Posts

Showing posts from September, 2010

Sumber makanan penyebab obesiti

Ada kajian terkini mendapati sumber makanan yang obes boleh membuatkan tubuh anda menjadi obes. Kajian ini diperolehi dari seekor ayam yang terlebih berat badan dan jikatkan sel lemak tubuh menjadi lebih gemuk. Pening fikir ttg diri yang obes!

Petua sandwich enak sepanjang hari

Perkara biasa kan kalau bawak bekal sandwich ke ofis tiap2 pagi...kadang2 sandwich tu kalau tak kena gaya, baru je sampai ofis nampak mcm basah je, mcm nak lunyai pun iya jugak..Tips untuk kekalkan keenakan dan rupa sandwich adalah cuba jangan sapukan mayonis pada roti. Itu je..

Petua hilangkan gatal keladi

Biasa makan keladi tak? kadang kalau tak kena gaya mencuci keladi tu, kita jadi gatal2 selepas makan.... cara cuci yang sebaiknya adalah: 1.mula2 cuci keladi yang dah siap dipotong tu dengan air bersih. 2.panaskan air, masukkan beberapa keping asam gelugor 3.masukkan keladi untuk beberapa ketika ke dalam air yang bercampur dgn asam gelugor tadi 4.Angkat dan toskan 5.Boleh dimasak mengikut resipi yang anda inginkan.

Petua lembutkan daging

Mcm2 petua yang biasa kita dengar untuk lembutkan daging sb kalau daging liat, masak apa pun serba tak sedap jadinya.... Apa kata cuba campurkan satu camca serbuk soda bikabornat ke dalam daging yang sedang direbus. Selepas daging menjadi lembut, cuci dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak . Jika takde serbuk soda, pergi belakang rumah ambik je daun nangka sebagai ganti soda.

Petua Cuci botol Air Minuman

Kadangkala kita rasa mcm susah sangat nak cuci botol air terutama bahagian paling dalam tu...kat celah2 yang terselit pun sama....apa kata kita pakat cuba petua ni, masukkan beras ke dalam botol tersebut, masukkan air suam sekali dan goncang......hasilnya pasti tidak mengecewakan, cubalah!

Petua Hilangkan Bau Cat

Biasanya kalau lepas cat rumah, mesti bau tu sentiasa memenuhi ruang rumah, sekarang ni memang ada cat yang tidak berbau tapi harga mesti la lebey sikit kan? Tak semua orang mampu beli....jadi bagi sesapa yang beli cat yang biasa-biasa je tu, boleh cuba petua ni: Titiskan beberapa titis esen vanila ke dalam cat ketika cat tersebut sedang dikacau. Cat seperti biasa, bau cat hilang dan warna kekal tidak berubah.

Petua Halau lalat

Rasanya takde sapa pun yang sukakan lalat, tak perlu listkan sebab musabab , semua dah tau apa masalah yang dibawa oleh lalat kepada manusia. Kalau kat rumah anda semua banyak lalat, cuba petua ni. Letakkan beberapa bekas kecil bunga cengkih di meja makan dna juga di dapur, ianya boleh menyegarkan rumah anda semua serta juga dapat menghalau lalat.

Kesan Obesiti kepada saya

Setelah hampir setahun lebih saya menghadapi masalah obesiti, saya rasa banyak perubahan emosi berlaku kpada saya..ianya berkaitan dengan keyakinan diri yang hampir hilang..bila gemuk, banyak pakaian sedia ada menjadi ketat, bila ketat banyak mengundang persepsi yang pelagai daripada kawan-kawan ofis...kebanyakan memberi teguran sinis. Saya perasan yang saya ni seperti malas sepanjang masa, keletihan, murung dan tidak bersemangat dalam apa jua situasi.Lutut menjadi sakit setiap kali naik turun tangga. Sistem penghadaman terganggu. Bukan tak pernah mencuba untuk menurunkan berat badan sebelum ni tapi selalunya berakhir dengan kegagalan. Untuk kali ini, saya berharap sangat pada diri saya sendiri, jangan sesekali BERPUTUS ASA dan FOKUS. Smlm saya sudah pun mendaftarkan diri ke kelas kecergasan di ofis saya. Isnin depan bermula rutin senaman saya ketika lunch hour.

Kesan Kencing Manis

Kencing manis memberikan byk komplikasi terhadap lelaki berbanding wanita. 1. Lelaki yang menghidap kencing manis sebelum umur 30 tahun akan mudah mengalami masalah pada bahagian retina mata yang boleh mengakibatkan buta. 2. Lelaki lebih ramai yang dibedah dan dibuang bahagian anggota badan yang rosak akibat kencing manis 3. Lelaki turut berhadapan masalah kemungkinan mati pucuk akibat kencing manis Cara mengatasi: 1. Kawal kadar pengambilan gula 2. Kurangkan jumlah alkohol yang diambil 3. Berhenti merokok.

PROMOSI JUALAN BEDUNG BAYI

Image
Ulangan Iklan: Kepada bakal ibu yang masih lagi tercari-cari mana nak beli bedung bayi, boleh beli kat SINI , harga adalah RM10 sehelai, bagi setiap penghantaran 1-2 helai dikenakan caj penghantaran RM4.50 menggunakan Pos Ekspress, RM5.50 menggunakan PosLaju. Untuk yang berminat , sila sms 017-3416762 atau emel kepada rohayayusof73@gmail.com

Khasiat labu kuning

Kaya dengan vitamin A, C ,mineral serta karbohidrat. Isi labu kuning mengandungi antioksida sebagi penghalang pelbagai jenis kanser Air buahnya berguna sebagai penawar racun jika digigit haiwan berbisa, Bijinya pula menjadi ubat cacing pita kepada orang dewasa. Boleh juga digunakan untuk penyembuhan keradangan, perawatanginjal, demam serta sembelit. Selain tu, kalau sayur lemak memang best, caranya : Bawang Merah, lada hitam ditumbuk, campurkan dengan ikan panggang atau bakar, tumbuk hancur..masukkan dlm santan dan labu...memang terbaekkkkk resipi dr terengganu. Boleh jugak dibuat pengat.

Tanaman Bonsai

Image
Adik saya sekarang ni betul2 gila menanam pokok bonsai yang diberi nama Celoreng Atap...ha ha jangan lah terkejut kalau tak pernah dengar nama tu, saya pun tak pernah dengar... setakat ni kat rumah saya di Terengganu dah ada lebih kurang 30 pokok, saya ada attachkan satu gambar pokok yang paling hidup subur...baru-baru ni ada sorang tauke cina dari bandar datang tengok2, dia ckp pokok tu perlu dibela sehingga 3 tahun lagi untuk mencapai tahap yang tauke tu inginkan...buat masa sekarang harga paling tinggi yang diletakkan oleh tauke cina tu ada RM200....... oleh kerana tauke cina tu cakap bela dulu hingga 3 thn lagi baru nampak betul2 cantik, saya mencuba nasib membawa pokok tu ke rumah saya di Selayang...adik saya mmg risau kalau2 pokok tu mati dibawah jagaan saya, tau jelah jaga pokok bonsai ni bukannya mudah...sekarang ni tak pasal2 saya mcm dah ada 3 orang anak pulak yang perlu diberi perhatian...he he.. Kalau ada sapa2 yang berminat nak beli, nak tukar idea ,nak kasi tip penjaga

Mencium Kucing

Tau tak apa risiko kalau kerap sangat mencium kucing? Sebenarnya kucing boleh menimbulkan masalah kesihatan melalui penyakit yang dikenali sebagai cat scratch disease. Penyakit ini berpunca daripada jangkitan bakteria yang dibawa melalui air liur kucing. Doktor dan penyelidik berpendapat kucing mendapat bakteria daripada kutu namun tiada sebarang kesahihanya. Kebiaaanya, kucing akan mendapat bakteri apabila ia menjilat-jilat bulunya.

3 Punca Sarapan anda menjadi Sia-sia

1. Roti Bakar kurang vitamin B Jika roti bakar anda kurang vitamin B, tambahkan pengambilan jus oren segar atau bertukar saja kepada semangkuk bijirin 2. anda fanatik dengan produk rendah lemak Anda boleh pilih makanan yang mempunya lemak baik seperti walnut. Tambahkan dalam bijirin atau yogurt. 3. Anda makan buah tanpa tambahan khasiat pemakanan lain. Buah mempunyai beberapa jenis khasiat dan serat namun ia kekurangan magnesium. Kekurangan magnesium boleh mewujjudkan simptom tekanan pada diri. Untuk mengatasinya, makanlah buah yang turut ditambah badam, susu soya atau bijirin gandum kerana makanan-makanan ini memang kaya dengan magnesium.

WARNA KUNING

Apa istimewanya warna kuning? Yang ada dalam kepala ni warna kuning adalah warna diraja...sebenarnya byk keistimewaan warna kuning. 1. Kuning = Keceriaan 2.Warna kuning penuh dengan tenaga yang mampu menghangatkan kembali motivasi diri di samping membantu menmbangkitkan rasa positif dalam diri. 3.Kalau anda rasa down, lesu, malas, cubalah pilih pakaian yang berwarna kuning, Insyaallah semangat positif akan menerjah masuk ke dalam diri anda. 4.Cuba anda nikmati secaean teh bersama hirisan lemon yang pastinya memberikan anda kesegaran warna kuning bersama aroma lemon. 5.Cuba anda hias meja kerja anda dengan variasi warna kuning kerana warna ini mebantu mengaktifkan tenanga cakra di dalam tubuh individu iaitu pusat pasa segala kemahuan untuk berjaya!

