Datin Norjuma , Aidijuma dan Kak Aya -Part 1


Sempena setahun blog Jendelahidup.com , saya terfikir nak menyajikan sesuatu yang sedikit istimewa dan berlainan untuk mereka yang sudi bertandang kat sini..walaupun saya tau, blog ini tidak banyak menyediakan info menarik. 

Jenuh jugak lah berfikir apakah keistimewaan yang boleh saya tonjolkan tu. 

Fikir punya fikir, terlintas di fikiran tentang carian di blog ini yang begitu hangat dengan keywords "tudung aidijuma". 




Dari situlah berputik idea untuk mencuba mendapatkan Datin Norjuma untuk satu temuramah istimewa. Idea ni nampak semacam angan-angan Mat Jenin je mulanya tapi kata orang, tiada yang mustahil kalau ianya diizinkan Allah. 
Usaha untuk mendapatkan Datin Norjuma bermula selepas berfikir panjaaaang tentang pelbagai persoalan berputar berbelit he he he....biasalah orang macam saya ni "macam-macam perkara' yang saling bertingkah dalam minda. 

Akhirnya, saya memberanikan diri untuk memulakan langkah pertama iaitu cuba mendapatkan cara untuk menghubungi Datin Norjuma. 

Usaha tu tdak la sesukar yang saya jangkakan...segalanya mudah dan dipermudahkanNYA...saya sangat berterimakasih kepada Datin Norjuma yang sudi merealisasikan impian saya ini dan sebenarnya mahal nilainya sekeping tiket bergelar BLOGGER, kalau tak ada tiket tu, saya tak rasa semudah itu untuk berjumpa dengan  Datin Norjuma . 

Memilih untuk berjumpa di Store Aidijuma yang terletak di Central Market, perkara pertama yang terlintas di hati tatkala memandang wajahnya adalah  "cantiknya dia walaupun tanpa mekap", lebih cantik berbanding di dalam TV kerana di luar kelihatan polos dan natural. 

Kurus langsing orangnya, kalau nak dibandingkan antara saya dan dia , bak KL Tower diletakkan bersebelah dengan Stadium Bukit Jalil ( eh boleh pakai ke perumpamaan ini?) 



KL Tower dan Stadium dalam keadaan duduk hi hi

Saya akui lidah saya terlalu lama kelu ketika sesi  ber"temu" dengan Datin Norjuma yang"ramah" ini berlangsung! Ohhh saya sangatlah benci dengan kegugupan saya! Nampaknya lepas ni kena cari cabaran yang lagi besar untuk hancurkan kegugupan dalam diri ni! 

Dengan senyum manis meleret, bibirnya petah berbicara, sesuai la kan mantan Pendebat UIA dan mantan Pengacara TV, membuatkan kita hanya mampu memasang telinga dan memakukan pandangan je laa.. 



Ceria menjawab soalan wartawan tak bertauliah yang sedang terpaku

Manis tersenyum

Pada lewat pertemuan itu sempat la Jendelahidup.com @ Kak Aya bertanyakan beberapa soalan kepada Pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa dari UIA ini. yang lebih mesra membahasakan dirinya, Juma. 



Saya begitu tertarik dengan nama Aidijuma, jadi mestilah kena tanya , apakah disebalik AdiJuma tu, adakah gabungan nama sesisapa ke? 

Hmmm, asalnya Juma ingin gunakan "Cetusan Idea Norjuma" tetapi diringkaskan untuk tujuan lebih menampakkan komersil, mudah diingati dan ringkas serta tersendiri. 

Aidi  = Idea 
Juma = Norjuma 
Dari situlah terhasilnya aJ Bawal dan Scarf. 







Saya merupakan penggemar Tudung Bawal dan kebetulan  Datin Norjuma pun menggemari bawal, apakah keistimewaan Bawal pada Datin Norjuma sehingga memilih untuk menjual tudung bawal? 

Tudung bawal adalah dihasilkan daripada material jenis VOIL yang cepat kering, boleh cucian mesin dan boleh jugak cucian manual , senang di sterika dan masih boleh nampak anggun bergaya walaupun tudung bawal adalah biasanya tampil plain aja namun begitu Juma tak nafikan tudung bawal ada juga yang bersulam kerawang, berbunga-bungaan. 

Juma sendiri sukakan tudung bawal sejak di Universiti lagi, gemarkan tudung yang ringkas tanpa sulaman dan bunga-bungaan. 


Pernah masa di Universiti, pakat dengan kawan-kawan , beli kain ela semata-mata untuk dijahit dijadikan tudung. Kemudian saling bertukar ganti tudung dengan kawan-kawan demi untuk bergaya walaupun  dengan kos yang terhad
. 

Dari situ la idea untuk memasarkan tudung bawal ni tercetus,. Pengalaman ketika di Universiti banyak memberi idea dalam memasarkan tudung bawal ni,. Ketika belajar, bajet yang kami ada begitu terhad tetapi kami  tetap ingin bergaya , jadi kami perlu kreatif. 



Agaknya macam mana boleh bermulanya bisnes ni? Lama tak dengar berita, tup-tup keluar majalah promote Tudung Aidijuma. 

Tudung jenis lain dah banyak di pasaran, tapi tudung bawal agak susah kita nak jumpa walaupun  masih ada yang memakainya setiap hari dan kalau ada pun yang jenis sulam-sulam, bunga-bunga...Juma inginkan kelainan , maksudnya lebih ringkas tetapi menawan. 

Setelah melakukan kajian terhadap kualiti kain, kehendak pasaran, modal dan strategi, akhirnya Juma tekad memiih tudung bawal tetapi dengan idea tersendiri, apatah lagi Juma memang menggemari bawal dan selesa bersama bawal. 

Bermula September 2011 secara mobile concept di pusat pengajian tinggi, sambutan amat memberangsangkan di kalangan pelajar universiti itu sendiri. 

Kemudian, Juma kembangkan lagi bisnes atas talian (online) , di sini permintaan diluar jangkaan dengan menerima 100-200 pesanan setiap hari. 


Bisnes online memang mempunyai masalah tersendiri yang memang kita tak boleh nak elakkan terutama masalah pembayaran. Bila pembayaran telah di buat , mereka perlu memberi salinan resit bayaran kepada pihak kita sebagai bukti pembayaran , selepas itu baru la pesanan itu dapat di proses untuk penghantaran. 

Manakala bagi pihak pelanggan pula, bila saja mereka melakukan pembayaran, pasti mereka mengharapkan pihak kita melakukan penghantaran secepat mungkin. Salinan resit bayaran adalah penting di dalam mana-mana bisnes. Kita tidak akan proses pesanan tanpa bukti pembayaran. 

Satu lagi masalah yang agak popular di dalam bisnes online adalah mengenai perbezaan warna tudung ( dalam konteks bisnes Aidijuma). Kita sedia maklum, setiap warna yang dilihat pada skrin komputer, laptop atau mana-mana telefon pintar adalah berbeza. Jadi, di sini timbul sedikit kekeliruan kepada pelanggan yang mungkin menyukarkan mereka membuat pilian warna tudung untuk belian online. 








Sambutan yang tak menang tangan pada bisnes online serta masalah-masalah di atas tu memberi idea kepada Juma untuk memiliki store sendiri dan inilah hasilnya ( merujuk kepada store Aidijuma di Central Market). Para pelanggan mudah memilih bila ada store sebegini.


Besar Banner di tepi tangga menuju ke Stor Aidijuma, Central Market

Ada banyak pertanyaan tentang jualan borong, buat masa ni Juma tidak dapat menyediakan keperluan untuk jualan borong kerana stok yang terhad. InsyaAllah mungkin ada perancangan ke arah itu pada masa depan. 


Apakah target utama Aidijuma dan dari segi keuntungan, apakah ianya memberi pulangan yang besar pada Datin Norjuma sedangkan harga jualan agak rendah berbanding pesaing lain?

Target Utama Aidijuma adalah untuk wanita muda yang ingin memiliki tudung dengan harga yang rendah namun berkualti dan tidak meminggirkan gaya ketika bertudung. Kalau harga rendah, seseorang tu mampu untuk memiliki lebih banyak tudung dalam satu masa..tau je la kan orang perempuan ni macam mana, kalau boleh setiap helaian pakaian tu ada padanan tudung yang tersendiri, Kalau dah ada 10 pasang, mesti sebolehnya nak ada 10 tudung juga. 


Bercakap tentang margin keuntungan , memang agak kecil skala keuntungannya....ye ini adalah kerana harga jualan yang agak rendah namun pada Juma , kepuasan dapat berkongsi dengan pelanggan dengan cara tersendiri  begini amatlah bererti. Kita terasa lebih puas hati bila kita membantu merealisasikan keinginan mereka untuk bergaya dengan harga di dalam kemampuan mereka. 




Nampaknya bisnes Aidijuma mula diterima ramai, apakah perancangan  yang ada dalam masa terdekat ni? 

Juma berharap dapat menyediakan keselesaan kepada pelanggan yang datang membeli di mana-mana store Aidijuma, contohnya menyediakan ruang menunggu untuk para suami yang menemani isteri ke sini. Pastinya mengambil masa yang lama untuk seseorang itu membuat pilihan sebelum benar-benar membeli, jadi penting kalau ada ruang menunggu.

Menambahkan lagi koleksi tudung dengan pilihan warna yang lebih menarik tetapi masih mengekalkan harga di bawah RM50. 


Kami di Aidijuma memang mementingkan tona warna di dalam setiap helaian tudung kami. Itulah istimewa dan kelainannya Tudung Aidijuma, tidak bercorak dan berbunga namun muuncul dengan variasi warna yang sungguh menarik. Kami akan sentiasa mencuba untuk menghasilkan lebih banyak lagi warna-warna menarik pada setiap helaian tudung.   

Aidijuma 2 Tones RM15, 3 Tones Mix RM22, 3 Tones Black RM15



 Inner RM6 , 1 Tona RM7


Aidijuma Polkadot  RM33

 Ok, dah sampai pit stop, kita berhenti untuk rehatkan jari-jari ni dulu ye...nanti kita sambung lagi dengan Part seterusnya dengan soalan yang lebih berbaur peribadi...stay tuned...


KLIK SINI UNTUK PART 2




Review Novel Bila Hati Kata Sayang|Marissa





Novel ni keluaran April 2011 tapi saya baru je baca....supplier novel baru je bagi semalam.. 



Katanya, cerita ni komedi romantis... saya ok je untuk membacanya janji jangan lawak bodoh , kadang-kadang kerana lawak bodoh keterlaluan kita yang membaca turut terasa seperti diperbodohkan. 



Novel ni mengisahkan Atiqah atau pun saya suka gelarkan dia Mek Tie, ntah la mungkin sebab dia ni orang Pantai Timur, jadi senang saya menggelarkan dia dengan panggilan begitu. Terasa dekat di hati je..

Mek Tie ni dibesarkan oleh makciknya, Mok De dan Pok Leh sejak kecik. Sebelum Mok De dan Pok Leh yang membesarkan Mek Tie ni, arwah ayah Mek Tie lah yang memelihara Mek Tie setelah ibu kandung Mek Tie meninggalkan beliau di dalam buaian tatkala usia baru saja mencecah 3 bulan. Ibu Mek Tie meninggalkan dia kerana mengejar cinta lelaki lain. 

Selepas arwah ayah Mek Tie meninggal dunia, Pok Leh yang ketika itu belum berkahwin dengan Mok De mengambil alih tanggungjawab membesarkan Mek Tie. Tak lama kemudian , Pok Leh berkahwin dengan Mok De dan pada mereka la Mek Tie ni menumpang kasih sayang. 

Selepas SPM, berbekalkan keputusan yang sekadar cukup makan, Mek Tie dan sahabat baiknya , Nisa memohon pekerjaan di sebuah resort sebagai pengemas bilik. Resort yang hanya beberapa langkah je dari rumah Mok De dan Pok Leh yang terletak dalam daerah Kuantan.

Dan pada ketika itu juga, sepupu Pok Leh datang melamar Mek Tie untuk anak bujangnya. Mek Tie menerima lamaran itu mengenangkan budi baik Pol Leh dan Mok De yang banyak berjaya membesarkan dia selama ini. 

Mek Tie tidak pernah mengambil tahu siapakah tunangnya itu kerana pada Mek Tie, itu semua tidak penting kerana kata persetujuan telah pun di beri , jadi dia hanya berserah segalanya . 

Kehidupan Mek Tie menjadi bertambah indah selepas seorang pemuda yang datang menginap di sebuah bilik VIP di resort tersebut hanya mahukan khidmat Mek Tie di dalam melakukan tugas mengemas bilik dan menyediakan pakaian kerja serta sarapan pagi. Pemuda ini yang dikenali sebagai Syed Adzriz ini adalah seorang yang hensem pastinya dan tak kurang panas barannya. Mek Tie memanggil beliau dengan panggilan Encik saja, maklumlah orang pangkat besar, mana boleh dipanggil sembarangan.

Asalnya lelaki ini sekadar meminta Mek Tie menyediakan seperti yang telah diarahkannya , lama-lama timbul perasaan kasih dan sayang dalam diri Mek Tie lantaran lelaki itu kelihatan mengambil berat dan menunjukkan layanan yang istimewa terhadap Mek Tie. 

Mek Tie mulai angau , kalau dah angau tu tu tau ajalah kan..segalanya menjadi indah dan tidak ada sempadan dalam hati untuk berangan-angan  he he. dah lupa la tu yang diri dah pun bertunang.

Akhirnya, masa untuk Mek Tie kahwin tiba jua...samada suka atau tidak, Mek Tie sudah terikat dengan janji. Pada ketika ini, Mek Tie seperti sudah tau yang perasaannya cintanya hanya pada Encik nan sorang tu.Namun beliau korbankan perasaan cinta itu demi Mok De dan Pok Leh.

Selepas majlis akad nikah baru la Mek Tie tau yang suaminya itu adalah lelaki yang selalu menjadi igauannya kebelakangan ini, iaitu Syed Adzriz. Rupanya  Encik Syed ni memang sengaja nak memberi peluang kepada Mek Tie untuk mengenali siapakah tunang dia tu, tapi Mek Tie ni jenis slow merangkak, sampai ke sudah tak tau siapa sebenarnya tunang sendiri ha ha.. 



Encik Syed ni mula jatuh cinta dengan Mek Tie sejak 10 tahun lampau, sejak pada hari kematian arwah ayah Mek Tie, ketika itu Mek Tie menangis tak ingat dunia dan tanpa disedari Mek Tie yang tangan dia tu asyik memegang tanya Encik Syed je ketika menangis tu. Sejak itu Encik Syed dah mula pasang angan untuk memiliki Mek Tie kerana rasa bertanggujngjawab menjaga Mek Tie dan kasih sayang yang begitu mendalam. 



Bila dah kahwin tu, biasalah hidup sentiasa bahagia, terawang-awang....Kehidupan bagaikan tiada duka namun dalam bahagia begitu tetap ada dugaannya..mana boleh hidup tanpa dugaan... 



Perkahwinan Mek Tie dan Encik Syed tu mendapat tentangan hebat daripada nenek Encik Syed sebabnya nenek dia nak jodohkan dia dengan sepupu yang dah lama simpan angan-angan nak kahwin dengan lelaki hensem ni he he. 

Pelbagai cubaan di lakukan untuk meruntuhkan rumahtangga pasangan bahagia ni namun kalau Allah tidak membenarkannya, lakukan apa jua Insyaallah tetap juga teguh. 

Ketika berperang dengan tentangan daripada nenek, Encik Syed mendapat tau yang mak ngah Encik Syed adalah ibu kepada Mek Tie yang mana telah meninggalkan Mek TIe selama ni , jahatnya ibu dia ni kerana sanggup melahirkan kekesalan melahirkan Mek TIe..isk isk..kebetulannya anak Mak Ngah ni adalah perempuan yang asyik tergila-gilakan Encik Syed selama ni...sadis betul cerita ni he he. 

Pasangan ini berpindah ke Kuantan, tempat pertemuan mereka selama ini , tinggal berhampiran keluarga Mok De dan Pok Leh ternyata memberi lebih kebahagian kepada mereka  berdua, ditambah pula dengan rezeki bakal menerima cahayamata kembar. 

DI akhir cerita tu, biasalah mesti yang jahat akan menyesal dan berubah menjadi baik... 

Apa yang seronok dengan novel ini adalah gaya bahasa yang santai dan kelakar....saya tergelak sorang-sorang bila jumpa part-part kelakar....tak rugi la kiranya untuk membaca..lagi pun watak Mek TIe ni sesuai dengan jiwa, budak kampung, lepasan SPM je, orang susah..macam kena la dengan jiwa pembaca nan sorang ni. 


Mesti dah ramai yang baca kan? Novel ni pun dah setahun di pasaran...saya je yang ketinggalan keretapi.

Selamat Membaca!

Istimewa Bersama Datin Norjuma...tungguuuu


Untuk permulaan, tengok gambar je dulu...cerita akan datang kemudian.....

Ally Iskandar & Farah Lee Cover Majalah Harmoni 1 Jun

Saya dan sahabat di pejabat tu sama-sama menyukai pasangan cute ni...semalam sahabat saya tunjukkan Majalah Harmoni yang baru je dia beli kat kedai Mamak di pejabat kami....langsung saya pun turut turun membelinya..tak nak la share-share kalau benda tu kami sama-sama suka he he.

Kami tumpang bahagia tengok kebahagiaan Ally dan isterinya, Farah Lee walaupun saling berjauhan.. kini kecanggihan teknologi boleh mendekatkan jarak yang begitu jauh...boleh bercakap sebelah menyebelah je ..tak jadi hal, janji masing-masing tau tanggungjawab mereka.

Semoga pasangan ini dilimpahi kebahagiaan yang berpanjanga, dikurniakan cahayamata -cahayamata yang comel seperti ibubapa mereka. Ameen.






Versus TV9 Minggu Ke 7

Lambat update la untuk minggu nampaknya sebab malam tadi terus tertidur sebaik saja tamat siaran langsung Versus.

Dah lupa apa yang nak dicatatkan malam tadi, secara ringkasnya malam tadi adalah minggu persembahan yang paling hebat.

Untuk battle, saya lebih sukakan Sofazr , manakala juri kat rumah memilih Go! Gerrila , nampaknya juri sebenar Versus memilih Sofazr. Sepatutnya malam tadi bagi seri je la antara 2 band tu sebab memang masing-masing hebat dengan kreativiti tersendiri.

Tema untuk battle minggu ni adalah Vokal dan Gitar Solo.

Mata saya terpejam sesekali kerana menahan mengantuk malam tadi tu...jadi kurang fokus sangat la ketika semua band membuat persembahan.

Apa yang boleh saya katakan, persembahan Go! Gerrila dengan membawakan lagu Cinta Kristal sungguh hebat...tak puas tengok persembahan tu. Esok ada ulangan nak tengok lagi sekali.

Paling tak best pada saya adalah 6ixth Sense( eh saya ni kan macam bias pulak,tiap minggu tak pernah sukakan persembahan 6ixth Sense), mungkin suara ketika live tak sesedap seperti dalam radio membuatkan saya kurang sukakan 6ixth Sense, suaranya kedengaran seperti agak lemah saja .

Black & Parallax seperti biasa, tetap di hati walaupun minggu ni Go! Gerrila lebih best , saya tetap menyokong Blac & Parallax.

Sofazr dan Hujan pada saya ok dan boleh tahan la ....

Tema untuk persembahan malam tadi adalah ROCK KAPAK!

Semoga Black & Parallax akan berentap dengan Go! Gerrila untuk persembahan battle minggu depan.

Eh minggu depan dan Finale la..mesti hebat dan semua band berusaha keras untuk menonjolkan kreativiti yang belum pernah ditonjilkan sebelum ni.



Jendelahidup.com sudah setahun!


Setahun dah rupanya blog Jendelahidup.com ni merangkak bersama-sama dengan blog-blog lain .

Sebelum itu, saya hanya menggunakan free domain di blogspot iaitu mycottoncollection.blogspot, blog yang asalnya di bina untuk menjual barangan berasaskan cotton. Plan yang akhirnya terkubur tanpa nesan hu hu .

Blog tersebut di bina dah lama ...ketika tahun 2007 lagi tetapi tidak cukup ilmu untuk menggunakan nya...hi hi saya ni kan memang la ada satu jugak penyakit ( penyakit ke?), orang register untuk blog, saya turut register, orang ada FB, saya pun ada,twitter pun ada...tapi semua tu tak aktif.

Jendelahidup.com lahir kerana saya rasa sudah sampai masanya saya lebih serius dengan dunia blog walaupun serius saya tu mungkin la pada skala yang lebih kecil berbanding serius orang lain.

Saya masih bekerja di pejabat secara sepenuh masa, bila pulang ke rumah pastinya menuntut masa yang amat banyak untuk keluarga dan rumahtangga. Itu namanya ALASAN. 

Memang masa untuk berblog sangat la terhad. Hmm macam lah orang lain tu 24 jam berblog, itu la tak boleh lari daripada memberi alasan! 


Saya pun sama seperti sebilangan kecil blogger lain, copy dan paste je cerita-cerita hangat dalam dunia seni hiburan untuk memastikan blog ini kekal hidup.

Untuk jangkamasa pendek, cara itu agak berjaya untuk menghidupkan blog tetapi selepas setahun berdomain sendiri, saya rasa perlu lebih bertanggungjawab untuk menulis sesuatu yang lebih baik berbanding setahun yang lampau.

Untuk mengenengahkan hal peribadi sepenuhnya , tidaklah ada perkara yang sangat menarik untuk dikongsikan setiap hari. Sapa la yang lalu nak membaca cerita peribadu yang kaku dan statik je kan? Saya tidak banyak berjalan sana-sini, tak ada banyak makan kat tempat best-best, jadi memang sangat terhad seperti luasnya tempurung saja dunia saya.


Bercerita tentang dunia hiburan semata pun rasanya agak sama dengan cerita blog orang lain. Pernah blog kawan saya dan blog Jendelahidup.com memaparkan cerita hiburan yang sama 100% he he nampaknya kami copy paste daripada sumber yang sama.

Habis tu apa yang perlu saya kongsikan di blog ini? 


Saya teringat kala menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O pada Ahad 6/5/2012, ada tetamu jemputan istimewa iaitu Blogger Fatin Liyana.

Beliau memberi tip kepada para blogger untuk berjaya sebagai blogger perlulah sentiasa menulis sesuatu yang baik dan bermanfaat, bukan takat bermanfaat untuk diri kita malahan untuk orang yang membacanya.

Saya masih lagi tercari-cari identiti  blog saya , harapnya selepas usia setahun seperti hari ni, ada la sedikit perubahan walaupun hanya la perubahan kecil tetapi biarlah ianya bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Kepada yang sentiasa datang ke sini (mungkin keluarga sendiri je kot yang terpaksa tebalkan muka datang menjengah saban hari hik hik) terima kasih la banyak-banyak...singgah sokmo la neh! 


Semoga persahabatan yang terjalin di alam maya ini terus subur mengharum.

Teruskan membaca blog ini untuk hari-hari akan datang. ):


p/s: harap-harap dapat  blogwalking macam dulu-dulu lagi selepas-selepas ni..

Review Novel Suami Aku Ustaz|Hannah Dhaniyah


Lama betul tak update blog, hampir seminggu lamanya..tapi blog cikai begini ,menghilang sebulan pun belum tentu orang perasan hik hik.

Tak ada apa yang menarik nak dikongsikan selama seminggu menyepikan diri  selain alasan lapuk tak ada masa nak on pc

Di dalam kesibukan dengan rutin harian sepanjang seminggu ni , sempat la habiskan bacaan novel Suami Aku Ustaz.

Kadang-kadang rasa malas dah nak baca novel sebabnya bila kita makin banyak membaca kita akan mendambakan lebih banyak kelainan.

Sekarang ni lambakan penulis begitu ketara.....macam-macam nama muncul..macam-macam tajuk novel yang timbul..sudahnya sebagai pembaca novel yang tegar seperti saya merasakan seperti dihidangkan dengan kuih raya yang sama je rasa yang berbeza hanya rupa bentuk je.

Bila saya komen inginkan kelainan , ada pulak yang cadangkan saya buat novel sendiri ha ha..lawak pulak cadangan tu, pada saya. Kita keluarkan duit untuk membeli novel dan kita berhak memberi pendapat kita kan? Saya perhatikan mereka yang suka memberi komen yang kurang berpuas hati dengan komen saya selalunya tidak meninggalkan nama mereka, sekadar meletakkan namanya cik anon je...ishhh takut ke?

Ok lah berbalik kepada niat utama tadi nak tulis tentang novel Suami Aku Ustaz, tulisan Hannah Dhaniyah.

Novel ni saya rekomenkan anda semua membacanya.

Jalan cerita ringan tetapi penuh pengisian. Saya suka novel sebegini, tak perlu tebal gila kalau banyak merepek kat dalam tu. Tak perlu pun babak-babak romantis keterlaluan kalau ianya seperti palsu aja.

Novel ini mengisahkan Alisa, pelajar pintar tetapi agak nakal pada mata ibubapanya . Kerap lepak di kedai mamak di waktu malam bersama rakan rapatnya Joe.

Ini menimbulkan rasa kurang senang di hati ibubapa, yelah mak mana yang suka anak dara keluar malam, lepak dengan kawan lelaki pulak tu, tambahan pulak nak ambik SPM tak lama lagi.

Kebetulannya, ibabapa Alisa ni nak ke Tanah Suci mengerjakan ibadat haji, jadi mereka telah fikirkan sesuatu sebelum meninggalkan anak ini sendirian.

Alisa dicadangkan berkahwin dengan sepupunya, merangkap ustaz di sekolahnya yang turut mengajar kelas Alisa. Kahwin ketika sedang bergelut dengan buku pelajaran, time nak ambik SPM sesangat dah dan bukan dengan orang yang dicintai sebelum ni! Aduh kacau jugak ek fikiran kalau kena kat kita macam tu.

Alasan ibubapa Alisa adalah Ustaz Hafiz boleh menjaga Alisa sepanjang ketiadaan mereka nanti.

Makanya kahwin la mereka berdua ni ...saya suka dengan sifat pembimbing Ustaz Hafiz sebagai seorang suami. Novel ini lebih kepada memberi pendidikan kepada mereka yang ingin mendirikan rumahtangga,asas-asas yang perlu ada di dalam diri setiap individu sebelum dan selepas bergelar suami isteri.

Saya terkesan dengan amalan yang dilakukan oleh Ustaz Hafiz ni...tengah-tengah malam bangun untuk qiam, kejutkan isteri, beliau tidak memaksa tetapi memberi masa untuk isteri melakukannya secara perlahan-lahan, sama-sama mengaji selepas Solat Maghrib hingga ke Isyak, selalu mengaji di masa lapang, berjemaah.

Seabgai seorang suami , Ustaz Hafiz digambarkan mempunyai sifat sebagai pelindung kepada isteri, seorang agak cemburu yang perlu ada pada setiap suami bagi menggambarkan rasa kasih sayang terhadap isteri, selain itu Ustaz Hafiz juga menyayangi ibabapa Alisa seperti ibubapanya sendiri.

Secara realitinya, inilah kehidupan yang kita dambakan apatah lagi kala usia menjengah 40 an seperti saya. Ingin lebih memikirkan tentang kehidupan akhirat namun begitu dunia tidak dilupakan. Namun kesibukan dengan kerja dan lain-lain alasan membuatkan saya jarang sekali dapat melakukan sepertimana yang Ustaz Hafiz amalkan bersama Alisa .

Alisa nampaknya terpaksa menerima sedikit demi sedikit kehadiran Ustaz Hafiz di dalam hidupnya walaupun masih berperangai kebudak-budakan, ye la  kan kalau umur 17 tahun tu , pada saya masih belum cukup dewasa dan belum bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga yang penuh cabaran itu.

Alisa mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas SPM namun itu adalah perancangan Alisa, perancangan Allah lain pula dan pastinya Allah adalah sebaik-baik perancang, Alisa hanya berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA saja yang mana itu adalah terbaik untuk dia dan Ustaz Hafiz.

Alisa juga diuji cintanya bila dia mulai menyukai rakan seuniversiti, Naim  ketika kali pertama berpandangan. Ini membuatkan rasa cinta Alisa kepada suami agak goyah sedikit namun ternyata rasa suka pada Naim itu adalah rasa suka yang palsu.

Banyak-banyak surah di dalam AlQuran yang diketengahkan di dalam novel ini membuatkan kita berminat untuk menyelak tafsir Al Quran untuk mencari lebih banyak makna yang tersirat.

Pada saya, mesej yang ingin disampaikan oleh penulis adalah tentang tanggungjawab seorang suami di dalam mendidik isteri, tanggungjawab isteri terhadap suami walaupun berjauhan daripada suami, cinta kepada Allah adalah melebihi cinta sesama manusia dan suami isteri itu perlu menyiapkan dengan ilmu rumahtangga sebelum melangkah ke alam rumahtangga serta kehidupan mestilah berlandaskan syariat Islam dengan menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai panduan hidup.

Semoga ada yang sependapat dengan saya, tetapi kalau yang tak suka novel ni, itu hak masing-masing. Tahniah kepada Hannah Dhaniyah kerana berjaya memberikan pengajaran dan pengisian berguna melalui novel ini.



Perkongsian Bersama - 4 petua Imam Syafie

Tadi menjelajah ke FB Farah Lee, jumpa status ni...sangat bermanfaat untuk kita semua.

Menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Melemahkan badan

1. banyak bersetubuh
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Versus TV9 Minggu ke 6

Untuk kali pertama Sofazr dapat masuk untuk battle bersama dengan 6ixth Sense, tiap minggu 6ixth dapat masuk untuk battle dan memenangi Battle of The Band.

Nampaknya Sofazr naik mendadak selepas minggu lepas menyampaikan lagu Inilah Nasibku dengan gaya muzik stail Linkin Park. 

Tema untuk persembahan battle malam ni adalah GITAR SOLO.

Malam ni sekali lagi , 6ixth Sense memenangi Battle of The Band dengan membawa pulang wang tunai RM15 ribu.Nampaknya 6ixth Sense lebih bersedia untuk Battle , mungkin Sofazr sendiri tidak begitu menaruh harapan  untuk turut serta di dalam persembaan Battle.

Untuk persembahan mingguan, Tema Shuffle iaitu mereka saling bertukar lagu antara satu sama lain.

GO!Gerilla - Lagu Pari-Pari Di Bawah Angin , seperti biasalah kalau Aizat & The Gang ni mesti muncul dengan kelainan yang kita sendiri tidak jangka. Juri di rumah ni komen, kumpulan muzik yang paling banyak kreativiti adalah kumpulan ni dan dia membayangkan Go! Gerilla ini bakal menjadi Juara Versus.

Sofazr - Mencari Konklusi , nyanyian asal kumpulan Hujan.. ada sedikit raggae nampaknya , best dan nampak sedikit kelainan berbanding persembahan minggu lepas namun begitu komen juri in the house adalah  " So Sofazr". Hmm itu komen dia la....komen saya, ok dan sedap di dengar.

Black& Parallax muncul dengan Lagu Yang SempurnakanKu , nyanyian asal 6ixth Sense,saban minggu memang saya tak pernah jemu dengan persembahan dan kreativiti Black& Parallax ini. Kata juri dalam rumah, Black & Parallax tidaklah mengecewakan namun kurang memberi kepuasan berbanding minggu lepas..  hmmm saya terhibur seperti biasa je ,tak pandai nak menilai sangat.

6ixth Sense membawakan Lagu Kita, nyanyian asal oleh Aizat, nampaknya membawakan lagu ini dengan rentak sedikit Jazz dan kedengaran sedikit Irama Malaysia, hmmm menarik jugak..tak la macam selalunya tu, asyik rockkkk je, bingit sikit la rasanya. saya rasa ini lah persembahan 6ixth Sense yang paling best, pada saya la. Menurut juri dalam rumah, kalau tambah sedikit lagi Jazz tu , lagi menarik dan juri dalam rumah kurang sukakan vokal si vokalisnya.

Mak aiiii Hujan muncul dengan pakaian dan rentak Irama Malaysia, ada pulak penampilan istimewa Fauziah Gambus, memang betul-betul hebat la persembahan Hujan malam ni, tak syak lagi memang kumpulan ini menjadi juara untuk persembahan malam ni. Langsung saya tak sangka Hujan muncul dengan persembahan sebegini malam ni, memang sungguh-sungguh terhibur!

Dengan ini Kumpulan Hujan adalah juara untuk malam ini!, umum juri in the house!


Bongkar Rahsia Sempena Hari Guru


Rutin kala memandu, on kan HotFM Am Krew. Topik HotChat hari ni adalah" Rahsia Yang Anda Sembunyikan Daripada Guru Ketika Sekolah Dulu". 

Saya tersenyum sendirian mendengar cerita-cerita mereka ni...ramai yang nakal rupanya ketika sekolah dulu tapi ramai yang dulunya nakal gila-gila tetapi sekarang ni dah berjawatan proffesional, kata orang nakal-nakal biasa seorang pelajar.



Teringat kala bersekolah di asrama dulu...ada satu rahsia yang hanya mereka yang tertentu saja yang tau mengenai perkara ni, nampaknya hari ni saya nak kongsikan di blog ini.

Di asrama saya dulu ada satu bilik khas yang diberi nama BILIK SAKIT ( macam kelakar pulak nama tu)

Kegunaan bilik tu adalah untuk pelajar yang tidak sihat,mereka boleh berehat disitu ,jadi kalau hari sekolah, mereka akan berehat la disitu .

Selain katil untuk pelajar kurang sihat berehat, ada sebuah peti ais kat dalam tu. 

Kalau dah ada peti ais, mestilah ada macam-macam minuman yang tumpang bertenggek kat dalam tu. 

Satu hari tu, entah apa kerja yang saya dah buat menyebabkan tekak ni rasa tersangatlah dahaga. Buka peti ais, ternampak satu tupperware penuh air Sirap Bandung. 

Saya dan seorang sahabat saling pandang memandang , hati saling berkata best  ni kalau dapat minum air Sirap Bandung. 

Tanpa pikir panjang, terus saya teguk beberapa teguk air Sirap Bandung tu dan blah dari situ. (biasalah perangai budak sekolah, kurang panjang akalnya)

Dalam pukul 10 malam kot, loceng di asrama berbunyi sebanyak 3 kali - itu menandakan ada meeting dengan warden ..bunyi loceng 3 kali tu sangatlah digeruni oleh kami semua. 

Semua berkumpul di dalam bilik rehat sambil berdiri. Masuk lah warden kami yang cengil itu sambil bercekak pinggang dan membawa rotan. 

Tertanya-tanya jugak la kami ni kenapa tiba-tiba ada meeting tergempar time malam-malam gini. 

" Saya nak sesiapa yang telah minum air Sirap Bandung saya sampai licin dalam peti ais tu, mengaku sekarang jugak!" tempiknya tiba-tiba. 

Saya dan sahabat tadi terus saling berpandangan dengan rasa gemuruh di hati. 

Sahabat saya memberi isyarat dengan mata yang bermaksud "jangan mengaku" , saya pula ketika itu memang sangatlah rasa takut .

Warden siap tunjuk tupperware kosong , ha ha kesian la warden ku itu...nampaknya selain saya, ada lagi sorang  atau lebih manusia yang tak berhati perut macam saya telah meminum air Sirap Bandung warden itu. 

Jerit Warden lagi " baik mengaku, kalau tidak semua kena berdiri kat sini sampai esok"! 

Masing-masing mula bersuara "mengaku la wei, mengaku la, dah pandai minum tu pandai la mengaku, kerana kau sorang, tak pasal-pasal orang tak berdosa turut dihukum" 

Saya dah mula nak angkat kaki sikit nak ke depan ( nak menyerah duri la kononnya) tapi sahabat tadi mencubit lengan saya. 

Jadi, saya tak jadi la nak mengaku, lagipun rasa takut yang teramat menguasai diri,ditambah dengan rotan di tangan warden yg asyik di libas-libasnya. 

Mak aiii rasa lemah lutut ni memandang wajah warden. 

Rasanya lebih sejam kot kami semua berdiri dalam bilik rehat tu. Kejang otot rasanya.

Last-last warden tu bersuara " okayyy tak nak mengaku tak apa, tapi saya sumpah sesiapa yang minum air saya tu tak berjaya dalam hidupnya" Bagai petir suara sumpahan tu!

Uwaaaa saya tak pasti la saya telah di makan sumpah atau tidak sekarang... 

kata sahabat saya, mesti ada orang lain yang minum air tu sampai habis! Jadi saya tidak keseorangan memakan sumpah ha ha.

Kepada Warden saya tu , Cikgu Wan Omay Kalthom, saya mintak maaf....saya minum Air Sirap Bandung cikgu satu masa dulu.... 

Kepada sahabat baik saya, Rohimi  binti Mat Zain - hari ni aku dah bongkar rahsia tu, Mi... 

Jangan la amalkan perbuatan yang telah saya lakukan itu ye! Tak berkat jadinya..


Kepada semua guru di Malaysia, saya ucapkan SELAMAT HARI GURU!

Kisah Suprise DI Hari Ibu Yang Tidak Menjadi..

Kelakar pun ada bila kenang-kenang semula semula apa yang berlaku pada Sabtu dan Ahad.

Petang Jumaat tu, balik je dari sekolah dia terus bagi kad dan sekuntum bunga kepada saya, katanya sempena Hari Ibu. 

Saya terima dengan hati yang gembira, biasalah ibu mana tak gembira terima hadiah daripada seorang anak, tak kisah la bagaimana rupa hadiah tu. 

"Buka sekarang la , mama"...desak dia. 

"Ala , Hari Ibu kan Ahad, kalau buka sekarang, tak ada feel Hari Ibu la", jawab saya. 

"Ye tak ye jugak",..dia bersetuju. 

Esok paginya... 

"Mama, petang nanti Dhirah dah plan dengan Abah nak ke Giant, cari hadiah untuk guru sempena Hari Ibu, mama dengan adik tak payah ikut la ye"? 

" Ok je kalau mama dan adik duduk rumah, lagi best, boleh rehat-rehat", jawab saya. 

"Mama kena pastikan adik tak ikut kita orang", pesan dia lagi.. 

"Ala adik tu senang je nak gula-gulakan dia, janji mama ada bersama dengan dia dan bagi dia guna PC tu, ok la dia", balas saya. 

Maka pergilah dua beranak tu ke Giant, Batu Caves untuk mencari Hadiah Hari Guru...dalam 2 jam lepas tu, balik rumah , terkocoh-kocoh Nadhirah naik ke tingkat atas untuk simpan hadiah-hadiah yang dia beli tu. 

Saya terfikir jugak kenapa sampai simpan kat atas, belum terfikir ada hadiah untuk saya sekali. 

Petang tu, lepak-lepak berdua dengan Nadhirah di ruang tamu. 

"Mama, tadi kan Dhirah ada tengok perfume Simply Siti, bau harum la...mama suka tak kalau ada orang hadiah kan perfume Simply Siti untuk mama?" soalan Nadhirah yang secara tak langsung memberitahu dia sebenarnya beli perfume tu untuk saya. 

"mestilah suka", kata saya. 

"hmmm tapi kami tak belikan pun untuk mama", jawab dia sambil sembunyikan senyuman di bibir. 

"mama kecewa tak kalau di Hari Ibu hanya menerima sekeping kad dan bunga yang tak seberapa seperti Dhirah berikan semalam tu?' soal dia lagi. 

" tak lah, kenapa nak kecewa pulak, mama suka dan gembira sangat terima hadiah daripada anak-anak mama". 

"ok la kalau macam tu, tak ada la Dhirah rasa terkilan bagi kad dan bunga je"..sambil menyembunyikan senyuman lagi.. 

" Ala dari senyuman Dhirah tu mama tau Dhirah belikan mama perfume Simply Siti kan? terus menebak je. 

"eh tak adalah  he he " tergelak-gelak dia. 

Kisah pagi semalam pulak.. 

"Mama, alang-alang mama dah tau ada hadiah untuk mama, meh la biar Dhirah bagi klu pada mama, apa yang Dhirah belikan untuk mama semalam", masih nak berteka tuuuu.. 

"Tak apalah, mama dah tau Dhirah belikan mama Perfume Simply Siti" 

"Dhirah ni benci la dengan mulut gatal Dhirah ni, tak boleh nak simpan rahsia, sekarang ni memang dah tak jadi surprise lagi la , mesti abah marah ni" 

"Tak apalah, sama je surprise atau tidak, mama tetap suka dan sangat suka sebab ni kali pertama terima hadiah mahal sikit daripada biasa sebab sebelum ni Dhirah cuma bagi kad dan bunga je" 

Jadi sebelum keluar makan tengah hari semalam, saya pun buka la hadiah tu..... 

"Dhirah ni memang la, abah dah pesan jangan sebut apa pun pasal hadiah untuk mama ni sampai la kita dah bagi hadiah ni pada mama" ....leter si abah. 

"Nak buat macam mana, mulut Dhirah ni gatal semacam je , rasa nak bagitau je kat mama, lambat sangat la nak tunggu hari ni untuk bagi hadiah tu"...ada je jawapan balas dia. 

Apa pun, saya sangat menghargai hadiah ni , pilihan anak dara saya tetapi pembayaran dilakukan oleh suami saya he he. 

"Mama kena sediakan duit untuk Hari Bapa pulak tau!'..Nadhirah mengingatkan saya.