Posts

Showing posts from March, 2015

TERMINAL BAS BERSEPADU SELATAN

Assalamualaikum, Nak cerita Kak Aya ni tak naik bas ekspress dah lebih 15 tahun..sebelum tu memang bas ekspress la kenderaan yang tolong berkhidmat tiap kali nak balik kampung dan dari kampung nak datang ke KL ni.. Teruk tak teruk Kak Aya ni bila tak tau pun yang Hentian Putra tu tak digunakan lagi sebagai terminal bas untuk perjalanan dari dan ke Pantai Timur. Baru je lagi tau nya...itu pun tau sebab adik dari kampung datang sini untuk ambik turn jaga Ucu. Dia cakap tak boleh turun di Greenwood atau Hentian Putra lagi dah..kena turun di TBS. Tercengang kejap kakak dia. Kejap je la tercengangnya sebab kita tau kalau dah pindah mesti banyak kemudahan yang disediakan untuk orang ramai. ...confirm-confirm ada LRT ni..kata hati ku. Ok lepas dah korek sana sini tanya orang tu orang ni....jelas la memang ada Komuter, LRT Star dan ERL KLIA Transit. Yang Klia Transit tu tak ada kena mengena dengan adik Kak Aya , jadi tak payah fikir. Komuter pulak ok jugak sebab boleh turun ter

Dihambat waktu

Assalamualaikum Alhamdulillah ada kekuatan untuk update entry hari ni. Waktu rehat di pejabat.Percubaan pertama taip entry guna hanphone yang tk begitu 'smart'. Sila pejam pejam mata dengan typo error ye.. Apa yang nak dikongsikan adalah betapa sejak setahun ni Kak Aya terasa seperti dihambat waktu. Pernah mendengar tazkirah di pejabat , seorang ustaz jemputan menerangkan salah satu tanda tiada keberkatan di dalam kehidupan bila mana kita terasa masa terlalu singkat. Ya itulah yang Kak Aya rasakan sejak setahun kebelakangan ini. Memang sedang muhasabah diri mencari punca kenapa sekarang mula terasa seperti dihambat waktu sedangkan rutin semua ni adalah sama je sejak dulu. Kadang- kadang macam pelik sebab terasa baru siap satu perkara pada waktu malam dah sampai waktu untuk tidur. Siangnya pulak terkejar- kejar untuk rutin siang dan kembali tiba waktu malam. Ada waktunya terasa sangat takut. Andainya tak sempat nak lebihkan amal yang boleh memberi keselesaan di 

Di sebalik nama NAURA

Image
Assalammualaikum Malam ni nak cerita tentang nama baru blog Kak Aya ni.. Sebelum ni guna macam-macam nama..ikut sedap rasa je. Kak Aya memang jenis cepat jemu kalau lama sangat dengan keadaan gitu je. Template pun berubah ntah berapa kali. Ni paling terbaru dan harapnya biar la lama sikit begini. Sebenarnya anak-anak pun sibuk menanya,apa NAURA tuu maaa... Ok, mai sini semua rapat ke depan sikit nak bisik. Sebenarnya NAURA tu adalah kependekkan nama anak-anak. NA - Nadhirah U - Umar RA- Zahra. Ok tu je pun maksudnya...saja nak rasa lebih lebih lebih dekat lagi dengan anak-anak. Mereka ni la kekuatan Kak Aya. Mereka ni jugak la selalu menjadi tempat terlepas rasa kurang sabar...namun bila melihat je wajah mereka hati kembali sejuk. Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan nikmat dan anugerah tak ternilai ini. kali pertama mencuba ber shawl..hmm tak menjadi ...tak pandai.. Gambar kat atas tu masa kami melawat Muzium Losong, di Terengganu. Nanti Kak Aya up

Entry Pemanas

Image
Assalamualaikum Dah lama tak tayang muka kami anak beranak di blog ni...sebagai pemanas kepada impian untuk sentiasa update entry, kita tunjuk wajah terkini kami. Gambar pertama kat bawah tu, Kak Aya bersama dengan anak dara yang dah mencecah 12 tahun usianya...tahun ni ambik UPSR.. Dia dah potong ketinggian Kak Aya yang memang tak cukup layak pun untuk dikatakan tinggi. Gambar bawah ni pulak Kak Aya bersama anak bongsu..hi hi anak bongsu la sangat kan. Hampir 2 tahun usia si cilik ni. Yang bawah ni, satunya anak bujang..darjah 3 dah... Satu lagi gambar si bongsu Kak Aya. Ok kita tunjuk gambar je dulu untuk permulaan ni, lepas ni baru disusuli dengan cerita. Terima kasih sudi datang.

Doa untuk Ucu - Part 2

Assalamualaikum, Hari ni Isnin. Biasala kalau hari Isnin mesti macam sedikit liat he he...Kak Aya je kot..orang lain laju macam biasa je. Entry ni sambungan kepada entry semalam. Boleh klik sini untuk baca part 1. Kalau semalam kisah Ucu di Pusrawi dan di wad kecemasan Hospital Selayang. Lepas Ucu disahkan akan di pindahkan ke Wad Nufrology , Tingkat 7, Bilik 7B , Katil 13, Ayahchik dan dan Su Na pun pulang ke rumah. Kami berbalas mesej di Whatsapp hingga mata kami terlelap ...kami menekan keypad handphone dengan diiringi air mata dan hingus...betul ...tak larat sapu airmata dan hingus ..nak biarkan macam apa pulak kang. Esoknya, seawal pagi Kak Aya terjaga..tengok ada mesej dari Ucu...sedih sangat terima mesej ketika dia terlantar di atas katil di dalam wad. Hati dipagut pilu dan sayu...rasa halusss menyelinap dalam dada. Mesej Ucu - Su ( anak2 buah memanggil Su) tak dapat tidur...Su batuk berterusan..Su hanya mampu berserah kepada Allah kerana Dia Yang Mahu Mengetah

Doa Untuk Ucu - Part 1

Assalamualaikum, Contest Kak Aya tu dah nak sampai ke penghujung, baru ada 7 peserta yang join, hadiah ada 9, camne tu? Hari masih berbaki 5 hari lagi sebelum tarikh tutup, tengok la kot-kot ada yang join untuk cukupkan 9 peserta..jadi semua akan dapat hadiah la kan. Kak Aya nak bagitau Kak Aya memang slowkan aktiviti bisnes Kak Aya untuk sementara waktu ni.. kalau customer mintak COD , Kak Aya hanya boleh COD pada hujung minggu je.. kalau nak pos tu memang Kak Aya tak dapat nak handle buat masa ni ye.. 2 minggu ni adalah sangat menduga sebab makcik kami yang lebih mesra dengan panggilan Ucu oleh anak-anak Kak Aya telah disahkan mengalami kegagalan buah pinggang kekal dan di peringkat akhir. Bermaknanya Ucu perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu untuk sepanjang hayat Ucu. Berita tu amat la mengejutkan sebab kami semua tak perasan malahan Ucu sendiri pun tak perasan dengan simptom-simpton yang dialami oleh mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang. Ucu