Kebaikan Herba "Rosemary"

Herba Rosemary boleh didapati di dalam bentuk kering, pati minyak dan semulajadi.Ianya sering dijadikan perisa di dalam teh. Kebaikan Rosemary adalah: 1. Membantu menenangkan jiwa yang kesedihan. 2. Membantu meredaka rasa ketakutan dan keresahan yang dialami 3. Membantu membangkitkan tenaga dalaman tubuh 4. Membantu meredakan tekanan yang dialami disamping mempertingkatkan tahap ingatan individu. 5. Letakkan sedikit serbuk Rosemary dibawah bantal anda bagi membantu mendapatkan tidur yang lena.

Khasiat Betik Untuk Lelaki

Saya akan cuba pelbagaikan petua dan tip2 kesihatan untuk wanita dan lelaki...kali ni saya ada jumpa satu tip kesihatan untuk lelaki. Lelaki yang mengambil betik sebagai pencuci mulut secara konsisten akan meningkatkan tahap kesuburan lebih berbanding lelaki yang tidak sukakan buah betik. Buah betik kaya Vitamin C dan merupakan antioksidan yang baik untuk badan. Buah betik mampun meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan Vitamin C di dalam badan boleh mengakibatkan ketidaksuburan sperma.  Oleh itu, lelaki dewasa disarakankan mengambil 500 mg Vitamin C setiap hari.

Pengalaman Obesiti

Ada tak sesapa pembaca blog ni yang ada pengalaman menghadapi masalah obesiti? Boleh bagi tip atau pandangan atau cerita pengalaman anda semua...

Hari Raya Di Terengganu

Kami sampai di rumah mak pada pukul 4.30 ptg, bertolak dr KL pukul 9.30 pagi...perjalanan lancar cuma suami saya diserang migrain yang teruk.....membuatkan kami pulak yang tertekan...mungkin caca yang begitu panas terik serta jalan yang sesak setelah memasuki bandaraya Kuala Terengganu. Mlmnya saya , mak, Su dan Umar ke rumah sepupu...suami dan nadhirah tinggal kat rumah... Makan kuih raya dan minum air oren...sepupu janji akan jemput kami makan mlm, tunggu je panggilan dr dia...ok kami tunggu dan ready je, makan free sapa tak nak, kan? Balik dr rumah sepupu, tengok cerita Momok The Movie...bagi saya cerita yang langsung tak ada mesej pun tp anak2 saya ckp bessttt sgt, mama...   Hari Raya ke 5  -  biasa-biasa aja, kat rumah mak cuma ada ketupat dan tapai pulut..yelah dah hari ke 5, mana nak ada segala bagai juadah enak2 lagi...kalau nak jugak, masaklah sendiri.. Oleh kerana saya balik beraya ke Terengganu dalam masa yang singkat je, kami semua macam terkejar-kejar pulak, pagi-

Haruman Lavender Segarkan Jiwa

Semasa anda berehat, biarkan ruang keliling disegarkan dengan haruman lavender. Minyak lavender dikatakan baik untuk kesihatan mental. Ia mampu mengatasi masalah sukar tidur dan menenangkan emosi. Kajian membuktikan bahawa sejenis hormon akan dibebaskan semasa kita berada di dalam keadaan tertekan. Hormon itulah yang menyumbang kepada masalah kegemukan kerana ia menyimpan lemak dalam perut. Jadi beli lah haruman lavender untuk kesihatan dan ketenangan anda. p/s: tips ni betul bermanfaat utk saya yang sering rasa tertekan, dah suka makan byk kalau tertekan.

Petua mencuci periuk yang berkerak

Rebus kulit kentang di dalam periuk yang berkerak selama beberapa minit hingga mendidih. Lps tu anda akan dapati kerak itu pasti akan tertanggal dengan sendirinya.

Petua sedapkan nasi lemak

Kisar 2 biji buah keras bersama kelapa untuk dijadikan santan, tambah satu sudu kecil halba yg telah digoreng sebentar, masukkan ke dlm nasi lemak yang sedang di masak.  

