Cuti Cuti Pulau Redang 2D1N - Day 2
Assalamualaikum, Bersambung lagi kisah percutian singkat kami ke Pulau Redang , September lepas. Hari ke 2 ni, aktiviti bermula sebaik saja selepas sarapan. Pagi tu sarapan yang disediakan adalah nasi lemak sambal sotong dan roti bakar. Aktiviti mandi manda di Pantai Teluk Dalam. Sama seperti semalam jugak, hanya kami 5 beranak dihantar menggunakan van ke Pantai tu. Ketika kami sampai , tak ada siapa pun yang ada..fuhhhh terus menyelam mandi mandi dengan riang ria. Macam tak percaya pun ada bila melihat sendiri keindahan pasir keindahan pemandangan ...memang menakjubkan ..cantik sangat sangat ciptaan Allah..tak perlu pergi jauh sampai ke luar negara, masih lagi tak jauh dari kampung sendiri, dah dapat keindahan yang tak terperi. Memang nak perg lagi lepas ni, ntah bilalah tu..kena berangan dulu lepas tu anganan tu akan menggerakkan hati dan fizikal untuk berusaha. Masih terkenangkan halusnya pasir di sini...tak pernah jumpa pasir sehalus tu.