Poligami Rasulullah S.A.W - sambungan entry sebelum ini
Tertarik pula untuk berkongsi tentang rencana yang saya baca di dalam majalah Solusi ini, sambungan entry INI.
Mungkin dah ramai yang tau tentang poligami Rasulullah S. A.W..tak mengapalah kalau ulangbaca sekali lagi ye..
Rasulullah hidup bahagia bersama Khadijah yang 15 tahun lebih tua daripada usia baginda. Keperluan hidup baginda terurus, kerja dakwah teratur dan masa mengabdikan diri kepada Allah terjamin. Khadijah la yang menyempurnakan semua itu.
Selepas Khadijah meninggal dunia, semua keperluan Baginda sudah tidak seperti sebelumnya. Keperluan Baginda tidak terurus lagi, malahan ancaman Quraisy semakin menjadi-jadi.
Setelah 3 tahun menduda dan bersendirian menguruskan kehidupan, Rasulullah mengahwini Sawdah binti Zam'ah. Itu pun untuk melindunginya setelah Sawdah kematian suami sebaik saja pulang dari Habsyah. Walaupun Sawdah ketika itu sudah berusia 66 tahun, tidak jauh berbeza dengan usia Rasulullah , namun keperluan Rasulullah dalam 3 perkara tadi tu masih tidak terjamin seperti ketika diuruskan oleh Khadijah ( keperluan hidup, kerja dakwah dan masa mengabdikan diri kepada Allah).
Untuk menghiburkan hati Rasulullah, Abu Bakar menawarkan anaknya Aisyah untuk dijadikan isteri Baginda. Bagi menghormati sahabat yang paling baik dan akrab, Rasulullah terus menerima tawaran itu. Disamping itu, Rasulullah mengahwini Aisyah r.h.a disebabkan wahyu Allah s.w.t
Di bawah ini ringkasan kenapa Rasulullah berpoligami dengan isteri - isteri selain 3 nama di atas.
Hafsah binti Umar
1. Memberi perlindungan kepada janda sahabat yang gugur syahid.
2. Mnegeratkan tali persahabatan dengan sahabat iaitu Umar bin al-Khattab.
3. Memuliakan sahabat yang banyak membantu perjuangan menegakkan Islam.
Zainab binti Khuzaimah
1.Memberi perlindungan kepadanya kerana suami -suaminya terdahulu telah banyak berjasa kepada Islam.
2.Untuk menghilangkan kesedihan yang datang bertimpa-timpa.
3.Untuk memelihara dan memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya yang telah kehilangan bapa
Ummu Salamah binti Umayyah
1.Menghilangkan rasa sedih dan menghargai jasa suaminya terhadap Islam.
2.Sama-sama memelihara anak-anak yang ditinggalkan ayah demi Islam
3. Memuliakan dan menghormati iseri daripada golongan orang yang baik-baik.
Zainab binti Jahsh
1.Menghapuskan kepercayaan generasi pada waktu itu bahawa isteri anak angkat haram berkahwin dengan bapa angkat.
2.Memberi penghormatan kepada Zainab.
Juwariyyah binti Harith
1.Menghapuskan rasa dendam Bani Mustaliq terhadap kaum Muslimin selepas tewas dalam peperangan.
2.Melindungi janda dan menjauhkannya daripada menjadi hamba.
Ummu Habibah binti Abi Sufyan
1. Supaya dia tidak hanyut dalam gelombang penderitaan yang mungkin dapat mengubah pendirian serta imannya.
2. Menyelamatkannya daripada terjerumus dalam kesesatan sebagaimana yang telah dilakukan oleh suaminya.
3.Sebagai penghargaan Rasulullah terhadap keteguhan imannya yang tetap berpegang teguh dengan Islam walaupun suaminya murtad.
4. Menjinakkan hati bapanya iaitu Abu Sufyan yang merupakan musuh ketat Islam.
Safyyah binti Huyay
1.Melindunginya sebagai tawanan perang yang dibebaskan.
2.Memberi penghormatan kepada anak ketua pemimpin Yahudi.
Maymunah binti al-Harith
1.Memuliakan bapa saudaranya, Abbas kerana banyak memberi perlindungan pada peringkat awal penyebaran Islam.
2. Dapat menarik 2 tokoh kafir Quraisy iaitu Khalid bin al-Walid dan Abdullah bin Abbas.
Sekadar untuk perkongsian bersama....semoga ianya bermanfaat dan memberi panduan.
KREDIT UNTUK MAJALAH SOLUSI.
salam Aya...org llaki skrg klu nk brpoligami...cari yg muda jer.Bkn nk mengikut cara nabi...membantu para janda2 yg kehilangan suami mereka yg brjihad dimedan perang :D
ReplyDelete