Datang bulan tu apa, mama?

Itu lah salah satu soalan yang saya masih belum bersedia untuk menjawab dan selalu berdoa agar Nadhirah tidak tanyakan kepada saya buat masa ni. 


Ketika minggu peperiksaan minggu lepas, dia sedang menghafal perkara-perkara yang boleh membatalkan wuduk. Saya mendengar beliau menghafal dan dalam hati saya berkata "jangan dia minta diterangkan setiap perkara tersebut". Memang dia tak tanya pun.


Tetapi selepas selesai semua peperiksaan, dia tiba-tiba pulak boleh tanya saya soalan tentang datang bulan atau haid.


Saya cuba berlagak selamba menerangkan kepada beliau serba ringkas , lagi pun saya fikir anak-anak sekarang lebih terbuka dan benda-benda macam ni perlu diterangkan sedikit demi sedikit , jangan nanti dia dapat sumber yang kurang tepat.


Terkenangkan masa saya kecil dulu, benda-benda private macam ni berkongsi dengan kawan, takut nak cerita-cerita dengan mak.


Cepatnya masa berlalu, saya dah boleh sembang cerita-cerita macam tu dengan anak saya..esok-esok ntah apa cerita pulak yang akan kami kongsi.


Tak lama lagi , anak saya akan meningkat remaja, mama dia makin tua la...

Comments

  1. Ekekeke...bila tiba masanya harus juga berkongsi ilmu yg ada dgn si anak dara ni..kan kak..? betapa masa telah mendewasakan anak2 kita..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penangan Cili Padi

Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu