Pesta Buku Antarabangsa 2012

Seperti kelaziman, mesti tak nak lepaskan peluang bila ada Pesta Buku, tak dapat beli banyak , beli sikit je..kali ni antara yang paling sikit...tahun lepas banyak sebab 4 kali pergi....

Kali ni pergi dengan niat utama untuk membeli Kamus Oxford Fajar dan Al Quran untuk Nadhirah ke sekolah.


Yang bukan dalam niat utama adalah novel dan majalah....dek kerana ke sana dengan poket yang tak cukup tebal, hanya ini lah saja yang mampu saya beli.

Dah syukur sangat kerana yang niat utama tu memang dah dapat ditunaikan....kamus pun sampai beli 2 buah..senang , kalau saya nak guna di pejabat, Nadhirah nak guna di sekolah

Majalah deko tu biasalah, tiap bulan mesti beli, rumah tak terdeko pun.

Novel hanya beli 1 je, novel terbaru Norhayati Berahim..manakala novel terbaru Siti Rosmizah tu makcik yang belikan.

Pergi ke PWTC dalam pukul 12 .20, balik semula belum pukul 2 pun..kejap je la kiranya tu...sesuaila  dengan modal yang dibawa.

Tenung Skrin je sejak tadi

Lama sebenarnya merenung skrin pc ni...tak ada idea nak menulis pagi ni...baca entry sahabat dan terasa malas nak tinggalkan komen.

Ntah sindrom apa yang melanda..

Pagi ni kena pakai baju yang berwarna biru....tak ada pula baju kurung biru.

Dah 2 hari cuba mencari tempat berdekatan, jumpa yang biru tapi saiz pula tak match dengan tuan punya badan.

Last-last pakai je tudung biru.

Hari ni hari penting pada syarikat tempat saya bekerja.

Hari 'rebranding' daripada nama lama ke nama baru, berlaku selepas proses ambik alih sejak Oktober tahun lepas.

Ntahla hati ni masih teringatkan 'nama' syarikat yang lama tu.

'Nama' lama yang penuh dengan nostalgia.


BERSIH 3.0 - Pengalaman Memasuki KL

Ok, sebenarnya petang tadi jam 6 petang ke KL untuk menjemput sepupu, tak lah sampai betul-betul dalam KL sana nun tapi berdekatan LRT Titiwangsa..mula tu cuak jugak la nak ke sana tapi memandangkan nak jumpa sepupu , gagahkan diri jugak la memandu dengan penuh suspens, bukan apa ,saya takut jalan sesak.

Rupanya, jalan dari Selayang ke sana memang clear je, mungkin semua orang tak berani nak keluar ke mana-mana siang tadi , takut terperangkap dengan kesesakan.

Ketika sampai di LRT Titiwangsa , sepupu dah menunggu, time tu bunyi ambulans dan siren polis kedengaran, meremang bulu roma , memang saya agak trauma dengan bunyian sebegitu selepas arwah ayah terlibat dengan kemalangan maut lebih 20 tahun yang lampau.

Jalan berdepan PERKIM ditutup, saya membuat pusingan U berhampiran bulatan Pahang untuk balik ke Selayang..polis ada dimana-mana...Umar memang excited kalau tengok polis sebab pada Umar, polis adalah manusia paling berkuasa di dunia, tapi Polis bukan cita-cita dia.

Perjalanan pulang ke Selayang memang lancar ...tak ada kesesakan lalulintas langsung dari Selayang ke KL dan KL ke Selayang pun clear je.

Sepupu saya tu memang datang sini untuk Bersih 3.0.....itu saya tak nak la tulis panjang lebar kat sini....namun saya sangat menghormati pendirian dia yang begitu istiqomah.

Dia bermalam kat sini malam ni sebelum pulang ke Terengganu esok...dah tidur pun tu , pedih mata kena gas belum hilang...penat melayan panggilan telefon yang tak henti berdering, penat bercerita pada kami yang kat rumah dan penat katanya membersihkan benda yang masih belum bersih tapi masih belum putus asa untuk terus bersihkan semua tu.

Saya pula penat membersihkan rumah hari ni, tak sangka pula sepupu nak datang tidur sini, jadi berbaloi la membersihkan rumah sepanjang siang tadi.

Versus Minggu ke 3 - Black & Parallax The Best lagi !




Baru je berakhir kejap tadi , pertempuran antara 5 band yang diberi tugas menggubah semula lagu-lagu Alleycats.

Ok, untuk persembahan battle, Black & Parallax dan 6ixth Sense yang bertanding untuk mendapatkan gelaran Battle of the Band.

Black & Parallax menyanyikan lagu MULA, 6ixth Sense pula dengan lagu Tak Bisa Memilihmu.

Battle of the Band jadi milik Black & Parallax - memang patut pun!

Persembahan mingguan pula dimulakan oleh Kumpulan Hujan menyanyikan lagu Beribu Batu.

**** kurang feel sikit la 

Kemudian Go! Gerilla muncul dengan lagu Andaiku Pergi Dulu

**** sangat menghiburkan dan terserlah kreativiti mereka 


Persembahan ketiga oleh Sofazr - Seribu Bintang



**** suara macmatak cukup lepas je walaupun macam teruk nampak vokalisnya tarik ...namun tetap menghiburkan, persembahan Sofazr paling best kalau nak dibandingkan dengan minggu-minggu lepas.

Muncul pula Black & Parallax - Hingga Akhir Nanti

**** Rasa seronok dan lepas riang je dengar Black nyanyi lagu ni, terasa nak bergoyang sama menari tetapi tak pandai le he he, apa pun memang enjoy la dengar Black nyanyi lagu ni.

Persembahan terakhir oleh 6ixth Sense dengan lagu  Kau dan Aku

**** Starting sangat best, rasa layan je...tapi bila dah masuk pertengahan dan hingga ke akhirnya tersangat la rock...tak boleh nak layan lagi dah

Jadi juara minggu ini mengikut pandangan peribadi adalah Black & Parallax! Tahniah!!

p/s: kenapa muka Jeniffer masam mencuka setiap kali selepas memberi komen kepada para peserta? 
Lagi satu, rambut pengacara wanita tu macam kelakar la..he he.

Novel atau Tudung Aidijuma?

Hari ni bermulanya Pesta Buku Antarabangsa di PWTC...tiap tahun tak pernah miss ke situ.

Plan lain pulak sejak belum gaji lagi nak ke Kiosk Aidijuma di Central Market.

Oleh kerana poket tak cukup tebal, tengah bertarung dalam hati antara beli novel atau tudung Aidijuma?

Pagi-pagi ni celik mata jam 5 pagi, sms sahabat baik ( macam lah tak jumpa jap lagi kat ofis)..tanya dia..

"hari ni Pesta Buku dah mula, langkah kita ke menuju Aidijuma atau jumpa Norhayati Berahim?"

Dia reply:

"he he, kalau ikut kebiasaan, kita melangkah ke arah Norhayati Berahim, rasanya baik kita tidur je 2 jam rehat tengah hari nanti"


Sebenarnya, selain 2 tempat di atas tu, plan ke 3 pun ada ...konon-konon nak ke Jalan TAR cari kain ela , ala kain cotton yang tengah famous sekarang ni....kat ofis dah lama orang bercotton cotton ni, kita baru nak keluar mencari.

Saya yakin, kalau ikut kebiasaan kami berdua pada hari pertama Pesta Buku, semua plan lain di tolak ke tepi, memang ke PWTC kami akhirnya...tapi mungkin untuk kelainan tahun ni, kami tidur je kat meja .

Bab2 bershopping di hari Jumaat ke Jalan TAR, rasanya kalau ada perkara yang terlalu penting untuk dibeli bru la kami keluar ke sana, kalau tidak, memang tidak sanggup nak berpanas dan berkejar balik ke ofis semula.

Apa pun, petang nanti saya update semula kemana langkah kami hari ni.

*** ada yang plan nak ke Pesta Buku hari ni?




Blogger Celebrity Nur Fatin Liyana


Inilah orangya, blogger yang berjaya dinobatkansebagai Best Celebrity Blogger in Word Blogger and Social Media Award 2012. 

Selain itu beliau turut memenangi anugerah Tp 6 Fastest Rising People in Google Zeitgeist Malaysia 2011 dan Top 5 Blog in Google Zeitgeist Malaysia 2011 .

Pageview blog dia dah lepasi10.1 juta. 


Beliau bakal seorang doktor dan seorang yang gemar berblog tentang pengalaman hidup beliau, fesyen, percutian dan resipi.

Kalau nak baca blog Fatin Liyana, blog KLIK SINI

Semoga kita para blogger suam suam kuku boleh ambik tips daripada Fatin ni, sambil belajar pun dia boleh buat duit daripada blogging, bole melancong sana sini.

Tahniah untuk Fatin Liyana! 




Fatin Liyana Bersama Ibu 
Bersama Ibu


Nota Wardina Safiyyah - Peringatan Bersama


SEMOGA BERMANFAAT!

Jom kenali sayuran tinggi serat


Sekarang ni memang berusaha untuk banyakkan makan sayur berbanding karbohidrat, tapi jangan la fikir saya ni tak makan nasi pulak, itu adalah sangat susah untuk saya lakukan, orang Pantai Timur tersangatlah sukakan nasi he he...eh ke ada orang Pantai Timur tak suka nasi?

Bukan semua orang sukakan sayur, dalam rumah saya ni pun sama, yang sukakan sayur Cuma saya je la..agak mencabar jugak untuk membuatkan mereka ni sukakan sayur.

Sebenarnya amalan memakan sayur sangat la bagus, pada saya ianya sangat membantu untuk proses pencernaan dan penghadaman dan mengelakkan kulit kering..ini 2 perkara yang saya sangat kenalpasti terjadi pada diri saya.

Ok, hari ni apa kata kita berkenalan dengan sayuran tinggi serat..memang bagus ni untuk penghadaman..layaaannnn 

PERIA

Rasanya sangat la pahit...saya memang tak pernah makan peria sebelum ni tetapi sejak berkahwin, kerap mak mentua saya masak peria goreng..sedapppp.
Rupanya tak lah sepahit yang disangkakan namun begitu anak-anak saya tidak menggemarinya...kata mereka, sangat pahit!

Dalam peria ni ada karatin, kalsium, asam amino dan Vitamin C dan kandungan seratnya adalah 0.8 gram per 100 gram.

Bagus untuk menyejukkan tubuh kala cuaca panas, mengatasi penyakit strok, diabetes, sembelit dan membantu menurunkan kadar kolestrol.


KACANG BUNCIS



Mak mentua saya suka goreng buncis bersama tempe dan so-un, suka goreng buncis bersama telur, goreng buncis bersama bilis...pendek kata macam-macam resipi buncis..masak lemas tenggiri campur buncis pun pernah..

Istimewanya buncis ni adalah kadar seratnya 1.8 gram per 100 gram , proVitamin A, Vitamin C, Vitamin B1,Vitamin B2, kalium dan fosfor.

Bagus sangat untuk menurunkan kadar kolestrol, menurunkan tekanan darah ( sebab tu mak mentua saya sukakan buncis),menstabilkan kadar gula dalam darah, mengatasi penyakit kanser usus besar dan kanser payudara.

BAYAM


Sayur bayam ni kurang mendapat perhatian saya…tak tau la kenapa , saya agak kurang gemar .

Kandungan seratnya adalah 2.8 gram per 100 garam ( tinggi tu!0,provitamin A, vitamin C, zat besi, kalium dan magnesium.

Boleh membantu untuk mencegah anemia, membantu system pencernaan, menurunkan risiko penyakit kanser, menurunkan berat badan dan menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

Mak aiii, apa yang saya tak suka tu sebenarnya sangat baik untuk saya yang obesity ni.


LOBAK MERAH


Saya dan anak-anak suka meratah mentah-mentah lobak merah ni…duduk saja-saja depan TV sambil makan lobak merah.

Tapi saya tak pernah tau yang kandungan serat dalam lobak merah ni sangat la tinggi iaitu 4gm per 100 gram.

Jadi saya perlu terus amalkan meratah lobak merah bersama keluarga setiap hari.

Selain serat, lobak merah mengandungi Vitamin A, B dan C, betakaroten, mineral kalium, magnesium dan fosfor.

Manfaat lobak merah ni adalah mampu menurunkan kadar kolestrol, baik untuk kesihatan mata dan kulit, menjaga kesihatan hati, melancarkan penghadaman.


SALAD

Hmm ni wajib ada bila makan sandwich..anak-anak suka kalau diletakkan dalam roti sandwich tapi tak suka makan kalau bersama nasi ayam! Pelik selera budak-budak, kan? Apa pun mereka menggemari kala makan sandwich tu dah cukup memadai berbanding langsung tidak menyukai.

Daun salad ada 1.5 gm serat di dalam 100 gram.

Ada vitamin A, C dan kalium.

Bagus untuk mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Daun salad dapat meneutralkan kadar gula dalam darah, menurunkan tekanan darah, menurunkan kadar kolestrol dalam darah dan sebagai antikanser.

UBI KAYU

Ni makanan popular kalau kat kampung masa kecil-kecil dulu untuk sarapan pagi...rebus ubikayu, makan bersama kelapa+sedikit garam atau pun dengan ikan kering goreng dan teh O panas...sedappp terutama musim hujan.

Kandungan serat dalam ubit ni adalah 0.8 gram per 100 gram.

Ianya mengandungi Vitamin E dan membantu melambatkan proses penuaan.

Hmm lepas baca entry ni, sama-sama la kita mula menyukai sayuran ye....




Umar Merajuk

Bila dah kering idea untuk update entry, mula la belek gambar-gambar yang ada yang mungkin boleh dijadikan entry.

Ini adalah ketika di dalam perjalanan pulang daripada Selayang Mall bersama makcik dan Nadhirah akhir Mac lalu.

Sebelum pulang ,kami singgah di McD untuk membeli aiskrim untuk Nadhirah dan Umar , dapat je aiskrim terus masuk kereta.

Dalam kereta, mama ni mintakla sikit aiskrim Umar, nak rasa siiikiiit je , bila Umar dah bagi sikit, mama ni 'rasa banyak la pulak'..

Apa lagi merajuk la hero ni ....sampai sudah dia tak makan aiskrim tu...meleleh-leleh dalam kereta , dia buat tak reti je..nak bagi orang terasa sayang, nak makan sendiri hati terasa ingin merajuk.

Sampai rumah, buang macam tu je aiskrim tu.



Ada waktunya saya terfikir jugak, adakah kerana saya tersilap mendidik Umar hingga jadi sebegini, namun begitu saya harus juga akur dengan kerenah anak-anak yang macam-macam nak menduga kesabaran ibubapa...memang Umar cepat merajuk tetapi kalau kita pujuk sikit, dia cepat je sejuk dan lupa terus rajukan tadi.

Saya sentiasa berdoa semoga anak-anak saya menjadi anak yang soleh dan solehan, anak-anak yang sentiasa hormatkan ibubapa, orang tua, guru-guru dan sesama insan.





Mandi Manda di Ulu Yam lagi

Ini aktiviti kami pagi semalam...keluar rumah jam 9.40 pagi, balik rumah jam 1.40 petang...bawak bekal spaghetti , teh panas dan sosej & kepak ayam untuk dibakar kat sana.


Layan gambar je, tak sempat nak tulis panjang-panjang sebab terlewat bangun pagi ni...perlu bersiap untuk ke pejabat dah ni.



















Wardina Safiyyah seorang yang sungguh memberi inspirasi

Beberapa hari ni saya kerap tidur lewat...tak ada mood nak berblogwalking.

Layan youtube Wardina...macam-macam kisah dan pengajaran daripada Wardina membuatkan airmata mengalir mengenangkan kelemahan diri, terlalu banyak lalai dan sungguh kerdil rasanya di sisi Allah.

Wardina memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Hmm macam mana nak istiqomah melakukan perubahan ke arah kehidupan Muslimah yang lebih baik?

Jam 2.11 pagi, mata masih gagah melayan youtube Wardina "Struggling to be A Better Muslimah", lama juga tempoh masa perbentangan ni, lebih kurang 53 minit, Wardina menyampaikan dalam Bahasa Inggeris namun dapat memahaminya kerana beliau menggunakan ayat-ayat yang mudah di fahami

Katanya, dia akan menjadi tidak tentu arah, terganggu, emosional sekiranya satu hari tidak melakukan tahajud dan tidak membaca Quran.

Satu perkongsian yang sungguh bermakna yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita seharian untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Terima kasih untuk Wardina, kerana sudi berkongsi hidayah dan 1001 perasaan indah sebagai seorang muslimah .

Semoga Wardina terus diberi kekuatan untuk terus memberi usrah dan berkongsi ilmu dengan kita semua.

Berharap satu hari dapat jumpa bertentang mata dengan dia.



Review Novel Cinta Si Ikan Buntal& Kambing Liar



Pada saya, novel ini sesuai untuk remaja yang baru nak mengenal dunia cinta, sesuai untuk mereka yang baru berjinak dengan dunia novel..sesuai bagi mereka yang membaca hanya untuk mendapatkan hiburan semata 

Pengisian daripada novel ini terlalu sedikit, jalan cerita yang biasa-biasa saja, dah banyak novel sebegini di tulis, bergaduh dan ada gelaran masing-masing, jumpa balik bergaduh lagi, bercinta, kahwin dan sebagainya.

Saya memang hanya tau membaca saja namun sebagai pembaca kita ada keinginan kita dan jangkaan kita terhadap sesebuah novel yang kita beli..sebagai penulis perlu la lebih kreatif di dalam menghasilkan novel, selain itu penulis perlu peka dengan novel-novel penulis lain bagi mengelakkan cerita yang hampir sama. Itu lah kelainan yang diperlukan dalam diri setiap penulis, selain itu cerita mesti la memberi pengajaran dan mesej kepada pembaca.

Sinopsis:

Kamilia & Adam  , yang sering bergaduh dan bermusuh sejak zaman persekolahan lagi, Kamilia  Digelar Si Kambing Liar oleh Adam ,manakalah Adam pula  digelar Kamilia sebagai si Ikan Buntal.


Mereka terpisah lama dan berjumpa semula selepas masing-masing berada di alam pekerjaan .Kamilia bertugas sebagai seorang doctor di HUKM, manakala Adam bertugas di Petronas.


Doktor Khairyzan – sama kerja dgn Doktor Kamilia,jatuh cinta dengan Doktor Kamilia dan dalam masa yang sama, Doktor Khairizan ini telah pun bertunang dengan wanita pilihan keluarga iaitu Sheila , kebetuan Sheila ini merupakan rakan sepejabat dengan Adam.


Kisahnya menjadi panjang dengan kisah merajuk, memujuk, cemburu, semua itu menjadi meleret-leret.

Pengakhiran yang memang boleh diteka .

Anak dan Bapa yang Seiras

Kedua-dua anak saya begitu mirip dengan abah mereka terutamanya Nadhirah, selalu dikatakan bagaikan copy and paste.

Boleh masuk peraduan muka seiras la nampaknya macam ni.






p/s: entry syok sendiri kala jam melepasi 3 pagi..kejap lagi  dah nak siang!

Umar Faris sebelum terlelap tadi,

Bercerita mengenai anak, memang tak pernah habis...ada je yang menarik perhatian kita sebagai ibu. 

Tadi sebelum dia lelap, berdua la saya dengan dia , kakak dah lama lelap sebab esok sekolah ganti.

Bercerita dengan Umar, kala dia kecil-kecil dulu , dia adalah seorang yang pelat.

Salah satu sebutan yang boleh membuatkan dia sendiri gelak besar adalah panggilan kepada adik bongsu saya, Su Na di sebutnya Uuunaaa...dia cakap dah macam nama orang Tamil jadinya.

Banyak la drama ulangtayang kisah lama-lama sebelum terlelap, tergolek-golek dia gelakkan diri dia sendiri.

Besar ertinya kehadiran anak-anak dalam kehidupan kita, syukur kepada Ilahi kerana diberi peluang dan nikmat menjadi seorang ibu.


p/s: mengambil gambar sebelum tidur bukan satu perkara pelik dah sekarang ni...biasanya dia dan kakak akan mengambil gambar muka sendiri, bukan main banyak lagi...lepas tu satu kerja pula untuk mama, mendelete semua yang tak perlu.







Review Rancangan Versus di TV9 Minggu ke 2 - Black The Best!

Persembahan malam ni dimulai oleh Battle of the Band antara 6ixth Sense dan Hujan yang dimenangi oleh HUJAN dengan lagu DugaanNya.


Saya sangkakan Go! Gerilla dan Black& Parallax yang akan beraksi untuk Battle, apa pun ini terletak kepada undian sms. Sejujurnya saya memang tak pernah menghantar undian SMS! Ngeeee....