Khasiat buah Strawberry

boleh menurukan kadar kolestrol boleh membantu dalam melumpuhkan kerja-kerja aktif kanser boleh membantu dalam mengelakkan risiko berlakunya gejala strok strawberi mengandungi zat anti alergi disamping anti keradangan sangat efektif untuk mencegah proses pengoksidaan pada tubuh. kaya dengan kandungan vitamin C yang sangat bermanfaat untuk proses pertumbuhan anak-anak mengandungi kadar gula yang rendah, sangat sesuai untuk pesakit diabetes. jika dimakan secara teratur dapat membantu menghaluskan kulit , menjadikan kulit lebih cerah dan bersih. dapat mencegah proses penuaan dapat membantu membersihkan gigi boleh membantu kepada masalah radang sendi daun strawberi mengandungi zat astrigen, dapat membantu meredakan demam makan 8 biji strawberi sehari dapat memenuhi keperluan Vitamin C Untuk mengekalkan kesegaran dan khasiat strawberi, perlu simpan di dalam tempat pembeku. Caranya: susun satu persatu dan terpisa

Khasiat Sengkuang Cina

Boleh dijadikan penawar untuk penyakit bronkitis yang kronik serta menurunkan tekanan darah inggi. Mempunyai rasa yang manis dan menyejukkan. Boleh meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang Cina kaya dengan karbohidrat, lemak, protein,vitamin C,kalsium, fosforus serta zat besi.

7 makanan pencegah selsema dan batuk

Selain mengambil ubat dan vitamin C tambahan, 7 makanan  yang disenarai dibawah boleh membantu  mengubat batuk dan selsema anda. 1. Sup ayam - membantu melancarkan pernafasan yang tersumbat dan memberikan tenaga tambahan. Campurkanl ebih bawang putih agar lebih cepat sembuh. 2.Makanan Pedas - bawang putih, ladasulah(hitam dan putih) atau sos pedas membantu melancarkan hidung yang tersbumbat. 3.Bawang putih - bawang putih diakui mampu mengurangkan tanda-tanda selsema dan abtuk. 4. Air - anda digalakkan meminum banyak air masak dan jus buah-buahan segar. 5. Buah-buahan siturs - lemon, oren, limau menmpunyai kandugan vitamin C yang tinggi. 6. Sumber vitamin C - selain buah-buahan sitrus, anda disarankan untuk menambahkan kentang, lada hijau, strawberi dan nenas dalam senarai pemakanan harian anda dalam usaha mencegah selsema dan batuk. 7. Halia - air halia bukan saja ammpu membuang angin tetapi juga baik untuk mengubati selsema dan batuk.     

KEBAIKAN TIDUR TANPA BANTAL

Dapat menghilangkan lemak di bawah dagu Membantu peredaran darah 2 je yg dapat dicari kebaikannya…hmmm mungkin lagi satu kebaikannya, tak perlu buang duit beli bantal dan  sarung bantal , sekadar buat lawak yg tak kelakar he he………

KHASIAT KAPUR SIRIH

1.Untuk redakan batuk dan selsema – campurkan kapur sirih dgn sedikit minyak kelapa, sapu pd bahagian kerongkong dan batang hidung   2. Untuk sembuhkan bisul – sapukan kapur sirih ke atas bisul yg tumbuh tu. 3. Untuk hilangkan sakit terkena gigitan serangga – campurkan kapur sirih dgn parutan ibu kunyit dan sedikit air biar menjadi seperti krim, sapu    pada tempat yang terkena gigitan

KHASIAT BUAH KERAS

Rempah dan perasa dalam masakan Ramuan untuk kosmetik  - boleh dijadikan sabun, syampun dan lulur badan Biji buah keras boleh dijadikan sumber minyak lampu Tetapi buah keras perlu dimasak terlebih dulu sblm makan krn kandungan toksik yang tinggi ketika mentah Buah keras berbentuk bulat dan bijinya keras mempunyai kandungan minyak yang tinggi. Daun pokok buah keras dikatakan mampu menghilangkan sakit kepala. Daun muda yang dipanaskan di atas api boleh dijadikan sbg plaster bagi melegakan luka2 kecil pada kulit dan lebam2 . Minyak daripada biji buah keras mampu merawat kesan terbakar pada kulit dan kesan regangan pada kulit wanita selepas bersalin.

Petua untuk legakan batuk

Ni petua arwah nenek saya dulu, kalau dia batuk2 je, dia akan ambik 1 biji kuning telur ayam kampung, campurkan dgn madu asli. kacau hingga sebati dan terus minum. Biasanya sebelum tido arwah nenek saya akan minum campuran ni.

Petua licinkan tumit kaki yang berkematu

Ambik beberapa helai daun betik, rendam dlm air suam untuk beberapa ketika,kemudian ramas daun betik tu, rendamkan  kaki ke dlm bekas tersebut lebih krg utk 10 minit, lps tu gosok2 tumit kaki. Lakukan setiap kali nak mandi.

Petua untuk redakan kesakitan ketika haid

Ambil sebiji telur ayam, 1 sudu kecil madu dan lada putih. Gaul sebati dan minum sekali sehari sebelum sarapan. Itu jekk..

Petua putihkan "bawah lengan"

Gaul perahan limau nipis bersama semangkuk hampas kelapa, lumur dan gosoklah bahagian bawah lengan tu, biar seketika dan mandi. Amalkan selalu, kesan dapat dilihat selepas 2 minggu.

Petua hilangkan kesan minyak pada pakaian

Mudah je caranya, sapukan sedikit marjerin pada pakaian yg ada kesan minyak , biarkan seketika.Kemudian cuci seperti biasa... kalau tak hilang jugak, beli je la baju  baru...jgn marah, gurau saja..

Petua sedapkan air soya

Bila air soya tu dah hampir nak masuk, masukkan sedikit susu pekat manis, sedikit esen vanila dan daun pandan. Hasilnya air soya tu berbau wangi dan rasanya sunggguuuuuuuuuh sedap…thn dpn boleh la bisnes air soya kat pasar ramadhan..

Petua Lembutkan Apam kukus

masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam adunan, gaulkan hingga sebati dan kukuslah adunan tersebut. Dah masak , cubalah tengok rupa apam tu, mesti lembut dan gebu jee…..rasanya pun sodapp..

Petua Rebus Telur

hmm rasanya petua ni dah biasa sgt le...semua orang dah tau.. dah tau pun nak tulis jugak kat sini, dpt jugak update 1 entry kan? pejam mata pun boleh buat petua ni, time nak rebus telur tu kan, masukkan lah dua genggam garam sekali, rebus bersama2... *** petua ni amat sesuai kalau nak rebus telur banyak2 mcm kat kenduri kawin tu...

Khasiat Asam Jawa

Asam jawa...nama yang mcm kurang popular je kan? tapii dia punya khasiat cukup banyak...walaupun nama dan rupa kurang menyerlah tp diperlukan oleh semua orang terutama untuk masakan..tak ada asam jawa tak menjadi masak asam pedas.... Sebenarnya bukannya boleh guna untuk masakan je tapii 1. buah asam jawa boleh dimakan begitu jee...sedap tau kalau yang belum betul2 masak, warna putih kekuningan tu...issshh kecur air liur pagi2 ni.. 2. asam jawa juga boleh bertidank sbg ubat tradisional untuk ubat sakit tekak atau batuk..yang selalunya kita akan minum air dia kan? dpt hilangkan perit tekak dan memerdukan suara dan air asam jawa boleh menurunkan suhu badan. 3.Kalu di India - kulit pokok asam jawa dikunyah dgn daun sirih , selalu diamalkan oleh wanita mengandung utuk kesihatan badan. 4. Kayu terasnya boleh dijadikan sebagai bahan pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar kurang selera. Kulit buah dan kulit kayu asam jawab boleh dijadikan ubat cirit birit.Ku

Petua hilangkan cat pada pakaian

Rendamkan pakaian yang terkena cat itu bersama minyak tanah untuk beberapa jam. Lepas tu basuh macam dengan sabun, bilas dna jemur...anda akan dapati kesan cat akan hilang..

Petua hilangkan bau hanyir pada papan pemotong

Ambil sebiji limau nipis, belah dua, sapukan pada permukaan papan pemotong. Biarkan selama beberapa minit. Pasti selepas tu bau hanyir akan hilang, digantikan dgn bau yg seegarrrr..

Petua tajamkan mata pengisar

Kisarkan garan didalam pengisar untuk beberapa minit sebelum anda kisar bawang atau cili..amalkan petua ini bila dah agak2 mcm mata pengisar tu dah lama tak kena asah.....

Petua atasi nasi lembik

Kalau orang tu jarang-jarang masak nasi,mesti tak dpt nak agak byk mana nak letak air kan? biasanya mesti jadi lembik...kalau dah lembik tu jangan risau, ada petuanya untuk neutralkan (?) kembali nasi tu....ambik sebiji kentang, buang kulit, hiriskan kentang tu dan masukkan ke dalam nasi. Biarkan selama 5 minit.Angkat. Petua kedua, masukkan roti bantal ke dalam periuk nasi tadi dan tutup.

Petua bersihkan sudu berkarat

A mbil sedikit cuka atau secubit garam, campur dgn air paip . Masukkan sudu dalam campuran tadi, rendam semalaman,hasil bersinar2 jadinya sudu tu...tak percaya? boleh cuba sekarang jugak!....

Petua segarkan tauge

Masukkan taugeh ke dalam air yang dicampur dengan sedikit garam. Simpan dalam peti ais. Satu lagi petua, masukkan taugeh dalam air dan masukkan juga sekepaing asam gelugur, simpan dalam peti ais. Pilihlah mana satu yang mudah.

Petua jernihkan minyak masak

Biasanya kalu sekali guna je minyak masak tetap bewarna keruh kan? Untuk jernihkan kembali, ada caranya, tau.....Senang je, ambik kerak nasi dan goreng dalam minyak yang keruh tadi tu...sekelip mata minyak tu jernih semula.....tadaaa......cuba try test kalau tak percaya ..

Petua hilangkan bau hangit pada nasi

Pernah tak masak nasi hangit? walaupun skrg ni dah jarang nasi hangit sb guna rice cooker , dulu2 guna dapur kayu, sambil masak sambil nyanyi,mana nasi tu tak hangit... Petua nya ialah ambik beberapa helai daun limau purut yang segar, carik-carikkan dan masukkan ke dalam nasi yang hangit tu. Tutup kembali tudung periuk....bukalah semula bila nak ceduk nasi tu..he he.. apa yg pasti nasi tu memang akan berbau wangi. ..

Keistimewaan Koko

Bersesuaian dengan bulan puasa ini, setelah penat menahan lapar dan dahaga,apasalahnya anda menjadikan makanan atau minuman berasaskan koko sebagai pengembali tenaga ketika berbuka atau bersahur.Pastikan koko yang diambil adalah bebas daripada bahan tambahan yang boleh memudaratkan tubuh. KHASIAT KOKO 1. Lemak koko - kaya dengan asid sterik iaitu asid lemak tepu. Umumnya asid lemak tepu boleh meninggikan paras kolestrol tp asid sterik di dalam koko adalah sejenis asid lemak tepu yang unik Lemak koko juga mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis lemak tidak tepu untuk merendahkan paras kolestrol dalam darah. 2. Serbuk Koko - mengadungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti lemak, protein, karbohidtar , Vitamin A, B,D dan E. 3. Coklat - kaya dengan sumber tenaga yang tinggi berasaskan kepada kandungan lemak, karbohidrat dan protein. Coklat juga mengandungi asid amino utk protein tubuh, kaya vitamin A dan D serta sumber Vitamin B.

Keistimewaan badam

Badam atau almond tu byk khasiat tau! bukan utk buat biskut almond london aja, hi hi maklum la nak raya ni , mesti teringatkan biskut almond london. 1. SKRUB BADAN Badam boleh dijadikan skrub badam, ianya boleh membantu menghilangkan parut, kenalah amalkan selalu. Skrub badam juga mampu menghasilkan kulit yang lembut dan bersih lerana ia boleh membersih jauh ke dalam kulit. Selain itu, skrub badam juga mempertingkatkan kualiti tekstur kulit, mengecilkan pori-pori dan kulit sihat semulajadi. 2. KRIM TANGAN Krim badam boleh melembutkan tangan yang sering terdedah kepada bahan pencuci yang menyebabkan ianya menjadi kasar dan pecah-pecah.Krim berasaskan badan boleh mengharumkan dan menyegarkan tangan. 3. LOSYEN BADAN  Selain bau yang harum pada tubuh , ia juga mampu merawat kulit, melancarkan sistem peredaran darah, merawat masalah kulit seperti berparut.  4.COKLAT BADAM Badam adalah makanan rendah lemak, tinggi protein, kaya zat besi dan vitamin B1. Badam boleh membantu sistem penghad

Hilangkan hanyir ikan ditangan

Biasa bersihkan ikan tak? Kalau yg tak biasa tu, abaikan je lah tips ni atau pun boleh jugak bagitau kat bibik di dapur tu caranya nak hilangkan bau hanyir ikan kat tangan. Senang je, tumbuk halus halia dan lumurkan pada tangan,biarkan seketika, lepas tu bialas la.... Itu je ...

Bersihkan daki teko

Kalau kita sering bancuh teh dalam teko yang saaammaa je tiap hari, mesti ada perasan kat bahagian dalam tu nampaknya mcm berdaki je, kesan drp teh...nak tau tak mcm mana nak hilangkan daki tu agar nampak mcm baru semula? aaa ni ada satu tip: hancurkan kulit telur, masukkan dlm secawan cuka dan sedikit air. Masukkan campuan kulit telur ,cuka dan air tadi ke dalam teko yang ingin dibersihkan , tutup dangoncang beberapa kali hingga bersih. Bilas dengan air suam. Keringkan.  Senang je kan?

