Posts

Showing posts from February, 2013

Hidup = Dugaan

Image
***Saja je letak tajuk tu. Mula-mula tataplah dulu muka sembab saya ini): Orang yang beratnya 76.7kg sekarang ni! Dah penghujung Feb dah rupanya...sejak January, saya asyik MC je...kalau tak kerja, memang saya lupa tarikh dan hari (: sangat teruk kan? 2 hari lepas ke Pusrawi untuk follow up bersama Dr Asmah Yun...ni kali ke 2 saya berjumpa beliau. Alkisahnya, hari tu memandu sendiri sebab suami tak dapat cuti...ketika check urine di Pusrawi, ada keluar ketulan merah..tiba-tiba rasa takut..bukannya takut apa, saya takut kena ambik sample lagi sekali....adoiii sangatlah mendebarkan part nak ambik sample tu...malu la yang lebih sebenarnya, kalau dah memang nak bersalin tu lain la...malu tak malu kena la redha je. Ketika menunggu giliran untuk berjumpa Doktor, saya asyik berdoa je, agar tiada apa-apa yang serius walaupun ketulan darah yang keluar tadi bukan satu perkara yang normal untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. Ketika no giliran saya terpapar di skrin, m

Minggu ke 24 Kehamilan

Image
Dah 2 minggu tak update blog....ntah mana terbangnya sifat rajin , semuanya dah bertebaran ke lain-lain tempat kot. Berat dah 76.5 kg. Baby sangat aktif bergerak. Masalah bleeding masih ada. Kejap lagi nak keluar ke hospital untuk follow up. Harapnya tak ada apa yang membimbangkan. Gambar ketika Family Day ofis suami di Impiana Morib minggu lepas..sempat Umar menyelit kat belakang.

Malas.Tak Sihat

2 faktor di atas mungkin akan menjadi penyebab kepada bersawangnya blog ini nanti...sekarang pun dah ada sikit-sikit sawang.  Mungkin kerana keadaan saya yang bleeding on and off menyebabkan mood untuk berblog turun ke tahap sifar. Memang perasaan untuk berblog macam hilang dibawa angin lalu.. Mungkin risaukan kesihatan baby dan diri sendiri lebih daripada perkara-perkara lain. Apa pun saya terus dan terus berdoa semoga semuanya akan berjalan lancar dan tiada sebarang kesulitan. Terima kasih yang sudi datang ke sini.

Demam Kerana "Eifel Tower"

Image
Mula-mula happy je tengok 'menara' ni...cuba-cuba panjat kemudian turun semula. Lepas tu diam-diam cuba panjat lagi sendirian. Tak dapat turun, menangis-nangis kat atas 'menara' tu. Kemudian merajuk sorang-sorang. Bila masuk kereta nak balik rumah, badan dia panas tiba-tiba dan terus demam. Agaknya terkejut berada di puncak 'menara' tu dan terlalu gelabah tak dapat turun. Itu lah Umar yang sungguh suka mencuba .

Kerana Takut Gemuk

Image
Ni la aktiviti anak dara saya bila sesekali terlintas di fikiran tentang "GEMUK"...laju je ber skipping dan menari ntah apa-apa rentak sorang diri..mama ni hanya mampu memandang je la..

Keretapi Antik di Bandar Tampin

Image
*** Di letakkan berhampiran taman permainan di Dataran Tampin..budak berdua ni cukup suka kalau di bawa ke sini. *** masih lagi di dalam mood kurang rajin untuk update blog...mungkin sebab penat dengan kerja-kerja pejabat .

Tayang Gambar Sendiri Untuk Permulaan Februari ini!

Image
Tanpa sebarang motif terlindung....ini adalah saya dengan berat badan terkini 75kg, kandungan mencecah 21 minggu. Lokasi di Dataran Tampin. Macam dah lama tak mengadap blog.....ntah kenapa, mood hilang sekejap untuk mengadap blog..lagi pun sapa nak kisah saya ada update atau tidak, jadi ikut suka hati sendiri la kan? Terima kasih untuk yang masih sudi bertandang ke sini.