Cuti Kecemasan
Hari ni saya mengambil cuti kecemasan kerana kedua-dua anak saya demam semenjak 2 hari lepas. Nampaknya baki cuti tahunan dah makin kurang, seboleh mungkin saya ingin mengelakkan daripada terjadinya ketidakcukupan cuti bila Disember menjelang. Ini lah yang berlaku kepada saya pada tahun lepas. Sebagai seorang pekerja, alasan demi alasan tentang cuti yang negatif adalah perlu dielakkan sama sekali. Namun sebagai manusia biasa yang tidak dapat lari dariapada diuji sememangnya senario sebegini tak dapat dielakkan. Ketika belum berkahwin dulu, masalah cuti tidak timbul, pantang ada perayaan tak mengira perayaan untuk kaum apa, asalkan namanya dapat cuti , memang saya akan balik ke Terengganu. Tibanya Disember, cuti masih berbaki dan ketika itu tidak tau macam mana mau habiskan cuti. Polisi disyarikat tempat saya bekerja, pekerja perkeranian tidak dibenarkan membawa baki ke depan. Mau atau tidak perlu dihabiskan sehingga 31 Disember setiap tahun. Setelah berkahwin dan mempun