Baulu menjadi Cantik dan Gebu

Ni petua ni dr Uwan saya kat Rembau, dia mmg pakar buat baulu kalau time raya ....kalau nak baulu tu cantik dan gebu, kenalah ikut step ni: 1. sediakan air suam dalam bekas besar dan biarkan sejuk seketika 2. Kemudian, pukul teluar dan gula dalam mangkuk yang diletakkan ke dalam bekas berisi air tadi. 3. Pukul telur dan gula seperti biasa hingga sebati dan gebu. 4. Bakar seperti biasa. Kata Uwan, kalau buat mcm ni mmg baulu tu cantik dan gebu jeee....tapi org lain buat mcm mana ekk? tak pasti pulak org lain punya cara  mcm ni jugak...

Makanan yang boleh merangsang tenaga

Anda sentiasa lemah dan lesu? seoalah-olah selalu aja tidak bermaya, puasa atau tidak puasa sama je tahap lemahnya...kat bawah ni ada beberapa makanan yang mampu memperbaiki tahap tenaga anda. 1. Coklat  - membantu sistem saraf dan meningkatkan mood untul lebih bertenaga. 2. Asparagus - Merujuk kepada pakar herba pada abad ke 17, asparagus dipercayai dapat meningkatkan nafsu seks lelaki dan wanita. 3. Cappucion 4. Bawang putih

Makan Bawang Putih Mentah-mentah

P ernah cuba makan bawang putih mentah-mentah gitu je? Khasiatnya bagus untuk memelihara kesihatan jantung.Kandungan hidrogen sulfida yang terhasil semasa bawang putih dipotong kecil mampu membuat pembuluh darah dalam badan berada dalam keadaan rehat dan seterusnya memberi kesan baik kepada jantung. Hmm kalau sayangkan jantung anda, ayuh kita cuba tips ni dan jadikan amalan bersama.

20 cara untuk hilangkan 200 kalori

Dah tau jumlah kiraan kalori tadi kan? baru tersedar upppss terlebih sudaahh kalori yang diambil...haa kat sini ada 20 cara untuk bakar 200 kalori. 1. lompat tali selama 15 minit 2.Bermain badminton 60 minit 3. panjat bukit selama 20 minit 4.naik turun tangga selama 20 minit 5.step aerobic selama 20 minit 6.menari selama 30 minit 7. aerobik selama 20 minit 8.berjalan kaki selama 35 minit 9.berbasikal dengan kelajuan sederhana selama 30 minit 10.berenang selama 25 minit 11.membersihakan rumah selama 35  12. berkebun selama 35 minit 13. lompat atas katil selama 55 minit 14 mencuci kereta selama  70 minit 15 membersihkan dapur dan pinggan mangkuk selama 70 minit 16.menyapu daunan kering di halamah rumah selama 45 minit 17.menyuusn atur perabut selama 35 minit 18. membina istana pasir ditepian pantai selama 60 minit 19. membasuh baju menggunakan TANGAN selama 50 minit 20 membersihkan stor dirumah selama 70 minit Dalam 20 cara tu mesti ada yang sesuai dilakukan ketika musim raya nanti..ap

Jumlah kalori dalam kuih muih harian

Kuih lapis sekeping = 130 kalori keih koci pulut seketul = 151 kalori karipap sebiji = 130 kalori kuih cara manis sepasang = 50 kalori kuih bakar 1 biji = 300 kalori kuih bijan 1 biji  = 80 kalori

Jumlah kalori di dalam juadah raya

Ada yang masih jugak memikirkan tentang diet walaupun beraya...saya ada sediakan sedikit info tentang kalori bagi juadah yang sentiasa terhidang di pagi raya. Rendang Daging  ( 4 ketul hidangan) = 355 kalori Ketupat Daun Palas ( 1 ketul) = 216 kalori Serunding Daging (100 gram) = 210 kalori Seunding ayam (100 gram) = 200 kalori Laksa Utara (1 mangkuk) = 551 kalori Lemang (6 potong kecil) = 206 kalori Nadi impit (6 ketul) bersama kuah kacang = 400 kalori Lontong( 1mangkuk berisi 6 ketul nasi impit potongan kiub+ 2 senduk kuah) = 450 kalori Sate (1 cucuk bersama 2 sudu besar kuah kacang) = 139 kalori Haa dah ada kiraan kalori tu boleh lah agak2 berapa banyak nak makan....jangan main telan je ye...

