Sekolah cuti...Pejabat buka...

Walaupun sekolah cuti, kita yang bekerja ofis ni kerja macam biasa.

Nadhirah komplen “ mama je kerja ofis, mak kawan-kawan dhirah semua jadi cikgu, bila sekolah cuti, semua seronok cuti sama-sama”

Umar pulak asyik buat perangai tak nak ke nursery bila sekolah cuti.

Tadi dia menangis tak nak ke sekolah, tak nak mandi, tak nak gosok gigi.

Setiap kali sekolah cuti, memang begini la keadaannya.

Kalau cuti seminggu je, Nadhirah akan ulang alik ke tempat kerja makcik.

Kalau cuti panjang akhir tahun, dia akan balik kampung.

Sudah pasti rasa sedih terpaksa berjauhan dengan Nadhirah setiap kali cuti.

Saat begini, rasa nak jadi surirumah membuak-buak.

Tetapi bila kenangkan “hubungan yang terjalin antara beberapa bank” , terpaksa pendam dalam hati jelah impian nak jadi surirumah.

Buat masa ni yang mampu dilakukan kala cuti sekolah begini  adalah cuba mengambil beberapa hari cuti untuk bersama anak-anak..semalam satu hari dah bercuti, hari ni kerja, esok saya bercuti lagi sekali.

Semoga dapat manfaatkan masa bersama anak-anak secara maksimum esok.

Kucai atasi keputihan

Mengandungi vitamin B dan C, karotendan komponen belerang .

Ia dapat mengubati penyakit seperti senggugut, keputihan dan darah tinggi serta sembelit.

Kucai juga dapat bertindak sebagai antiseptik unuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan dan pengembangan usus.

Ia juga dapat melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah.

Selamat makan kucai!

SUMBER MAJALAH RAPI




Tips memilih warna bedak asas

1. Pilih beberapa warna yang paling hampir dengan warna kulit.


2. Cuba bedak asas di bahagian rahang dan bukannya di belakang atau pergelangan tangan.


3. Sebaiknya jika boleh berdirilah dan cuba wanra berhampiran dengan cahaya matahari kerana ia adalah cahaya yang betul berbanding cahaya lampu.


4. Jika kulit anda berminyak, pilihlah bedak asas jenis "oil free" atau "oil control"


5.Jika kulit kering, pilih yang tertera label "hydrating atau "moisture rich"




SUMBER MAJALAH RAPI








Waktu terbaik memakai losyen

Wanita dan losyen memang macam isi dan kuku...tak boleh nak tinggalkan losyen tiap hari.


Di sini ada tip untuk mendapatkan penyerapan paling minimum losyen , pakailah sejurus selepas mandi.


Kulit yang masih basah dan lembap membantu menyerap losyen ini lebih banyak berbanding ketika kulit sedang kering. Kesegaran dan keharumannnya lebih kekal lama.


SUMBER MAJALAH RAPI








Mandi kolam plastik lagi...

Oleh kerana pagi tadi si kakak merajuk , hanya gambar adik je yang disiarkan di dalam blog ini.. si kakak cakap" mama ni tak adil la, lebihkan adik je dalam segala hal".


Amboii la anak dara sorang ni..sabar je la...petang ni lepas bangun dari tidur petang, mereka berdua telah bazirkan air dan naikkan bil air dengan bermain di dalam kolam plastik ni hampir 2 jam. Ni kali pertama dapat mandi macam ni kat rumah sejak beli kolam plastik tu lebih kurang 3-4 tahun lalu.







CHICKEN CHOP KFC,BDR BARU SELAYANG

Baru je balik dari KFC, Bandar Baru Selayang, tambahkan kalori dalam badan.


Nak buat macam mana, terpaksa melayan kehendak anak-anak yang jarang-jarang dapat bersama ketika hari kerja, kebetulan hari ni cuti..layannnn je la.











Perlukah saya berhosting dengan wordpress?

Sehari dua ni macam-macam pula yang datang dalam fikiran, berselirat..semua tentang blog.


Hati macam teringin nak berhosting tetapi takut la pulak sekadar hangat-hangat tahi ayam je, membazir je.


Boleh tak sesapa bagi nasihat, pandangan, pengalaman sikit pada saya yang baru belajar ni.

Plan mandi di Bukit Lagong dibatalkan...ada yang kecewa.

Alkisahnya, nak ke Bukit Lagong pagi ni kerana saya bercuti hari. Tup-tup cancel., tentu-tentu la ada yang meraung.!


Nadhirah la yang beria-ria nak mandi manda di Ulu Yam bila tau mamanya bercuti dan mama nya tersangatlah tak cukup  berani untuk drive ke Ulu Yam , ditambah pulak pergi hanya bertiga , mengurangkan lagi tahap keberanian yang sememangnya hanya ciput cenoet je.


Jadi saya memberi cadangan mandi manda je di Bukit Lagong , berdekatan Taman Bidara, Selayang sebab rasa macam senang je nak pergi ke situ. Tapi bila ketua keluarga rumah ni awal-awal dah cakap, jalan sempit nak ke Bukit Lagong tu dan tempat tu pun agak sunyi, hati menjadi berat nak pergi tapi tak adalah bagitau pada budak berdua ni.


Pagi ni baru saya membuat keputusan untuk batalkan plan tersebut dan cadangkan agar mandi je dalam kolam plastik kat rumah. Rasa macam cuak pulak nak ke sana bertiga, tau jelah tempat macam tu ..kalau tak ada lelaki dewasa terasa kurang seronok sikit.


Boleh bayangkan macam mana reaksi Nadhirah? Terus menangis seperti kena pukul kerana terlalu kecewa.


Umar seronok je mandi sorang-sorang, kakak dia merajuk menangis sambil on pc dan belek blog dia. Merajuk gaya baru ke ni?



Gambar kakak tak ada ..dia marah ambil gambar dia, yelah tengah merajuk katakan...


Ketika entry ni di taip, perlahan-perlahan Nadhirah masuk ke dalam kolam plastik dan join adik dia.

Kedudukan Jendelahidup di Alexa Ranking

Mentang-mentang la dah tau nak check kedudukan blog di Alexa, petang ni terus check untuk jendelahidup.com pula, pagi tadi belum ada data.


Sekarang dah ada, tapi biasalah, masih baru lagi guna domain ni, mesti lah duduk di tempat paling corot punya.


Nanti tiap bulan nak check, untuk syok-syok sendiri.

Bercinta dapat bakar kalori??

Sambil menunggu kain siap di mesin, saya membelek Majalah Rapi...belek punya belek, terjumpa lah satu rencana ringkas mengenai Altenatif untuk Membakar Kalori.


Daripada senarai tu ada satu yang membuatkan saya membaca 2 kali.


BERCINTA


Latihan ini tidak mengeluarkan duit untuk membakar kalori. Bercinta boleh dijadikan aktiviti untuk membakar kalori dan mengencangkan otot. Bercinta selama 30 minit dapat membakar 150-350 kalori yang mana aktiviti ini boleh disamakan dengan melakukan aktiviti berlari , mengangkat beban dan berjogging.


Menurut Dr Robert Friar dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat, dengan bercinta boleh menurunkan berat badan kerana ia mengeluarkan hormon serotonin yang membuatkan anda cepat kenyat, cepat berhenti makan dan mengunyah dek panahan cinta tersebut.

Hmmmm .......

Datang bulan tu apa, mama?

Itu lah salah satu soalan yang saya masih belum bersedia untuk menjawab dan selalu berdoa agar Nadhirah tidak tanyakan kepada saya buat masa ni. 


Ketika minggu peperiksaan minggu lepas, dia sedang menghafal perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk. Saya mendengar beliau menghafal dan dalam hati saya berkata "jangan dia minta diterangkan setiap perkara tersebut". Memang dia tak tanya pun.


Tetapi selepas selesai semua peperiksaan, dia tiba-tiba pulak boleh tanya saya soalan tentang datang bulan atau haid.


Saya cuba berlagak selamba menerangkan kepada beliau serba ringkas , lagi pun saya fikir anak-anak sekarang lebih terbuka dan benda-benda macam ni perlu diterangkan sedikit demi sedikit , jangan nanti dia dapat sumber yang kurang tepat.


Terkenangkan masa saya kecil dulu, benda-benda private macam ni berkongsi dengan kawan, takut nak cerita-cerita dengan mak.


Cepatnya masa berlalu, saya dah boleh sembang cerita-cerita macam tu dengan anak saya..esok-esok ntah apa cerita pulak yang akan kami kongsi.


Tak lama lagi , anak saya akan meningkat remaja, mama dia makin tua la...

Saya masih GAGAL!

Tahun lepas ketika memulakan azam untuk mula aktif dengan blog sendiri, saya turut menyimpan azam untuk melawan masalah obesiti yang sedang saya hadapi.


Namun selepas setahun saya berblog, saya tak nampak sebarang kejayaan di dalam usaha untuk mendapat berat ideal.


Ye, dengan tak malunya saya akui saya memang gagal dan adakah akan terus menerus gagal?


Hmmm tak sanggup saya nak bayangkan jika saya masih lagi begini.


Kenapa susah nak lawan nafsu MAKAN?


Macam kelakar kan? Tapi itu hakikat sebenarnya..memang suka nak tepis godaan dengan makanan.


Sudahnya, macam ni la saya....sekejap berdiet, sekejap makan tak ingat!

Jika lidah jahat, semua amalan gugur!

Tadi saya membaca Majalah MIDI, seperti biasa majalah ini sentiasa menjadi tatapan saya kerana banyak info beguna samada dari sudut kesihatan, keluarga, agama dan kecantikan.

Salah satu yang menjadi tarikan saya adalah mengenai bahayanya lidah manusia, jika tidak dikawal oleh iman , lidah boleh menjerumuskan kita ke dalam neraka.
Penting bagi kita untuk menjaga lidah agar tidak jatuh kepada kebatilan, maka kita perlu mengetahui adan ketika bercakap , kebaikan seseorang itu apabila bercakap menunjukkan keilmuan dan keimanannya.

Disini saya catatkan ringkasan mengenai ETIKA BERCAKAP

1.Ikut contoh Rasulullah S.A.W ketika bercakap – Rasulullah akan menghadap wajah dan tubuhnya ke arah orang yang sedang bercakap. Mendengar dengan teliti dan tidak akan memotong percakapan orang itu.

2.Fikir sebelum mengeluarkan kata-kata kerana terlajak kata buruk padahnya. Jadi usah tergesa-gesa dalam berkata-kata, kelak boleh memudaratkan.

3.Pilih kata-kata yang akan diucapkan dengan pilihan kata-kata yang baik.

4.Berbicara dengan nada yang rendah terutamanya pada yang lebih tua dan lebih berilmu. Hindakran daripada bercakap dengan gaya seperti seorang yang serba tau. Jangan bercakap dengan nada mengejek, memandang rendah , menghasut atau pun menunjuk-nunjuk kelebihan sendiri.

5.Ringkaskan kata-kata namun tepat pada sasaran. Usah berjela-jela tapi tiada faedah pada sesiapa pun.

6.Jika bercakap di depan orang ramai , hadapkan pandangan kita kepada semua pendengar bukan kepada satu arah saja.


Sekdar perkongsian bersama , semoga memberi manfaat.

Lidah adalah kunci kepada kebaikan sekaligus penyebab kerosakan. Berhati-hati dengan lidah.

Sumber MAJALAH MIDI


7 cara tebus kesalahan makan "dessert"

Siapa yang mampu menolak godaan dessert? Rasanya yang lazat dengan variasi warna dan tekstur rasa tentu saja memikat selera. Andainya anda tewas dengan godaan tersebut, jangan risau  ada caranya untuk anda tebus kembali kesalahan tersebut.

Berikut aktiviti yang boleh anda lakukan.


Jenis senaman                                                              Jenis Dessert
                                                                                    PAI EPAL        
              
Aerobik ( secara aktif)                                                    34 minit

Golf (dengan membawa barangan golf sendiri)                  86 minit

Menari ( lagu rancak)                                                      39 minit

Jogging ( 5mph)                                                             31 minit

Berenang                                                                      31 minit

Berjalan ( 3 mph)                                                           31 minit

Membersihakan rumah
termasuk menyapu sampah. Mop, lap                             1 jam 16 minit



BROWNIE
( 1 potong)

Aerobik                                                                         32 minit

Golf                                                                              81 minit

Menari                                                                          37 minit

Jogging                                                                         29 minit

Berenang                                                                      29 minit

Berjalan                                                                        29 minit

Bersihkan rumah                                                            1 jam 16 minit


HOT FUDGE SUNDAE

Aerobik                                                                         38 minit

Golf                                                                              96 minit

Menari                                                                          43 minit

Jogging                                                                         35 minit

Berenang                                                                      35 minit

Berjalan                                                                        35 minit

Bersihkan rumah                                                            2 jam


                                                                                    SUSU KOCAK PERISA STRAWBERI

Aerobik                                                                         47 minit

Golf                                                                              119 minit          

Menari                                                                          54 minit

Jogigng                                                                         43 minit

Berenang                                                                      43 minit

Berjalan                                                                        43 minit

Bersihkan rumah                                                            2 jam 15 minit

                                                                                   
                                                                                    AISKRIM PERISA VANILA (KON BESAR)         

Aerobik                                                                         44 minit

Golf                                                                              112 minit

Menari                                                                          51 minit

Jogging                                                                         41 minit

Berenang                                                                      41 minit

Berjalan                                                                        41 minit

Bersihkan rumah                                                            51 minit


                                                                                    BANANA SPLIT (170gm)
                                                                                                                                                                                   
Aerobik                                                                         40 minit

Golf                                                                              90 minit

Menari                                                                          39 minit

Jogging                                                                         49 minit

Berjalan                                                                        3 jam 6 minit

Bersihkan rumah                                                            1 jam 26 minit

                                                           
                                                                                    KEK KEJU

Aerobik                                                                         30 minit

Golf                                                                              112 minit

Menari                                                                          31 minit

Jogging                                                                         59 minit

Berjalan                                                                        2 jam 28 minit

Bersihkan rumah                                                            1 jam 8 minit


                                                                                    KEK COKLAT

Aerobik                                                                         35 minit

Golf                                                                              117 minit

Menari                                                                          36 minit

Jogging                                                                         45 minit

Berjalan                                                                        2 jam 49 minit

Bersihkan rumah                                                            1 jam 18 minit



                                                                                    PUDING ROTI

Golf                                                                              1 jam

Menari                                                                          16 minit

Jogging                                                                         20 minit

Berjalan                                                                        1 jam 17 minit


Bersihkan rumah                                                            36 minit



SUMBER MAJALAH RAPI