Dan akhirnya...

Semalam saya dah cakap batuk ni punya liat nak sembuh...pagi tadi ke ofis terasa macam nak semput je, nafas pendek-pendek, nak bercakap pun susah..jadi diam je la pagi tadi.


Pukul 10 pagi tadi, terus ke klinik company...doktor check paru-paru, katanya "awak dah kena bronchitis".


Melopong kejap....terbayang Umar bila diserang bronchitis...kena sedut gas!


Mula-mula, doktor cakap perlu untuk buat test H1N1 sebab dah lama tak sangat batuk dan selsema, sedikit tisu di dalam rongga hidung di ambil menggunakan putik kapas, rasanya tak tau nak cerita tapi cukup untuk membuatkan air mata bergenang...


Selepas 3 minit keputusan ujian H1N1 pun dapat diketahui..............NEGATIF H1N1 ( memang cuak menunggu 3 minit sebelum tu).


Lepas tu, ambik nebulizer sama seperti keadaan Umar semput..sekejap lepas tu terasa lah agak lega sikit bila bernafas.


Dapat antibiotik yang lebih kuat sikit, dapat ventolin tablet, ubat cairkan kahak dan MC 1 hari.


"Balik rumah, berehat dan jangan lupa petang perlu ambil sekali lagi nebulizer di klinik berhampiran, pagi esok saya nak check lagi sekali paru-oaru awak!" berjela pesanan Dr Shah.


Oleh kerana tiada pesanan tentang berblogging, sesuka hati la kan nak update blog barang se entry dua!


Semoga lelah ini cepat pergi dari sisi, takut bila tak sihat begini, fikirkan anak-anak ..fikirkan macam-macam la..



Comments

  1. cepat sembuh ye kak aya.. fara kalau athma menyerang, nebulizer juga la akhirnya..

    ReplyDelete
  2. hee.. blogger tegar ye...kira therapy tu..

    ReplyDelete
  3. farah - kali pertama kena athma ni, baru tau mcm mana rasanya, selalu anak je yang kena.


    yan - belum sampai tahap blogger tegar ....itu pun dah lama tak update sejak tak sihat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penangan Cili Padi

Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu