Saya berblog secara suka-suka sejak Jun tahun lepas, May baru-baru ni saya mulai datang rasa galak untuk mempunyai domain sendiri, dan sekarang dah pun memilikinya.
Selepas sebulan berdomain sendiri, bolehlah dikatakan traffic ada peningkatan..tak banyak pun tapi cukuplah untuk saya bertambah gian untuk berblog setiap hari.
Oleh kerana setakat ni UV tertinggi adalah 83 orang, itu pun sekali itu je la dapat tahap tu, selebihnya seperti biasa antara 50-60 orang sehari.
Jap tadi termenung sendirian selepas penat menyiapkan kerja sepanjang hari di pejabat, terfikir apa lagi nak dicoretkan di dalam blog saya ini. Idea sentiasa kering kontang, balik-balik bercerita tentang perkara yang sama je. Ada ke orang nak baca ? Boleh ke dapat tingkatkan traffic sampai 100 UV sehari ?
Ada blogger otai cakap , kalau berblog jangan terlalu fikir tentang traffic dan wang, berblog je macam biasa, pulangan akan datang dengan sendiri nanti. Lebih kurang maksudnya " berblog seikhlas hati la"
Saya ni pula memang tak lepas daripada melihat Nuffnang Analytic 2 kali sehari, awal pagi dan malam. Itu pun mungkin sebab siangnya saya kerja,kalau tidak mau berkali-kali saya menjenguk ke situ.
Sejujurnya, kalau dah 2 kali masuk Nuffnang, takkan tak nak jenguk earning, kan? Sekalipun tak berubah angkanya tetap saya tengok 2 kali sehari.
Macam mana nak berblog tanpa menghiraukan tentang traffic dan earning? Adakah ini masalah saya seorang je? Isshhh tolong bagitau, bukan saya sorang je macam ni.
Setahun yang lampau boleh je saya berblog tanpa mengharapkan apa-apa, tapi semakin banyak ilmu blog yang saya terokai makin gila pula untuk melihat traffic menjadi tinggi dan earning bertambah.
Hmm adakah saya keseorang di dalam hal ini?