02 December 2021

20 Formula Hidup Luar Biasa

 

Alhamdulillah, ke perpustakaan minggu lepas terjumpa buku ni, terus pinjam.

Dan dah mulakan pembacaan , baru beberapa mukasurat, sebab minggu ni sibuk dengan kerja hakiki, biasalah bermula je hari baru setiap bulan, kesibukannya mengalahkan Perdana Menteri.

Baru baca beberapa helai tapi dah dapat rasa aura positif isi buku ni, sebenarnya semua tu kita dah tau secara asas, belajar di sekolah, belajar di surau ofis tapi di dalam buku ni digabungkan kesemuanya dan ada sesetengah babnya dikupas lebih mendalam.

Kak Aya belek-belek sepintas lalu ke semua 20 Formula tu, nampaknya semua kita dah biasa dengar formula tu tapi dari segi amalannya memang ke laut.

Salah satu azam Kak Aya bila dah masuk umur baru nak menuju senja dah ni, nak baca banyak buku buku yang lebih bermanfaat, lebih bermotivasi dan boleh bagi sokongan untuk berubah kepada lebih positif. Bukan main noo.

Yelah kalau dulu memang banyak baca novel walaupun Kak Aya hanya baca novel-novel dari penulis tertentu je tapi sekarang ni memang betul-betul baca yang tertentu saja , ada la sorang dua penulis yang Kak Aya masih baca buku dia.

Malam ni perlu siapkan kerja ofis sebenarnya tapi sebab dah niat nak cuba tinggalkan 1 post sehari di blog, terhasil la catatan ni.

Sebenarnya domain ni berbayar, kalau bayar sekadar untuk memiliki nama domain ni je pun macam tak ada guna sangat, baik la tulis sesuatu walaupun untuk bacaan sendiri je.

Banyak buku yang Kak Aya beli tapi belum baca , Insyaallah akan cuba juga baca sekurangnya 2 buku setiap bulan, ini memang dah lama dipraktikkan cuma kali ni nak lebih konsisten dan pemilihan buku tu lebih ke arah yang berilmiah tapi santai.

Selain beli buku, Kak Aya ni pengunjung tetap perpustakaan awam, tak jauh pun dari rumah, memang tiap hujung minggu Kak Aya luangkan masa dalam 2-3 jam jugak la, pilih buku, baca dulu sikit lepas tu pinjam bawa balik. Zahra pulak lebih suka luangkan masa dalam bilik permainan yang disediakan di perpustakaan.

Alhamdulillah tidak la dia nak mengadap gajet aja..kalau tak tengok handphone tengok TV pulak , itu la kerja kalau kat rumah.

Moga minat membaca ni makin mendalam walaupun kian tua.



No comments:

Post a Comment