Tips pemakanan berkesan untuk elak kanser

Kita bulan saja perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat, pemakanan juga penting dan perlu menjadi keutamaan untuk membantu seseorang itu terhindar daraipada risiko kanser. 1. Minum 100% jus buah - tanpa sebarang campuran perasa 2. Makan buah-buahan segar 3.Untuk makan tengahari,disarankan mengambil sajian salad 4. Jadikan buah-buahan kering sebag1ai kudap-kudapan 5. Tambahan kacang hijau dan pis di dalam sajian salad 6.Makan sekurangnya 2 jenis sayuran semasa makan malam 7.Pilih buah segar sebagai pencuci mulut bukan kuih muih yang manis. Bersama kita amalakan demi mencapai tahap kesihatan terunggul.

Langsir Raya

Biasanya orang suka menukar langsir baru setiap kali menjelang raya..saya pun ada keinginan tu sejak awal tahun lagi tapi nampaknya keinginan kekal menjadi keinginan saja...isk ishk sedihnya... Tak apa, untuk memujuk diri sendiri, saya nyatakan itu semua tak perlu, langsir tu baru je 4 thn...belum pun 10 tahun, masih baru lagi apa.....dah le jarang cuci, maknanya lambat la sikit buruknya, mungkin 4,5 thn lagi baru elok kot utk tukar yang baru...sob sobbbb tak tau lah rela atau paksa kena nyatakan semua ni...hu hu.. Sebenarnya plan asal nak jahit sendiri langsir tu, tp sb plan nak jahit sendiri tu mcm kurang logik je, pakai jelah langsir yang ada tu..lagipun apa kena mengena raya dgn langsir kan? he he

BERBUKA PUASA DI RESTORAN NELAYAN

Hari ni kami berbuka puasa di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa. Nak kata sedap sangat tu tak lah sedap, makanan pun mcm tak cukup je, kami sampai lambat tadi, lebih kurang pukul 7, panjang benar barisan utk ambik makanan.... Sekejap aja makanan habis dan ada yang di tambah semula, ada yang langsung kami tak sempat rasa. Lebih kurang pukul 8.30 , ada disediakan sate, perlu beratur panjang jugaa.... Steamboat ok lah...kiranya kami rasa kalau kami berbuka di rumah lagi best kot.....sb ni kali pertama kami berbuka di luar pada tahun ini dan kali pertama berbuka ala buffet, kami jadikan ini satu pengalaman menarik. Tahun depan, rasanya kami tak nak lagi berbuka diluar, kami makan tak banyak dan tak berbaloi dengan duit yg kami keluarkan, balik tadi jalan jem teruk, untuk sampai ke rumah mengambil masa hampir 1 jam setengah... Ini adalah pengalaman dan pandangan peribadi saya, tak ada kena mengena dengan sesapa pun. .

Novel Jauh Kau Pergi

Image
Sebelum saya baca novel 2 x 5, saya dah pun 3x khatam Novel Jauh Kau Pergi karya Dhiya Zafira. Ceritanya memang best!!!! lain drp kebiasaan, nak tau lebih lanjut, beli la sendiri kat kedai..tak rugi beb! Beli jangan tak beli....caya lah Rif & Afi..kalian dah jadi idola pulak dahhh....

Novel 2x 5

Image
Saya baru saja selesai membaca novel 2x5 hasil tulisan Arelia Sahimi keluaran Kaki Novel. Novel yang mengisahkan perkahwinan yang diatur oleh keluarga antara Kirin dan Zaim, jiran sekampung. Banyak jugak lah part2 yang kelakar yang dipaparkan dalam novel ni. Saya tak pandai nak buat ulasan, bagi saya novel ni agak menghiburkan dan ada mesej tersendiri. Kalau nak tau kisah di dalam novel ini, bolehlah dapatkan novel ni di kedai2 buku berhampira n.

2 Permata hati saya

Image

Aksi Penyeluk Saku/Peragut Di Jalan TAR,KL

Isnin 2 hari lepas, makcik saya ke Jln Tar, untuk menukarkan telekung yang dibelinya pada hari sebelumnya...ketika sampai di kedai berkenaan dan setelah memberitahu hajat beliau, tuan kedai meminta beliau mencuba telekung yang lain krn telekung yang sebelum tu besar sedikit saiznya. Dalam masa makcik saya mencuba telekung tersebut, datang seorang wanita manis bertudung, turut membelek2 telekung lantas mencuba telekung dibelakang makcik saya yang sedang mencuba ...ketika itu makcik saya terasa seperti disentuh oleh seseorang, ketika berpaling beliau melihat wanita tadi berada dibelakangnya sedang asyik mencuba telekung...selepas beberapa ketika, wanita tersebut keluar dr kedai tersebut... Rupanya, tuan kedai memandang wanita tersebut seperti mencurigai kerana tingkah laku beliau ketika mencuba telekugn agak meragui namun tiada sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan tingkah laku beliau itu..tuan kedai itu bercerita pada makcik saya, ketika itulah makcik perasan yang beg disandang d