Memori PKP
Ye itu la tajuk post hari ni. Blog yang dah lama tenggelam dan tak ada pengunjung. Hari ni tuan blog mimpi apa la ye, siap update 2 post lagi.😄. Ala saja la nak tinggalkan kenangan untuk masa depan cerita ceriti yang dilalui sejak 18/3/2020 hingga ke hari ni 9/9/20. Masa mula-mula kecoh tentang Covid 19 dulu sekitar Jan-Feb, suasana di tempat kerja masih macam biasa. Masih ada ustaz yang datang memberi tazkirah pada waktu lunch. Masih lagi boleh keluar lunch .Pendek kata masih tiada yang berubah. Anak anak pun ke sekolah macam biasa. Masuk minggu pertama March, keadaan ada sikit berubah. Kami dah mula diminta memakai mask, penggunaan hand sanitizer. Dan mula kedengaran kerja akan dijadualkan secara bergilir-gilir di pejabat dan di rumah. Pada 17/3/20, hari yang agak sibuk. Bos dah mula kena kuarantin sejak 13 hari yang lepas. Dia ada datang untuk mesyuarat berkenaan Covid ni. Kak Aya pulak perlu ke Bank Negara Malaysia untuk menghantar dokumen penting Syarikat. Jadi minah despatch la