Tema untuk persembahan malam ni adalah "lagu-lagu Allahyarham Sudirman" hmmm agak mencabar jugak tu kan?

Saya memilih pemenang dihati seperti berikut:

1. Black & Parallax - Lagu Merisik Khabar , wowww sungguh lain dan berbisa menyengat,nampak macam rileks je Black nyanyi namun ianya sampai di hati. Terlalu awal untuk meramalkan Black & Parallax menjadi juara namun aura salah satu band yang akan mengungguli carta final sudah nampak.

2. Go! Gerilla - Lagu Mat Disko , best jugak Aizat nyanyi cuma hati saya lebih menyenangi lagu Merisik Khabar,mungkin. 

3. Hujan -  Lagu Toyol

4. 6ixth Sense - Warisan

5. Sofazr - Basikal Tua

Saya rasa kurang best pulak 'sound' yang kedengaran ketika persembahan berlangsung. Macam tak selari bunyi suara dan gerak bibir..pengacara perempuan tu kurang best sikit la , pada saya. 

Apa pun mungkin untuk minggu-minggu seterusnya tiada kecacatan kecil yang berlaku lagi,semoga semuanya diperbaiki lagi.



SIHAT CANTIK CARA ADIRA


Tengok Adira ni kecil molek je..dalam Majalah Rapi bulan ni ada kisah Adira menjaga kesihatan, kecantikan  dan hobi beliau.

Oleh kerana berada di dalam dunia seni yang memerlukan seseorang artis itu sentiasa kelihatan cantik, Adira sangat-sangat menjaga kecantikan wajahnya.



Katanya, dia amat mengelak daripada terkena pancaran cahaya matahari kerana kulitnya cepat menjadi gelap.

Beliau mempunyai produk khusus untuk penjagaan wajah, melakukan rawatan wajah setiap 2 bulan sekali. Adira suka dimassage kerana beliau seorang yang penggeli, eh sama la kita hi hi.

Bab penjagaan rambut , Adira melakukan treatement di salun sebulan sekali, selebihnya dia melakukan rawatan sendiri di rumah.

Untuk kesihatan badan,Adira mengamalkan pengambilan supplement.


Adira suka berenang dan berbasikal bagi menjaga bentuk badan.

Berat badan Adira sekarang adalah 42kg – mak aiiii ringan je , hampir separuh daripada berat badan saya je hu hu.



Patah Seribu

Tak ada apa yang patah seribu pun cuma hajat nak tidur awal terbantut kerana sindrom sukar lelapkan mata melanda setelah banyak malam saya dan anak-anak tidur awal.

Dah lebih 2 pagi jam di dashboard, saya masih terkebil-kebil.

Kelakar pun ada, rasa bodoh pun ada ..saya jadi begini sedikit sebanyak kerana stress dengan berita kat ofis tu, ramai betul yang dapat bonus pencapaian dan mendapat kenaikan pangkat miggu ni.

Faham, itu bukan rezeki saya tetapi hanya mereka yang tau saja dapat memahami apa sebenarnya perasaan saya dan seorang lagi rakan sekerja di jabatan saya.

Untuk sewenangnya mengatakan nasib kami berdua begini kerana perbezaan' warna kulit' mungkin agak keterlaluan tetapi andainya sepanjang kami berdua di jabatan itu, hanya kami berdua tidak merasa sebarang bonus pencapaian dan kenaikan pangkat,adakah salah untuk kami berwasangka begitu. Dan sememangnya kami berdua saja yang berbeza 'warna' daripada mereka semua.

Secara positifnya, saya  akur dan bersyukur, mungkin nikmat kami berdua di situ bukan dari segi bonus dan pangkat tetapi mungkin ada kemudahan lain yang saya sendiri tak perasan terutamanya kemudahan untuk mengambil cuti kecemasan dan cuti sakit.

Namun begitu, sifat manusia biasa, pasti ada sedikit perasaan kecewa bilamana saban tahun melihat rakan sekerja dari jabatan lain yang merasa bonus pencapaian dan juga kenaikan pangkat.

Sedar tak sedar, rakan-rakan yang sama-sama menyertai syarikat sudah pun jauh ketinggalan dari segi kedudukan, kami berdua kekal begini sejak dulu. Sahabat sejabatan saya sudah pun masuk tahun ke 20, saya pula sudah melepasi tahun ke 15 pada tahun lepas dan jawatan kami kekal sebagai kerani. Ada rakan yang sama lama tempoh berkhidmat dengan kami mula menduduki tahap pengurus. 

Pada mereka yang tidak mengerti keadaan kami, mereka pasti akan bertanya dengan kerutan 1000 di dahi:

"eh awak berdua masih kerani hingga sekarang? kenapa ek?"

Hmm nampak sangat macam tak ada pencapaian untuk melayakkan diri mendapat kenaikan pangkat.

Tak apalah, mungkin ini rezeki yang sebaiknya untuk kami, Allah Lebih Mengetahui segalanya.

Bersyukur saja la dengan apa yang telah diberikan NYA selama hidup ini.

Setiap orang diberikan rezeki dan ganjaran serta nikmat hidup di dalam bentuk yang berbeza.

(Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya)

Dah...tidur je la...esok kerja

Hamil Di Usia 40an

Belek-belek Majalah MIDI keluaran terbaru dengan fokus Hamil Di Usia 40-an. Agak menarik, seperti yang telah saya tulis di dalam entry saya semalam, saya ada terfikir untuk hamil lagi cuma agak takut-takut kerana faktor usia dan kesihatan.

Kata sahabat baik saya kala saya bertanya pendapat beliau tentang hal ini:

" Isshh rasanya malu pulak kalau tiba-tiba dah usia menghampiri 45 macam ni , tiba-tiba disahkan hamil, malu dengan rakan sepejabat terutamanya, anak dara pun dah 20-an, ntah la rasa segan yang hanya kita je faham"


Ada tak orang lain berperasaan yang sama macam sahabat saya tu? Buat masa ni saya tidaklah terfikir tentang rasa malu, mungkin usia belum pun cecah 40 tahun tetapi bakal mencecahnya pada tahun hadapan, apa yang saya fikirkan adalah soal kesihatan, soal takut nak bersalin, soal pengurusan masa dan kewangan, soalan penjagaana baby ketika keluar bekerja,mak aiii banyak betul soalnya.

Ada seorang rakan sepejabat yang hamil kala usia mencecah 42 tahun,nampaknya anak dia sihat dan dah pun menginjak ke alam persekolahan.

Kepada yang merancang untuk hamil lagi, amatlah digalakkan mengamalkan pengambilan asid folik sekurangnya 3 bulan sebelum bersedia untuk hamil lagi.

Manakala yang mempunyai masalah kesihatan terutamanya diabetes, hipertensi dan obesiti,perlu lah mendapatkan nasihat daripada pakar sakit puan sebelum betul-betul membuat keputusan untuk hamil lagi.

Hmmm seronok dan teruja kan kalau tiba-tiba mendapat baby lagi, anak-anak kat rumah ni pun bising jugak sebab kata mereka, kawan-kawan mereka ada adik perempuan, ada adik lelaki tapi mereka hanya berdua aja.

Nampaknya seperti jodoh, rezeki di tangan Allah jua. Kita mampu merancang namun Allah jua yang menentukan.


Sahabat ku semua, suka bilangan keluarga yang ramai atau kecil? 

Sepasang cahayamata saya.


Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew.

Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas.

Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta!

Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana.

Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima.

Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lamaran itu ditolak secara baik memandangkan saya memang bukan ditakdirkan berkahwin di usia muda lantaran tanggungjawab terhadap keluarga selepas arwah ayah meninggal. LEGA!

Nampaknya jodoh saya dengan pilihan sendiri, berkenalan di tempat kerja dan dengan orang jauh. Menyimpang daripada apa yang keluarga inginkan pada satu masa dulu. Jodoh itu ditangan Allah.
Semoga jodoh saya berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

Kenangan ketika hari pertunangan

Ketika menunggu saat akad nikah.
Agaknya kenapa saya mengelak daripada berkahwin dengan pilihan keluarga?

1. Saya takut lelaki itu terpaksa menerima saya kerana menurut kehendak keluarga dia.

2.Saya takut tak dapat nak menyesuaikan dengan lelaki dan keluarga lelaki tersebut lantaran tak pernah kenal sebelum ni.

Itu je la kot selain malu nak tidur dengan lelaki yang tak pernah dikenali sebelum ni he he.

Kawan-kawan, ada yang kahwin dengan pilihan keluarga?