40 tahun
Alhamdulillah..Syukur. besau muka tuan blog....gembira dan ceria sambut besday sendiri Siang tadi ketika di pejabat, terasa gatal-gatal kepala. Masa kat surau, belek-belek rambut ni. Oh rupanya ada uban. Bukan sehelai dua tapi 4 helai yang saya nampak, yang tak nampak mungkin banyak helai lagi . Uban menandakan usia menuju tua. Memang ada yang ubat kerana penyakit, kerana rambut rosak. Tapi pada saya ini uban peringatan.. yang membawa maksud saya perlu lebih menjadi baik daripada hari-hari sebelum. 40 tahun...bukan sehari dua..bukan sebulan dua. Kalau nak dikira dosa, tak terhitung rasanya. Tapi Allah itu Maha Pengampun. Ampuni la dosa-dosaku Ya Allah. Syukur dikurniakan kehidupan yang membahagiakan. Kesihatan yang baik, suami dan anak-anak yang sihat . Rezeki yang sentiasa melimpah ruah. Semoga Allah sentiasa memberkati usia kami . Kadang-kadang tak tersedar airmata meleleh menangis bila mengingatkan betapa lalainya saya sebelum ini. 40 tahun