan dan kita sentiasa berusaha untuk mendapatkannya:   1. Wajah yang cantik berseri   2. Duit yang banyak   3.Kesihatan yang baik   4. Anak-anak yang cerdik pandai   5.TIdur yang nyenyak tanpa ga

MUTIARA RAMADHAN

Memandangkan bulan Ramadhan sudah menghampiri kita, saya ambil kesempatan ini untuk bersama-sama berkongsi sesuatu yang mungkin bermanfaat untuk kita semua. Semuanya telah pun diketahui oleh kita tetapi anggaplah ini sebagai ulangkaji untuk diri sendiri.   1.KELEBIHAN BULAN RAMADHAN   Nabi s.a.w bersabda maksudnya:   "Telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkat kepadamu. Dengannya, Allah swt melimpahkan rahmatnya, mengampunkan dosa dan mengabulkan doa.   Pada bulan itu Allah swt melihat perlumbaan dalam mengerjakan ibadah dan membangga-banggakan kamu dihadapan para malaikat.  Oleh kerana itu, tunjukkanlah kepadanya kebaik-kebaikan dirimu. Maka sesungguhnya orang-orang yang celaka adalah mereka yang tidak mendapat rahmat Allah swt pada bulan Ramadhan". (Riawayat An-Nasai)   2. PUASA MENGAMPUNI DOSA   Nabi s.a.w bersabda maksudnya:   "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah swt dan mengharapkan pah

Review Novel Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik

Image
Apa pendapat anda yang telah membaca novel ini?  Sejujurnya saya langkau ..baca...langkau...baca...langkau...baca sedar dah sampai ke muka surat terakhir. Bukanlah tak best sangat-sangat cuma tak menepati selera saya . Mungkin orang lain suka novel ni. Mulanya saya betul-betul menghayati watak mamat autistik yang bernama Boboy ni..tapi lama-lama macam keliru pulak saya jadinya bila dia tipu-tipu je jadi autistik. Apa pun ada jugak part-part yang menghiburkan. Cuma itu lah, saya banyak langkau mukasurat. p/s: terbayang muka Yus Rajalawak pulak bila sampai part mamat autistik ni..ishh tak baiklah saya.

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Tengah hari tadi ada kuliah zohor mengenai Persediaan Menyambut Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Azman , dari Dewan Bahasa dan Pustaka.   Ustaz berpesan agar kongsi-kongsikan la apa yang disampaikannya hari ini dalam apa jua bentuk medium samada SMS, FB , Blog, Email atau apa saja kerana ianya bermanfaat untuk kita semua.  Persediaan sebelum Ramadhan yang perlu dilakukan lebih awal , cantik sangatlah kalau sekarang kita dah mula lakukan persediaan itu sebab dah tinggal 11 hari je lagi Ramadhan akan menjelma.   Oleh kerana saya tidaklah begitu cekap menterjemahkan kata-kata yang disampaikan oleh Ustaz ke dalam bentuk tulisan ,awal-awal saya memohon maaf andainya terdapat ayat yang mengelirukan pembaca semua ye!   Secara ringkasnya,  tujuan persediaan ini adalah sangat penting agar hati kita menjadi ikhlas untuk menunaikan ibadah Puasa , bila hati ikhlas tidak akan timbul rasa "keterpaksaan", bila rasa terpaksa sudah tentu memberi kesan kepada pahala pua

Poligami Rasulullah S.A.W - sambungan entry sebelum ini

Tertarik pula untuk berkongsi tentang rencana yang saya baca di dalam majalah Solusi ini, sambungan entry INI. Mungkin dah ramai yang tau tentang poligami Rasulullah S. A.W..tak mengapalah kalau ulangbaca sekali lagi ye.. Rasulullah hidup bahagia bersama Khadijah yang 15 tahun lebih tua daripada usia baginda. Keperluan hidup baginda terurus, kerja dakwah teratur dan masa mengabdikan diri kepada Allah terjamin. Khadijah la yang menyempurnakan semua itu. Selepas Khadijah meninggal dunia, semua keperluan Baginda sudah tidak seperti sebelumnya. Keperluan Baginda tidak terurus lagi, malahan ancaman Quraisy semakin menjadi-jadi. Setelah 3 tahun menduda dan bersendirian menguruskan kehidupan, Rasulullah mengahwini Sawdah binti Zam'ah . Itu pun untuk melindunginya setelah Sawdah kematian suami sebaik saja pulang dari Habsyah. Walaupun Sawdah  ketika itu sudah berusia 66 tahun, tidak jauh berbeza dengan usia Rasulullah , namun keperluan Rasulullah dalam 3 perkara tadi tu m

uncleseekers.blogspot.com

2, 3 hari ni hangat betul dengan cerita Uncle Seeker ditahan polis. Nadhirah yang terdengar berita tu kat radio dalam kereta time saya sedang mengunci pagar, terus suruh saya berjanji untuk bukakan blog Uncle Seekers malam nanti. Malang la kalau berangan nak buka blog time Umar belum tidur, sudahnya berhari-hari berlalu hanya awal pagi ni baru sempat saya membuka blog Uncle Seekers. Nadhirah bayangkan mesti banyak cerita hantu di dalam blog tu , sebab tu la ditahan polis. he he sabar je la kakak ni. Saya sebenarnya dah lama gila tak terjah ke sini, bertahun dah kot gamaknya. Entrynya tak begitu menarik hati saya , mungkin tak sesuai dengan jiwa. Tapi berita penahanan beliau membuatkan saya tergerak untuk menerjah blog beliau, nak tengok apa isi entrynya.  Ok dah baca beberapa entry beliau yang sungguh banyak itu...no komen sebab memang tak tau nak komen apa pun,semuanya di luar bidang dan di luar pengetahuan am saya yang amat sedikit ini. Nasihat kepada diri saya , menulis de

MISTERI POLIGAMI

Image
Tertarik pulak tengok tajuk Majalah Solusi isu ke 40 ni...majalah ni memang boleh je pinjam bawak balik rumah jadi laju je la ambik, hmmm bab poligami! Nampak kan ada di tulis dengan pen tu..."boleh pinjam bawak balik" Kita kaum wanita tak suka sikit nak usik bab-bab poligami ni , dalam erti kata lain gok adalah bermadu, kalau minum madu manis je rasa...kalau bermadu tu macam minum hempedu , kata mak saya ( eh mak saya tak pernah bermadu , ntah dari mana dia tau macam minum hempedu tu tak pasti la saya ) Banyak perkara menarik yang boleh dibaca di dalam majalah ni mengenai poligami. Apakah syarat-syarat untuk poligami. Bukan asal berkenan atau jatuh cinta je dengan seorang wanita ( selain isteri), seorang suami tu terus layak untuk berpoligami tau! No no wahai suami...banyak benda yang anda perlu ambik tau. Ada sesetengahnya mengambil kelemahan isteri untuk dijadikan senjata utama untuk berpoligami. Hmm kelemahan tu perlu dihalusi jugak, kelemahan yang macam ma