Eh dah lelah la asyik buat entry lelah je...

Anak-anak nampaknya tidur awal malam ni, dengan senang hati mama dapat menatap blog kesayangan.

Tak nak cerita pasal lelah lelah lagi....buat-buat tak tau je dengan lelah malam ni.

Pagi tadi, ketika kejutkan Nadhirah untuk bersiap ke sekolah, terdengar dia teresak-esak menangis walhalnya sedang lena tidur.

Saya goncang-goncang badannya, bila dia celik mata, masih lagi terdengar esakannya.

Bila ditanya, dia hanya mengeleng sambil mengalirkan air mata. Nampaknya dia tak bersedia untuk kongsi kesedihan dia.

Ketika saya menghantar dia ke sekolah, dia pun buka mulut bercerita apa yang dia mimpi hingga menangis teresak-esak, rupanya dia mimpikan abah kesayangan nak bunuh diri kerana trauma selepas melanggar budak kecil ketika Nadhirah dan abahnya di dalam perjalanan ke suatu tempat.

Petang tadi, balik sekolah sekali lagi dia bercerita tentang mimpi sedih itu, dia tak dapat bayangkan kalau abah tak ada lagi di dunia ini. 

Terkebil-kebil saya menyusun ayat yang sesuai untuk legakan perasaan dia. Saya nasihatkan dia, solat jangan ditinggalkan, selalu berdoa untuk kedua ibubapa agar hidup kita sekeluarga sentiasa bahagia.Sebelum tidur mesti baca doa tidur, baca Al Fatihah, Surat Al Ikhlas 3 kali agar tidak didatangi mimpi yang buruk dan bukan-bukan.

Tadi sebelum tidur, panjang doa dan bacaannya, katanya takut la kalau mimpi sama datang lagi.

Begitulah kan , walaupun masih budak, sekali datang mimpi yang menyentuh hati begitu sukar dilupakan.





Comments

  1. Yan - kalau mintak tolong dia buat sesuatu, banyak sgt alasan sblm buat.Berbeza dengan si adik, agak rajin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu