Ada viral di media social tentang kes buli pelajar MRSM baru-baru ni, tak sanggup nak tengok videonya.
Sedih hati tengok kes macam ni, siapa-siapa pun pasti akan punya rasa yang sama apatah lagi kaum ibu.
Saya memang ada anak tinggal di asrama, anak perempuan dah pun tinggalkan asrama selepas 5 tahun belajar di KUSESS, kini Umar yang masih di SAMER.
Saya tak tau adakah salah sorang daripada mereka ni pernah dibuli atau pun pernah jadi pembuli.
Kisah buli ni memang mereka tak pernah balik bercerita.
Kalau kita tanya, memang si kakak akan menjawab tak ada apa yang berlaku di asrama perempuan.
Bagi si adik pulak pernah la dengar kena tolong siapkan homework abang senior ketika dia baru je masuk asrama dulu.
Lepas tu tahun ke 2 Umar di SAMER hanya sekejap kerana datangnya Covid 19.
Jadi masa yang betul-betul Umar di asrama adalah ketika Form 1. Memang tak ada cerita tentang buli walaupun hati seorang ibu nirasa mesti ada kes-kes buli ringan yang dia tak nak share.
Macam saya dulu duduk di asrama juga , tetapi memang langsung tak ada kes buli berlaku ( maksud saya di asrama puteri la, kalau di asrama putera memang tak tau).
Jadi saya tak pernah terfikir perkara yang sangat buruk ketika membuat keputusan untuk menghantar anak-anak tinggal di asrama.
Kini dengan pelbagai cerita kurang sedap di dengar tentang kehidupan di asrama membuatkan saya berfikir macam-macam.
Dulu masa saya di asrama, banyak benda saya belajar kerana kita berdikari kan. Tetapi dalam masa yang sama kita perlu patuhi undang undang asrama yang ditetapkan.
Kalau dulu kerja membasuh baju, melipat baju dan menyusun kemas di dalam kabinet baju adalah tugas mak, tapi selepas saya masuk asrama , kerja-kerja macam sangat mudah.
Waktu belajar secara tetap, waktu mengaji mengikut jadual, makan minum semua teratur, yang tak best cuma saya ni homesick memanjang sampai ke Form 4.
Sepanjang 4 tahun di asrama, sekali pun tak ada kes buli, kami hidup aman tenteram sangat, tapi itulah mochik memang tak tau tentang situasi di asrama putera. Pelajar lelaki pun tidak pernah bercerita ketika kami sama-sama di dalam kelas.
Sekolah saya dulu ada lah Sekolah Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Sekolah harian yang menyediakan asrama bagi pelajar yang memerlukan , biasanya yang jauh tempat tinggalnya macam saya ni la salah seorangnya.
Sekarang ni macam-macam dengar cara buli tu, memang menyesakkan dada para ibubapa.
Saya rasa pihak KPM kena la teliti semula garis panduan bagi pelajar di asrama.
Warden wajib tinggal sekali di asrama, cadangan ini sebab warden sekolah anak saya yang no 2 tu tinggal di rumah guru, bukan di asrama. Sedangkan pada masa saya di asrama dulu terdapat 2 warden tinggal sekali bersama kami di asrama. Jadi senang nak pantau pelajar buat bising, pelajar yang fly ( ni saya baru tau perkataan ni sejak anak masuk asrama, zaman saya tak pernah dengar perkataan fly ni).
Pasang CCTV di area yang menjadi tempat pelajar keluar dari asrama tanpa kebenaran.
Selain tu, anak-anak kena ada keberanian untuk melaporkan sekiranya dia dibuli, yang ni memang saya sendiri pun kadang geram sebab anak mochik sendiri pun kalau kita tanya selalunya jawapannya adalah tak ada apa-apa.
Saya masih ada lagi sorang anak di sekolah rendah, akhir-akhir ni saya sentiasa fikir yang no 3 ni tak perlu la bersekolah di asrama, tapi masih jauh lagi perjalanan menuju usia 13 tahun.
Melawat Umar di asrama ketika 2019. |
Melawat Nadhirah 2019. |
Umar masih ada 2 tahun berbaki di asrama, semoga baik-baik saja sehingga ke selesai SPM, moga anak-anak kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah selamanya, dijauhkan daripada melakukan perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada diri dan juga orang lain. Ameen.
0 comments :
Post a Comment