Review Novel Bila Hati Kata Sayang|Marissa





Novel ni keluaran April 2011 tapi saya baru je baca....supplier novel baru je bagi semalam.. 



Katanya, cerita ni komedi romantis... saya ok je untuk membacanya janji jangan lawak bodoh , kadang-kadang kerana lawak bodoh keterlaluan kita yang membaca turut terasa seperti diperbodohkan. 



Novel ni mengisahkan Atiqah atau pun saya suka gelarkan dia Mek Tie, ntah la mungkin sebab dia ni orang Pantai Timur, jadi senang saya menggelarkan dia dengan panggilan begitu. Terasa dekat di hati je..

Mek Tie ni dibesarkan oleh makciknya, Mok De dan Pok Leh sejak kecik. Sebelum Mok De dan Pok Leh yang membesarkan Mek Tie ni, arwah ayah Mek Tie lah yang memelihara Mek Tie setelah ibu kandung Mek Tie meninggalkan beliau di dalam buaian tatkala usia baru saja mencecah 3 bulan. Ibu Mek Tie meninggalkan dia kerana mengejar cinta lelaki lain. 

Selepas arwah ayah Mek Tie meninggal dunia, Pok Leh yang ketika itu belum berkahwin dengan Mok De mengambil alih tanggungjawab membesarkan Mek Tie. Tak lama kemudian , Pok Leh berkahwin dengan Mok De dan pada mereka la Mek Tie ni menumpang kasih sayang. 

Selepas SPM, berbekalkan keputusan yang sekadar cukup makan, Mek Tie dan sahabat baiknya , Nisa memohon pekerjaan di sebuah resort sebagai pengemas bilik. Resort yang hanya beberapa langkah je dari rumah Mok De dan Pok Leh yang terletak dalam daerah Kuantan.

Dan pada ketika itu juga, sepupu Pok Leh datang melamar Mek Tie untuk anak bujangnya. Mek Tie menerima lamaran itu mengenangkan budi baik Pol Leh dan Mok De yang banyak berjaya membesarkan dia selama ini. 

Mek Tie tidak pernah mengambil tahu siapakah tunangnya itu kerana pada Mek Tie, itu semua tidak penting kerana kata persetujuan telah pun di beri , jadi dia hanya berserah segalanya . 

Kehidupan Mek Tie menjadi bertambah indah selepas seorang pemuda yang datang menginap di sebuah bilik VIP di resort tersebut hanya mahukan khidmat Mek Tie di dalam melakukan tugas mengemas bilik dan menyediakan pakaian kerja serta sarapan pagi. Pemuda ini yang dikenali sebagai Syed Adzriz ini adalah seorang yang hensem pastinya dan tak kurang panas barannya. Mek Tie memanggil beliau dengan panggilan Encik saja, maklumlah orang pangkat besar, mana boleh dipanggil sembarangan.

Asalnya lelaki ini sekadar meminta Mek Tie menyediakan seperti yang telah diarahkannya , lama-lama timbul perasaan kasih dan sayang dalam diri Mek Tie lantaran lelaki itu kelihatan mengambil berat dan menunjukkan layanan yang istimewa terhadap Mek Tie. 

Mek Tie mulai angau , kalau dah angau tu tu tau ajalah kan..segalanya menjadi indah dan tidak ada sempadan dalam hati untuk berangan-angan  he he. dah lupa la tu yang diri dah pun bertunang.

Akhirnya, masa untuk Mek Tie kahwin tiba jua...samada suka atau tidak, Mek Tie sudah terikat dengan janji. Pada ketika ini, Mek Tie seperti sudah tau yang perasaannya cintanya hanya pada Encik nan sorang tu.Namun beliau korbankan perasaan cinta itu demi Mok De dan Pok Leh.

Selepas majlis akad nikah baru la Mek Tie tau yang suaminya itu adalah lelaki yang selalu menjadi igauannya kebelakangan ini, iaitu Syed Adzriz. Rupanya  Encik Syed ni memang sengaja nak memberi peluang kepada Mek Tie untuk mengenali siapakah tunang dia tu, tapi Mek Tie ni jenis slow merangkak, sampai ke sudah tak tau siapa sebenarnya tunang sendiri ha ha.. 



Encik Syed ni mula jatuh cinta dengan Mek Tie sejak 10 tahun lampau, sejak pada hari kematian arwah ayah Mek Tie, ketika itu Mek Tie menangis tak ingat dunia dan tanpa disedari Mek Tie yang tangan dia tu asyik memegang tanya Encik Syed je ketika menangis tu. Sejak itu Encik Syed dah mula pasang angan untuk memiliki Mek Tie kerana rasa bertanggujngjawab menjaga Mek Tie dan kasih sayang yang begitu mendalam. 



Bila dah kahwin tu, biasalah hidup sentiasa bahagia, terawang-awang....Kehidupan bagaikan tiada duka namun dalam bahagia begitu tetap ada dugaannya..mana boleh hidup tanpa dugaan... 



Perkahwinan Mek Tie dan Encik Syed tu mendapat tentangan hebat daripada nenek Encik Syed sebabnya nenek dia nak jodohkan dia dengan sepupu yang dah lama simpan angan-angan nak kahwin dengan lelaki hensem ni he he. 

Pelbagai cubaan di lakukan untuk meruntuhkan rumahtangga pasangan bahagia ni namun kalau Allah tidak membenarkannya, lakukan apa jua Insyaallah tetap juga teguh. 

Ketika berperang dengan tentangan daripada nenek, Encik Syed mendapat tau yang mak ngah Encik Syed adalah ibu kepada Mek Tie yang mana telah meninggalkan Mek TIe selama ni , jahatnya ibu dia ni kerana sanggup melahirkan kekesalan melahirkan Mek TIe..isk isk..kebetulannya anak Mak Ngah ni adalah perempuan yang asyik tergila-gilakan Encik Syed selama ni...sadis betul cerita ni he he. 

Pasangan ini berpindah ke Kuantan, tempat pertemuan mereka selama ini , tinggal berhampiran keluarga Mok De dan Pok Leh ternyata memberi lebih kebahagian kepada mereka  berdua, ditambah pula dengan rezeki bakal menerima cahayamata kembar. 

DI akhir cerita tu, biasalah mesti yang jahat akan menyesal dan berubah menjadi baik... 

Apa yang seronok dengan novel ini adalah gaya bahasa yang santai dan kelakar....saya tergelak sorang-sorang bila jumpa part-part kelakar....tak rugi la kiranya untuk membaca..lagi pun watak Mek TIe ni sesuai dengan jiwa, budak kampung, lepasan SPM je, orang susah..macam kena la dengan jiwa pembaca nan sorang ni. 


Mesti dah ramai yang baca kan? Novel ni pun dah setahun di pasaran...saya je yang ketinggalan keretapi.

Selamat Membaca!

Comments

  1. Assalamualaikum Kak Ya

    berapa hari baca novel tu....

    ReplyDelete
  2. @atuksalam atuk, ambik masa 2 hari je.

    ReplyDelete
  3. ending die best x?? ada dengar org ckp x suke ending cte nie..cm x logik..komen sikit..hehehe

    ReplyDelete
  4. sy x jumpa la novel nie kat kdai buku....huhuhuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penangan Cili Padi

Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu