Review Novel Suami Aku Ustaz|Hannah Dhaniyah
Lama betul tak update blog, hampir seminggu lamanya..tapi blog cikai begini ,menghilang sebulan pun belum tentu orang perasan hik hik.
Tak ada apa yang menarik nak dikongsikan selama seminggu menyepikan diri selain alasan lapuk tak ada masa nak on pc
Di dalam kesibukan dengan rutin harian sepanjang seminggu ni , sempat la habiskan bacaan novel Suami Aku Ustaz.
Kadang-kadang rasa malas dah nak baca novel sebabnya bila kita makin banyak membaca kita akan mendambakan lebih banyak kelainan.
Sekarang ni lambakan penulis begitu ketara.....macam-macam nama muncul..macam-macam tajuk novel yang timbul..sudahnya sebagai pembaca novel yang tegar seperti saya merasakan seperti dihidangkan dengan kuih raya yang sama je rasa yang berbeza hanya rupa bentuk je.
Bila saya komen inginkan kelainan , ada pulak yang cadangkan saya buat novel sendiri ha ha..lawak pulak cadangan tu, pada saya. Kita keluarkan duit untuk membeli novel dan kita berhak memberi pendapat kita kan? Saya perhatikan mereka yang suka memberi komen yang kurang berpuas hati dengan komen saya selalunya tidak meninggalkan nama mereka, sekadar meletakkan namanya cik anon je...ishhh takut ke?
Ok lah berbalik kepada niat utama tadi nak tulis tentang novel Suami Aku Ustaz, tulisan Hannah Dhaniyah.
Novel ni saya rekomenkan anda semua membacanya.
Jalan cerita ringan tetapi penuh pengisian. Saya suka novel sebegini, tak perlu tebal gila kalau banyak merepek kat dalam tu. Tak perlu pun babak-babak romantis keterlaluan kalau ianya seperti palsu aja.
Novel ini mengisahkan Alisa, pelajar pintar tetapi agak nakal pada mata ibubapanya . Kerap lepak di kedai mamak di waktu malam bersama rakan rapatnya Joe.
Ini menimbulkan rasa kurang senang di hati ibubapa, yelah mak mana yang suka anak dara keluar malam, lepak dengan kawan lelaki pulak tu, tambahan pulak nak ambik SPM tak lama lagi.
Kebetulannya, ibabapa Alisa ni nak ke Tanah Suci mengerjakan ibadat haji, jadi mereka telah fikirkan sesuatu sebelum meninggalkan anak ini sendirian.
Alisa dicadangkan berkahwin dengan sepupunya, merangkap ustaz di sekolahnya yang turut mengajar kelas Alisa. Kahwin ketika sedang bergelut dengan buku pelajaran, time nak ambik SPM sesangat dah dan bukan dengan orang yang dicintai sebelum ni! Aduh kacau jugak ek fikiran kalau kena kat kita macam tu.
Alasan ibubapa Alisa adalah Ustaz Hafiz boleh menjaga Alisa sepanjang ketiadaan mereka nanti.
Makanya kahwin la mereka berdua ni ...saya suka dengan sifat pembimbing Ustaz Hafiz sebagai seorang suami. Novel ini lebih kepada memberi pendidikan kepada mereka yang ingin mendirikan rumahtangga,asas-asas yang perlu ada di dalam diri setiap individu sebelum dan selepas bergelar suami isteri.
Saya terkesan dengan amalan yang dilakukan oleh Ustaz Hafiz ni...tengah-tengah malam bangun untuk qiam, kejutkan isteri, beliau tidak memaksa tetapi memberi masa untuk isteri melakukannya secara perlahan-lahan, sama-sama mengaji selepas Solat Maghrib hingga ke Isyak, selalu mengaji di masa lapang, berjemaah.
Seabgai seorang suami , Ustaz Hafiz digambarkan mempunyai sifat sebagai pelindung kepada isteri, seorang agak cemburu yang perlu ada pada setiap suami bagi menggambarkan rasa kasih sayang terhadap isteri, selain itu Ustaz Hafiz juga menyayangi ibabapa Alisa seperti ibubapanya sendiri.
Secara realitinya, inilah kehidupan yang kita dambakan apatah lagi kala usia menjengah 40 an seperti saya. Ingin lebih memikirkan tentang kehidupan akhirat namun begitu dunia tidak dilupakan. Namun kesibukan dengan kerja dan lain-lain alasan membuatkan saya jarang sekali dapat melakukan sepertimana yang Ustaz Hafiz amalkan bersama Alisa .
Alisa nampaknya terpaksa menerima sedikit demi sedikit kehadiran Ustaz Hafiz di dalam hidupnya walaupun masih berperangai kebudak-budakan, ye la kan kalau umur 17 tahun tu , pada saya masih belum cukup dewasa dan belum bersedia untuk melangkah ke alam rumahtangga yang penuh cabaran itu.
Alisa mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas SPM namun itu adalah perancangan Alisa, perancangan Allah lain pula dan pastinya Allah adalah sebaik-baik perancang, Alisa hanya berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA saja yang mana itu adalah terbaik untuk dia dan Ustaz Hafiz.
Alisa juga diuji cintanya bila dia mulai menyukai rakan seuniversiti, Naim ketika kali pertama berpandangan. Ini membuatkan rasa cinta Alisa kepada suami agak goyah sedikit namun ternyata rasa suka pada Naim itu adalah rasa suka yang palsu.
Banyak-banyak surah di dalam AlQuran yang diketengahkan di dalam novel ini membuatkan kita berminat untuk menyelak tafsir Al Quran untuk mencari lebih banyak makna yang tersirat.
Pada saya, mesej yang ingin disampaikan oleh penulis adalah tentang tanggungjawab seorang suami di dalam mendidik isteri, tanggungjawab isteri terhadap suami walaupun berjauhan daripada suami, cinta kepada Allah adalah melebihi cinta sesama manusia dan suami isteri itu perlu menyiapkan dengan ilmu rumahtangga sebelum melangkah ke alam rumahtangga serta kehidupan mestilah berlandaskan syariat Islam dengan menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai panduan hidup.
Semoga ada yang sependapat dengan saya, tetapi kalau yang tak suka novel ni, itu hak masing-masing. Tahniah kepada Hannah Dhaniyah kerana berjaya memberikan pengajaran dan pengisian berguna melalui novel ini.
Saya ada beli novel kak, tapi langsung tak baca, tak berkesempatan kak..:)
ReplyDeleteSaya pun suka ngan novel nie penuh dengan pengajaran.. cara suami mendidik isterinya yg muda itu..
ReplyDeleteReview yg bagus jugak.. :)
saya pun suka baca buku nie,dah cri buku nie kat kedai tapi dah abis
ReplyDeletewah nama ustaz tu sama dengan nama saya............
ReplyDeletesaya sependapat dgn pn aya..novel ni ada kelainannya..ada isi dan ilmu..sgt bermanafaat..tak baca rugi..
ReplyDeletesalam kak...btul sata setuju...peace, hihi
ReplyDeletemcm mne nx bli n0vel nie
ReplyDelete