Contest Kak Aya tu dah nak sampai ke penghujung, baru ada 7 peserta yang join, hadiah ada 9, camne tu?
Hari masih berbaki 5 hari lagi sebelum tarikh tutup, tengok la kot-kot ada yang join untuk cukupkan 9 peserta..jadi semua akan dapat hadiah la kan.
Kak Aya nak bagitau Kak Aya memang slowkan aktiviti bisnes Kak Aya untuk sementara waktu ni.. kalau customer mintak COD , Kak Aya hanya boleh COD pada hujung minggu je.. kalau nak pos tu memang Kak Aya tak dapat nak handle buat masa ni ye..
2 minggu ni adalah sangat menduga sebab makcik kami yang lebih mesra dengan panggilan Ucu oleh anak-anak Kak Aya telah disahkan mengalami kegagalan buah pinggang kekal dan di peringkat akhir.
Bermaknanya Ucu perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak 3 kali seminggu untuk sepanjang hayat Ucu.
Berita tu amat la mengejutkan sebab kami semua tak perasan malahan Ucu sendiri pun tak perasan dengan simptom-simpton yang dialami oleh mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang.
Ucu ni sejak dulu-dulu selalu sakit perut..sakit memulas seperti di pulas-pulas..selalu migrain di masa muda remaja tetapi migrain tu hilang dah lebih 10 tahun rasanya.
Lebih kurang 3 tahun lalu, dia ada masalah air kencing tak clear, macam keruh tetapi selepas beberapa kali menjalani pemeriksaan di UH, tiada apa-apa masalah .
Akhir 2013, Ucu ada menjalani ujian darah, keputusannya semua normal.
Sejak November 2014 yang lalu, Ucu seperti kehilangan selera makan...selalu jugak muntah-muntah. ..kadang-kadang lemah badan...sakit perut pun kadang-kadang datang menyerang tapi ada waktunya macam hilang langsung.
Kak Aya ni setiap pagi dan petang jumpa Ucu sebab dia memang jaga anak no 3 Kak Aya, Zahra.
Walaupun jumpa tiap hari, tak perasan pun akan perubahan kesihatan dia...memang sangat teruk Kak Aya ni.
Kak Aya ada jugak la mengajak Ucu ke klinik bila dia cakap tak ada selera, rasa tak sihat tapi selalunya dia menolak dan sampai takat tu je la tahap prihatin anak buah bertuah ni.
Ketika Kak Aya , anak-anak dan Ucu pulang ke kampung pada Disember lepas, mak Kak Aya ( kakak kepada Ucu) begitu terkejut melihat wajah Ucu yang sangat pucat...kata mak, kuning tak berdarah wajah Ucu.
Mak bising la pada Kak Aya ni kenapa la dibiarkan Ucu hingga kuning sebegitu. Mana-mana sedara mara yang berjumpa Ucu pun turut menegur perkara yang sama. Ucu senyum je.. dia cakap takut nak ke hospital.
Masa terus berlalu..manusia sentiasa sibuk dengan urusan duniawi yang tiada penghujugnya. ..Ucu terus dengan keadaan tidak berselera...Kak Aya seperti biasa mengajak ke klinik..ajakan yang sekadar mengajak ..patutnya kena paksa Ucu ke klinik...hmmm perkara sudah terjadi..
Akhir Feb, Ucu pulang ke kampung untuk urusan di Pejabat Tanah..ketika itu dia batuk teruk..batuk yang seperti keras melengking bunyinya..kesian...sangat kesian kita mendengarkannya... dia sendiri pun tak tertahan dengan keadaan batuk begitu, pagi esoknya Ucu gagahkan diri sendirian ke klinik di bandar Kuala Terengganu.
Doktor membuat ujian untuk blood count, keputusannya hanya lah 7 di bawah paras normal. Doktor mengesyorkan agar terus ke hospital kerana paras hemoglobin yang terlalu rendah akan memberi risiko yang besar terutamanya masalah kekurangan oksigen.
Ucu pastinya rasa takut dan cemas.....dia pulang ke KL..kami adik beradik dan 2 sepupu berbincang tentang cara nak pastikan Ucu dapat di bawa untuk pemeriksaan lanjut di hospital.Kami semua sebenarnya sangat sayangkan Ucu sementelah kami ni hanya ada Mak dan Ucu je sebagai kekuatan (di sebelah keluarga saya.)
Jumaat 6/3/2015, kami adik beradik, 2 sepupu dan mak Kak Aya berbincang, akhirnya kata sepakat dicapai, mesti buat appointment dengan doktor segera memandangkan batuk Ucu makin menjadi-jadi. Ucu memang tak dapat tidur sepanjang malam kerana bila berbaring je, mesti batuk akan menyerang berterusan hampir 30 minit tanpa henti..bayangkanlah...
Sabtu 7/3/2015, Kak Aya, Ucu dan AyahChik ( adik no 3 Kak Aya) membawa Ucu ke Hospital Pusrawi , berjumpa dengan Doktor Fazilah. ...Doktor tengok keadaan Ucu yang pucat terus mengesyorkan agar terus masuk wad pada masa tu juga dan Ucu menjalani ujian Xray untuk paru-paru dan ujian blood count .
Doktor Fazilah menyatakan paras hemoglobin Ucu adalah 5.6 dan ujian Xray menunjukkan paru-paru seperti "tidak clear". Dan sekali lagi Doktor Fazilah memberitahu perlu masuk wad segera
Kak Aya dan adik beradik berbincang dengan doktor tentang kos sekiranya admit di Pusrawi, akhirnya kami sepakat untuk membawa Ucu ke Hospital Selayang kerana menurut Doktor Fazilah , kos yang besar diperlukan memandangkan paras hemoglobin yang rendah sebegitu memerlukan pemeriksaan yang teliti dan pastinya memerlukan kos yang besar.
Petang hari yang sama, Ucu sendiri nampaknya begitu bersedia untuk ke Hospital Selayang.
Sampai je di hospital , Ucu terus dimasukkan ke wad kecemasan. Memang pada masa tu hati Kak Aya merasa cukup pilu...susah nak gambar dengan kata-kata.. ( masuk habuk la pulak mata di saat menaip ni)
Ucu yang masih bujang hingga kini, dia adalah ibaratnya ibu no 2 kami semua...ketika tamat sekolah , dia banyak membantu menjaga kami...selepas dia mula bekerja di KL ni, kami adik beradik kembali menyusahkan dia apatah lagi ayah kami meninggal ketika kami semua masih bersekolah...Ucu banyak membantu meringankan beban mak di kampung.
Kami semua tinggal dengan Ucu sepanjang bekerja di KL , bila Kak Aya dah kahwin baru la keluar daripada rumah sewa Ucu tu...tapi Kak Aya menyewa tak jauh pun dari rumah sewa Ucu..beli rumah pun tak jauh dari Ucu...pendek kata sejak 19 tahun Kak Aya di KL ni tak pernah jauh pun dari Ucu....pahit manis kehidupan sama-sama dikongsi.
Kembali kepada cerita Ucu di wad kecemasan petang Sabtu 7/32015 - Ucu perlu menjalani ujian darah dan juga ujian lain....tergelak masa Ucu mengadu kena korek sana sini oleh doktor....tapi redha je la katanya...dah datang sini kena la terima semua ujian yang perlu dilalui , ujarnya sambil tersenyum ...namun Kak Aya sangat pasti 1001 rasa sedang melanda di dalam hati Ucu.
Kak Aya menunggu Ucu ( bukan menunggu di tepi katil tetapi keluar masuk wad kecemasan) hingga pukul 8.30 je..lepas tu Kak Aya pulang ke rumah, AyahCik dan Su Na ( adik bongsu Kak Aya) menunggu hingga jam 12 tengah malam.
Ketika di rumah, Kak Aya menerima berita daripada AyahChik dan Su Na, keputusan ujian darah yang dibuat petang tadi telah menunjukkan paras racun di dalam buah pinggang UCU pada paras yang amat tinggi.
Sepanjang malam Kak Aya tak dapat tidur. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui betapa bimbangnya hati ini untuk mengetahui apa sebenarnya penyakit Ucu.
Ayahchik menangis ketika doktor memberitahu keputusan ujian darah tersebut....menangis di dalam wad kecemasan...Ucu tidak mengalirkan setitis airmata pun pada ketika itu..mungkin hujan airmata lebat di dalam hati Ucu saat itu.
Kira-kira jam 2 pagi Ucu di tolak masuk ke wad biasa ( wad Nefrology). Ayahcik dan Su Na pulang ke rumah dengan hati penuh rawan.
Kami yakin pasti ada hikmah yang sangat besar di sebalik semua ini.
Nanti Kak Aya update lagi tentang kisah Ucu ..akan Kak Aya nukilkan di dalam blog ini untuk tatapan Ucu dan kaum keluarga Kak Aya.
0 comments :
Post a Comment