Umar Merajuk
Bila dah kering idea untuk update entry, mula la belek gambar-gambar yang ada yang mungkin boleh dijadikan entry.
Ini adalah ketika di dalam perjalanan pulang daripada Selayang Mall bersama makcik dan Nadhirah akhir Mac lalu.
Sebelum pulang ,kami singgah di McD untuk membeli aiskrim untuk Nadhirah dan Umar , dapat je aiskrim terus masuk kereta.
Dalam kereta, mama ni mintakla sikit aiskrim Umar, nak rasa siiikiiit je , bila Umar dah bagi sikit, mama ni 'rasa banyak la pulak'..
Apa lagi merajuk la hero ni ....sampai sudah dia tak makan aiskrim tu...meleleh-leleh dalam kereta , dia buat tak reti je..nak bagi orang terasa sayang, nak makan sendiri hati terasa ingin merajuk.
Sampai rumah, buang macam tu je aiskrim tu.
Ada waktunya saya terfikir jugak, adakah kerana saya tersilap mendidik Umar hingga jadi sebegini, namun begitu saya harus juga akur dengan kerenah anak-anak yang macam-macam nak menduga kesabaran ibubapa...memang Umar cepat merajuk tetapi kalau kita pujuk sikit, dia cepat je sejuk dan lupa terus rajukan tadi.
Saya sentiasa berdoa semoga anak-anak saya menjadi anak yang soleh dan solehan, anak-anak yang sentiasa hormatkan ibubapa, orang tua, guru-guru dan sesama insan.
Comments
Post a Comment