Zahra dan Umar masuk wad
Assalamualaikum Terkejut Kak Aya bila dua anak kena admit disebabkan oleh kahak yang banyak dalam paru - paru mereka. Terpaksa bermalam 5 hari 4 malam di Hospital Pusrawi. Alhamdulillah sebab Nadhirah temankan sepanjang di sana, tak la teruk sangat nak melayani kerenah budak berdua tu..tak ada gaya orang sakit pun . Zahra ni memang jenis takut dengan semua orang yang asing pada mata dia...tiap kali nurse datang nak bagi ubat, nak check suhu, nak bagi gas semua berjaya buat dia meraung-raung..sempat dia cakar tangan nurse yang tolong bagi ubat. Sekali tu dia sembur ubat selsema tepat terkena pada baju nurse..sabar ajalah wahai nurse.. Umar macam biasa je..dia sentiasa seronok kalau dapat masuk wad...seronok sebab boleh turun ke kedai koperasi kat bawah tu untuk membeli makanan...itu la kerja dia... Alhamdulillah hari ni mereka berdua dah sihat. Menunggu giliran untuk Xray