Konsert Mentor 5 Separuh Akhir Pertama

Anak-anak tidur awal malam ni. Dapatlah saya melakukan apa saya yang saya nak lakukan ( blog dan menonton).


Mula-mula mengadap blog sekejap, termenung je dulu baca entry kawan-kawan, tak ada idea nak update apa-apa.


OFF.


Turun bawah tengok Konsert Mentor 5 Separuh Akhir untuk bahagian pertama.


Protege nyanyi 2 lagu, mula-mula secara solo dan selepas itu berduet dengan mentor masing-masing.


Malam ni saya suka Shiha dan Iqa, protege kepada Kak Pah dan Edry. Walaupun Salma sentiasa mengungguli kedudukan carta, saya rasa Shiha dan Iqa lebih layak ke Final.


Itu pada penilaian saya yang hanya tau mendengar dan melihat je, selebihnya saya tak arif.


TV dah OFF


Kembali membelek blog, update beberapa entry untuk hari ni sebelum tidur, kalau terbabas hingga ke pukul 12, memang mata ni akan celik je sampai pagi.


Jadi lebih baik OFF je terus sebaik saja post entry ni.


Bye dan selamat melenakan diri.

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu