Posts

Showing posts from September, 2020

Memori PKP

Image
Ye itu la tajuk post hari ni. Blog yang dah lama tenggelam dan tak ada pengunjung. Hari ni tuan blog mimpi apa la ye, siap update 2 post lagi.😄. Ala saja la nak tinggalkan kenangan untuk masa depan cerita ceriti yang dilalui sejak 18/3/2020 hingga ke hari ni 9/9/20. Masa mula-mula kecoh tentang Covid 19 dulu sekitar Jan-Feb, suasana di tempat kerja masih macam biasa. Masih ada ustaz yang datang memberi tazkirah pada waktu lunch. Masih lagi boleh keluar lunch .Pendek kata masih tiada yang berubah. Anak anak pun  ke sekolah macam biasa. Masuk minggu pertama March, keadaan ada sikit berubah. Kami dah mula diminta memakai mask, penggunaan hand sanitizer. Dan mula kedengaran kerja akan dijadualkan secara bergilir-gilir di pejabat dan di rumah. Pada 17/3/20, hari yang agak sibuk. Bos dah mula kena kuarantin sejak 13 hari yang lepas. Dia ada datang untuk mesyuarat berkenaan Covid ni. Kak Aya pulak perlu ke Bank Negara Malaysia untuk menghantar dokumen penting Syarikat. Jadi minah despatch la

Ulangtahun Perkahwinan ke 18

Image
 Alhamdulillah. 12.20 tengah hari  tadi genap la 18 tahun  menjadi seorang isteri kepada seorang suami he he. 18 tahun tu bukan satu jangka yang pendek. Ada orang cakap macam baru semalam je kahwin , rupanya dah berbelas tahun. Tapi pada Kak Aya sendiri, 18 tahun tu agak panjang, macam -macam dilalui sepanjang tempoh tu. Syukur kerana 18 tahun ni ada macam macam warna bagaikan pelangi selepas hujan. Apatah lagi dengan anugerah istimewa 3 penyejuk hati dan peredup pandangan. Syukur! Tiada badai kuat melanda dan tidaklah juga tenang sentiasa , adatlah dalam rumahtangga tapi semua tu boleh dilalui dengan baik.  Moga untuk hari mendatang, Allah limpahkan kehidupan kami dengan bahagia jiwa tenang damai sentoasa penuh berkat dan redha Allah sehingga ke syurgaNYA. Universiti kehidupan yang paling tough adalah Universiti Rumahtangga. Tak semua orang dapat lulus dengan cemerlang, Syukurla kita masih lagi dapat meneruskan pendidikan ke peringkat seterusnya . Lulus ujian kecil dan tidak gagal den